Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, June 29, 2013

Wabak Kader Freemason

Nampaknya makin galak dan gamat Malaysia selepas 5 Mei 2013. Dunia majoriti umat Islam, keturunan mulia dari nasab Nabi Ibrahim a.s. bersama Siti Qanturah sedang dilanda badai dan gelombang pemikiran Freemason yang merasuk dan melacur akal bakti dan luhur budi warganegara majoriti di Bumi Melayu.

Wabak kader-kader Freemason sedang merebak dalam:

1. Institusi Kehakiman
2. Institusi Perundangan
3. Institusi Eksekutif
4. Institusi Amalan Pengurusan Kerajaan Persekutuan
5. Parti-parti politik khususnya PkR, DAP, Pas dan mengikut perisikan kelihatan sedang melanda UMNO.
6. Wujud dalam juak-juak UMNO, proses merisik, bertunang dengan falsafah dokongan Freemason (maka), kumpulan Ahlul Sunnah kena bertindak-bertindak-bertindak.

7. Begitu ramai anak muda amat tertarik dengan kempen buih sabun di pub dan kelab-kelab malam.
8. Tidak kurang juga ramainya anak muda baik lelaki mahu pun perempuan cenderung kepada seks luar tabii, seks luar nikah, seks "sesama daging keras-hotdog", seks "sesama apam karipap", dan memacam lagi seks-seks pelik ibarat "anjing yang sentiasa menayang filem blue di jalanan".

9. Perumpamaan "10 jong datang berlabuh, anjing seekor bercawat ekor" nampaknya makin BENAR. Ini petanda merbahaya.

10. Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia, yang diselimuti dengan khalayan dan impian untuk membunuh falsafah berasaskan wa'ad tua dan purba, nampaknya makin dikhianati. Allah jualah tempat mohon pertolongan dan hidayah. Allah jualah tempat jatuhnya hukuman dan pembalasan.

Rabai Yahudi makin bersenang riang di Bukit Timah, Singapura kerana mereka sedang merancang gerakan penghapusan pemikiran etnik Bani Malayuwiyah secara halus dari sana. Askar Kacang Merah, Askar ABC, Askar Trojan Horse dan Askar Pariah sedang menjalankan usaha lebih dahsyat.

Jika Ketua Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda BN, kini Menteri Belia dan Sukan ambil sikap "pedulikan lah, tak luak pun. Apa ada hal, kita tunggu dan lihat". Maka, insyaAllah kiamat dunia Melayu pasti akan BERLAKU, sebelum 2020.

Wednesday, June 26, 2013

Integriti Artikel 121 (1A)

Titah DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama bertarikh 25 Jun 2013 Parlimen Ke-13, amat jelas membuktikan bahawa DYMM Tuanku amat menitik beratkan soal kefahaman Syiar Islam yang tinggi kepada 222 Ahli Parlimen Malaysia.
Baginda secara terbuka memberi petanda kepada pemuka-pemuka politik supaya tidak bermain api dengan perkara pokok dan tunjang iaitu Agama Islam.
Lewat minggu lalu, 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan telah melepaskan tengkuk seorang anak Keling beragama Kristian yang menuntut hak sebagai pengamal Peguam Syarie. Sesuatu yang amat pelik, janggal dan terlalu luar daripada kebijaksanaan. Andai Almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim masih bernyawa, nescaya beliaulah insan Melayu pertama akan memastikan keputusan 3 Hakim Rayuan ini dianalisa, dikaji dan diputuskan semula. Sudah tentu, beliau sanggup mengambil baton bertindak sebagai Pembela Umat Islam dalam kes "Maha Pelik" ini.
Apakah semboyan dan virus HIV Freemason sudah meresapi pemikiran Institusi Kehakiman, hingga tidak cukup "akal" berfikir atas kalam-kalam Al-Hikmah, Al-Iffah, As-Sajaah dan Al-Adl. Apakah asas tanahair ini, seperti yang dibuktikan dalam kes Ramon lawan Laton, hingga peristilahan "Lex Loci of the Land", sedang dinafikan daripada selimut Sawo Mateng...?
Andai ini semua sintom-sintom "plural dan liberal" makin membarah dan melacuri gelanggang Institusi Penting Negara, maka, bersiaplah wahai Bani Malayuwiyah bahawa "jahillyah moden" sedang merasuk Bumi Melayu. 
 
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:

a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.

c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.

d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ : Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. - Sumber KLIK DISINI


Dengan penjelasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan diatas maka jelaslah bahawa keputusan ketiga tiga Hakim Mahkamah Rayuan boleh dibakul sampahkan kerana keputusan yang dilakukan mereka tidak berlandaskan Prinsip Kehakiman yang sebenar sebaliknya hanya berlandaskan nafsu semata mata.

Penghujahan Hakim yang mempertikai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah jelas bercanggah dengan majlis Fatwa Kebangsaan yang dengan jelas melarang individu bukan Islam untuk menjadi peguam Syarie. Ditambah lagi dengan amalan yang bakal dilakukan oleh Peguam Kristian tersebut didalam kamar Mahkamah Syariah menjadikan Institusi Mahkamah Syariah sudah tidak lagi Eksklusif kepada Islam sebaliknya dibolehkan kepada Kristian dan tidak mustahil selepas ini Hindu dan Budha pula akan melakukan pekara yang sama.

Saturday, June 22, 2013

Marksman 149

Tragedi dan episod 149 sedang berMAHARAJALELA tanpa dicemeti mereka dalam kandang dan penalti 149. Sejak begitu BIADABnya, Tamrin Ghaffar pada 2 Mei 2013 yang memperoleh liputan iklan dalam tabloid Sinar Harian halaman 13, episod sumbang leweng kumpulan Freemason pimpinan Bishop Anwar Ibrahim, mengikut maklumat daripada Oregon Freemasonary Council sudah makin menjadi-jadi.

Apakah ini saka dan badi, dek tulah melanggar Wa'ad antara hamba rakyat dengan Rajanya!

Kini, marksman 149 ditusuk dengan isu paling hangat dalam semesta alam iaitu;

1. Syiah Melayu yang sudah memberikan gambaran bagaimana mereka bersosialisasi dan asimilasi dalam kerukunan rakyat Malaysia, berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

2. Anwar Ibrahim sebagai Bapa Penderhaka "Si Kitul" yang langsung tidak ada hati budi, tiada peduli perihal kesengsaraan umat. Dek jolap, hadap, tamak haloba untuk kuasa politik yang tidak boleh di bawa mati, B.A.B.I. makin liar...

Artikel 149 masih wujud, segar, mekar dan harum mewangi.

Rembau Most Wasted Boy kini Rembau Wanted Man berada di kedudukan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Ambil pendekatan duduk diam-diam.

Apakah Kj sudah mengesahkan bahawa dia sudah melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Barisan Nasional?

Apakah Kj juga "planted man" Anwar Ibrahim, mengikut maklumat Perisikan British...entah iya...entah tidak?

Apakah Kj terkenal sebagai Budak Cerdik Rembau hanya ambil pendirian "lantak kau lah...ekau yang bangang buat kecoh sapo suruh..., ekau pun tak kacau ganggu periuk nasi den"?

Apakah Kj yang masih tidak iktiraf kalangan pemikir muda di Rembau, amat senang dengan rakan kelilingnya yang membudaya isme liberal dalam pemikiran, yang diruntun masalah idealisme Malaysia secara plural (mengikut kata-kata sebahagian orang-orang Dewasa UMNO dari Rembau dan Kepala Batas), yang amat-amat keliru dengan personaliti centric...?

Apakah Kj seorang Menteri Kerajaan Malaysia, atau Menteri rakyat liberal Malaysia yang 85% kaum Cina undi DAP (bawa amalan dan falsafah Komunis), rakyat liberal Malaysia yang 55% Melayu mudanya undi PkR (bawa amalan dan falsafah Freemason)?

Penat bebbb...MARKSMAN 149 .....ontahlah...Moga Allah tunjukkan jalanNya yang LURUS.

Thursday, June 20, 2013

Anwar Ibrahim II in the making...

Kepada anak muda Gen Y, saluran 4,5 dan ahli UMNO terutamanya, ingatlah saat ini, detik kelahiran seorang lagi 'Anwar Ibrahim' di Malaysia. Lihat, renung dan fikir secara mendalam. Perhatikan dengan teliti setiap gelagat, tingkah dan laku lelaki ini di setiap ruang masa kerana 20 tahun akan datang, anda akan terfikir..."Memang sah la dia ni klon Anwar Ibrahim"!

Maso tu nak nyesal tak guno dah...

Rembau most wanted?!

Wednesday, June 19, 2013

Tahniah Rosmah

Tahniah Rosmah kerana terpilih sebagai "the most powerful woman in Malaysia" walaupun kita tak tau apakah kayu ukur yang diguna pakai The Star untuk meletak taraf wanita paling 'power' di Malaysia ni. 

Cuba baca betul-betul..."THE MOST POWERFUL"?! Heh..

Motif The Star? Dah tentulah nak kasi orang bertambah benci dengan Najib dan Rosmah. Itupun susah mahu faham ke?

Err...khabarnya di setiap agensi kerajaan dan GLC's sekarang lebih banyak langgan The Star berbanding Utusan dan Berita Harian. Sekali lagi soalan...apa motif? GE14 ler...itupun susah jugak mau faham ke?

Errr...bekas penggosip Malaysiakini (penggosip ke wartawan?...hantam sajalah) yang juga mantan editor kanan The Star, kini dah jadi setiausaha akhbar KJ. Sekali lagi tanya...apa motif? Tak faham jugak lagi? Haiya...ahli UMNO memang ramai yang buta hati dan minda maa...


Kenapa Wanita UMNO tiada dalam senarai ini? Kalau tak faham jugak...GE14 kasi gali lubung kubur siap-siap laa...

Tuesday, June 18, 2013

Siapa yang MASYUUKKK tu Hisham?!

Semasa kempen pertukaran MyKad aka IC dulu, macam-macam telah dipromosikan. MyKad sebagai kad pengenalan laa...MyKad memasukkan minutiae cap jari ke dalam cip dan ini membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara tepat dan terperinci laa..MyKad sebagai dokumen sah lesen memandu laa...MyKad sebagai Passport laa...MyKad sebagai Kekunci Awam laa...MyKad sebagai Kad Transit laa...My Kad sebagai Dokumen Kesihatan laa...Kad ATM laa...E-Tunai laa...bla..bla..bla..

Selain aplikasi utama MyKad, JPN siap promo lagi aplikasi tambahan, aplikasi off card dan pelbagai kelebihan MyKad yang kononnya bertaraf dunia.



Pendek kata...MyKad ni 'serba boleh' lah..hingga rakyat Malaysia terpaksa berbaris lagi untuk menukar kad pengenalan baru walaupun sebelum itu rakyat turut dimomokkan dengan 'kelebihan' kad pengenalan sedia ada yang kononnya 'berkualiti tinggi'?!

Tup..tup..pemangku Menteri Pengangkutan yang baru walaupun tak perform di KDN sebelum ini, telah memperkenalkan kad lesen memandu baru Malaysia yang kononnya bersekuriti tinggi, banyak kelebihan, bla..bla..boleh blah...


Persoalannya...mengapa aplikasi lesen memandu tak digunakan oleh JPJ dalam MyKad yang kononnya canggih tu? Mengapa kad lesen memandu perlu dipisahkan aplikasinya dari MyKad?!

Dan persoalan rakyat paling hot...buat kad lesen memandu baru...SIAPA YANG MASYUUKKK??!!

Monday, June 17, 2013

Tak dapek se nolong ee tu doh...


Janganlah Kito Copek Amek Lupo
Tang Mano Asal Kito
Kito Melayu Bukan Orang Belando
Jopun Pon Bukan Juo
Ekau Tang Bongek Dio Tang Batu Kikir
Ese Tang Gunung Pasir
Jangan Kau Ikut Caro Luar Negori
Asal Boreh Dari Padi

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Sodar Sodarlah Sodarlah Capo kito
Kito Ni Nompang Tak Lamo
Sodar Sodarlah Bilo Dah Sampai Maso
Innalillahi Winnailaihirojiun

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Maso Kau Sonang
Cam Dayak Dapek Senapang
Selaii Tak Abih Peluru Kau Tak Pulang
Pakai Kereto Lampu Mato Belalang
Dah Tak Kona Malam Siang

Selaii Ado Orang Habih Kau Belanjo
Cam Tak Ado Esok Luso
Bilo Saham Jatuh Kau Tak Beronti Mengoloh
Dalam Bilik Sojuk Pun Kau Bepoloh

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Ingat Beringat Ingatkan Esok Luso
Tulat Pon Masih Ado
Ingat Beringat Maso Tak Nunggu Kito
Kito Ni Makin Tuo

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Kito Semuo Menumpang
Tak Lamo Akan Pulang
Maso Kito Di Sini
Jangan Copek Lupo Diri
Tingga Kobau Sawah Ladang
Tinggalah Anak Bini
Sampai Kek Sinun Nanti
Kau Kono Jawab Sendiri

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh...

