Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, August 10, 2013

Kak Ros Bersin

Sindrom Teh Tarik Satu.

Sidang perwakilan yang saya sayangi dan kasihi, sesungguhnya menikmati secawan teh tarik atau segelas teh tarik sudah memadai dalam sehari. Cubalah ziarah Riverside dalam premis PWTC ini dan Riverside corner di luar premis, maka, kelihatan begitu ramai insan Bani Malayuwiyah sedang menikmati tegukkan teh tarik masing-masing. Jika, boleh saya cuba mencadangkan kepada UMNO bermula tahun 2013 supaya mengurangkan tabiat teh tarik ini.

Berapa ramai kalangan perwakilan merupakan pengidap Kencing Manis? Darah Tinggi? Jantung? Sakit Lutut? Berapa ramai kalangan perwakilan masuk ke dewan bersama sebotol air mineral? Saya kemukakan soalan-soalan ini, kerana saya ingin mencadangkan supaya semua Ahli UMNO berdaftar diinsuranskan oleh UMNO Kebangsaan, sebanyak RM100,000 seorang (kematian) dan RM 200,000 (ilat kekal). Ejen yang dilantik oleh UMNO Kebangsaan akan dimaklumkan secara rasmi dan bertulis. Premium semua ahli UMNO berdaftar akan ditanggung oleh UMNO Kebangsaan. Inilah kerja CSR parti UMNO kepada tuan-puan. Saya harap tuan-puan akan terus bekerja sebagai sukarelawan politik UMNO yang bijaksana dan bijaksini.

Saya mahukan bakal wakil rakyat PRU-14 yang sihat fizik dan metafiziknya. Berlaku jujur dengan pengakuan kesihatan, jika sudah ada petanda "tidak layak secara kesihatan" jangan tamak merebut jawatan dan kedudukan. Sesungguhnya jawatan dan kedudukan ini bukan soalan-soalan wajib yang ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir kelak.

Selama saya berada dalam kerjaya politik sejak keluar daripada dunia ekekutif pejabat di Petronas puluhan tahun lampau, saya masih mencari formula jauh lebih baik dan berkesan kepada sistem pembelajaran dan pelajaran kebangsaan. Saya masih berpegang kepada prinsip yang pernah dibahaskan panjang lebar oleh Pendeta Za'aba, Almarhum Aminuddin Baki dan Profesor Di Raja Ungku Aziz serta Prof. Tan Sri Syed Naquib Al-Attas iaitu Malaysia akan hanya boleh berjaya dengan satu sistem pendidikan formal. Maksud berjaya ini ialah berjaya kaya dari kefahaman Bangsanya, Tamadunnya dan Negaranya.

Satu-satunya kerajaan dunia merdeka dan berdaulat yang menjaga kemaslahatan rakytanya berpandukan kumpulan kaum minoriti ialah Malaysia. Ini dibuktikan dengan wujudkan sistem pelajaran rendah dan menengah berasaskan Kaum, iaitu SJKC,SJKT dan SMJC. Bagi memanjangkan hayat kesantunan dan kesopanan Tanahair ini, saya berhasrat untuk mengkaji semula semua pendekatan yang berkesan kepada sistem pendidikan Negara sesuai dengan mandat Program Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035.

Satu proses kajian keberkesanan sekolah ke atas SJKC, SJKT, SMJC akan dilaksana serentak seluruh Negara. Kajian yang sama akan diadakan ke atas 75% SK dan SMK untuk melihat keserasian dan kecondongan pendapat. Perkara dasar yang dipentingkan ialah tiada unsur kecondongan budaya dan fahaman Komunisme dasn Freemasonary dalam aliran tidak rasmi di sekolah-sekolah berkenaan. Secara terbuka, semua orang memiliki konteks fikrah berbeza, itu bukan isunya. Masalahnya ialah bila mana, ada pihak menjadikan premis pendidikan sebagai pusat pelacuran minda dan akal budi rakyat, dengan mengadakan sesi usrah kumpulan kecil doktrin komunis dan freemason. Dalam Dewan ini, secara terbuka saya khabarkan kepada semua perwakilan dan para pemerhati termasuk media yang ada, bahawa UMNO dan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan saya secara terbuka menolak semua usaha berkaitan Komunisme, Freemasonary, Syiah, Pluralisme dan Liberalisme.

Kelima-lima ideologi ini ialah MUSUH NOMBOR WAHID tanahair ini. 

Perwakilan yang dihormati,

Saya mengambil masa agak lama untuk mengurus satu isu besar, bagi saya, kerana melibatkan isteri saya Hajah Rosmah Mansor. Saya secara terbuka mengambil peluang dan ruang ini, memohon maaf bagi pihak beliau jika sepanjang waktu sebelum ini, telah melakukan banyak kesilapan dan membuatkan perasaan tidak puas hati pihak Tuan-Puan. Saya sedar tanggungjawab saya amat besar, kerana sayalah antara manusia yang bakal menerima lebih banyak soalan kubur dan soalan di Mahsyar kelak, kerana saya memimpin sebuah Negara Islam dengan penduduk seramai 28.9 juta orang.

Saya sudah menasihati isteri saya secara berterusan, dan, Alhamdulillah beliau dengan senang hati akan hanya bertindak menjadi Penaung kepada beberapa buah organisasi utama dan berkepentingan awam semata-matanya. Kak Rosmah bukan "1st. Lady", "she is the Premier Lady to the Prime Minister of Malaysia". Malaysia bukan sebuah Republik seperti yang dihajat oleh saudara Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam Dewan ini juga saya dengan terbuka memaklumi semua perwakilan bahawa musuh politik UMNO dan BN ialah PkR khasnya Anwar Ibrahim. Beliau kelihatan sedang mengemis keliling dunia, dan begitu ketara mengusung keranda 153 untuk pihak asing dan orang lain khasnya bagi pihak DAP dan PSM. 

Suka saya berpesan kepada semua yang hadir, bahawa PkR sedang mengamalkan kitab "From Dictatorship to Democracy yang ditulis oleh Gene Sharp tahun 1996, asalnya Boston, USA". Gene Sharp ialah manusia berpegang kepada Freemasonary, seorang yang anti agama. Gene Sharp ialah manusia yang merencana Perang Bosnia-Herzagovina tahun 1991. Gene Sharp menjadikan banyak organisasi sebagai kader. Sebuah organisasi berdaftar sebagai syarikat perkongsian ialah SUARAM. Saya pulangkan akal budi dan waras fikir kepada Tuan-Puan, sebuah video selama 45 minit akan diedarkan kepada semua perwakilan dan para pemerhati, tentang "Ancaman Asing" dalam Negara ini. Saya tidak mahu, negara ini menjadi "padang jarak, padang tekukur" seperti peristiwa badai Arab atau "Arab Spring" yang membarah hingga saat ini perlu selesai.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive