Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 19, 2013

Tok Sahak KALAH!! KJ 'tipu' Hisham!!

Berikut beberapa perkara menarik yang berlaku dalam Pemilihan UMNO Negeri Sembilan;

1. DiSAHkan bahawa Haji Abu Ubaidah akhirnya telah menewaskan Ishak Ismail aka Tok Sahak dalam pertandingan jawatan Ketua Bahagian UMNO Seremban.

2. Tiga Bahagian UMNO di Negeri Sembilan mendapat Ketua Bahagian baru iaitu Bahagian Seremban (Haji Abu), Bahagian Jelebu (Jalal) dan Bahagian Jempol (Haji Salim).

3. Perwakilan UMNO Bahagian Rembau telah memilih Zahid Hamidi, Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO; walaupun Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau yang baru iaitu Khairy Jamaluddin secara terbuka menyokong Hishamuddin serta menyeru semua perwakilan Pemuda mengundi Hisham.

4. Berikut adalah senarai Naib Presiden UMNO yang mendapat undi majoriti perwakilan di 8 bahagian UMNO Negeri Sembilan;

Jelebu: Zahid, Shafie dan Mukriz

Jempol: Shafie, Hishamuddin dan Isa Samad

Kuala Pilah: Zahid, Shafie dan Isa Samad

Seremban: Zahid, Shafie dan Mukhriz

Rembau: Zahid, Shafie dan Mukhriz

Tampin: Zahid, Shafie dan Isa Samad

Teluk Kemang: Isa Samad, Mukhriz dan Zahid

Rasah: Isa Samad, Zahid dan Shafie

5. Hanya satu bahagian saja di Negeri Sembilan yang memilih Hishamuddin sebagai Naib Presiden iaitu UMNO Bahagian Jempol kerana Ketua Bahagian-nya yang baru menang, Haji Salim adalah orang kuat Hishamuddin CKMM.

6. Dua wakil Negeri Sembilan yang bertanding ke MKT UMNO iaitu Mohamad Hasan dan Hasan Malek masih belum diketahui nasib mereka kerana setakat jam 9pm pengiraan masih belum selesai.

12 comments:

  1. Alhamdulillah. Kalah jugak sahak. Inilah namonyo transformasi. Tahniah perwakilan umno somban. Tunggu keputusan naib presiden plak. Harapnyo bungkus la hisham awww tu.

    ReplyDelete
  2. Den nak tanyo apo pulak nasib ketuo bahagian kuala pilah..?koka ko bertuka yang baru?

    ReplyDelete
  3. Kayu koka ko apo ni....

    ReplyDelete
  4. Kalau koka tu bakal mentori bosa tu.....tradisi pilah mesti tak sebulu dongan mentori bosa.....ysng lawan dio pun pun macam samseng

    ReplyDelete
  5. Den nak tanyo lagi ni...sapo pulak namo ajk bahagian umno kualo pilah yang baru...cubo la update lobih sikit....

    ReplyDelete
  6. ajik bha amno kolopilah cikgu sharudin undi eh lobeh dari tok mail, bakal ketuo bah sok cikgu ni

    ReplyDelete
  7. Cikgu sharudin to orang mano senanti ko?

    ReplyDelete
  8. tok sahak jangan menyerah kalah ..cari..gali atau cipta alasan macamana nak buat pemilihan bahagian semula..kan tok sahak pakar dalam soal tu.....tok sahak mano bolih terima kekalahankan..yo lah anak omak...HU>>HU>>HU

    ReplyDelete
  9. Eloklh Sahak begonti jo jd Yb samo. Dah nak mampuih pun nk jd Ketuo Bahagian lg. Cumo Hj Samsiah yg tingga senget ado kek situ.

    ReplyDelete
  10. siapo punyo kepolo yang kono ANTUK sekarang...apalagi tok sahak alang2 jadi pengkianat pakat pakat lah ............

    ReplyDelete
  11. Elok diadokan kelas tambahan mengenai pengundian Mat Isa oleh bahagian-bahagian di NS. Kito hormat pilihan yang dibuek oleh perwakilan tetapi kito sodih sobab kurang prihatin terhadap apo yang berlaku di sekoliling. Satu Malaysia orang tolak, tak ondak kepado Mat Isa, apo pasal pulak kito beriyo-iyo pangkah dio? Orang luar baco lain... persepsi ea, ini mesti kes dulu berulang balik ni....kes main gimau, sobab ket NS sajo yang dio dapek undi. Memalukan boreh jo.... dio patut lotak jawatan Pengerusi Felda sobab ditakuti nanti habih tanah rancangan dijual ea. Nijam orang LBJ papo kedano, hancur, kampung tergadai. Ado Mat Isa jonggok? Ado orang politik ambik tau?

    ReplyDelete

Blog Archive