Thursday, June 13, 2013

Kamon la Najib...be a gentleman!

Kecuali jawatan Naib Presiden UMNO, semua jawatan yang disandang Najib dalam parti dan kerajaan diberi laluan mudah sebab dia anak sulong Tun Razak. Naik hirarki kepimpinan UMNO pakai escalator sebab orang UMNO terkenang budi bapanya...sama juga dengan sepupunya yang tak berapa nak berani tu.

Kalau Najib dan Muhyiddin betul-betul hebat, apa nak takut dengan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden? Gentle la brader...

*********

Desas-desus sudah berbunyi ura-ura presiden UMNO akan dicabar. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mendedahkan ada percubaan jahat ‘langau-langau’ politik yang cuba melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin.

Beberapa pemimpin tertinggi UMNO juga sudah bersuara supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar dalam pemilihan agung UMNO pada tahuin ini. Naib Presiden, Hishamudin Hussein Onn akan menentang apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti. Sebelum pada itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN). Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini Umno tidak perlu digoncang. Dan dijangka akan ramai lagi pemimpin atasan UMNO akan mengeluarkan kenyataan dengan nada yang sama sedikit demi sedikit seperti berteh goreng.

Hakikatnya kali ini tiada siapa yang dapat mencegah atau menyekat Presiden, Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden dari dicabar kerana ruang untuk akar umbi UMNO bangkit dan bersuara telah terbuka luas.
Pindaan perlembagaan UMNO yang telah diluluskan dalam pehimpunan Agung Khas UMNO pada 2009 telah membuka pintu kepada 146,500 anggota UMNO untuk memilih siapa sahaja yang mereka mahu.
Dua di antara tujuh perkara utama pindaan perlembagaan Umno yang telah diluluskan oleh perwakilan pada Oktober 2009 ialah:

1) 146,500 anggota peringkat akar umbi berkuasa memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

2) Penghapusan sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal. (DS Najib secara gentlemen pernah berkata beliau bersikap terbuka di sebalik semangat pindaan perlembagaan bahawa daripada segi jawatan presiden pun, beliau tidak mahu berselindung di sebalik kuota atau syarat-syarat ketat- Bernama 8/10/2009).

Sesungguhnya pemilihan UMNO kali ini amat penting kerana ia akan membawa cerminan sebenar kehendak akar umbi dan ia juga akan membawa hala tuju kepimpinan sehingga kepada pru14 pada 2018 yang akan datang.

Jika terdapat berbagai pendapat mengatakan UMNO tidak berubah maka kali ini lah masa nya untuk dilakukan perubahaan perdana secara besar-besaran. UMNO sendiri harus melakukan tsunami Melayu sebelum UMNO ditsunamikan dalam pru14 yang akan datang. Kata Elvis Presley “It’s Now or Never”.

Hari ini akar umbi UMNO melihat pemimpin UMNO sudah tidak boleh bersuara lagi untuk orang-orang Melayu kerana mulut mereka telah dipalam oleh aspirasi Barisan Nasional sehingga ke tahap menjadi pengecut takut dilabelkan sebagai rasis. Mereka juga takut bukan setakat berkawan tetapi juga untuk berada di dalam majlis NGO-NGO yang berjuang atas kepentingan Melayu. Bukti terkini ialah apabila institusi Raja-Raja dihina oleh cybertrooper DAP pemimpin atasan UMNO tidak berani besuara dan hanya NGO-NGO yang pro aktif bangun sebagai 'champion' menyalak menentang anasir ini.
Kebangkitan NGO-NGO Melayu yang tumbuh bagai cendawan ialah kerana orang Melayu tidak lagi yakin dengan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Semua pihak harus menerima hakikat bahawa Presiden dan orang-orang presiden bukan lagi kata pemutus untuk menyekat jawatan presiden dari dipertandingkan. Pindaan perlembagaan yang diluluskan dengan tepuk sorak dalam dewan PWTC itu mesti diterjemahkan sebijak-bijaknya oleh ahli-ahli UMNO akar umbi. Melayu akar umbi UMNO harus bangun untuk buktikan mereka bukan langau-langau jika mereka melakukan perubahan pucuk pimpinan atasan. Biar langau-langau ini lakukan penyucian amalan politik wang di dalam UMNO, biar langau-langau ini buang sikap elitis di dalam UMNO dan biar langau-langau ini kembalikan UMNO kepada perjuangan yang asal.

Mungkin jika Najib dicabar dan tumbang kali ini kata-kata akhir beliau ialah beliau dilanda gelombang “tsunami Melayu” pulak?!

Tuesday, June 11, 2013

Menteri Belia dan Sukan Rembau

Rembau most wanted! Don't waste your time barking Kj!

Saudara belum bersedia menjadi Menteri penuh rupanya. Terlalu dangkal proses analitikal yang saudara canai dalam perolehan falsafah Kementerian Belia dan Sukan.

Sebelum ini, Pak Sedaro sudah asak Kj dengan kefahaman bahawa untuk memimpin KBS wajib mahir perundangan Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 (Akta 668) dulu. Kemudian Akta Pembangunan Sukan. Juga menjalankan kajian terperinci dengan bantuan Pegawai-pegawai lantikan YB Menteri yang bijak, cekap dan bil-hikmah.

YB Menteri bukan meja untuk cetus konflik dan kuasa. Mempersoal siapa FAM, bidaan Piala Dunia 2034 bukan juga agenda YB Menteri. Kegagalan kau maso Timbalan Presiden FAM sudah bukti bahawa kau tak mengerti makna Sukan dalam Malaysia. Bukan Sukan di Malaysia.

Kj yang digelar budak bijak Rembau (Iyo ko?, sodar tak selamo Kj bertapa di Parlimen ni, modal rakyat khasnya Saluran 1 & 2 ialah Kj ini cucu Penghulu Bakar). Kok, bersungguh bonar nak atur rancang KBS. Amat elok, kau kaji semua Program Pertukaran Belia Luar Negara dulu sejak 1990. Minta Bahagian Antarabangsa dan Hal Ehwal Pembangunan Belia bentangkan kepada kau, segalanya. Minta Bahagian Kepimpinan JBSN untuk bentang program pemerkasaan kepemimpinan tahap 1, tahap 2 dan tahap kebangsaan jika ada?

Minta pegawai KBS namanya Mod Nadzri dan Aida bentangkan perihal SSEAYP International Malaysia dan program SSEAYP dan panggil Mesyuarat Khas YB Menteri bersama Jawatankuasa SSEAYP International Malaysia secara terbuka-terus terang, tanpa sembunyi. Maka, Kj kau akan terkejut bosar, bagaimana kegiatan kelentong para pegawai temberang KBS kepada YB Menteri-Menteri sebelum ini.

Ingatlah Kj, bahawa kau ini Menteri Belia dan Sukan Malaysia, bukan heboh Menteri Sukan hingga semua dapur Persatuan yang prestij nak kau borong. Cukuplah menjadi Ular Sawa. Ular Sawa yang lapar aja sibuk menjadi lubuk dan kambing baru.

Ingatlah Kj, bahawa Negeri Sembilan khasnya Parlimen Rembau ialah pusat kemenangan undi kau. Ekau ini Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan. Kok, dah jadi Menteri Belia dan Sukan pun masih tak cerdik, dan ditemberang oleh Pegawai-pegawai Khas YB Menteri, Pegawai-pegawai KBS yang terkenal sebagai melepas tengguk, buat kerja melepas batuk di tangga; baling batu sembunyi tangan sedang mengelilingi Kj. Kalau pasukan kerja KBS yang ikhlas tidak bersuara, tidak bertindak lebih cekap, maka, hancurlah Kj.

Lingkuplah KBS. Sejarah YBM Mokhtar Hashim mungkin berulang kembali. Sadis gila beb.

Monday, June 10, 2013

Mualaf Parlimen Batu


Ini ialah Tian Chua. Sudah peluk Islam kot? Atau sedang menjadi penipu Negara?

Umat Islam menerima baik Tian Chua? Satu manifestasi bahawa Islam Agama Persekutuan. Namun, siapakah sebenarnya Tian Chua?

Jika ini Dajjal baru seperti Lim Kit Siang memakai songkok pada tahun 1968, maka, tahniah Kuala Lumpur dan Selangor. Pengundi Parlimen BATU telah mengHALALkan kewujudan Dajjal di Bumi Melayu!

Pak Sedaro berdoa agar Tian Chua peluk Islam, insaf dan kembali ke pangkal jalan. Pintu utama yang mulia ialah ISLAM.

Sunday, June 9, 2013

Komunis Malaysia Era ke-21

Mengikut perkiraan ilmu falsafah, sosiologi, tamadun, gerak daya fikir (neuro linguistik), keselamatan dan kedaulatan serta pemikiran siyasah syariah, kelihatan wujud beberapa buah kumpulan Komunis Malaysia New Image, dalam era ke-21 ini.

