Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, February 28, 2013

Ayah...PR tu apa?

Di sebuah negara yang bernama Malaysia, ada seorang anak bernama Jauhar (bukan nama sebenar) yang umurnya masih belum akil baligh sedang bersantai bersama ayahnya Abuzar (juga bukan nama sebenar) di suatu petang minggu di bawah rimbunan pokok gharqad. Tiba-tiba si anak bertanya kepada ayahnya;

Jauhar: Ayah...BN tu apa?

Abuzar: Ohh...BN tu parti Barisan Nasional yang merupakan sebuah parti gabungan 14 parti lain seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB, Pesaka dan beberapa lagi. BN ditunjangi oleh UMNO; dan antara perjanjian, permuafakatan dan persetujuan antara parti dalam BN, menetapkan jika BN menang PRU, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mestilah dipilih dikalangan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Jauhar: Ayah...PR tu apa pulak?

Abuzar: PR?

Jauhar: Pakatan Rakyat...

Abuzar: ?????...entahlah nanti ayah check kat senarai daftar ROS ada ke tak nama Pakatan Rakyat tu.

Jauhar: Ayah...bendera BN macam mana bentuknya?

Abuzar: Bendera BN berwarna biru dan terdapat logo dacing berwarna putih di tengah benderanya.

Jauhar: Ayah...bendera PR macam mana pulak?

Abuzar: ?????...tak pastilah nak. Nantilah ayah search dulu kat internet tengok macam mana rupanya bendera PR tu.

Jauhar: Tapi kalau PR menang PRU, siapa pulak yang akan jadi Perdana Menteri..ayah?

Abuzar: ?????...PR tu boleh menang PRU ke? Tapi ayah pun tak pasti. Mungkin mereka bersetuju untuk tidak bersetuju Mahfuz jadi PM kot.

Tuesday, February 26, 2013

Terima kasih Pas...Pakatan!!


1. Kami malas nak komen banyak pasal ayam(+itik), lembu, hampas kelapa, padi dan jerami etc. sebab falsampah tahap tertinggi tu hanya pencacai Pas saja yang faham. Sebab tu pencacai Pas boleh buat direct translation falsafah Che Det sebelum ni, "better the devil you know than the angel you don't".

2. Orang UMNO dan penyokong BN manalah faham nak tafsir falsampah Pas. Sebab tu setiap falsampah para pemimpin Pas perlu diterjemah dulu oleh pencacai Pas, kemudian baru boleh disiarkan untuk kefahaman umum rakyat Malaysia.

3. Rentetan itulah di minit 7:08 dalam video di atas, Nik Aziz cakap, "Selagi ada syaitan..ada malaikat..selagi ada malaikat ada syaitan..selagi ada Pas ada UMNO", juga merupakan falsampah tahap tertinggi yang mungkin gambaran Nik Aziz bahawa Pas=Malaikat, UMNO=Syaitan?!

4. Cuma dari sudut kronologi, falsampah Nik Aziz konon "selagi ada syaitan...ada malaikat" masih boleh dipertikai kerana tentera syaitan wujud setelah Nabi Adam a.s. dicipta dan terhasilnya syaitan rentetan peristiwa keengganan Azazil aka Abusy-Syaitan (ublisa min Rahmatillah) untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. (Abulbasyar) atas perintah Allah SWT; sedangkan malaikat sudah wujud lama sebelum peristiwa itu lagi (rujuk kitab Imam al-Ghazali untuk kefahaman lanjut).

5. Maka jika Nik Aziz ingin mengaitkan analogi syaitan/malaikatnya kepada UMNO/Pas, sepatutnya berdasarkan kronologi sejarah, malaikat itulah UMNO dan syaitan itulah Pas sebab UMNO wujud lebih awal daripada Pas; sebagaimana malaikat wujud dahulu sebelum syaitan. Lagipun Pas (syaitan) wujud hanya sebab pengasasnya kalah kepada Tunku Abdul Rahman dalam pertandingan 3 penjuru merebut jawatan Presiden UMNO bagi menggantikan Onn Jaafar (klik).

6. Jadi sepatutnya UMNO=Malaikat, Pas=Syaitan! Amacam...poning tak mikir?

7. Minit ke 13:18 dalam video di atas pula Nik Aziz berkata, "Kalau UMNO nak bersatu dengan kita..tolak…buang kebangsaan tu…ambil Islam..."

8. Mungkin Nik Aziz terlupa dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, Artikel 12(2) memperuntukkan klausa khusus berhubung pelantikan Menteri Besar di negeri itu. Peruntukan itu jelas menyebut bahawa setiap Menteri Besar mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam.

9. Persoalannya, jika Nik Aziz bukan berbangsa Melayu (kebangsaan) adakah dia layak menjadi Menteri Besar Kelantan? Jika benar Nik Aziz tolak kebangsaan (Melayu), sebaik saja dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990, mengapa Nik Aziz tidak menggubal Artikel 12(2) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan bertujuan membolehkan mana-mana kaum selain Melayu untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan? Mengapa Nik Aziz masih mengekalkan klausa 12(2) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan yang memperuntukkan Menteri Besar-nya mestilah Melayu (kebangsaan)? Adakah Nik Aziz cuba menipu pencacainya sendiri?

