Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, December 25, 2014

Selamat Bercuti di Hawaii PM Najib!!

Ketika rakyat sengsara hadapi musibah banjir..(gamba ihsan google dan blog).







Najib pula bercuti sambil main golf di Hawaii..

President Obama, left, smiles at Malaysian Prime Minister Najib Razak as they play golf at Marine Corps Base Hawaii's Kaneohe Klipper Golf Course in Kaneohe, Hawaii on Dec. 24, 2014 (AP/Jacquelyn Martin)
Obama returned to the base to play some golf. A new golfing partner was Malaysian Prime Minister Najib Razak, who is also vacationing in Hawaii. - Washington Post.

Khabarnya PM Najib akan balik lepas tahun baru 2015. Yelah..penatkan jadi Perdana Menteri..banyak nak kena fikir..banyak nak kena buat keputusan..macam2 tekanan..jadi mestilah PM Najib perlukan rehat yang lama ya tak? 

Hal2 musibah banjir melibatkan 4 negeri di Pantai Timur yang terburuk sejak 1971 sekarang ni tak perlu PM Najib semak kepala nak fikir sebab ramai lagi menteri yang boleh beri bantuan..apa guna banyak agensi kerajaan dan NGO semua tu..so pandai2 la dorang buat keja ya tak..

Jadi kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Bercuti kepada PeEm Najib dan Wifiey Tersayang Rosmah". Moga pasangan ini bergumbira vacationin..diplomatic golfin..site seein..shoppin..restin..selfein..surfin..!!

Kalau PM Najib dan Isteri dapat bercuti selamanya pun bagus juga..kot..

Legally right but ethically wrong?

Tuesday, December 23, 2014

Yang perlu dipertimbangkan Muhyiddin

Banyak perkara yang wajar dipersoalkan mengenai sistem PBS.

Sistem yang melatih ibu bapa dan pelajar jadi pak turut (yes sir) kerana terpaksa akur dengan apa jua keputusan guru. Kalau tak, takut anak-anak jadi mangsa diskriminasi.

Apa istimewanya penilaian berdasarkan sekolah ni kalau setakat prestasi murid dinilai mengikut pandangan guru yang buat penilaian berdasarkan angka dan huraian yang diberi. Sedangkan ia tidak pun bawa sebarang kredit dan nilai tambah kepada pentafsiran akademik.

Apa maknanya mendapat band 6 dalam semua mata pelajaran kalau keputusan masih berdasarkan merit dalam peperiksaan? Sama jugalah dengan masa lalu bila kecemerlangan diukur dengan peperiksaan, sedangkan alasan yang diberi KPM ialah semua ini atas kehendak penjaga. Ini sesuatu yang mengarut!

Disebabkan PBS dan PT3 ini sesuatu yang baru, maka banyak masa guru dihabiskan untuk berseminar dan kursus yang menyebabkan banyak juga masa murid terbiar dan merugikan.

Pelajar yang terlibat dalam PBS dan PT3 ini juga adalah murid yang sama turut menjadi perintis dalam perlaksanaan PBSMI Kementerian Pendidikan. Jangan nanti disebabkan banyak rungutan, maka tahun depan KPM akan mansuhkan pula PBS dan PT3, hanya sekadar menjadikan anak-anak sebagai bahan ujikaji.

Apakah kriteria kecemerlangan pihak KPM sebenarnya? Kriteria ini perlu jelas supaya rakyat benar-benar faham. Jika mengambil kira prestasi Kerajaan BN di PRU14 kelak, pihak KPM perlu sedar bahawa setiap pelajar yang terkesan dengan sistem PBS dan PT3 ini pasti akan menyebabkan Kerajaan BN akan kehilangan 2 undi iaitu ibu dan bapa murid yang kecewa dengan sistem yang diperkenalkan KPM ini. Maka terpulanglah kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan memainkan isu ini.

Setelah mengambil kira KBAT band berdasarkan subjek yang kononnya melibatkan keputusan holistik, maka apa kaitan sumbangan keputusan akademik secara spesifiknya? Apa pula kayu ukur KPM untuk buat keputusan bagi kemasukan pelajar yang berminat ke asrama penuh? Patutkah diadakan ujian pemilihan kemasukan ke SBP sepertimana yang telah dilaksanakan MRSM sekian lama yang tidak sekadar mengukur pencapaian pelajar berdasarkan keputusan akedemik? Permohonan sepatutnya merangkumi keputusan PBS seiring keputusan akademik minima..barulah boleh dikatakan betul dan adil.

Bukankah keputusan peringkat awal PBS sepatutnya membawa markah tertentu untuk menentukan markah dalam peperiksaan PT3? Kenapa kini keputusan itu boleh hilang begitu saja?

PT3

Sebelum ini apabila ramai pihak mempertikai mengapa diwujudkan PT3, alasan KPM kononnya kerana mengikut dan memuaskan kehendak ibu bapa. 

Memanglah  ada kewajaran untuk diadakan suatu tanda aras bagi menentukan tahap kemajuan anak-anak kita, tapi kaedahnya perlulah ada kewajarannya. Mengambil contoh penilaian PT3, mengapa soalan bagi semua subjek mengandungi tiga set soalan berlainan? Malah bagi subjek sains, terdapat enam set soalan berlainan. Walau apa pun alasan dan kriteria penyelesaian sebagai pelarasan dalam menentukan markah, ia pasti tidak akan sama dan inilah yang dipertikaikan.

Bagaimana pula dengan pemilihan set soalan yang dilakukan oleh pihak sekolah? Yang dimaksudkan di sini, guru guru pastinya terlibat dan sudah tentu mengetahui apakah bentuk atau corak soalan lebih awal. Walaupun boleh saja diberikan alasan ianya dilakukan secara rahsia, tapi siapa boleh menafikan yang soalan-soalan ini telah diketahui dulu oleh sesetengah pihak? Sedangkan peperiksaan PMR dan UPSR yang dikawal ketat pun dikesan wujud kebocoran, inikan pula PT3.

Pemeriksa yang terdiri dikalangan guru sekolah itu sendiri juga boleh dikatakan satu kelompangan kerana ia pasti tidak dapat lari daripada sikap pilih kasih guru terhadap murid kegemarannya; sementelah guru itu sendiri maklum siapa pelajar yang dinilai mereka. 

Berbeza dengan PMR, UPSR dan SPM yang mana para pemeriksa kertas jawapan tidak mengetahui kertas pelajar mana yang disemak, adalah lebih adil method-nya.

Walaupun markah diberi mengikut format atau apa jua istilah yang diberikan KPM, pegawai penafsir yang hanya berpandukan 10% soalan dan penandaan markah daripada keseluruhan, cukup untuk dijadikan penanda aras yang kononnya boleh dianggap sebagai kaedah penandaan pemarkahan yang betul. Adakah ianya boleh diterima pakai walau apa pun alasannya?

Bagaimana pula jika tahap peratusan cemerlang bagi pelajar yang mendapat semua A merudum teruk jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya? Bagaiman pula dengan pelajar yang gagal di SBP? Adakah mereka juga patut disingkirkan dari SBP? Dan bagaimana dengan nasib pelajar yang memohon SBP?

Dalam rangka membentuk para pelajar ke arah pencapaian aras tinggi dan holistik, adakah keputusan pihak KPM diambil kira secara spesifik? Kalau setakat ikut kaedah lama saja maka tiada apalah perubahannya. Baik jangan diadakan langsung PT3 dan kekalkan saja PMR. 

Di Malaysia ni dah terlalu kerap perubahan yang dilakukan KPM. Setiap kali menteri bertukar, mesti ada perubahan sebab para menteri terlalu ghairah nak tinggalkan legasi masing-masing hingga tergamak memperjudikan nasib dan masa depan anak-anak yang tak faham apa-apa, dengan bahasa bakunyalah, clusternyalah etc. Yang jadi mangsa ialah rakyat marhaen!

Kerajaan terutama KPM janganlah terlalu mendengar pandangan pengampu-pembodek pembuat dasar yang telah banyak merumitkan perkara yang sepatutnya mudah. Kalangan pembuat dasar ni, ramai yang boleh dipertikaikan keikhlasan mereka sebenarnya.

UMNO/BN telah diberi mandat setiap kali PRU untuk menolong rakyat terutama orang Melayu luar bandar yang setia mengundi parti itu. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan hingga buka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanipulasi perkara seperti ini!

Nota: Artikel di atas adalah nukilan saudara 'Apak Warisan' yang diemailkan kepada kami.

Thursday, December 18, 2014

Sandiwara Mohamad Hasan

1. Dah lama kami tak 'usik' Mohamad Hasan..sampai ada yang sangka Paneh Miang pun dah 'dibeli' Menteri Besar Negeri Sembilan tu..heh!

2. Masa PAU 2014, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua UMNO Permatang Pauh telah berjaya curi tumpuan perwakilan apabila menegur pemimpin UMNO yang cakap tak serupa bikin. Beliau gunakan istilah pemimpin UMNO 'authentic' iaitu cakap lain tapi buat lain. Mohd Zaidi turut menjadikan Jokowi (Joko Widodo), Presiden Indonesia sebagai contoh pemimpin yang beperwatakan asli dan 'authentic' hingga mendapat kepercayaan rakyat Indonesia bagi memimpin negara tersebut.

3. Sebelum berlangsungnya PAU 2014, Utusan Malaysia melaporkan Mad Hasan nak rombak Dasar Perumahan Negeri Sembilan. Dilaporkan juga Mad Hasan dah bagi arahan pada PBT untuk tangguhkan permohonan mana2 pemaju untuk sebarang projek pembinaan baru di Negeri Sembilan hingga dasar baru perumahan dilaksanakan tahun depan. Juga disebut di bawah dasar baru itu mengenai ketetapan kuota Bumiputera sebanyak 50% untuk pembinaan rumah lingkungan harga RM75,000 ke bawah, RM150,000 ke bawah dan RM250,000 ke bawah agar orang ramai mampu miliki rumah.


4. Tatkala rakyat rata2nya mengeluh tentang harga rumah yang kian mencanak serta keperluan untuk lebih banyak rumah mampu milik dibina, polisi sebegini sememangnya sesuatu yang dinantikan oleh rakyat. 

5. TAPI..bak sindiran P. Ramlee dalam filem 3 Abdul, "Ini undang2 sangat bagusss.."?!

6. Bagi mereka yang mengenali Mad Hasan secara umum, mungkin akan terpesona bila membaca laporan akhbar tersebut. Namun bagi yang betul2 kenal, pasti akan menggeleng dan terfikir..Mad Hasan dah mula nak bersandiwara!!

7. Sebuah projek perumahan kini sedang dibangunkan di kawasan Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) bersebelahan Taman Palma Jaya Perdana (PJ Perdana) berdekatan Paroi Jaya Seremban. Di situ sedang giat dibangunkan rumah2 banglo mewah oleh sebuah syarikat pemaju yang berkonsepkan matrix di atas TANAH KERAJAAN seluas 42 ekar yang berstatus Tanah Rezab Melayu. Kebanyakan harga rumah mewah di SIGC itu berharga lebih RM900,000 dan ada juga yang telah pun menjangkau lebih RM1 juta. 

Jalan masuk ke tapak projek..

8. Pada mulanya, pembodek Mad Hasan mengkhabarkan projek perumahan itu dibuat khas untuk menarik orang2 kaya Melayu yang bekerja di Kuala Lumpur untuk beli rumah di situ; dan sebab itulah projek tersebut dibina atas Tanah Kerajaan berstatus Rezab Melayu. 

9. Tapi akhir2 ni dah terbalik pulak..lebih 50% rumah dalam projek tersebut telah pun terjual kepada pembeli Cina. Rupa2nya tanah yang berstatus Rezab Melayu itu telah pun ditukar statusnya kepada pegangan bebas. What the heck?! Entah tanah corok mana la yang nak dijadikan tanah ganti bagi Tanah Rizab Melayu yang dah jadi pegangan bebas tu. Entah2 tak berganti langsung!! 

10. Khabarnya semua ini berpunca daripada seorang punahsihat Mad Hasan yang ada bunyi "Lah" di penghujung nama, sebagai penyebab Tanah Rezab Melayu itu terhapus. SIGC bakal dapat untung daripada Cina2 yang beli rumah di situ melalui kutipan yuran bulanan kerana pembeli2 rumah turut diberikan keahlian SIGC secara percuma. "Easily RM30,000 a month", kata punahsihat Mad Hasan.

11. Pemaju dapat untung! Punahsihat dapat untung! SIGC dapat untung! Pembeli Cina untung dapat sakau Tanah Rezab Melayu..TAPI orang Melayu untung apa? Apa pulak keuntungan untuk anak muda yang struggling nak beli rumah? Apa untung yang orang Melayu Negeri Sembilan dapat? Orang Melayu Negeri Sembilan dengan mudahnya hilang hak apabila tanah Rezab Melayu tergadai kepada Cina dek Mad Hasan?!

12. Kenapa Mad Hasan tak bina saja rumah mampu milik di SIGC tu? Kenapa mesti tanah kat corok Jelebu nak dicarikan untuk bina rumah mampu milik, padahal tanah berharga (prime land) di kawasan bandar dijual pada orang kaya dan orang Cina? Rakyat kebanyakan dan orang Melayu hanya mampu tengok saja tanah yang dipijak jadi milik orang..sedangkan Mad Hasan dan kuncu2nya bergelak ketawa sambil hisap curut Habana di coffee house!

13. Orang UMNO di Seremban harus sedar yang projek itu dibina dalam DUN Sikamat. Di PRU-13, UMNO/BN kalah di DUN Sikamat dengan majoriti lebih 500 undi. Kini dengan pembelian rumah secara beramai2 kaum Cina dalam projek tersebut, dijangka akan berlaku pertambahan lebih 200 pengundi Cina yang akan bermastautin di sana. Mengikut trend, orang Cina akan mengundi di kawasan mana yang mereka tinggal. Berdasarkan hakikat itu, bolehkah UMNO/BN menang semula kerusi DUN Sikamat di PRU-14 nanti? 

14. Apa dasar perumahan negeri yang dirancang Mad Hasan sebenarnya? Sedangkan projek perumahan sedia ada depan mata pun tak mampu dilaksanakan kuota 50% untuk Bumiputera, apatah lagi nak buat rumah mampu milik!!

15. Syarikat pemaju yang berkonsepkan matrix itu juga kononnya telah 'memajukan' Bandar Baru Sendayan. Tapi wujud ke rumah mampu milik yang ditawarkan di Sendayan? Setahu kami tawaran untuk buat malam Holloween..adalah di Sendayan. Ada ke Mad Hasan terfikir nak letakkan syarat untuk syarikat berkonsep matrix itu bagi kuota 50% untuk orang Melayu? 'Authentic' ka pemimpin macam Mad Hasan yang cakap lain buat lain?!

16. PERKASA dah berikrar nak pertahankan Tanah Rezab Melayu di negara ini. Pengerusi PERKASA di Seremban pula ialah Mohd Nor Awang. Adakah PERKASA Seremban boleh diharapkan untuk menyanggah Mad Hasan dalam kes ini? Adakah UMNO Bahagian Seremban yang diketuai Haji Abu Ubaidah hanya akan berdiam diri dalam isu ini?

17. Baru2 ini Lilah Yassin, ADUN Palong dari UMNO telah dihalau keluar Dewan Undangan Negeri kerana mengatakan Mohamad Hasan menipu. Adakah benar Mohamad Hasan selama ini seorang penipu?

Friday, December 12, 2014

China di Seremban






S2 City Park - the provinces of China..

Agak eh IJM Land sogan nak buek papan tando dalam bahso Melayu..takut pelancong tak paham kot..jadi apo guno jawatan pemandu pelancong?

Tak pun bahso Melayu ni bukan bahso penduduk Somban..oghang Somban sumo handa baco tulisan cino agaknyo..

Majlis Perbandaran Seremban aka MPS pun bulih buek tak tau yo..padahal bondo ni dah lamo..lekeh gak eh guno bahso Melayu ni..

Itulah nasib Bahasa Kebangsaan di bumi Melayu..Negeri Sembilan..

Elok mansuh yolah Perkara 152.

Monday, December 8, 2014

Eloklah Najib saman Mahathir

BANGANG

1. "Doubt is to find truth. Those who do not have doubt cannot think. Those who cannot think, cannot find truth." - Imam Al-Ghazali.

2. Pertamanya kami nak mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab tak termasuk dalam kategori "BLOGGER BANGANG" yang disebut Najib dalam PAU lepas. Sebabnya mudah..tiada siapa pun yang bayar kami. Sebab tu kami bebas kalau nak "memBANGANGkan" Najib, mahupun Menteri Besar N9..hehe!!

3. Tapi kami juga tahu ada pihak yang pernah menggunakan nama Paneh Miang untuk buat tuntutan bayaran daripada tokoh tertentu..kononnya Paneh Miang ni wakil mereka di Negeri Sembilan. Disebabkan satu sen pun kami tak dapat..maka wal harammu till mataiii!!

4. Najib cakap Rosmah yang mengajarnya perkataan "BANGANG". Di sini ada 2 kemungkinan..satu Rosmah kerap memBANGANGkan orang lain yang secara kebetulan Najib selalu mendengarnya; kedua mungkin Najib sendiri sering diBANGANGkan Rosmah..mana la nak tau kan?!

PAU 2014

5. Kebanyakan pembahas ketika PAU lepas telah menyuarakan rasa tak puas hati mereka. Antara isu yang disentuh ialah Akta Hasutan, Ekonomi, Tanah Rizab, Penguasaan Bahasa Melayu, GST, Biasiswa, Pengangguran, Sekolah Vernakular, Isu Perpaduan, Perbezaan Antara Kaum, Isu Sentuh Anjing..bla..bla..bla..

6. Berapi-api pembahas berucap..kedengaran ucapan memasing seolah mereka ahli parti pembangkang pulak dan bukannya wakil kerajaan yang memerintah. Padahal kuasa ada pada mereka..ada pada UMNO..jadi apa ke BANGANG yang korang dok memekak? Bukankah UMNO sepatutnya jadi juara dalam segala tindakan dan keputusan kerajaan, dari dok bercakap tak sudah2..tak selesai masalah pun. Atau ahli UMNO memang tengah berlatih nak jadi pembangkang lepas PRU-14?

7. Dah berbuih pembahas berucap..macam2 isu dicakap..akhirnya ucapan penggulungan Presiden yang orang ingat ialah..Rosmah tak nak jadi Ketua Wanita Bahagian atau MB N9..serta perkataan BANGANG!! Sebab tu bila wartawan tanya komen Tun Mahathir berkenaan ucapan penggulungan Najib, dengan sinisnya Tun jawab, "Ini semua SOOOLIIIDAAARIIITIII.."

8. Kini dah lebih seminggu PAU 2014 berlalu..apa impaknya? Business as usual..wal hasil balik asal..

AMERIKA

9. Apabila Joe Biden dan Joseph Y Yun mempertikai perbicaraan melibatkan Anwar serta mengkritik keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan, Tun Mahathir dan KJ telah membidas kritikan tersebut. Maka berbondong-bondonglah pengampu Najib memetik bidasan Tun Mahathir dan KJ itu.

10. Adakah pengampu Najib tak berasa risau andai lepas ni Amerika akan mula merenggangkan diri dan menjadi kurang mesra dengan Najib? Bukankah selama ini Najib begitu dahagakan pujian Amerika hinggakan dipuji senator Amerika pun boleh jadi tajuk utama akhbar!!

11. Jika Tun Mahathir yang balun Amerika tidaklah pelik sebab seluruh dunia tahu sentimen negarawan itu terhadap Amerika. Tapi KJ? Terasa janggal dan peliklah pulak..nampak sangat macam pelakon channel Zee.

12. Bukankah pemansuhan ISA sebelum ini disebabkan Najib nak sangat bodek Amerika. Jadi tak mustahil Akta Hasutan juga akan dimansuhkan sebab PM Malaysia sentiasa terhegeh2 pujian Amerika. Lagipun Joseph Kurup dah cakap di Dewan Negara bahawa penggubalan Akta Keharmonian Nasional tetap akan dibincangkan walaupun Akta Hasutan dikekalkan.

13. Disebabkan TIADA JAMINAN berapa lama Akta Hasutan akan kekal, ditambah dengan keputusan Menteri JPM Najib yang masih mahu Akta Keharmonian Nasional digubal, maka kemungkinan untuk Akta Hasutan bakal senasib dengan ISA adalah sesuatu yang tak boleh diketepikan; Najib boleh saja nak buat alasan pada masa depan yang Akta Hasutan kononnya bertindan dengan Akta Keharmonian Nasional bagi merasionalkan pemansuhannya. Jadi apa maknanya lakonan KJ bidas Joe Biden? Nak mengaburi mata yang sedia buta?

SAMAN

14. Semua maklum yang Najib dalam proses saman Rafizi Ramli dan Tony Pua berkenaan isu 1MDB. Selaku Menteri Kewangan yang mana 1MDB adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Najib mengambil tindakan saman setelah diasak bertalu2 tanpa mampu berikan penjelasan konkrit atas segala dakwaan Naib Presiden PGayR dan Pengerusi DAPig Selangor itu.

15. Kalau tak silap (memang tak silap pun) Tun Mahathir juga mempersoalkan Najib dalam isu 1MDB. Malah Tun Mahathir terang-terangan 'menuduh' syarikat milik Kementerian Kewangan itu berjudi apabila menyimpan sebahagian dana mereka di Cayman Island. 

16. Tun Mahathir juga tanpa segan silu mengatakan Malaysia bakal tergadai dan menjadi boneka Amerika disebabkan kedegilan Najib yang tetap berkeras mahu menandatangani perjanjian TPPA. Terbaru hari ini pula Tun Mahathir pertikai tindakan kerajaan dalam menangani krisis penurunan harga minyak dunia.

17. Akhir2 ni Tun Mahathir kelihatan tak jemu mengkritik kerajaan serta mempertikai sekian banyak keputusan Najib yang kelihatan merugikan negara.

18. Jadi alang2 Najib dah saman Rafizi dan Tony, apa kata Najib saman jugak Tun Mahathir. Bila Tun dah kena saman, sekurangnya dia terpaksa senyap. Takdelah sesiapa lagi yang berani nak kritik Najib. Maka mudahlah Najib nak jahanamkan negara tanpa gangguan. 

19. Bila kurang kritikan, bermakna 'terbuktilah' semua tindakan yang Najib buat tu semuanya betul..tiada yang salah..negara tak rugi..rakyat tak susah..mantap..tertarik..kau memang da bomb..kan? Heh!

20. Apa tunggu lagi Ah Jib Gor..samanlah Tun Dr Mahathir Mohamed. Ada bran?!

Sunday, December 7, 2014

SPR patut tiru Bar Council

SPR perlu mencontohi Bar Council dalam mengendalikan Pilihanraya Umum..

1. Gunakan sistem undi pos 100% dan tempoh mengirim kertas undi dibuat dalam tempoh 1 bulan.

2. Untuk proses mengira undi, letakkan semua calon dalam bangunan lain yang jaraknya 300 meter dari dewan kira undi dan pemantauan hanya boleh dibuat menggunakan kamera litar tertutup sahaja.

3. Sebelum dibenarkan memantau, calon diwajibkan menandatangani akujanji tidak akan membuat rakaman gambar proses kiraan undi.

4. Hanya satu kaunter pengiraan undi saja di tunjukkan kepada calon. Bagi kaunter yg lain, calon wajib percaya kepada kewibawaan SPR. 

Ok tak? - Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive