Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, April 1, 2014

Makna tangisan Nik Aziz

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pada 29 Mac 2014.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim no. 2588).

Wahai orang-orang Kelantan, maafkanlah Nik Aziz Nik Mat sebab dia hanya minta maaf pada orang Kelantan, walaupun tidak dinyatakan terperinci apakah bentuk kesalahan yang telah diperbuatnya itu.

Buat orang negeri lain, tak perlulah maafkan Nik Aziz. Biarlah Nik Aziz dengan assobiyah kenegeriannya saja. Lagipun Nik Aziz hanya pimpin Kelantan, bukannya pimpin Malaysia.

Justeru marilah kita bersama mengimbas kembali kata-kata 'keramat' Nik Aziz yang tidak perlu diberi kemaafan oleh orang negeri lain, kecuali Kelantan;

*********

Menentang Pas adalah haram mengikut Al-Quran - Nik Aziz Nik Mat, 24 April 1994.

Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana? – Nik Aziz Nik Mat, 26 November 1994.

Paras rupa yang cantik dan kelulusan yang tinggi bagi seseorang perempuan bukan merupakan satu jaminan untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan. Sebaliknya rupa yang kurang menawan mungkin diberi keutamaan dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan tersebut. Kerajaan Negeri ini menetapkan jika ada kakitangan baru yang hendak diambil berkhidmat di mana kelayakan mereka adalah sama tetapi paras rupa berbeza, kita mahukan calon yang kurang cantik diambil berkhidmat.- Nik Aziz Nik Mat di Kg. Bunut Rendang, Pasir Puteh - 8 Ogos 1996.

Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. - Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999.

Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserahlah kepada manusia dimana tempatnya. - Nik Aziz Nik Mat, 28 April 1999.

Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir. - Nik Aziz Nik Mat, Padang Tembak, Pengkalan Chepa 3 Julai 1999.

PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif. – Nik Aziz Nik Mat, 6 November 1999.

Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah. – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 

Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan Pas sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia ( DAP ) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu. - Nik Aziz Nik Mat, 4 Ogos 2001.

Kalau caci ulama memang tak boleh, caci siapa pun tak boleh tambah lagi ulama. Kalau kita nak tegur itu tak apa. Tegur saya, saya (ucapkan) terima kasih kerana apa, boleh jadi tuan-tuan tegur saya, boleh jadi ada benda sungguh saya buat jahat, saya boleh betulkan. Caci memang tak boleh. itu perbuatan tak betul. Usahkan caci ulama, caci orang sembah berhala, kita maki berhala, itu pun tak boleh juga dalam Islam. - Nik Aziz Nik Mat, 24 Februari 2002.

Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

13 comments:

  1. Allah pun mencarut, maki hamun......

    ReplyDelete
  2. Kejap boleh maki hamun sebab Allah pun maki hamun...kejap tak boleh plak...org sembah berhala pun kita tak boleh maki....mana satu nieee...

    ReplyDelete
  3. Tuhan saya Allah swt Al Halim, Al Latif dan memerintahkan utk mengatakan yg baik baik (2:83). Tuhan yg mencarut bukan tuhan saya.
    Antara kenyataan beliau juga, merujuk Tuhan dgn perkataan samseng yg mana samseng itu sifatnya zalim dan suka menganiaya, sedang Tuhan saya Maha Adil dan mustahil bgNya sifat zalim. Mk tuhan yg samseng itu juga bukan Tuhan saya.
    Yg angkuh, yg sombong berilmu tinggi dan ramai pengikut sebenarnya lbh mempertuhankan diri dan egonya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dengan Isteri yang bercerai dengan Suami,anak-anak terbiar kerana sisuami taksub dengan Nik Aziz?Adakah Sang isteri redha dan dapat memaafkan Niz Aziz?

    ReplyDelete
  5. Bagaimana kawan sesama islam yang telah menjadi lawan kerana dek taksub kepada mu Nik Aziz? Anak Kelantan yang terpaksa meninggal bumi yang dicinta kerana penganiyaan mu? Bagaimana rosaknya Iman sesaorang yang terus percaya pada mu Nikl Aziz? Redhakah mereka di atas apa yang telah dilakukan?

    ReplyDelete
  6. AKU TAK NAK AMPUN DOSA DIA SEBAB AKU BUKAN ORANG KELANTAN!

    ReplyDelete
  7. KOMEN2 DI ATAS ADALAH KOMEN2 SPECIS MUNAFIKUN

    ReplyDelete
  8. Apa gua boleh kata, komen-komen dan tulisan admin menunjukkan betapa jahilnya dan bangsat kerana kemaafan yang dimohon bukan untuk negeri Kelantan semata-mata tetapi untuk semua baik Islam ker, Kristian ker, Buddha ker, Hindu ker adalah menujukkan kerendahan hati sebagai umat Muhammad SAW sepertimana dilakukan oleh Rasulullah SAW. Lu dan Anonymous yang jadi barua kepada Umno jahanam yang terang menghina firman-firman Allah SWT. Tinggi sangat ker ilmu lu bila menjadi juru cakap rakyat Malaysia selain dari Kelantan.
    Adakah lu nih dah jadi tukang beri hukum kepada umat Islam sedangkan para alim ulama bercakap diatas keilmuan tanpa mengira parti. Adalah Islam lu begitu hebat sebagai mana dikalangan kamu yang berani menghina Iman Al-Ghazali semata-mata untuk menghalalkan perkara haram demi upah dan inilah yang katakan ulama suq. Gua banyak mengkritik dan menolak mufti TS Harusani tetapi gua tetap menghormati beliau bila secara tidak sengaja kerana apa sahaja kenyataannya yang dikeluarkannya kerana ilmunya.
    Macam inilah, gua rasa lu all kena belajar semulalah kerana ia menunjukkan betapa jahilnya pengikut Umno yang mengaku Umno adalah Islam yang sebenar walau pun kehidupan macam celaka.

    ReplyDelete
  9. Warigh,
    Sasaorang yang berilmu itu tidak akan mengatakan orang lain jahil......yang lain tak payah den nak komen siapo yang riak dan jahil sebonarnya.Berpuluh kali kono tipu tapi masih rela dan taat kepada kaki penipu,Den raso la spesis cam ni yang sebnarnyo JAHIL.

    ReplyDelete
  10. "Aku mampu berhujjah dgn 10 org alim, tp aku pasti kalah berhujjah dgn satu org yg jahil." Demikian nukilan salah seorg imam kita yg terkenal dgn keilmuan yg tinggi, Imam Muhammad Bin Idris r.a.
    Tinggalkan sahaja perbalahan dan perdebatan dgn golongan yg hanya mencari kemenangan semata dan menutup pintu hatinya dr menerima Kebenaran, merasa benar sendiri dan merasa hebat dgn ilmunya sendiri.

    ReplyDelete
  11. Salam buat ampunyer blog,,,engkau rasa engkau dah cukup bagus ke,,engkau punya ilmu dah staraf ke,,paling koman,,kau dah berjayake bawa umat melayu kejalan ISLAM SEBENAR..?WASSALAM

    ReplyDelete
  12. mmg btul apa itu kta2 nik aziz satu msa dahulu..bkn admin reka2 pn..hurmm..

    ReplyDelete

Blog Archive