10. Dan jangan dilupa kenyataan terbaru Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di Banggul Paradong baru-baru ini iaitu, "Pas memberi jaminan, kerjasama Pas dengan pakatan rakyat, dengan Dap, dengan Keadilan, selagi dapat mempertahankan Islam, mempertahankan Melayu Islam..." Mengapa Hadi tak sebut Islam saja...mengapa mesti disebut Melayu Islam?

11. Begitu juga dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, "Kenyataan Hadi menunjukkan keyakinan Pas yang tidak akan menggadaikan hak istimewa Islam dan orang Melayu seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian antara semua parti PR."

12. Adakah kenyataan terbaru dua pemimpin utama Pas itu membuktikan Pas sudah berubah menjadi kebangsaan kerana memperjuangkan Melayu? Jadi apa bezanya Pas dengan UMNO? Dan mengapa Nik Aziz masih lagi mahu berpura-pura menolak kebangsaan sedangkan Presiden Pas sendiri berikrar memperjuangkan kebangsaan?

13. Lebih menghairankan DAP yang bukan saja tolak Melayu (kebangsaan), bahkan turut menolak agenda Islam Pas..tapi boleh pulak Pas berpelukan bersatu?! Munafik sungguh la Pas...dengan UMNO letak syarat...dengan DAP tadah jubor bagi jolok.

14. Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan 'terima kasih'lah kepada Pas dan Pakatan Haprak kerana selagi wujud orang seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Mahfuz, Tuan Ibrahim, Husam, Anwar Ibrahim, Azmin, Rafizi, Guan Eng, Karpal, etc. dengan pelbagai retorika sebelum PRU-13, BN akan dapat banyak political milage.

16. Ditambah pula dengan kelesuan konvensyen pakatan ke-4 yang hambar serta menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya menang PRU-13 (boleh menang ke?).

15. Anggaplah segala penat lelah BN untuk memenangi hati rakyat, turut disertakan bonus serta nilai tambah dek kedunguan dan kebebalan pemimpin Pas bersama Pakatan Haprak.

16. Terima kasih..Pas..Pakatan (errkkk)...rasa loya plak bila taip ayat ni. Hehe..

 Datang konvensyen untuk tidur.

Muko takdok seghi...kkeghut sokmo!

Kereta rasmi Pok Nik yang zuhud.


Lagi gambar lesu peserta konvensyen Komplot Pembangkang di Jinggo Fotopages.

Monday, February 25, 2013

Kemalangan paling ngeri...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak mengajak saya menemaninya ke pasar membeli AYAM+ITIK, LEMBU, HAMPAS KELAPA, PADI, JERAMI...tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah TRAK BERKEBAJIKAN meluru dengan laju dari arah belakang.

TRAK BERKEBAJIKAN itu melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar TRAK BERKEBAJIKAN tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar TRAK BERKEBAJIKAN itu pula. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan TRAK BERKEBAJIKAN itu. TRAK BERKEBAJIKAN itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT dan BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu terbelah dua.

Penumpang BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu yang seramai 40 orang semuanya mati. Pemandu BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu sangat marah dan dia pun bertukar menjadi Ultraman dan mem'fire' pemandu TRAK BERKEBAJIKAN. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN menekan butang khas di dalam TRAK BERKEBAJIKAN itu dan ia bertukar menjadi robot Transformers. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah JET PERIBADI di Sabah dan terus ke tempat kemalangan. Emak saya melanggar pemandu BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu terkejut dan terus bertukar dari Ultraman menjadi pemandu bas semula lalu terhempas ke jalanraya. BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT itu pecah. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan JET PERIBADI tersebut dan mengerat tangan pemandu TRAK BERKEBAJIKAN dengan kipas JET PERIBADI. Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar JET PERIBADI itu semula ke Sabah. Bila emak saya balik semula ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu TRAK BERKEBAJIKAN dalam bahasa Inggeris.

Pemandu TRAK BERKEBAJIKAN tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu TRAK BERKEBAJIKAN itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Polis membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mula membuat PERHIMPUNAN BERSIH di tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang PERHIMPUNAN BERSIH lalu menjerit menggunakan pembesar suara. Orang PERHIMPUNAN BERSIH terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging AYAM+ITIK, LEMBU, HAIWAN. Penjual daging AYAM+ITIK, LEMBU, HAIWAN dan peniaga-peniaga HAMPAS KELAPA, PADI, JERAMI berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Sumber.

Saturday, February 23, 2013

700 anjing PAS

Md Azmi Ismail, Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara membela 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing.

Nak bela kucing 1 juta ekor pun takpa, itu sunnah yang digalak.

Tapi bila memelihara anjing 700 ekor, ini perlu penjelasan fatwa, kaedah dan bagaimana dibolehkan?!

Melihat dengan teknik peliharaan Md Azmi ini, Majlis Agama Islam Kedah perlu turun melawat dan menasihat...sebelum Md Azmi makin keliru dan diragui oleh komuniti.

Alangkah sedihnya bila Md Azmi sanggup menjadi Bapa Tumpang 700 ekor anjing? Apakah ini fenomena baru dakwah Pas di Kedah...hingga Nik Aziz turun saja di airport, terus buat press statement tentang BR1M yang ada kaitan dengan ayam dan lembu?!

Pasti DAP makin riang bila Md Azmi Ismail jadi Pak Sanggup bela 700 ekor anjing.

Esok-lusa bilangan anjing pasti meningkat kepada 1,400 ekor pula.

Komunisme menular melalui ANJING!!

Friday, February 22, 2013

Wajah ayam & lembu...

Masa Sharifah Zohra "listen, listen listen" cakap sebelum ni yang haiwan pun ada masalah, korang tak percaya. Sekarang saksikanlah di bawah antara wajah-wajah 'haiwan' bersandarkan fatwa terbaru Nik Ajis...






KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Is lam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam. - Utusan.
Nyanyuk dah demo nih...

Thursday, February 21, 2013

DAH LA HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI PLAK BERJERAWAT

Paspis cakap, "Kami dah tarbiah DAPIG!" 

Karpal cakap, "Langkah mayat den dulu!" 

Syura Paspis cakap, "Kalimah ALLAH hanya untuk ISLAM!" 

Karpal balas cakap,  "Kami dah setuju untuk tak bersetuju dalam rundingan dulu!"  

Paspis cakap, "Kami nak aji Adi jadi PM!" 

Karpal balas, "Kito bagi kek Nuar dulu, sobab kami ado bukti rahsio Nuar kaki jubor...jadi sonang nak kontrol kok dio jadi PM sok."  

Paspis cakap, "Kami nak 90 kerusi!"

Karpal cakap, "Mano boleh!" 

Syura cakap, "Kami nak bersatu ngan UMNO!" 

Karpal cakap, "Kok zaman dulu-dulu sobolum merdeka bulih la besatu!"

Paspis cakap, "Nak kuat kuasakan Hudud!" 

Karpal pujuk, "Meh potong "kek" kek rumah den dulu. Den Mursyidul Am Pakatan. Fatwa den lobih power dari Majlis Syura Paspis!"  

Akar umbi Paspis jugak yang poning sampai ko sudah...

Tuesday, February 19, 2013

Dong Zong kini BN? atau masih DAP!

Perjanjian Tun Tan Siew Sin telah membenarkannya, namun ia mengambil masa 59 tahun supaya kumpulan Kaum Muda Dong Zong bersetuju.

Tahniah Ah Jib Gor, kerana berjaya merealisasikan harapan Setiausaha Politik Almarhum Tun Razak, Tan Sri Micheal Chen yang makin uzur. Micheal Chen ialah penggerak utama, skema pemikiran penyatuan Sekolah-sekolah Cina, yang tidak pernah bersetuju dengan Kerajaan Perikatan dan kini, Barisan Nasional.

Maka, akan batallah semua tuntutan-tuntutan bersifat sosialis, kapitalis dan orientalis komunisme. Kini, Dong Zong mengiktiraf bahawa Malaysia ialah Bumi Islam yang mesti diteraju oleh Bani Melayu. Dong Zong mengakui bahawa Ah Jib Gor ialah Abang kepada barisan pemimpin Cina. Dong Zong perakui bahawa Barisan Nasional ialah parti rakyat Malaysia yang membawa sejahtera, aman, makmur, serta yang lebih penting JANJI-JANJI RAKYAT kepada RAKYAT DITEPATI.

Tapi penuh kesangsian...jam 0945 bersama Najib Tun Razak...jam1145 bersama Anwar Ibrahim

Mari kita tengok siapa yang kena....!!!!

Monday, February 18, 2013

Kojo puak dio...

1. Mengiro beghapo ghamai datang majlis PM.

2. Mengiro beghapo ghamai polis yang ngikut PM.

3. Tanyo mano PM amik duit bebanyak tuh...

4. Ari ni PM pakai gincu tak...

5. Bini PM cucuk botox tak...

6. Bini PM pakai bomoh tak...

7. Bangla ngan Myanmar mano dapek ic ngundi nanti ni...

Tapi puak dio jugak yang beghobut ngambik BR1M, BB1M, BL1M, SARA, Rebate Telefon, RM100 setiap anak sekolah...

Bilo ditanyo mano ekau tau sumo nih? Nas eh cukup mudah;

"Oghang bank tu yang cakap..."
"Oghang pejabat pos tu yang cakap..."
"Pegawai kastam tu yang cakap..."
"Kerani kek Putrajaya tu yang cakap..."
"Polis pencen tu yang cakap..."
"Jaga sekolah tu yang cakap..."

Nasib baik tak koba an dinding kek Bank Negara tu yang cakap.

Bueklah kojo bepaedah sikit waghih, poie tobeh somak belakang ghumah ko, cuci longkang dopan ghumah ko...

Sok kok kuargo sendiri kono denggi..salah an PM jugak.

Sunday, February 17, 2013

Friday, February 15, 2013

Tentera Bangladesh sokong Anwar...

1. Anwar yang berucap di Kg Gapis, Padang Rengas seperti dilaporkan KeldaianDaily mengatakan pihak tentera menyokong mereka.

2. Maka disebutlah beberapa nama yang kononya menyokong komplot pembangkang antaranya, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

3. Kata Anwar, "Penampilan mereka bertujuan menarik sokongan tentera dan bekas tentera bersama-sama menyokong (komplot pembangkang) demi memastikan nasib dan masa depan lebih cerah untuk semua anggota."

4. Kemudian Anwar membandingkan kononnya kebajikan Tentera Malaysia jauh lebih buruk daripada Tentera Bangladesh berikutan kerajaan Umno BN tidak bersungguh-sungguh menjaga kebajikan mereka.

5. Walaupun Anwar tidak pula memperincikan bagaimanakah 'nasib dan masa depan cerah' anggota Tentera Malaysia jika Komplot Pembangkang memerintah, namun perbandingan antara Tentera Malaysia dengan Tentera Bangladesh sebenarnya satu PENGHINAAN oleh Anwar.

Female soldiers of Bangladesh army

6. Jika dirujuk dalam laman sesawang rasmi Bangladesh Army, skala gaji tertinggi untuk seorang Leftenan Muda di negara itu ialah BDT11,490 yang bersamaan dengan RM450.90. Malah gaji 'mati' untuk seorang Jeneral di Bangladesh ialah BDT45,000 yang bersamaan RM1,766.16 sahaja. Adakah ini yang dimaksudkan Anwar kononnya kebajikan Tentera Bangladesh lebih baik berbanding Tentera Malaysia?

7. Anwar kalau bab menipu memang spesis tak beragak. Itupun masih ada pencacai yang percaya walau pembohongan demi pembohongan Anwar berjaya dibongkarkan.

8. Takde pula Anwar nak bandingkan tahap korupsi melampau di Bangladesh hingga ada rakyat Bangladesh yang memiliki sarjana (master) pun terpaksa merempat ke Malaysia bekerja sebagai buruh binaan dan operator kilang.

9. Agaknya Tentera Bangladesh yang sokong Anwar, bukannya Tentera Malaysia.

10. Persoalannya kenapa bandingkan dengan Bangladesh? Kenapa tidak negara maju lain? Ontahlah, sapolah yang bulih paham apo yang ado dalam kepalo hotak kotor Anwar tu.

11. Hakikatnya rakyat sudah hilang selera dengan Pakatan kerana rakyat lebih mengenali Barisan Nasional.

Thursday, February 14, 2013

Pukul Pulun Punggah Perosak BN

Pukul aja semua pelobi mengarut PRU, khasnya penyamun dan penyangak BN yang belum lagi kehabisan modal, peluru dan bahan kelentong untuk membangangkan wibawa Najib Tun Razak selaku Presiden BN-UMNO.

Pulun aja semua Ketua Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian UMNO khasnya untuk kerja terus kerja dalam skema markah integriti politik. Mereka mesti menjadi politikus rakyat, bersosialisasi dengan rakyat jembel dan marhaen, bersama mesra dengan rakyat setiap status ekonomi.

Pulun aja para usahawan tamak haloba dan kedekut taik hidung masin yang belum lagi puas merobek dan meratah penat lelah komuniti pekerja madani.

Pulun aja para pegawai kanan dan tinggi Kerajaan yang hingga masa ini belum insaf dan sedar bahawa kedudukan mereka berpusat kepada Perkara 153 semata-mata.

Punggah aja semua sumber pemikiran, harta, ilmu, makrifat yang boleh menjadi mekanisme tabligh dan tarbiyah. Tarbiyah bahawa UMNO ialah parti tertua umat Melayu. Tarbiyah bahawa UMNO ialah pasukan utama kekuatan negara dan kepercayaan ekonomi oleh orang luar. Tarbiyah bahawa UMNO ialah enjin penggerak dan penerus kesinambungan pemerintahan bersultan dan beraja di Bumi Melayu.

Punggah Najib, Punggah Muhyiddin...Punggah UMNO, Punggah BN.

Wednesday, February 13, 2013

Penasihat Bangang NAJIB



Makin hari makin bangang para penasihat keliling gelanggang Najib. Insiden di Pulau Pinang ialah strategi memusnahkan imej UMNO-BN di Pulau Pinang.

Para penasihat dan punahsihat Najib nampaknya bercita-cita menghancurkan reputasi wasatiyyah BN-UMNO. Dah tahu Psy-Gangnam dari Korea akan berbelanja besar, tak kira lah walau tak pakai satu sen pun duit kerajaan, TETAPI langkah berada dalam fiesta di Pulau Pinang merupakan paling tidak bijak apabila terperangkap dalam rancangan Cina Komunis DAP Pulau Pinang.

Apa lagi langkah-langkah bangang yang disarankan oleh penasihat dan punahsihat Najib...

Entahlah...penasihat Najib tak nampak bersungguh-sungguh nak menang Pilihanraya Umum. PRU ialah memilih pentadbir eksekutif dan kuasa pengurusan pemerintahan rakyat, tapi penasihat Najib sendiri macam nak tikam dia dari belakang.

Tuesday, February 12, 2013

Kasi clear Kelantan


Biar gondol rambut Pok Nik...asalkan hutan Kelantan tak gondol!!




Hanya dengan 1 undi...anda mampu mengubahnya!

Monday, February 11, 2013

Jom Ubah!

Bukankah lambang ini...


Lebih kurang sama dengan ini...


Jadi apa perlunya rakyat Kelantan mahukan ini...


Kan kontra sungguh tu...

Apalagi...JOM UBAH WAHAI RAKYAT KELANTAN. 

Kito pakat TOLAK Pas!

Sunday, February 10, 2013

Wa bukan gila seks macam Pas bro...

1. Lama dulu kami pernah posting artikel bertajuk SEKS 4 ALL mengenai lawatan kami ke Kelantan yang terserempak dengan penjual 'sex toys' dan ubat kuat di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Bandaraya Islam Kelantan.