Petunjuk prestasi mereka begitu ketara. KPi Komunis Malaysia 21 dilihat meresapi dan meracuni akal budi, sikap kasih sayang dan akauntabiliti warganegara yang baik. Mungkin manusia-manusia bernama di bawah sedang dijolok sarang tebuan, mungkin sedang dibayar upah "pembunuh senyap", mungkin sedang disorong bantal-bantal kekayaan dan duit yang melimpah ruah daripada banjingan Freemason Dunia.

Manusia ini seperti;

1. Ambiga
2. Anwar Ibrahim
3. Tamrin Ghaffar
4. Azmin Ali
5. Tian Chua
6. Mohamad Sabu
7. Sivarasa
8. 5 player maker HINDRAF
9. 19 player maker Dong Zong
10. Adam Adli
11. Chegu Bard
12. Lim Kit Siang
13. Lim Guan Eng

Oppss...kita tarik hand-brek la, panjang sangat jadual nama ini, yang disyaki mungkin@memang terlibat secara langsung dalam membina Gagasan Komunis Malaysia Era 21. Itu pasal;

INI KALILAH ada bendera Malaysia dikibar secara terbalik di Pulau Pinang.

INI KALILAH ada manusia belum tentu rakyat@rakyat derhaka mencaci maki DYMM Yang Di Pertuan Agong.

INI KALILAH ada kumpulan Blackout 505 yang tak selesai menjadikan "himpunan jalanan kufur mereka", menafikan nikmat Allah selepas PRU-13. Hingga terpaksa ditegur secara terbuka oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Agong dalam Titah Ulang Tahun pada 1 Jun 2013.

Peminat, pendukung, pencinta faham Komunis Malaysia Era 21 makin besar dan membarah. Andai tidak dibendung, diberikan kefahaman benar-tepat dan berwibawa tentang Malaysia di bawah faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah, ikut mazhab Imam Syafie...maka, luputlah sebuah tamadun Malayuwiyah Moden abad 21.

Friday, June 7, 2013

Tanda Kasih DYMM Tuanku

Balai Dewan Santapan Istana Negara, Jalan Duta mencipta sejarah moden. Alhamdulillah, Forum Perdana Ehwal Islam Di Raja mengenai Mendaulatkan Institusi Di Raja akhirnya terkabul jua.

Tahniah JAKIM. Syabas Mamanda Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Pembicara anak muda Bani Malayuwiyah penuh seloka dalam madah wacana.

Moga Allah berkati payung mahkota Negara. Daulat Tuanku, Allah Hu Akbar.

Andai pendukung piagam Freemason-Syiah-Komunis masih tak faham-faham juga. Welcome to HELL you have Created.

*********

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Orang ramai dijemput mengikuti kupasan Forum Perdana Ehwal Islam Diraja bertajuk 'Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: Mendaulatkan Institusi Diraja' yang akan disiarkan secara langsung melalui TV1 pada pukul 9 malam Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata forum anjuran bersama Istana Negara, Jakim dan RTM itu akan menyentuh kedaulatan institusi diraja yang mesti dilihat relevan dalam mempertahankan kedaulatan Islam dan perlu dipertahankan oleh semua pihak di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli menghadiri forum berkenaan yang julung kali diadakan bersama Seri Paduka di Istana Negara, Jalan Duta, di sini, katanya menerusi satu kenyataan Rabu.

Othman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan akan turut menghadiri forum perdana itu.

Tiga anggota panel dijemput bagi mengupas tajuk itu terdiri daripada Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Universiti Malaya, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Moderator forum ialah Ustaz Badlishah Alauddin. - Bernama.

Saturday, June 1, 2013

Demo Orang Kampong

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, 1 Jun 2013 akan diadakan satu perhimpunan aman iaitu "Perhimpunan Orang Kampong", NGO serta rakyat prihatin Kuala Pilah di Padang Majlis Daerah Kuala Pilah pada jam 10 pagi.

Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan suara majoriti rakyat yang bosan dan menolak perbuatan phak-pihak yang menganjurkan demonstrasi Blackout 505.

Pohon bantuan pihak rakan media untuk membuat liputan.

Dijangka lebih 500 orang akan hadir dalam "Perhimpunan Orang Kampong" ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Mr. Rambo - 0136913738.

Sekian, terima kasih atas sokongan.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive