Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, October 9, 2013

Teori Sanggah Tok Janggut

Nampaknya belanga BTN ibarat "retak menanti belah". Blog Sanggah Tok Janggut masih keributan dengan kisah "3 sekawan". Untuk perincian berita, pergilah ke blog Sanggah Tok Janggut ini. Betul atau Tidak, satu hipotesis berbeza.

Bak bidalan Melayu purba "Masakan tiada angin, pokok akan bergoyang"..."Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"...

Razali Ibrahim ialah anggota pentadbiran yang Muda dalam konteks "mengurus" gelagat veteran-veteran BTN ini. Kelihatan, ada "game" dalam perjalanan sementara menunggu "masa matang" mereka-mereka ini.

Apakah semuanya berubah selepas 19 Oktober 2013, atau apakah ini semua ada kaitan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang menyaksikan pertandingan sengit bermula Naib Presiden dan MKT?

Apakah ini semua "bahana" kerana kedudukan PRU-13 kelihatan masih tidak memberi "kekuatan sebenar dan segar kepada BN"?

Pak Sedaro melihat beberapa perkara perlu dipulangkan ke kedudukan asal:

1. Logo BTN perlu kembali asal.

2. Falsafah dan pedagogi latihan BTN "wajib" mengikut hukum aqliah manusia Malayuwiyah yang mana diperturunkan seni latihannya secara berperingkat oleh Almarhum Pak Omh, Almarhum Pak Khir, Almarhum Haji Taijadin Saberan, Almarhum-almarhum Veteran BTN sejak 1974.

3. Saka Harimau BTN wajar berada pada pundak "kegemilangan".

4. Ketua Setiausaha Negara perlu SEGERA memberi keputusan mandatori kedudukan-kedudukan "sofistikated" Ketua Pengarah BTN, TKP-TKP BTN, dan Pengarah-Pengarah BTN supaya "mekar dan segar bugar" dalam pemikiran wasatiyyah.

Namun, ini masih kiriman bloggers. Yang penting ialah bagaimana memastikan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri "sentiasa" relevan dengan inspirasi dan aspirasi Perdana Menteri Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive