Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 9, 2013

Wasiat Kak Ros

Kurang daripada 100 hari daripada tarikh menaikkan batu nesan untuk beberapa manusia politikus UMNO, Kak Ros sudah memaklumi wasiatnya kepada Abang Jib.

Kandungan wasiat sulit ini antaranya:

Wahai sayangku, sesungguhnya kapal besar yang berdagang ini atas nama UMNO sudah terlalu membelah lautan rakus penuh ranjau dan onar.

Wahai sayangku, sesungguhnya nakhoda yang bijaksana ialah Nakhoda Merentas Zaman yang punya iltizam untuk menjengah awan.

Kita bukan warga di Belitung, bukan juga haiwan berakal bersepah di Madagascar, bukan pelarian tanpa sempadan dan kedaulatan di Somalia.

Wahai sayangku, amanah UMNO berumur cukup matang ini, MESTI ditaksir dan diterjemah perjalanannya dengan baik dan berkesan, kiranya tiada upaya lagi, maka, sayangku UNDURLAH diri. Ianya baik untukmu dan diriku jua.

Wahai sayangku, UMNO sudah setua besan-besan kita. Maka, amat wajarlah, pemuka-pemuka lebih muda, lebih bertenaga, lebih kuat pancutannya berada di perbatasan peperangan minda ini.

Wahai sayangku, tenaga di ranjang pemikiran songsang amat memerlukan pasukan kerja yang punya kuasa ledakan, kuasa pancutan dan kuasa tusukan JAUH lebih menjarah. Maka, kiranya, dikau sudah tiada upaya, jangan tunggu lagi.

Cukuplah penipuan minda antara Ketua-ketua yang sering menipu diri sendiri, kalian, semuanya sudah tua bangka "Kubur kata mari, dunia kata pergi".

Kini, tibalah masa untuk pasukan gergasi perang baru penuh bertenaga, penuh kuasa ledakan, kuasa pancutan untuk meletus kembali UMNO seperti kali pertama dipersembahkan kepada Istana Raja Melayu pada tanggal 11 Mei 1946.

Namun, barang tidak dilupa jangan, bukan semua pemuka baru yang gampang untuk aturan memakmuri tanahair ini, sayangku. Manusia yang bawa parah dan padah, mesti DIGUGURKAN secara terbuka dan terhormat. Manusia yang mendukung kultus Freemason, Syiah, Khawarij, Wahabi, Komunis, Kapitalis, Pluralis, Liberalis dan pengamal gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual juga AMAT-AMAT TIDAK LAYAK memimpin UMNO.

Wahai sayangku, fikirlah dalam-dalam, supaya wasiat ini tidak MAKAN TUANNYA kembali.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive