Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, February 24, 2014

Najib MENGAKU Rakyat Banyak Hutang

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil memetik sepotong hadis, Najib berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.

"Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.

Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.

"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," katanya.

Najib berkata, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah," katanya.

"Ramai yang tertanya-tanya kenapa pula perlu naik harga minyak dan hapus subsidi gula seolah-olah membebankan rakyat dalam keadaan ekonomi pada masa kini," kata Najib.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa jumlah pembayar cukai di negara ini tidak ramai sedangkan perbelanjaan kerajaan bertambah setiap tahun.

"Setiap tahun kita perlu tambah penjawat awam, rekrut ribuan jadi guru, jururawat, polis dan tentera dan kalau kita tambah penjawat awam, perbelanjaan juga meningkat, sedangkan hasil tidak bertambah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi dan subsidi bersasar untuk memastikan hanya golongan yang berpendapatan rendah sahaja menerima manfaatnya iaitu menerusi BR1M sekali gus mengawal perbelanjaan serta memperkukuh ekonomi negara. - BERNAMA.

*********

BR1M bantu rakyat lunas hutang? Rakyat dapat BR1M RM650 tiap-tiap bulan ke? Siapa lebih untung daripada projek BR1M...rakyat yang dapat BR1M atau si penerima hutang?

Jika benar-benar nak bantu rakyat dengan beban hutang, adakah hanya boleh selesai dengan BR1M? Atau perlu fikir bagaimana untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat terutama Melayu?

Nampaknya Najib dah setaraf Nik Aziz. Dah pandai quote hadis nak meng'halal'kan tindakan sendiri. Konon masuk bakul angkat sendiri. Undi Najib akan dapat PAHALA BR1M. Heh...

Friday, February 21, 2014

Kader yang Pandir

Arakian sebuah hikayat purbakala, hidup seorang jejaka perkasa segak bergaya yang dikenal sebagai Kader.

Kader diberi makan dan minum dengan sudu bertatah permata dan berkulit emas, kilat berkilau. Pakaian Kader putih bersih berkain sutera panjang meleret menyampu segala kelikir sampah kering keliling hamparannya. Gelagat dan telatah Kader begitu sopan namun penuh ketakutan dan kesombongan, kerana jasad luarnya sahaja tampak bergaya, segak bak pahlawan terbilang, tapi tiada isi dan buah akal budi yang budiman.

Kader dipanggil oleh pemerintah unggul untuk dilatih menjadi peria pilihan bangsa. Kasihan, kelihatan Kader hadir dengan muka sugul, minta simpati dan minta nyawa dek kerana naluri penakut dan sombongnya dia.

Dalam pelatihan, Kader kelihatan semakin pandir daripada biasa. Lazimnya Kader begitu bongkak berkata-kata, walaupun umum ketahui bahawa Kader seorang penakut dan sombong. Kader cuba berlagak kaya pekerti dan bijak budi, namun terbukti Kader masih terlalu colos dan lopong dalam mengurus diri dan kawan-kawan sejati.

Kader kelihatan hilang punca, tidak cekap dan ternyata tidak punya bistari. Pelatihan yang berjaya menelanjangkan Kader bahawa dia hanyalah seorang Pandir. Inilah bahana pabila Si Pandir mengaku pandai, Si Pandir tidak bisa bersosialisasi, Si Pandir tidak cekap berfikir sebagai insan yang waras dan kaya akal fikir.

Kader membuktikan bahawa dia seorang Pandir. Pandirnya Si Kader ini sehinggalah dia gagal untuk ikuti acara penuh semua pelatihan. Paling Pandir pabila Kader bersopan mengirim khabar bahawa Kader perlu keluar sebentar, kerana perlu bersyarah di luar. Kesian nasib Kader Si Pandir.

Kader pabila mula membuka mulut berkuliah dengan kawanan pelatihan sudah songsang arah dan haluan. Asal-usul warta muktabar telah disongsangkan. Paling tidak molek, apabila Kader yang pandir berhujah dengan "tidak bijak" bahawa Islam adalah Agama Rasmi Negara, sedangkan pemerintah zaman itu sudah bertitah dan dirakam titah itu seluruh Alam Buana, bahawa Islam adalah Agama Persekutuan Negara. Demikian, salah besar dalam dunia pelatihan Si Kader yang Pandir.

Kader yang Pandir perlu banyak belajar. Dunia pelatihan zaman tersebut penuh duri dan ranjau. Mungkin semangat sahaja yang tinggal sebagai harapan.

*********

Pengajaran kisah: Pak Sedaro yakin senario ini mungkin berulang kembali dalam zaman super teknologis. Tidak mustahil jika;

1. Insan yang kononnya dipungut dan dipantau oleh orang yang "berfikir" dia pemimpin, tetapi tidak cukup Kaya Asuhan dan Kaya Perangai.

2. Insan yang berlagak seolah pemidato baik oleh pemimpin mereka, tetapi kelihatan bodoh dan bangang dalam dunia peperangan sebenar, kerana tiada buah pukul dan fakta pembunuh pemikiran songsang.

3. Amat malang jika Kader yang Pandir begitu ramai hidup segar mekar dalam dunia hari ini, khasnya di Tanah Melayu.

Mudah-mudahan Tanah Melayu dilengkapi oleh perajurit dan panglima seperti yang pernah dinikmati oleh Kerajaan Ottoman sewaktu penawanan Kota Constantinople pada 23 Mei 1453.

Thursday, February 20, 2014

LRT Shah Alam untuk Kroni

Ketua Pemuda UMNO Shah Alam sedang berangan-angan untuk menjadi kaya dan dilihat pintar oleh pengikut UMNO Shah Alam.

Projek LRT Shah Alam yang boleh menerima sambungan dari Subang sebenarnya akan memberi keuntungan tidak fizikal kepada rakyat Shah Alam yang telah 10 tahun bersetuju dengan Khalid Samad, seorang pendukung Syiah PAS yang juga menuntut simpati Muktazilah.

Siapa yang dapat keuntungan fizikal:

1. Kontraktor Melayu sekitar 10% (tulen) dan kontraktor Ali Baba 90%.

2. Harga bangunan dan kediaman di Shah Alam akan meningkat sekitar RM1.2 juta hingga RM2.5 juta (status teres 2 tingkat).

3. Penyokong lupa daratan di Shah Alam, kebanyakannya pegawai kerajaan pencen dan pekerja swasta yang taat kepada Pas dan PkR kini tersenyum kerana Ketua Pemuda UMNO Shah Alam juga memiliki kepentingan dan keuntungan fizikal daripada mereka.

Cukup ler setakat ini komentar sementara. Elok biarkan Shah Alam sendiri berbicara.

Buktikan UMNO mampu kuasai Selangor kembali dengan majoriti 2/3 bermula 2018, barulah bina laksana LRT Shah Alam!!

Wednesday, February 19, 2014

Tolol ke Bahalol

Tindakan paling TOLOL atau BAHALOL bila Kalinga Paria yang berkiblat Komunis ini berada sebagai anggota pentadbiran bersatus Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siapa yang 'bijak' sangat bawa kalinga ni masuk kabinet in the first place?!

Pendedahan Permintaan Waytha Dapatkan RM4.5 Bilion

alt

KUALA LUMPUR 18 Feb - Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy didakwa cuba mendapatkan RM4.5 bilion dari bajet kerajaan dibawah pertimbangannya untuk membangunkan komuniti India.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan RM750 juta dari keseluruhan bajet tahunan kerajaan bagi tujuan tersebut menerusi kementerian dan agensi kerajaan tertentu namun Waytha mendesak ianya diletakkan dibawah jaminannya.

Pengerusi Hindraf turut mendesak Perdana Menteri mengeluarkan jaminan bertulis bagi menyalurkan RM750 juta kepadanya untuk melakasanakan agenda komuniti India.

Kerajaan berpendapat, pembangunan komuniti tersebut perlulah dibuat secara berperingkat demi menjaga sensitiviti kaum lain dengan mengambil kira aspek praktikaliti.

Berikutan tuntutan yang tidak dipenuhi, Waytha meletakkan jawatannya di dalam barisan menteri kabinet termasuk jawatan Senator Dewan Rakyat seraya melanggar Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Hindraf dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Sejak awal penglibatannya di dalam kabinet, Waytha jelas menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran berikutan tidak memenuhi jangkaannya.

Waytha ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merupakan individu pertama dalam kabinet menyalahkan pihak polis menembak gangster berbangsa India secara terbuka.

Beliau perlu sedar jawatannya ketika itu mewakili kerajaan dan perlu lebih peka dengan tindakan agensi kerajaan dalam membanteras jenayah tidak mengira pangkat, agama mahupun bangsa berikutan penjenayah adalah musuh negara.

Ketika perletakan jawatannya, Waytha meletakkan kesalahannya kepada Perdana Menteri namun tidak menyatakan bantuan kerajaan dengan menyalurkan dana hampir RM500 juta tidak termasuk RM34.5 juta menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) kepada komuniti tersebut.

Hakikatnya kerajaan sudah terlebih buat membantu untuk membangunkan orang India. Kerajaan membuat semua ini bukan kerana Waythamoorthy. Dasar membantu tanpa memilih kaum telah lama dilakukan.

Waythamoorthy patut tahu perkara ini dan alasan kerajaan tidak memberi perhatian kepada kaum India tidak benar sama sekali. Dia mesti bertanggungjawab di atas kenyataan-kenyataannya yang boleh menyebabkan salah faham antara kaum.

Malah dia patut faham pendekatan radikal Hindraf tidak sesuai di negara ini. Walaupun dia kecewa dengan kegagalan parti-parti politik India, itu bukan mencerminkan kegagalan kerajaan membantu kaum India.

*********

Andai Mohd Najib Abdul Razak sudah tidak sesuai dan layak berfikir waras berasaskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...maka elok sangatlah letak jawatan menjelang 11 Mei 2014.

Elok bonar Muhyiddin Mohd Yassin bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Monday, February 17, 2014

Matlamat menghalalkan cara

February 16, 2014.Rebuffed by keepers of his own faith when he tried to preach at a mosque last month, Datuk Seri Anwar Ibrahim was welcomed with open arms at the church of the Holy Family in Kajang after the English and Mandarin masses today. Parish priest Father George Harrison welcomed the opposition leader as “our brother” before he gave the floor to Anwar, who vowed the 1,200-strong crowd with his 25-minute speech on various issues. But it was Anwar’s bold and direct approach to answering the questions from the congregation that impressed the crowd. 

When he was asked about his stand on the religious issues currently affecting the country and the rights of Bahasa Malaysia-speaking Christians to use the word Allah, Anwar said that even international Muslim scholars thought it was a subject unworthy of debate. “When I asked an international scholar about it, he asked me what kind of question that was. “I told him it was Umno’s question, so he explained that Muslims recite five times a day: “Praise be to Allah, Lord of Heaven and Earth. “So, if Allah is Lord for the entire universe, how can there be limitations?” Anwar pointed out. He also stressed that for Umno, the Allah issue was clearly not about faith. “If it was, then their stand must be binding on all. But in this case they are saying Sabah and Sarawak can use the word but not in the peninsula,” Anwar said to loud cheers. He then joked that this meant that a person who boarded a flight from Kuching to Kuala Lumpur will say “Insyallah I’m going to KL” when he gets on the flight but when he lands, he will have to say “Alhamdu Lord”. 

Anwar’s meeting of the Catholics at the Holy Family church hall comes amidst religious tension between Muslims and Christians which was reignited last year when the Court of Appeal had ruled in October that the Catholic weekly Herald could not use the word Allah in its publication. The church is appealing the decision. Herald had won a High Court decision in January 2009 that had overturned the Home Ministry’s ban on the use of the word Allah in its publication. The Selangor Islamic Religious Department (Jais) further stoked the tension when it raided The Bible Society of Malaysia’s premises in early January and seized more than 300 Bibles, including the Bup Kudus, because they contained the word “Allah”. The term Allah is used by Christians who worship in Bahasa Malaysia and Iban, such as those in Sabah and Sarawak. Two-thirds of Malaysia’s 2.9 million Christians are from Sabah and Sarawak. 

Mindful of the possible consequences of his visit to the Holy Family Church, Anwar said if Umno-controlled media would use his church visit against him, they should take note that he had been speaking at churches since his activist days in the Malaysian Islamic Youth Movement (Abim) in the 1970s. He added that he continued giving his views at church events even as a government minister. “So to the Umno-controlled media here, note that I have been going to church, I’m here now, and Insyallah,I will continue to do so.” In an obvious response to critics who had chided him for standing as an assemblyman, after he was once acting prime minister, Anwar admitted that he had gone from one extreme to the other and his experiences would help him. “I was right up there as acting PM and then went to prison, so I’m wiser and have benefited from all my life’s experiences,” he said. Anwar’s visit to the Holy Family church is part of his meet-the-people programme ahead of the Kajang by-election, which he is contesting as a PKR candidate. His “rock star” appeal was obvious with parishioners excitedly waiting for nearly three hours to catch him in action. When Anwar appeared just before noon, there was thunderous applause and everybody tried to capture the moment with the cameras on their handphones. The multi-purpose hall was packed, with many having to stand. 

Dressed smartly in a light pink striped shirt and brown pants, the crowd cheered when Anwar spoke about how he had brought international fame to Kajang. “The international media mentioned me in their news, saying that my decision to stand here in ‘Kay Jang’ shocked my friends and foes,” he said to rapturous applause. Beaming from ear to ear, a 72-year old parishioner, who wants to be known only as Alex, said: “I have heard him speak many times, and I wouldn’t want to miss this. “We totally support him and want to hear what he has to say, especially on the Allah issue,” he added. Alex said that during the 8.30am mass, their priest had told the congregation to welcome the opposition leader as “he is our brother”. Alex said that to address the concern among a small group of parishioners who had questioned the wisdom of allowing Anwar to speak at their parish for fear of a backlash from Muslim extremists, Harrison had told his congregation “not to be afraid”. “I believe the church’s stand is to accept everybody, so even if it was an Umno politician who wanted to speak in our church, we are not going to say no,” Alex said. Debbie, a housewife, agreed, saying that she and her friends were eager to hear Anwar’s plans. “As Christians we are taught never to resort to violence, and we stick to that. “But the country needs a change of political power because what we want is unity not just in talk, but in action.” 

Another parishioner Andrew Loh agreed, saying that Christians were concerned over the Allah issue and wanted to hear what Anwar had to say about it. “The Allah case is in court because that is the only avenue for us. As Debbie said, we will not resort to violence, but it is our right to go to court,” he said. Bernard, 45, agreed, saying that the case was about principles and the “rights of Christians”. Marcel, 50, said he fully backed Anwar as Selangor menteri besar as it was necessary for the latter to get back into mainstream politics. Also present were Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives director Datuk Seri Dr Edmund Santhara and PKR deputy president Azmin Ali. Others include his party colleagues comprising Subang MP R.Sivarasa, Batu MP Tian Chua, Serdang MP Ong Kian Ming,Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, PKR vice president Datuk Chua Jui Meng. Quoted from The "thirteen million plus Ringgit" Guy Rambles. 

*********

Well, this is definitely Brother Anwar Bin Ibrahim. He is a Machiavellian practitioner. He will do whatever it takes to get what he wants. I do hope the Malay voters in Kajang protest and voted either Dato' Nalla or Dato' Zaid Ibrahim. Let us get rid of Anwar from Selangor.

Thursday, February 13, 2014

Tanda Tidak Ikhlas

Kata Hikam Syeikh Ibnu 'Atoillah;

"Keinginan kamu agar diketahui orang keistimewaan kamu, (bermakna) menunjukkan ketidakjujuran atau ketidakikhalasan kamu dalam perhambaan kamu kepada Allah."

Allah mengurniakan keistimewaan kepada hambaNya yang terpilih. Ia merupakan rahmat Allah yang harus dinikmati hambaNya yang mempunyai ilmu yang bermanafaat, soleh, zuhud, tawakkal, redha dan cinta kepada Allah.

Bagi hamba yang mempunyai keikhlasan di dalam perhambaan kepada Allah akan menyembunyikan setiap amal dan ibadatnya. Hanya untuk pengetahuan Allah tanpa diketahui oleh orang ramai.



Sahl ibn Abdullah al Tasturi berkata:-

"Sesiapa yang suka makhluk melihat amalan di antara dia dengan Allah maka dia adalah orang yang lalai."



Berkata Abu al Khair al Aqto' r.a.,

"Sesiapa yang suka manusia melihat amalannya maka dia adalah orang riya'. Sesiapa yang suka manusia melihat keadaannya maka dia adalah pendusta."

Monday, February 10, 2014

Cayalah Hasan Malek

1. Hasan Malek sebenarnya orang yang baik. Disebabkan terlalu baiklah maka ramai yang suka ambil kesempatan.

2. Sejak menerajui KPDNKK, Hasan Malek ditalu, diasak dan ditekan berulang kali, hingga digelar 'Menteri Cap Ayam'...'Menteri Jangan Beli Ayam Tapi Beli Daging dan Ikan' (walhal Hasan Malek hanya minta rakyat supaya menggunakan sepenuhnya hak pengguna, yang mana rakyat Malaysia terutama Melayu memang terkenal dengan lemahnya kesedaran tentang hak); hingga ke tahap Hasan Malek turut diacah konon telah meletakkan jawatan menteri.

3. Walhal yang buat keputusan hingga harga barang mendadak naik ialah Najib bersama Konsetan-nya. Hasan Malek hanya dijadikan kambing hitam.

4. TAPI kini Hasan Malek mula tunjuk TARING!!

5. Hari ini Aras 13 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mula digeruni.

6. Jawatan KSU dan TKSU KPDNKK khabarnya sudah dikosongkan. Pengarah PPDNKK Negeri Sembilan pun sudah 'mintak nyawa'. Pengarah KPDNKK negeri lain sedang resah gelisah.

7. Itulah padahnya apabila main-main semasa bekerja hingga memalitkan lumpur pada Menteri yang bertanggungjawab.

8. Rakyat gelisah dengan kenaikan kos sara hidup, tetapi kakitangan KPDNKK boleh buat sambil lewa. Arahan diberikan tidak terlaksana, lebih banyak merungut daripada bekerja.

9. Apabila kakitangan awam gagal melaksanakan polisi dan dasar yang ditetapkan, secara tak langsung akan menyebabkan parti yang memerintah pun buruk nama.

10. Hasan Malek tidak boleh berhenti setakat tukar KSU, TKSU dan Pengarah Negeri. Hasan Malek kena bersungguh 'BASUH' penguatkuasa-penguatkuasa KPDNKK di setiap negeri kerana mereka inilah yang banyak mencacatkan nama kerajaan. 

11. Penguatkuasa-penguatkuasa inilah yang suka lawan bos, konon mereka lebih tahu daripada bos. Paling sadis apabila geng penguatkuasa KPDNKK ini ramai 'dibela' oleh tokey-tokey Cina hingga masalah kenaikan harga barang sukar dikekang. Mana taknya...bila mereka turun ke premis perniagaan, penguatkuasa ini dipanggil "BOS" oleh tokey makan babi ini. Tapi bila balik pejabat, terpaksa pula mengadap bos sebenar. Sebab tu kebanyakan penguatkuasa ni naik lemak, perasan bagus dan bermuka-muka dengan pihak atasan, depan lain, belakang lain; semata-mata nak pertahankan tokey makan babi yang bela mereka.

12. Game licik geng penguatkuasa KPDNKK ini dah lama berlaku. Menteri KPDNKK bertukar ganti, tetapi masalah sama tetap berulang. Harga barang tetap naik tak turun-turun. Jadi sebelum BN sendiri diturunkan rakyat di PRU-14, Hasan Malek perlu buat sesuatu untuk kembali menyenangkan hati rakyat.

13. Selain KDN, kementerian Hasan Malek adalah kementerian yang sering diteropong rakyat. Jadi tolong pastikan pengganti KSU, TKSU, Pengarah Negeri mahupun penguatkuasa adalah orang yang benar-benar berpihak kepada rakyat, bukan golongan peniaga. 

14. Jika Hasan Malek berjaya lakukan itu dalam penggalnya sebagai Menteri, dia pasti dikenang sepanjang hayat.

Saturday, February 8, 2014

UMNO baca!

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membatalkan tindakan pendakwaan terdahap Mejar Zaidi Ahmad kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.


"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.

"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.

"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," katanya kepada Harakahdaily.


Zaidi dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi PRU13 lalu.


Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam pada itu, seluruh ahli dan penyokong PAS digesa mengadakan solat hajat mendoakan agar Zaidi diberi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian ini dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau esok.

Friday, February 7, 2014

"Bijak Mediala" Bijan!

Najib ke Bijan nie...!!!

Majlis Makan Malam Jabatan Peguam Negara ialah tempat memaklumi bakal pemansuhan Akta Hasutan 1948!!! Woooww...what a brilliant move?

Jadilah seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bijak media dan panjang perancangan senario wahai Abang Najib ku sayang!

Apakah ini nasihat Rosmah Mansor juga, atau Setiausaha-Setiausaha Politik yang tak menjadi imuniti Perdana Menteri?

Mengikut rekod, semua YAB Perdana Menteri Malaysia kecuali Najib Abdul Razak, ialah apa-apa subjek super penting yang dikelasifikasi sebagai "AMAT PENTING, BERKEPENTINGAN AWAM, MENDESAK" dan "RAHSIA BESAR" hanya dimaklumkan kepada umum selepas 110% bersedia untuk lancar dan laksana.

Apakah standard operating procedure yang cuba ditonjolkan oleh Ah Jib Gor? Hanya dengan jemputan VVVIP sebagai Perdana Menteri di meja makan, dengan nilai makanan sekitar RM1500 semeja, maka, HALAL ia menjadi "pusat pengumuman"...

Apalagi yang melibatkan soal Akta Hasutan 1948 diganti dengan Akta Keharmonian Nasional?

Maka, esok lusa boleh saya diadakan pelbagai lagi liberalisasi "hukum/ilmu perundangan" dan "ilmu kehakiman" yang mungkin boleh memaklumi pula, pemansuhan Akta-Akta:

1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996 kepada Akta Liberalisasi Pengajian Tinggi

2. Akta Perdaftaran Pertubuhan 1966 kepada Akta Pertubuhan Nasional

Juga memaklumi akta-akta Moden seperti;

1. Akta Kesejagatan Teknologi Maklumat Nasional

2. Akta Perkahwinan Kebangsaan

dan bagai-bagai lagi.....

Apakah ini taraf Penasihat Media kepada YAB PM, khabarnya DS Farid (Media Prima dulu)? Negara Malaysia ini bukan acuan "pink panther" atau "Flintones"?

Sedar atau tidak, Kerajaan Malaysia di Putrajaya sedang membuka ruang kepada kejayaan metodologi "198: From Dictatorship to Democracy" karangan Gene Sharp seorang bertaraf Bishop Freemason yang kini menetap di Boston?

Apakah Kerajaan Malaysia sedang dilanggar Garuda Pluralisme dan Liberalisme dari dalam saraf-saraf utama institusi?

Ke mana hilangnya kuasa-kuasa khas Ketua Setiausaha Negara? Ketua Hakim Syariah? Ketua Hakim Negara? Ketua Hakim Besar Borneo? Ketua Polis Negara? Panglima Angkatan Tentera? Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara? Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian? Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu?

Pak Sedaro nasihatkan Ah Jib Gor pergi berguru dengan Guru-guru Agama yang mursyid secara bertalaqi yang masih hidup di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Terengganu, Bogor, Madinah dan Hadramaut.

Wahai Ah Jib Gor...gayo kau buat pengumuman ini...macam orang yang tidak memadai Solat Sunat Istiharahnya...

Mintalah petunjuk, pedoman dan hidayah Allah sebelum lakukan sebarang pengumuman, kerana saudara Najib ialah orang nombor wahid negara, hukuman kubur saudara jauh lebih dahsyat dan berat daripada rakyat yang mengemis mencari sesuap nasi.

Jadilah NAJIB .... bukan BIJAN.

O.K.U. = Orang Kuat UMNO


Thursday, February 6, 2014

Inilah sebab DAP mahu memerintah Malaysia

Dalam perbahasan Parlimen sejak 1972 hingga 2013, inilah ketakutan DAP apabila Melayu memerintah, iaitu pembuktian bahawa institusi ilmu cetakan asal Melayu melalui MRSM setanding dan se"class" dengan World Institutions...

MRSM ialah periuk belanga totok Melayu yang dimatangkan oleh perjuangan UMNO. Malang sekali, ramai kalangan "anak-anak MRSM" yang lahir daripadanya "LUPA DARATAN"...ada juga yang memberi dominasi Freemason, pendukung Liberal dan Plural seperti Azly Abdul Rahman (mengambil contoh) dan ramai lagi baik dalam Malaysia mahu pun Luar Malaysia...

Inilah kesan dan akibat Perkara 153, yang nampaknya memberi bukti selepas 30 tahun kematangan sistem dan institusi MRSM...

Tahniah MARA, Pak Sedaro mesti merakamkan tahniah dan syabas kepada seorang Master Sifu yang dihantar sebagai "pakar rujuk dan pemikir pembina MRSM" iaitu Tuan Haji Hussein bin Ibrahim, bekas Pengarah Kanan MARA yang dihantar khas oleh Kerajaan Malaysia-UMNO melalui MARA selama 9 bulan ke beberapa buah negara dunia untuk mengkaji dan melahirkan "prototaip" sekolah berasrama Melayu di Malaysia, yang akhirnya dinamakan Maktab Rendah Sains MARA...MRSM pertama ialah MRSM Seremban, dan hari ini MRSM paling bongsu ialah MRSM ....(entah, banyak bonar, tengoklah webpage MARA).

Tahniah dan syabas Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, atas pengorbanan meluluskan keputusan kabinet dan Parlimen hingga terdirinya MRSM...

Tahniah dan syabas Almarhum Tun Hussein Onn kerana mempertahankan kedudukan MRSM sebagai institusi tunggal Melayu yang lahir daripada MARA daripada ancaman DAP sejak 1976 hingga 1982.

Tahniah dan syabas Tun Dr. M kerana Tun berjaya bermati-matian memperkukuhkan Agenda Pandang Ke Timur (Look East Policy) sehingga MRSM diangkat sebagai "Sekolah Berasrama Penuh Pilihan" kepada Anak Melayu, Orang Melayu Miskin-Fakir, Asnaf dan melahirkan manusia-manusia seperti:

1. Kamaruddin Meranun
2. Mukhriz Mahathir
3. Sheikh Muzaffar Sheikh Mustafa
4. Shazally Ramly
5. Husni - CEO Teraju
6. Badlisyah Abdul Ghani-CEO CIMB Islamic
7. Jamaluddin Ibrahim - Maxis
8. Ismee- CEO Tabung Haji
9. Abdul Wahid Omar - dulu maybank sekarang YB Menteri di JPM
10. Pengganti Wahid di Maybank - juga budak MRSM
11. Pakar Bedah Jantung di IJN - tak ingat lak namanya (doktor bedah jantung Dr. M) juga budak MRSM
12. Dr. Rozmy (tauke MLM di Kelantan) 
13. Mohd Nizam Mohd Ali - Pengarah Sektor Swasta, IIM (JUSA C)
14. Timbalan Ketua Pengarah APMM - juga bekas pelajar MRSM
13. Ramai lagi...

Soal seterusnya, apakah hadiah dan jariah bekas pelajar MRSM kepada institusi dan membantu UMNO dalam mengurus tanah air?

*********

MRSM Alor Gajah 10 terbaik dunia

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka telah mengharumkan nama negara apabila tiga pelajarnya berjaya melayakkan diri dalam pertandingan Tournament of Champions World Scholar's Cup di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat baru-baru ini. 

Tiga pelajar itu yang terdiri daripada Arisya Umaira Azaiddin, Ellesya Myra Faredz Mohamad dan Raslan Abdul Rahman berjaya menewaskan 70 buah sekolah dari seluruh dunia bagi setiap kategori utama yang dipertandingkan iaitu debat berpasukan, cabaran cendekiawan, cabaran bowling dan kerjasama dalam penulisan. Pertandingan World Scholar's Cup yang merupakan acara tahunan di Amerika Syarikat itu bagi mengenal pasti potensi dalam bidang kajian dalam pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh dunia. 

Menurut guru pengiring, Normahyatur Mas Mohd Abas, pasukan MRSM Alor Gajah telah menunjukkan pencapaian membanggakan. "Mereka berjaya menduduki tempat 10 tertinggi menewaskan 70 buah sekolah antarabangsa lain dalam empat kategori yang dipertandingkan," katanya. - Utusan.

Wednesday, February 5, 2014

Salleh Mat Rashid Bertindaklah!

Pengarah KDNKA PDRM, DS Salleh Mat Rashid...Pak Sedaro fikir sudah masa ehh guna sama PAC 1959 tu kepada Lim Kit Siang...apo kau nak tunggu sampai "Gunung Semanggol" turun ke hilir baru nak bertindak...kang kok menyosa.

KURANG AJAR..!!! KIT SIANG PERTIKAI FIRMAN ALLAH..?!!!



Kalaulah Kit Siang ada depan saya, rasanya mau jugak saya lempang muka dia. Saya bukan lempang kosong, tapi lempang saya adalah kerana tindakan dia sendiri yang cari "penyakit" seolah-olah mempersoal firman Allah SWT di dalam Al-Quran...
Baru-baru ni Kit Siang pertikai khutbah Jumaat yang ditulis JAKIM. Katanya khutbah tu tak menyokong keharmonian agama di Malaysia kerana menyebut pepecahan umat Islam di negara kita ni tidak hanya kerana lemah iman, tapi juga kerana hasutan dari penganut Kristian dan Yahudi..
Dalam khutbah tu, memang Imam ada sebut begitu. Lalu diperkuatkan lagi dengan firman Allah SWT... 

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Apa Kit Siang bodoh sangat ke sampai tak reti nak pikir? Khutbah Jumaat tu adalah sebagai peringatan kepada seluruh umat Islam tentang bahaya ancaman dari puak Kristian dan Yahudi yang selalu berusaha memesongkan aqidah umat Islam supaya ikut agama depa... salah ke?

Tuesday, February 4, 2014

Jabatan Peguam Negara & PDRM: Bacul Bonar Ko?

Cukup...Cukup...Cukup...
Listen...Listen...Listen

DAP ialah Komunis. Hanya Komunis sahaja yang buat kerja hina Nama Khas Allah, Hina dan Jatuhkan Maruah Pemimpin Melayu, Rancang Huru-hara untuk jahanamkan Integriti PDRM-Kerajaan Persekutuan-Jabatan Peguam Negara-Jabatan Kehakiman

Dah berlori kertas repot, tak ada tindakan.

Apakah Jabatan Peguam Negara dibarisi oleh Peguam Pendakwaraya yang BANGANG! Atau bosar BEDEBAH!

Apakah PDRM diwarnai oleh populis Freemason hingga menjadi "anjing salakan" DAP dari dalam!

Apakah Menteri-Menteri yang wajib...sibuk MERONGGENG dan DIGORENG!!!

Rakyat makin lama makin MARAH, makin DENDAM, api ini sukar kelihatannya untuk terpadam...

Jika berlaku senario kebakaran Masjid di beberapa lokasi strategik dalam Selangor, Maka, tidak mustahil LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI....

Oiiiii.....bertindaklah.....

Pengganti Najib

Cakap-cakap dikalangan orang UMNO mengakui bahawa Najib sangat lemah sebagai Perdana Menteri. Malah rakan-rakan dari parti komponen BN juga berkongsi sentimen yang sama. Kalau tanya orang luar UMNO dan BN lagilah menyampah dengan Najib. Masing-masing ada alasan dan hujah tersendiri, Najib penakut la, Najib tak mampu berfikir sendiri la, Najib tak habis belajar la, Najib hanya dengar cakap Konsetan la, bini Najib tak takut Najib la, Najib boros la, Najib tak tau urus ekonomi la, Najib kemaruk pujian AS dan barat la, Najib jilat Cina la, Najib kangkung la, Najib itulah, Najib inilah...sampai tak larat nak dengar. 

Tapi walaupun ramai pihak mengakui bahawa Najib tersangatlah LEMAH, tiba-tiba orang Najib matikan hujah mereka dengan bertanya soalan, "kalau Najib disingkirkan, siapa yang layak ganti Najib?..Siapa...siapa?" Terus pengkritik Najib senyap...tak tau nak balas macamana.

Sebenarnya soalan siapa yang layak ganti Najib hakikatnya telah merendah-rendahkan kredibiliti sebahagian besar pemegang jawatan dalam UMNO. Seolah tiada siapa pun penyandang jawatan bermula daripada Timbalan Presiden dan ke bawah dalam UMNO yang layak menggantikan Najib. Seolah semua pemimpin UMNO kecuali Najib adalah bodoh belaka. Itulah makna tersirat "Siapa yang layak ganti Najib?"

Tidakkah orang-orang Muhyiddin akan berasa tersinggung? Atau orang-orang di kalangan Naib Presiden, kecuali Hisham. Tidakkah KJ terasa apa-apa? Bukankah KJ menyimpan hasrat menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia? Atau Mohamad Hasan, MBNS yang memang bercita-cita untuk menjadi PM? Tapi kok Tok Mad jadi PM, den sokong yor. Heh!

Tiadakah dikalangan pemimpin UMNO hari ini yang rasa terhina dengan kenyataan "TIADA YANG LAYAK MENGGANTIKAN NAJIB"? Tidakkah Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang ada di Malaysia ini terasa diperbodohkan oleh orang-orang Najib dan Najib sendiri? Atau Ketua-Ketua Bahagian UMNO terikat dengan skandal hingga tak tergamak nak 'langgar' Najib?

Sampai bila orang UMNO dan BN nak paksa rakyat berkompromi dengan Perdana Menteri yang lemah seperti Najib? Sampai bila rakyat nak dipaksa rela untuk berdiam dengan segala kelemahan Najib? Dah terang-terangan semuanya mengaku Najib lemah, terang-terangan juga rakyat dah tunjukkan rasa tidak hormat pada Najib, tapi pemimpin UMNO dan BN masih lagi nak 'simpan' Najib? Tidakkah ini kerja paloi namanya?

Mungkin dah sampai masanya kem Najib cipta isu panas untuk Najib selesaikan, sekaligus diangkat sebagai hero bagi mengembalikan kepercayaan rakyat padanya sebagaimana yang sering dilakukan Anwar. Namun jika situasi semasa dijadikan rujukan seperti isu kalimah 'Allah' pun Najib masih tak mampu menjadi jaguh, memang selayaknyalah Najib disingkirkan segera daripada parti dan kerajaan.

Walaubagaimanapun sama ada Muhyiddin atau siapa saja yang bakal gantikan Najib, ianya adalah risiko yang berbaloi untuk diambil sebelum UMNO dan BN hanya dijadikan bahan sejarah di muzium Johor oleh pengundi di PRU-14.

Bakal PM Malaysia? Heh!

Monday, February 3, 2014

Pemimpin UMNO Bangang

Dah sekor lopong jadilah...jangan dinambah-nambah kebangangan UMNO.

Presiden UMNO dah ditimpa bertubi dan berlori tan tentang kangkung...tapi sobab laskar siber UMNO tak bertenaga-bengap-sengal, maka, kelihatan UMNO Bangang dari perspektif umum.

Kini, bilo Anwar Ibrahim dijadikan "bahan berita" yang sensasi oleh pasukan perosak negara, hingga memberitahu media bahawa dio calon bertanding di Kajang...dah kau biarkan dio syok sendiri.

UMNO-BN jangan layan. Buat tak peduli, jika media tanya dalam apa juo keadaan, tak perlu balas sebarang jawapan. Cukup sekadar memaklumi, eloklah itu urusan Anwar Ibrahim dan SPR.

SPR terpaksa buat Pilihanraya Kecil kerana ini peruntukan undang-undang.

Nama manusia seperti Khairy Jamaluddin yang nampak terperangkap bilo ado hantu sebut nama Lee Chong Wei sebagai calon BN untuk Kajang, pun pedulikanlah...apo handal bonar, bilo seolah-olah dio dilabel secara terbuka sebagai Aset Negara...apo punyo bingai Menteri Belia dan Sukan Malaysia ini.

Anwar Ibrahim memancing rakyat supaya melupakan banyak kes-kes penghakiman mahkamah dan sebagainnya yang berjadual untuk dio dihakimi dalam tahun 2014.

Anwar Ibrahim dikenali sebagai "Man with 1001 faces and facets"....manusia bertalam-talam mukanya.

Pandangan terlalu ramai ahli politik emas dan purba memberikan "petunjuk" bahawa Anwar Ibrahim sedang mengalami proses "dilema Supremacy Power" yang dio masih tidak dapat menduduki jawatan paling istimewa iaitu Perdana Menteri Malaysia, dan hasratnya untuk membawa masuk RM 3 trillion daripada khazanah kekayaan Zionis yang dipusatkan di bawah Future Foundation.

Anwar Ibrahim kelihatan sedang mendorong beberapa gerakan orientalis bawah tanah Freemason, yang nampaknya sedang memenuhi Bumi Malar Hijau Kajang dan Hulu Langat. Sudah terdapat beberapa entiti kepentingan PkR-Freemason sedang beroperasi secara ad-hoc nampaknya. Ini kerja Cawangan Khas PDRM la untuk kolokaikan.

BN khasnya UMNO amat WAJIB tidak memberi sebarang responds kepada media perihal kekosongan kerusi DUN Kajang ini. Berikan SPR dan SPRM menjalankan siasatan dan kerja pilihanraya mereka. ADUN PkR yang letak jawatan ini, sedang mengurus pasport khabarnya untuk ke luar negara kerana cuti belajar. Satu escapism yang bijak, kerana status pelajar membolehkan dio secara kesian mendapat permit/visa pelajar.

Rancangan ini sudah bermula pada 5 Jun 2013 lagi, nampaknya selepas menumpaskan minda rakyat dengan "cartel" dan castelo Barang Naik (BN), kini, teknik sabotaj hidup harmoni digunakan....akhirnya gerak kerja menyatakan "rakyat mesti boleh membuktikan dan dibuktikan bahawa organisasi urusan SPR boleh diragui" adalah BENAR DAN TEPAT.

Nampaknya Najib terpaksalah bertalaqi dengan Dr. Mahathir untuk urusan Negara.

Undi Cina Kajang

Pengundi Cina Kajang rata-rata telah adjust kedudukan semula. MCA dan GERAKAN sedang melonggok segala dokumen benar dan palsu untuk mengembalikan keyakinan UMNO supaya meletak calon MCA di Kajang, walaupun menurut perisikan MCA dan GERAKAN "hanya" bekerja politik 2 jam semasa PRU-13, dan menjadikan dinding-dinding sakti DAP sebagai premis menginap dan makan tidur.

PkR galak memberi kerusi kepada Anwar Ibrahim sebagai lambang bahawa rakyat dan pengundi Kajang, bakal menerima seorang pelakon rosak akhlak dan kufur adab untuk dipilih sebagai ADUN Kajang atau lebih tepat Ahli Dewan Undangan Negeri Penjara Kajang.

Umat Melayu sudah tentu pecah berdarai. Cina kekal bersatu dalam DAP di Kajang, inilah kesan dan akibat "kebodohan" punahsihat Presiden UMNO ketika bersetuju mengadakan lawatan ke Kolej Era, Jalan Bukit, Kajang.

Apakah Johan Abdul Aziz, Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat bakal bertindak sebagai "Panglima War Room BN" untuk perang kecil ini. Perang Kecil yang high impact mungkin?

High Impact kerana Anwar ialah bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas tahanan Universiti Kemunting, bekas banduan di Penjara Sungai Buluh dan Kajang, bekas Presiden Majlis Belia Malaysia dan bekas Presiden ABIM. Anwar Ibrahim memiliki pengundi simpati di Kajang dari kalangan warga pencen.

Pengundi Cina apa peduli soal main pelacur ke, main jantan ke, main bontot ke, main perempuan simpanan ke, main sendiri punya ke, main orang lain punya ke. Pengundi Cina apa peduli dengan duit, nak tabur ke tak tabur ke...

Kesilapan-kesilapan besar BN-UMNO di Parlimen Hulu Langat mesti dijadikan asas untuk Pilihanraya Kecil ini. PDM-PDM BN yang dikepalai oleh UMNO mesti bertindak sebagai markas perisikan terbaik.

MCA dan GERAKAN dijadikan kuli berahak kepada UMNO. Calon ialah calon UMNO, seperti yang pernah disaran dalam blog ini juga supaya diletakkan Dr. Jamil, pemilik KPMC sebagai Calon BN. Atau juga Dato Md. Said (Naib Pengerusi DPMM Selangor), Ketua Cawangan Sungai Kantan. Atau juga Ustaz Wan Akashah pemilik Shell simpang Taman Mesra. Atau YDP Majlis Perbandaran Kajang (pengayuh basikal keliling dunia) sebagai calon ADUN Kajang.

Pasti fenomena berbeza. Silap-silap Anwar tarik diri, meletakkan kambing hitam untuk pecah undi....

Atau Calon dari ISMA sebagai wakil BN.

Yang pasti Anwar sengaja mencetus fenomena ini, supaya rakyat leka dan bermain "wayang pacak" dengan Anwar...Pelakon Nombor Satu Malaysia. Hollywood ada offer Anwar sebagai Main Actor dalam filem terbaru Maria Ozawa! Kita tengok sama ada dia setuju atau setuju.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive