Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 10, 2013

Hisham sindir Mukhriz?

Saya dengar Hisham menyindir Mukhriz, supaya lebih utamakan kempen PRK S.Limau, daripada jawatan Naib Presiden.


Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang sekian lama 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.

Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak mahu bersusah-payah berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, atas cadangan Con-sultant dan orang yang di percayainya,

Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol ataupun harga rokok.

Balik pada PRK Sg. Limau, apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Kewibawaan Mukhriz tidak akan terjejas. Lagi pun beliau sendiri pernah melontar idea untuk beri jawatan EXCO pada PAS. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen, caci mencaci, mengadu-domba dan fitnah yang akan lebih merengang & memecah-belah sesama Melayu Islam.

Lagi pun kerajaan boleh berjimat WANG & masa rakyat, memasang poster dan memacak bendera dan buang masa untuk pergi mengundi. (SPR budget = RM1.3 Juta). Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran.

Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Jika kita tidak percaya sesama bangsa dan agama, siapa lagi yang kita boleh percaya? Mat Saleh?

(Berbanding Tun Dr.M, Najib amat percayakan dan suka Omputih. Dia minat EPL. Sampai tengah malam, sanggup lepak dan buang masa dengan rakyat. Sokong MU ke Liverpool, saya tak pasti. Pegang dua jawatan kabinet pulak. Mana ada masa nak pantau lain2 Menteri. Pasal tu ramai penasihat dan mudah terpedaya & terpikat dengan pembodek).

Jika BN menang di Sg. Limau, ego beliau akan melonjak lagi. Sudah tentu Najib atau sepupunya akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

2 comments:

  1. alahai admin.tepat skali tulisan sedara.kalah or mng d sg.limau xmmberi kesan kpd krajaan.kalo hati benar2 ikhlas nk bg kmenangan pcuma pd pas demi elak mudarat yg sia2(mnyakiti sesama muslim),InsyaALLAH nikmat yg lbih besar akn dperolehi.pedulikn kata2 sinis dn sumbang baik dr kem sendri or dr pihak lawan.ALLAH BERSAMA UMNO

    ReplyDelete
  2. Najib tidak akan memberi kemenangan percuma kepada PAS kelak orang akan pandang Mukhriz makin power dan dihormati.

    Tetapi di tangan Naijib dia boleh membuat keputusan seperti berikut:
    Mukhriz kalah - BN kalah
    Mukhriz menang - BN menang
    Tetapi jika najib tak kesah kalau BN kalah - adalah wajar sebarang usaha untuk menggagalkan Mukhriz diteruskan.
    Nasib baiklah YDP Agong sekarang adalah Sultan Kedah dan bukannya Sultan Bola.

    ReplyDelete

Blog Archive