2. Namun pendedahan kami ketika itu telah diperlecehkan oleh kenalan kami yang turut memegang jawatan dalam kepimpinan Dewan Pemuda Pas, kononnya kami telah menipu dan sengaja ingin memfitnah Pas selaku pemerintah negeri Kelantan melalui pendedahan tersebut.

3. Antara hujah kenalan kami si Pemuda Pas, kononnya beliau telah menelefon rakannya yang merupakan kepimpinan Pemuda Pas Kelantan untuk menyiasat dakwaan kami berkenaan jualan terbuka 'sex toy' dan ubat kuat seks di Wakaf Che Yeh. Kononnya lagi, rakannya daripada Pemuda Pas Kelantan telah melakukan siasatan dan mendakwa tiada sebarang aktiviti jualan terbuka menjual alatan seks mahupun ubat seks di Wakaf Che Yeh sebagaimana dakwaan.

4. Pemuda Pas tersebut ketika itu telah menuduh kami menipu, memfitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruah Nik Aziz dan Pas Kelantan selaku pemerintah negeri.

5. Tapi ingat...Allah Maha Besar...sebut sekali lagi...Allah Maha Besar!

6. Ini  berita bertarikh 12 September 2012;

KOTA BHARU - Menggunakan helah bagi mendekati masyarakat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, peniaga ubat perangsang seks sanggup menjual barangan itu di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu, di sini, bagi meraih keuntungan.

Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, peniaga barangan ini masih tidak serik dan melakukan aktiviti jualan ubat berkenaan di kawasan terbabit, ekoran permintaan di pasaran yang amat menggalakkan.

Atas risikan dan maklumat orang awam, tindakan lelaki berusia 50-an itu, berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), di kawasan tersebut.

Dalam operasi itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai jenis yang bernilai RM6,330.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, serbuan dilakukan di kaki lima di sekitar kawasan kuliah berkenaan, dan semasa serbuan dilakukan peniaga itu sedang aktif menjalankan aktiviti jual beli.

“Kami bertindak tegas terhadap mana-mana peniaga yang masih degil dan tetap menjalankan perniagaan ini yang mengundang imej buruk kepada negeri Kelantan.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a) Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.

Ahmad Razin berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, setakat tahun ini sehingga semalam, jabatannya berjaya merampas pelbagai jenis ubat perangsang seks dalam serbuan yang dijalankan di kawasan kaki lima, di sekitar bandar ini dengan nilai rampasan berjumlah RM39,455.

Rampasan terbabit, dilakukan beberapa lokasi di bandar ini, termasuk di kawasan tapak ceramah berkenaan selain di sekitar Wakaf Che Yeh.

“Kesemua barangan yang dirampas, ditahan dan disimpan di cawangan Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut dan seterusnya untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

7. Dan ini pula baru berlaku Jumaat lepas...


Jumaat Februari 8, 2013

KOTA BHARU: Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan menahan seorang lelaki berumur 62 tahun ketika sedang memunggah keluar ubat-ubatan perangsang seks dipercayai tiruan dan tidak berdaftar, dari sebuah stor di Wakaf Che Yeh di sini, Khamis.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata stor itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan utama dan terbesar ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seks, bagi pasaran negeri ini.

Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas 63 item pelbagai jenama ubat perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta beberapa peralatan seks bernilai kira-kira RM15,706, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dr Ahmad Razin berkata lelaki terbabit dipercayai sedang memunggah ubat-ubatan itu untuk dipasarkan di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat tumpuan orang ramai membeli-belah khususnya di waktu malam.

Beliau berkata serbuan yang dilakukan pukul 7.28 malam itu melibatkan 12 pegawai penguatkuasa farmasi dengan kerjasama anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Dr Ahmad Razin berkata ubat-ubatan dan peralatan seks bernilai RM41,858 dirampas hasil lima serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini sepanjang tahun lepas.

"Pada tahun lepas juga, empat kes didakwa di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM4,500. Dalam satu daripada kes itu, pesalah turut dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kegiatan penjualan ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seksual, yang memberi imej buruk kepada bandar Kota Bharu dan masyarakat. 


8. Kepada kenalan kami si Pemuda Pas, wa bukan kaki 'kencing' macam lu dan spesis parti lu bro. Dan wa tidak permainkan kesucian Islam demi politik dan kuasa macam lu dan Pas selalu buat bro. So sekarang siapa kaki fitnah...wa ka lu? Hehehe!! 

9. I rest my case.

Friday, February 8, 2013

Rembau Most Wanted..Yaw...



Yaw
Waghieh
Rembau Most Wanted yaw

I representin this place 
Where people say murder is the case 
REMBAU 
the food gonna make your tongue blaze 
Step forward,hold your head high 
Be proud for where you came from and stay fly 
Dats what Im doin 
Hobin Jang Hobin 
We aint trippin Jang 
Tahun dopan ado laie 
Pialo Malaysia kito pogang 
Lagu nogori berkumandang 
Semuo player masuk padang 
Tabik hormat tando monang 
Kito monang kito monang (kito monang yo) 
Duo satu kocik bona 
Ompek satu sonyum lebar 

Teringek bilo poghah keringek 
Nyabit rumput poie sawah 
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak 
Itu orang dulu 
Tak mcm budak-budak sekarang 
Susah sikit yo 
Dah lari kampung tinggal bondang 
Dulu maso kocik-kocik cito-cito angkosawan 
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan 
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan 
Sapo tak pueh ati 
Jom kito jumpo dopan dopan 

Being the most wanted 
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M. 
Rembau Most Wanted 
To my boys in N9 
Who worked hard and strugglin 
Rembau Most Wanted 

My brain works faster than computer 
Cuz Im the prime mover 
Entrepreneur yes I am 
Weve been busy chasin dollars 
Chillin at Mui Fong with my homies yaw 
And If u keep talkin shit others might listening bro 
Then gangin up, just pick up your gear 
Listen dear 
I aint messin wit the coward 
I aint messin wit fake gangstas 
All I know I keep my rap clean 
Being the most wanted 
Don't wake me up from my dream 
C.R.E.A.M. 

Lombu ado tali takdo pon tak guno 
Tunggu hujan dah ghobeh 
Baru payung nak dibuko? 
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang 
Baik poie mampuih dari susah'an semuo oghang 
Polik bona bilo pikir orang tuduh bukan-bukan
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan 
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan 
Time tu takdo nak berbaik 
EKAU BOLEH POIE JALAN 

Being the most wanted 
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M. 
Rembau Most Wanted 
To my boys in N9 
Who worked hard and strugglin 
Rembau Most Wanted 

Rajo Beralam 
Penghulu Berluak 
Lembago berlingkungan 
Buapak beranak buah 
Anak buah duduk bersuku-suku 
Berapo suku eh? 
12

Thursday, February 7, 2013

Malaysiakini sengaja malukan Nik Aziz


Cai Pas akan bagi alasan, "Takpe kalau tak tau hal dunia. Hal akhirat lebih penting. Takbir..!" Heh...

Versi MK Bahasa Melayu:

Walaupun Psy merupakan artis sensasi Korea Selatan dan di peringkat global, tetapi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat nampaknya tidak perasan dan malah menyangka Psy seorang wanita.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, semalam Nik Aziz menggesa Psy menutup aurat apabila diberitahu media bahawa selebriti itu membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Februari.

Apabila diberitahu bahawa psy seorang lelaki, Nik Aziz bimbang sama ada kandungan lagu-lagunya  positif untuk anak-anak muda.

Menteri Kelantan berusia 82 tahun itu juga bertanya pemberita, "Dalam apa bahasa dia menyanyi?" dan selepas diberitahu Psy rakyat Korea, Nik Aziz bingung mengapa orang mendengar lagu-lagu dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Menteri besar Kelantan mengulas mengenai perbelanjaan besar untuk membawa penghibur asing kerana sumber-sumber itu boleh digunakan untuk memajukan artis-artis tempatan.

"Tidakkah kita mempunyai banyak penyanyi tempatan? Mengapa tidak kita upah belia tempatan? Bukankah lebih baik membelanjakannya untuk belia kita?" tanya beliau.

Wednesday, February 6, 2013

Malulah Jijah...

AIDCNews – 04/02/13 – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2 Februari.

Anugerah yang disampaikan kepada Wan Azizah itu sebagai menghargai keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.

Komen KNKB...

Kalau Wan Azizah isteri Kepal Nasi, Kepal Nasi akan nasihatkan Wan Azizah supaya tidak menerima anugerah tersebut. Alasannya ialah "MALU".

Imam Ghazali r.a sendiri pernah berkata, "Pengorbanan aku dalam membantu agama Allah hanyalah ibarat debu-debu yang melekat di kaki para sahabat Nabi SAW".

Siapalah ABIM untuk memberi "anugerah khas" bertaraf "Saidatina Khadijah". Siapalah Wan Azizah untuk dibariskan sebaris dengan wanita pertama yang beriman dengan agama Muhammad SAW, merangkap "kekasih Allah" yang mana jika tidak kerana kasihnya Allah kepada Baginda SAW, nescaya Allah tidak akan zahirkan alam ini. Alam ini diwujudkan Allah hanya semata-mata kerana mahu menzahirkan manusia yang bernama "Muhammad".

Antara keutamaan Khadijah As-Siddiq yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah:

1. Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.

2. Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436).

3. Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia.

4. Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.

5. Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah.

6. Insan pertama solat bersama Nabi.

7. Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.

8. Orang pertama menerima salam daripada Allah.

9. Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar), setaraf dengan Abu Bakar Assiddiq.

10. Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.

Adalah lebih baik ABIM dan Siddiq Fadhil fikirkan "anugerah khas isteri Nabi Lut", kepada sesiapa yang mereka fikirkan layak daripada "secara jahil muraqad" telah memandai-mandai memberi anugerah khas yang "tak terbawa dek badan".

Yang memberi tiada kelayakan. Yang menerima pun tiada merit. Anugerah khas ini samalah seperti Israel memberi anugerah khas kepada Amerika atas peranan yang dimainkan oleh Amerika di Timur Tengah dalam menegakkan keadilan, kebenaran sejagat.

Rakyat diseru supaya menolak "pendustaan dalam agama" yang dilakukan oleh manusia-manusia yang menzalimi agama dengan cara "memanipulasi".



Psst...ABIM kini sahabat BTN!!

Tuesday, February 5, 2013

Hanya di Harakah...

Islam meletakkan ilmu sebagai asas bagi pembangunan diri manusia. Kalimah Iqra itulah cetusan awal, wahyu pertama yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar disuburkan budaya membaca dalam kalangan umatnya (rujuk Al-'Alaq: 1-5).

Berdasarkan ayat ini, Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang dituju kepada Nabi SAW dan umat manusia seluruhnya. Ini menunjukkan bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya. Ia merupakan dasar utama yang dituntut Islam bagi membangunkan diri insan.

Amalan membaca merupakan proses memperkayakan maklumat, memantapkan fikiran dan mendewasakan tindakan.

Walaupun kita tidak pernah melancong ke negara-negara lain di dunia, namun dengan membaca kita mampu 'merantau' mempelajari budaya kehidupan masyarakat sedunia tanpa perlu berbelanja lebih.

Menelusuri portal-portal berita yang terdapat di Malaysia, kita akan dapati kebanyakan portal dibahagikan kepada beberapa segmen seperti segmen Nasional, Wilayah, Luar Negara, Ekonomi, Politik, Hiburan, Perniagaan, Sukan, Pendidikan, Sains, Rekreasi, Gaya Hidup, Rencana etc. Melalui segmen-segmen sebeginilah akan memberi kita pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir dan berkomunikasi.

AKAN TETAPI, jika kita menerjah portal pembangkang seperti Haprakah Daily, Sosial Keadilan, Malaysiakini, TMI etc., segmen yang wujud hanyalah POLITIK...POLITIK...POLITIK! Tiada cerita lain selain politik..seolah rakyat Malaysia hanya hidup dengan politik semata. Berita politik yang dipaparkan pula kebanyakannya cerita fitnah, adu domba dan hasutan untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia. Tiada langsung manfaat seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir atau mendewasakan tindakan yang mampu diperolehi apabila membaca portal pembangkang. Fikiran pembaca portal pembangkang akan jadi sempit, bebal dan taksub memkhinzir buta.

Jika ada pun manfaat hanya untuk kehidupan seksual ahli Pas dan Pkr melalui iklan-iklan sebegini;




Justeru kita perlulah sentiasa menyuburkan budaya membaca di semua peringkat serta menjadi contoh dalam merealisasikan budaya membaca dalam masyarakat. 

Galakkanlah anak-anak kita membudayakan amalan membaca bahan-bahan yang bermanfaat dan bukannya membaca perihal fitnah, adu domba dan hasutan untuk memecah-belahkan masyarakat tajaan portal Haprakah Daily, Sosial Keadilan, Malaysiakini, TMI etc.

Saturday, February 2, 2013

Cute kan dia...

Haprakah ada keluar berita yang Kelantan bubar Dun ikut proses biasa, tak nak ikut Selangor yang nak bubar awal.

Antara alasan yang diberi Menteri Besar Kelantan aka Pok Nik ialah, "Pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain. Andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya."

Sebenarnya masa PRU-9 pada 1995, Pok Nik pernah nak bubar lewat DUN Kelantan dengan alasan tak mahu ikut persekutuan, tapi telah diberi amaran oleh SPR bahawa kerajaan Kelantan perlu menanggung sendiri kos pilihanraya seandainya pilihanraya dibuat berasingan daripada Kerajaan Persekutuan; terus Pok Nik cancel hasrat nak bubar DUN lambat.

Lagipun Pok Nik risau juga jika segala jentera BN hanya fokus di Kelantan saja ketika itu, maka kemungkinan Pas tewas adalah besar. Jadi Pok Nik memang belajar daripada sejarah.

Tak macam Selangor yang nak bubar DUN awal sebab Selangor negeri kaya, boleh tanggung kos pilihanraya...ataupun SPR tak maklum kepada kerajaan Selangor akan akibat bubar DUN awal sebagaimana yang pernah mereka beri amaran pada Kelantan pada 1995 dulu. Agaknya kerajaan Selangor memang tak tahu yang mereka kena tanggung sendiri kos pilihanraya jika dibubar sebelum Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Selangor terlebih konfiden boleh menang?

Tak kisahlah...sebenarnya den bukan nak ulas pasal DUN Kelantan atau Selangor yang nak bubar awal ke lambat. Den cuma tertarik tengok gambar Pok Nik yang dikeluarkan sekali bersama berita Haprakah tu.

Walaupun umur dah 81 tahun dan jadi wakil rakyat selama 46 tahun sejak 1967, serta pernah berjanji akan bersara selepas Tun M bersara (dah 10 tahun Tun M bersara tapi Pok Nik tetap munafik), wajah Pok Nik masih maintain cute. Macam mudo 20 tahun lak. Atau Pok Nik perasan yang dio masih mudo gak eh...

Posing cute. Ala tomey..tomey..! Hehehe...

PASIR PUTEH: Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain.

Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam.

“Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini,” ujarnya.

Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya.

Friday, February 1, 2013

Berani ke Najib singkir Raja Arif...

Banyak serangan yang dilakukan terhadap pendokong semasa Biro Tata Negara yang kini berlogokan genital yang menggantikan logo lama "Bersama Menuju Kegemilangan" semenjak mendapat Ketua Pengarah baru iaitu Raja Arif Raja Ali; orang ganu yang menggunakan loghat ganu pekat dalam mengaplikasikan Dale Carnegie. Patutlah orang dok pahe apo ko dio dok ghoyak. Ucapan dio tak dok arah tuju. Dok meghaban tak tontu arah. Toghuk Dale Carnegie ni ruponyo.

Hanya beberapa blog dan facebooker saja yang konsisten membongkarkan isu BTN ni...tak taulah sebab apa. Kami di Paneh Miang hanyo tukang memanjangkan cerito jor.

Sama ada di blog atau FB, penyerang (dipercayai orang UMNO sendiri) yang mengkritik BTN, bukanlah menyerang BTN sebagai sebuah agensi, TETAPI lebih kepada menyerang individu tertentu iaitu Raja Arif selaku Ketua Pengarah, Haji Mokhtar selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran), Haji Hanafi selaku Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) dan komplot ABIM yang masuk secara kontrak dalam BTN dengan gred gaji yang tinggi, sehingga mengenepikan PEGAWAI dan SAHABAT BTN sendiri.

SERANGAN TERHADAP INDIVIDU SEPATUTNYA INDIVIDU SENDIRI LA YANG JAWAB. Jadi mengapa mereka ini menyorok di sebalik agensi dan mengharapkan pegawai-pegawai BTN mempertahankan mereka? Kan ke ba*** namanya tu. Serangan bukan dibuat terhadap BTN selaku organisasi, tetapi terhadap peneraju BTN secara peribadi. So jawablah secara peribadi yor...

Di bawah adalah petikan daripada blog Sanggah Tok Janggut yang secara konsisten sering mempertikaikan peneraju BTN. Kenapalah agaknya ya? Jika tiada angin masakan lalang melambai. Jom baca...

Kes 1

BERBAGAI-BAGAI pendedahan di buat di media maya terutama dan semuanya bermula di sini, disusuli oleh blog ini dan ini tentang penyelewengan dan salah laku pimpinan tertinggi Biro Tata Negara (BTN) membabitkan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) namun sehingga ke hari ini tidak ada satu pun penafian bagi menjawab segala pembongkaran tersebut.

Kepimpinan BTN terus diserang.Maruah BTN terus dicarik-carik dan seorang facebooker yang menggelarkan dirinya Apa Sengeh Sengeh setiap hari tanpa henti dan tanpa rasa jemu membongkar satu persatu bukan sekadar yang didakwa beliau penyelewengan tetapi berserta dengan gambar-gambarnya sekali dan terlihatlah kelibat Ketua Pengarahnya Raja Arif masuk wall cuba mempertahankan dakwaan yang dibuat oleh facebooker tersebut dan juga ada kalangan pegawai-pegawai BTN ataupun mungkin Raja Arif sendiri memberikan komen dibeberapa buah blog yang mengutip pendedahan facebooker itu untuk mencari pencerahan daripada pihak BTN.

Serangan serta pendedahan facebooker terhadap kepimpinan serta keterlibatan ABIM dalam BTN dilihat berterusan hingga mengheret Ketua Setiausaha Negara namun malangnya masih ada yang melihatnya sebagai satu isu picisan dan saya percaya jika tidak ada kenyataan khusus daripada pihak yang didedahkan, facebooker ini akan berterusan membongkar segala-gala yang berada di dalam dan luar BTN. Selanjutnya sini.

Kes 2

Gerakan penstrukturan semula BTN ini dilihat sebagai satu bentuk `grand design' terancang yang berselindung di sebalik nama transformasi jawatan dan untuk menghalalkan gerakan ini berbagai-bagai program dilaksanakan dengan menggunakan nama Ketua Setiausaha Negara termasuklah Amanat KSN baru-baru ini.

Perhimpunan yang sepatutnya menjadi agenda Jabatan Penerangan ataupun pejabat KSN sendiri telah diambil alih oleh BTN dan jelas BTN semakin tersasar dari misi dan visi penubuhannya.Apakah agenda di sebalik program Amanat KSN ini?

Kalau kita lihat betapa gigih dan bersungguhnya pasukan JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan untuk membetulkan pemikiran rakyat yang dipesongkan oleh pembangkang,BTN yang diketuai oleh Raja Arif pula dilihat lebih kepada berusaha untuk mengukuhkan kedudukan sebagai penjawat awam,mengejar pangkat dan jawatan, hasilnya tidak sampai beberapa tahun di BTN,Raja Arif telah dapat JUSA A dan Timbalan-Timbalannya mendapat kenaikan Gred gaji dalam masa yang begitu singkat. Selanjutnya sini.

Kes 3

Paling jelas, kesan daripada kerakusan menunjukkan kuasa ini  akan memandulkan gerak kerja Ahmad Maslan yang sebelum ini banyak menggunakan pegawai dan kakitangan yg berkemahiran dalam menguruskan program berkaitan dengan sokongan rakyat. Apakah pertukaran secara beramai-ramai yang bermula saat PRU13 sudah hampir ini tidak bertujuan utk melemahkan Mat Maslan dan akhirnya beliau akan  dilihat gagal?

Agaknya otak Raja Arif ini mungkin terletak dikepala lutut kerana tidak boleh memikirkan kesan berganda apa yang telah dimulakan ini? Apakah signifikan pertukaran pegawai dan kakitangan saat pilihan raya ini tidak diratapi oleh kaum keluarga mangsa kerakusan dan kebebalan beliau?

Apakah bila marah dan terkesan dengan apa yg berlaku, seluruh ahli keluarga tidak akan menyalahkan PM dan akhirnya undi akan diberikan kepada pihak lain? Selanjutnya sini.


p/s: Siapalah yang akan jadi kaki bodek pertahan 3 teraju utama BTN ni?

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive