Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, August 23, 2015

Jangan sampai UJUB dah lah..

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. - Surah Al-Hadiid, Ayat 23.



Peruntukan dalam Perlembagaan UMNO

8.5 Perhimpunan Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut: -

8.5.1 Dengan kehendak Presiden.
8.5.2 Dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
8.5.3 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

Peruntukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan

Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sunday, August 16, 2015

Ceghito paneh tang Tampin..


TAMPIN: Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tampin semalam meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Usul tergempar yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah telah diluluskan sebulat suara oleh seramai 210 perwakilan.

Sebaik usul itu dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara itu.

Pertanyaan itu dijawab oleh perwakilan yang memberitahu mereka menyokong; dan apabila Mohd Salleh bertanyakan ada atau tidak perwakilan yang tidak menyokong usul tersebut..suasana senyap menandakan semuanya menyokong usul.

Rentetan itu Mohd Salleh selaku Pengerusi Tetap mesyuarat mengisytiharkan bahawa usul itu diterima.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO bahagian Tampin, Ridzuan Ahmad berkata, beliau bersikap terbuka dan menerima usul yang dibuat oleh perwakilan itu.

"Mesyuarat perwakilan adalah platform bagi ahli untuk menyuarakan pandangan mereka dan saya perlu menerima suara akar umbi," katanya. 

"Ini adalah medan yang betul bagi mereka dan ia adalah tepat berbanding perbuatan membuat tuntutan hingga mengecam dan mencaci pemimpin di media sosial." 

"Kami tidak mempunyai niat yang tidak elok terhadap pemimpin tetapi amat berharap kepimpinan di peringkat atasan dapat mendengar kami yang di bawah ini dan mengambil tindakan betul dan segera terhadap isu berbangkit," ujarnya lagi. 

Persidangan peringkat bahagian itu akan berlangsung hari ini dengan dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive