Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, October 31, 2012

Apo Lopong Bonar Najib?

Doreh lah Najib untuk meletak darjah paling prihatin kepada Agenda Melayu Didahulukan, baru kaum-kaum lain sempena perang PRU-13 ini;

1. Dah berapa banyak duit kau bori pado Cina-MCA...bilo jumpo bori...tak jumpo pun bori! Cubo kau kiro? Apo yang sibuk sangat dengan Kafir Harbi ni? Cina cumo 18% rakyat Malaysia...

2. Kok kau jumpo Koling, kau labur lagi...apo yang Koling nak...bori! Koling cumo 8% ajo.

Cino di bandar dan Koling di pekan dah bai'ah tak akan undi calon BN. So, apo kau nak hadap lagi? Bye-Bye ajolah! Tak payah sibuk layan PPP, Gerakan, MCA dan MIC. Suruh komponen buktikan, Pusat Daerah Mengundi mano dalam 222 Parlimen ini yang mereka sepakat dengan UMNO? Ado?

3. Elok kau jang semak perangai lopong Ketua-Ketua Bahagian dan AJK Bahagian UMNO yang masih ado "hasad" dan dendam kesumat!

4. Elok kau buat perjumpaan rasmi dengan semua Tenaga Penggerak Melayu untuk dongar apo sobonar masalah tanahair dan pilihanraya!

5. Elok kau buat perjumpaan rasmi dengan korum Kongres Ekonomi Melayu 2012 untuk kau tahu apo yang menjadi masalah kuasa ekonomi Melayu selepas 8 Mac 2008!

6. Elok kau minta Dato' Elis kembali ke arena sebenar, tak payah sibuk dalam gua. Kojo dio ialah jumpo semuo Ketua Bahagian untuk clear the air.

7. Elok kau buat perjumpaan dengan Persatuan Bekas Pegawai Tertinggi Kerajaan Malaysia yang dikepalai oleh orang Johol berbinikan orang Ampangan, bersama kabinet persatuan dan 1,000 bekas Pegawai PTD Tingkatan Kanan dari JUSA C ke atas, di PICC...sobab banyak bondo nak dikobarkan...!

8. Elok kau suruh dan paksa Rosmah Mansor dok ontok-ontok...jadi isteri kepada Najib Razak dan bukannya isteri Perdana Menteri. Suruh Rosmah Mansor buat gerakan BAKTI masuk kampung bersama semua kabinet BAKTI bermula lopeh 13 Zulhijjah.

9. Elok kau buat peruntukan SEGERA daripada Perbendaharaan agar BTN dan IIM boleh buat program Transformasi Agenda Melayu (Wasatiyyah, Integriti, 1 Malaysia) kepada 1.45 juta warga penjawat awam.

10. Elok juo kalau Najib tak berani buat semua kerja ni, maka baiklah isytihar PRU-13 supaya boleh dilaksana sebelum 27 November 2012. Kok tak, akan bercambahlah spesis UMNO pokak yang mengurus Negeri...orang suruh jadi Ahli Politik...bukannya Managing Director Cycle & Carriage.

Tuesday, October 30, 2012

Menjawab Fitnah Pengarah Strategik Pkr

Tanah hutan simpan di negeri ini masih lagi milik Kerajaan Negeri dan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu mahupun syarikat lain.

Semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.

Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali."

Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan rancangan tersebut kerana Kerajaan Negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri Sembilan telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.

Setiap tahun Kerajaan Negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar sahaja yang digunakan daripada 4,800 hektar.

Tidak timbul soal tanah hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang.

Selanjutnya sini. Pembohongan Rafizi di sini.

Satu, Hidup, Menang!!

Satu Melayu, Satu UMNO, Satu BN, Satu Malaysia!

Hidup Melayu, Hidup UMNO, Hidup BN, Hidup Malaysia!

Menang Melayu, Menang UMNO, Menang BN, Menang Malaysia!

Ini bukan hanya slogan, manisan mulut dan pembasah tekak. War Cry ini ialah iltizam ummah Melayu untuk melihat kekuatan Melayu sebenar.

Perang luar biasa ialah peperangan politik doktrin Ahlul Sunnah Wal Jamaah lawan Syiah, Wahabi dan Khawarij, lawan Komunis dan lawan Freemason.

Perang PRU-13 ialah perang penentu kedudukan istimewa hak Rakyat Raja berasaskan Wa'ad Raja Melayu dengan Rakyatnya. Kalah PRU-13 bermakna "talkin" kepada ummah Melayu melalui Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Perang indoktrinasi mesti bermula semalam, dikukuhkan hari ini dan diperkaya esok hari.

Monday, October 29, 2012

Korban 1433H

Tahaluf Sias'i yang menjadi temberang Pas telah dibahaskan secara berterus-terang oleh Nasaruddin Esa, Setiausaha Halaqah Muzakarah Tahaluf Sias'i pada 1998 atas keakuran menurut perintah Presiden Pas ketika itu, Almarhum Fadzil Noor. Muzakarah yang menjadikan Dr. Yusof Qardawi sebagai Pengerusi, bersama 12 lagi Ahli Pakar Rujuk Dunia telah dimaklumi kepada YAB Dato' Seri Dr. Mahahthir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia waktu itu.

Peristiwa ini berlaku semasa hangat Medan Politik dengan insiden "penyingkiran" Anwar Ibrahim, yang hari ini, B.A.B.I. seorang bekas pemimpin dakwah yang melacuri pemikiran rakyat dengan fahaman Islam Plural dan Liberal. Kedudukan Anwar Ibrahim, telah disyarahkan dengan panjang lebar bersandarkan fakta dan dalil-dalil, Ahlul Sunnah Wal Jamaah oleh para Cendiakawan Muslim di ISTAC, UIAM pada bulan Oktober 2009, dan diulang perbahasan dengan penemuan baru tentang tahap "songsang" Anwar ini, pada April 2012.

Rupanya, Korban 1433H amat dahsyat. Tahaluf Siasi' Asal menjadi korban. Kerajaan Perikatan diiktiraf sebagai pembuka Amalan Tahaluf Siasi' yang tepat, berasaskan teladan kepada Perjanjian Madinah dan Piagam Hudaibiyah, ini diperakui oleh Yusof Qardawi, Sheikh Azhar Al-Tantawi, Sheikh Azhar Al-Muktohiyah, Menteri Mekah dan Madinah Sheikh As-Sudais, Penjaga Baitullah daripada Keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan ramai lagi para ilmuan besar Islam Dunia.

Namun, dek kerana taksub "membabi-buta", maka, Tahaluf Siasi Pas 1998 sudah terbatal secara automatis, apabila merelakan DAP menjadi "Abang Long" kepada semua kerja buat politiking dan politik.

DAP ialah sebuah parti berfahaman Sosial Demokratik di Singapura dan Malaysia dengan mendalami isme-isme Komunis sebagai paksi Asas perjuangan politik. Sudah ramai, di kalangan sarjana korup di IPTA menggadai akal budi dan makna batin Melayunya, hingga bersedia berpoligami dan melacurkan akal budi serta jasad rohnya kepada parti biaDAP ini. Pensyarah di UPNM, di UTM, USM dan banyak lagi semakin liar dalam fikrah mereka. Andai diukur mereka dalam kanun 160(2), insan ini sudah "murtad" daripada bangsanya, atau mungkin kepercayaan Agamanya. Andai mereka ini diukur daripada ilmu berasaskan kitab Bimbingan Mukminin karya Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli, mereka sudah "jauh terpesong dan memesongkan kiblat fiqh" bangsa Melayu.

Inilah antara intipati Korban 1433H yang kelihatan kami melata dan bertebaran. Virus dan parasit Plural dan Liberal sudah meresapi secara terbuka dan terlalu nyata. Namun, dek dayusnya YB Menteri KDN, sepupu qadin Najib...maka, ancaman kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah makin meruncing.

Pesanan Pak Sedaro kepada Rakyat Raja, mengadaplah kalian kepada DYMM Sultan dan Raja Melayu di Negeri masing-masing. Kini, The Last Bastian hanya Kerajaan Salalatus Salatin sahaja.

Sunday, October 28, 2012

Kongres Ekonomi Melayu 2012

Beberapa resolusi penting telah diangkat oleh pemikir-pemikir dan pejuang-pejuang Melayu dalam Kongres Ekonomi Melayu yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Tahniah dan Syabas.

Rupanya, banyak rahsia pembangunan Kaum Cina ditelanjangkan. MCA sudah merancang pembangunan Universiti Merdeka sejak 40 tahun lagi, dalam Sidang Perwakilan MCA Johor di JB. Universiti Merdeka disamarkan dengan kejayaan membina UniRazak dan Universiti Tunku Abdul Rahman di Perak. MCA dan DAP berpakat untuk memastikan kemenangan pilihanraya melalui Dewan Perniagaan Cina Malaysia, ini diakui sendiri oleh bekas Setiausaha Politik Tun Razak, mantan Spekear Dewan Negara, Tan Sri Micheal Chen.

Kaum Cina menjalar di seluruh pembangunan bandar besar melalui perniagaan dengan jaringan REHDA dan kesatuan-kesatuan profesional yang mana mereka dominan bilangannya. Sebab itulah di setiap negeri, kelompok peniaga Cina akan adakan persatuan mereka. Mengikut laporan Pendaftar Pertubuhan, tidak kurang 3000 buah persatuan Cina berasaskan perniagaan dan kepentingan kumpulan peniaga Cina.

Pengajaran untuk orang Melayu, ialah selama 55 tahun selepas peristiwa 1 April 1946 dan 11 Mei 1946 sehingga berpecah pada 1951 dengan wujudnya PAS, orang Melayu semakin mengemis di tanah sendiri.

Dr. Mahathir selama 22 tahun mengakui bahawa beliau tidak berjaya menukar imej bandar-bandar seluruh Malaysia untuk kepentingan Melayu, pengakuan ini ialah rekod sebenar dan tidak boleh dipertikaikan. Dr. Mahathir mengaku bahawa usaha meletak batu asas segala infrastruktur dan bangunan mercu tanda telah selesai, yang mungkin terlalu awal untuk sebuah negara Malaysia yang sedang merangkak, menikmati kepesatan kekayaan milik sendiri yang dimanipulasi oleh Cina dan Keling untuk kaya-raya.

Melayu rupanya sudah tiada kuasa politik dan kuasa ekonomi, yang demikian, Melayu terpaksa mengemis dan menagih simpati Cina dan Keling.

"Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita, Kita lenyap di arus Zaman".

Saturday, October 27, 2012

Rahsia PTD

Dalam dua hari lopeh, Pak Sedaro berpeluang bertalaqi dengan mantan-mantan Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Persekutuan Generasi Pertama yang dilantik oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein. Antaranya Tan Sri Yusuf Hitam, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman,Datuk Syed Ali AlAttas, dan beberapa otai-otai PTD lain. Teraso jakun bilo bersama atuk-atuk dan ayah-ayah ini. Namun beranikan diri juo, sobab nak ngorek rahsia-rahsia kekuatan generasi pertama PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) Malaysia.

Antara ibu cerita ialah:

1. Dulu dikuatkuasa kuota untuk PTD iaitu 4 orang Melayu kepada 1 orang Kaum-kaum lain.

2. Wajib calon ini lulus 10 ujian khusus, antaranya:
2.1. Baca, tulis dan faham tulisan Melayu Jawi (kepada calon Melayu juga Kaum-kaum Lain).
2.2. Faham makna tersurat dan tersirat Perkara 3, Perkara 10(4), Perkara 11, Perkara 14 dan Perkara 15, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 160 (2).
2.3. Menjalani latihan awam dan ketenteraan selama 30 hari untuk memberi kekuatan mental, fizikal, emosi dan spiritual (tanpa alasan tidak boleh) - prasyarat lulus sebagai kadet PTD.
2.4. Menjalani latihan bahasa Inggeris secara intensif selama 90 hari.

Kenapa yang heboh bonar, berguru dengan otai-otai ini? Sobabnya nak posan kepada Ali Hamsa, KSN baru supaya rujuk semula panduan melatih PTD dulu, kerana mereka ini begitu faham makna tersurat dan tersirat Negara Malaysia.

Pendedahan tatanegara, integriti perkhidmatan dan penjawat awam, hubungan silang budaya antarabangsa, yang paling utama jari-jemari mereka akur kepada wawasan tua iaitu Perkara 153 kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Hari ini, sejak Tan Sri Shamsudin Osman tamat kontrak KSN, si pendek Sidek Hassan telah melalaikan minda dan emosi penguasa awam PTD tentang 153 dan 152. Ali Hamsa kena prihatin tahap tertinggi isu-isu 153 dan 152 kerana inilah penentu "Aman dan Damai" dan "Agenda Melayu" menjadi asas kemerdekaan dan kebangsaan Negara Malaysia.

Tuesday, October 23, 2012

Wajah Wakil Rakyat UMNO N9 yang WAJIB DITAMATKAN PERKHIDMATAN

Banyak na cerito, banyak na skandal, banyak na rungutan. Nak dikisahkan satu persatu, berkajang-kajang. Dipendekkan cerito, harap orang ateh tu pepaham la yo. Inilah wajah-wajah yang elok bona tak dijadikan semulo calon tambatan BN untuk PRU-13 di N9 kelak. Tapi kok BN berhajat bona nak kalah...dipersilokanlah amik risiko.















Oghang tetuo ado koba..."Ado tak menambah, takdo tak mengurang!" Balaci wakil rakyat yang tersenarai kek ateh tu, jangan teraso lak yo...sobab individu tak ponting, tapi parti yang lobih ponting! Kok memasing sodar diri, elok la pakat-pakat berundur...sobolum kono humban...

Thursday, October 18, 2012

Cer tanya...cer tanya...

KJ kata, "Bangsa Malaysia dulu, baru Melayu!"

SakmongkolAK47 DAP kata, "Bangsa Melayu dulu, baru Malaysia." (Pendirian DAP ke ni?)

Muhyiddin Yassin kata "Bangsa Melayu dulu, baru Malaysia."

Nik Aziz agaknya akan cakap, "Isle dulu!"...baru, "Kawe nyesa jadi Melayu!"

Tapi takde sesiapa ke nak pi tanya LKY, Karpal Singki, LGE, Chua Soi Lek, Tony Phua, Elizabeth Wong bala...bala...tu semua tentang pendirian mereka sama ada pilih bangsa mereka dulu, atau pilih Malaysia dulu? Kenapa mereka dok sibuk pertikai Melayu saja. Kaum Cina dan India apa cer?

Mako eloklah kito pakat-pakat tanyo puak chauvinist tu semua...errr...tanya sekali anak Pak Brahim.

Idea asal sini.

Monday, October 15, 2012

Dah dekat PRU buat perangai macam ni...

Masa JPJ buat operasi di Tampin semalam, hanya 91 saman yang dikeluarkan kepada pesalah lalulintas.

Tetapi kamera Automated Enforcement System (AES) yang beroperasi sejak 23 September 2012, secara puratanya merekodkan 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

5,778saman/sehari x RM300 = RM1,733,400.

Syarikat operator AES akan dapat komisen RM16 untuk setiap saman. Maknanya 5,778saman/sehari x RM16 = RM92,448.

PAKCIK KAYO...PAKCIK KAYO!!!

Inilah bahananya apabila penguatkuasaan undang-undang cuba diSWASTAkan. Profit-driven rather than prevention?

Kenderaan makin canggih setiap hari, tapi hadlaju jalanraya Malaysia masih kekal sejak 80an. Huh!

********

TAMPIN – Sebanyak 91 saman dikeluarkan kepada pemilik motosikal dan kereta yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dalam satu operasi khas motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pekan Tampin, di sini, malam kelmarin.

Operasi bersepadu JPJ negeri yang bermula kira-kira jam 9 malam hingga 11.30 malam itu mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, dalam operasi berkenaan yang dilaksanakan di empat lokasi di sekitar Pekan Tampin, sebanyak 14 motosikal dan tiga kereta disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.

“Saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Malah, 18 notis arah periksa dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan terutama membabitkan kesalahan pengubahsuaian kenderaan, tiada cermin sisi dan lain-lain,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 11 saman dikeluarkan PDRM sempena operasi berkenaan.

Saiful Azzri berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan aspek keselamatan sepanjang berada di jalan raya dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi kebaikan bersama.

“Pengguna perlu sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengurangkan risiko berlakunya kejadian tidak diingini," katanya. - Sinar Harian

*********

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej kenderaan yang telah dirakam (AES) sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Sunday, October 14, 2012

5 Kebaikan Merokok

1. Merokok dapat mengurangkan risiko menjalani pembedahan lutut

Seorang perokok mungkin pokai kerana kehabisan wang membeli berkotak-kotak rokok, namun mereka masih boleh menyelamatkan wang mereka pada masa hadapan daripada menjalani pembedahan lutut. Ini kerana kajian yang telah dilakukan mendapati mereka yang merokok kurang mengalami risiko pembedahan tisu penyambung di bahagian lutut berbanding mereka yang tidak merokok. Kajian ini telah dilakukan di Universiti Adelaide, Australia dan telah disiarkan di jurnal Arthritis & Rheumatism isu keluaran Julai 2011. Namun bagaimanakah kaitannya? Pembedahan penggantian tisu lutut biasanya terjadi di kalangan mereka yang obes dan juga mereka yang gemar berjogging. Walaubagaimanapun, perokok didapati jarang berjogging dan juga tidak cenderung untuk mengalami obesiti. Inilah sebabnya mengapa perokok kurang risiko menjalani pembedahan lutut. Selain itu, dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, pengkaji juga gagal mengaitkan risiko kejadian tulang rapuh dengan tabiat merokok. Mereka berpendapat bahawa nikotin di dalam tembakau telah melindungi tisu di lutut daripada musnah. Kemungkinan inilah sebabnya mengapa perokok boleh terselamat daripada mengalami penyakit kerosakan tisu lutut.

2. Merokok mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson

Beberapa kajian yang telah dilakukan juga mendapati mereka yang merokok kurang terdedah kepada risiko penyakit Parkinson. Ini telah didedahkan dalam jurnal neurologi isu keluaran Mac 2010. Menurut jurnal tersebut, semakin meningkat jumlah tahun dan juga jumlah rokok yang dihisap, semakin meningkat kesan perlindungan seorang  individu terhadap penyakit Parkinson. Pengkaji-pengkaji daripada Universiti Harvard adalah di antara yang pertama mendapat bukti meyakinkan bahawa perokok kurang terdedah kepada risiko Parkinson. Walaubagaimanapun, kajian lain yang telah dilakukan dan diterbitkan di dalam jurnal Neurologi isu keluaran Mac 2007 sebaliknya mendapati kesan perlindungan seorang individu terhadap Parkinson berkurangan sekiranya perokok berhenti daripada merokok. Para pengkaji ini membuat kesimpulan di dalam kajian sains khas mereka bahawa mereka tidak mempunyai jawapan bagaimana perkara ini boleh terjadi.

3. Merokok juga mengurangkan risiko mengalami obesiti

Nikotin di dalam rokok bertindak sebagai 'pengurang' selera makan. Perkara ini telah diketahui berabad lamanya iaitu semenjak zaman Christopher Colombus lagi. Pada tahun 1920, pembuat rokok mensasarkan rokok kepada golongan wanita yang menganggap merokok dapat melangsingkan badan mereka. Suatu kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Psikologi dan Tingkahlaku isu keluaran Julai 2011 mendapati faktor utama mengapa seorang perokok sukar berhenti merokok adalah kerana faktor berat badan yang mungkin naik sekiranya mereka berhenti merokok, selain daripada faktor ketagihan. Kaitan di antara kenaikan berat badan dan berhenti merokok sangat sukar diperjelaskan. Tabiat merokok akan menyebabkan perubahan tingkahlaku di mana perokok akan kurang makan. Sebagai 'pengurang' selera makan, merokok juga akan menyebabkan makanan yang dimakan kurang sedap seterusnya mengurangkan selera makan. Seorang pengkaji dari Yale melakukan kajian terhadap tikus yang diberi nikotin dan tindakbalas 'hipotalamus' otak tikus menjadikan tikus tersebut kurang selera makan dan kajian ini diterbitkan pada isu keluaran Jun 10, 2011 dalam jurnal Sains. Tiada seorang doktor pun yang akan menyarankan rokok sebagai pengawal berat badan, selain daripada faktor rokok itu sendiri yang mengandungi berbagai bahan kimia beracun. Kajian yang dilakukan di Yale ini bagaimanapun telah membuka mata kepada mereka yang menghidap obesiti dan cuba menggunakan ubatan berbahaya sebagai alternatif untuk menurunkan berat badan dengan menggantikan ubatan berbahaya tersebut kepada rokok.

4. Merokok mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung

Berbanding mereka yang tidak merokok, kadar kematian seorang perokok akibat serangan jantung adalah kurang berbanding mereka yang tidak merokok. Perokok juga didapati lebih harapan untuk sembuh apabila menjalani rawatan jantung seperti 'fibrinolytic'(penggunaan ubatan tertentu) dan juga 'angioplasty' iaitu kaedah rawatan menggunakan 'belon' dan  'tiub' di dalam arteri berbanding mereka yang menghidap penyakit jantung tetapi tidak merokok. Terdapat sebab yang menarik mengapa perkara ini berlaku. Perokok cenderung mengalami luka di dalam arteri yang menyebabkan pengumpulan 'plak' dan lemak di dalam arteri mereka. Oleh itu teori mengapa perokok lebih mempunyai harapan berbanding mereka yang tidak merokok selepas beberapa kaedah rawatan dilakukan adalah kerana mereka mengalami serangan jantung pada usia muda iaitu lebih kurang 10 tahun lebih muda daripada mereka yang tidak merokok.(plak dan lemak yang terkumpul tidak pada tahap yang serius pada usia yang muda). Suatu kajian yang diterbitkan pada isu keluaran Ogos 2005 jurnal bertajuk 'American Heart' walaubagaimanapun menyangkal dakwaan ini dengan menyatakan bahawa faktor umur sahaja tidak memadai bagi menerangkan perbezaan kelebihan antara mereka yang merokok dan tidak, dan juga paradoks yang mengatakan bahawa merokok membawa kebaikan dan sebagainya. Tiada teori selanjutnya bagi menyangkal dakwaan ini dikeluarkan selepas itu.

5. Merokok membantu ubat 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik

'Clopidogrel' ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang darah menjadi pekat dan bermanfaat kepada mereka yang menghidap penyakit koronari arteri dan penyakit saluran darah lain kerana ia dapat mengurangkan risiko terkena 'strok' dan serangan jantung. Merokok didapati membantu 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik. Suatu kajian dilakukan oleh pengkaji dari Korea dalam isu keluaran Oktober 2010 dalam jurnal bertajuk 'Kajian Trombosis' sebagai lanjutan daripada hasil kajian dilakukan oleh pengkaji dari Harvard yang diterbitkan pada 2009 adalah bagi menunjukkan kebaikan merokok 10 batang rokok sehari. Dalam kajian tersebut didapati terdapat sesuatu di dalam rokok yang akan mengaktifkan sejenis protein dipanggil 'sitokrom' yang akan mengubah 'clopidogrel' ke tahap yang lebih aktif. Sekali lagi, tiada seorang pun doktor bertauliah yang akan menggalakkan pesakitnya menghisap rokok bagi menjadikan 'clopidogrel' lebih baik. Tetapi kelebihan merokok ini dan juga 4 kelebihan lain yang telah disebutkan tadi menunjukkan kepada kita bahawa tembakau dan nikotin (tidak termasuk tumbuhan beracun yang lain) mempunyai beberapa kebaikan dan ianya amat berguna sebagai nilai tambah di dalam rawatan penyakit tertentu pada masa hadapan.

p/s: Biar betul???

Sumber.

Friday, October 12, 2012

Aku akan undi Pas...

Aku akan undi Pas jika Pas boleh menunaikan tuntutan di bawah ini;

1. Tunjukkan aku Pelan Pelaksanaan Hukum Hudud jika Pas benar ikhlas hendak melaksanakannya di Malaysia sepertimana yang sering dikecohkan Pas selama ini.

2. Tunjukkan aku kabinet bayangan Pas sebelum PRU-13.

3. Tunjukkan aku Pelan Pembangunan Ekonomi oleh Pas untuk rakyat Malaysia khususnya Melayu.

4. Tunjukkan aku Pelan Pendidikan Berteraskan Islam oleh Pas; dan akhir sekali...

5. Pas wajib bertanding PRU-13 sekurang-kurangnya 120 kerusi parlimen kerana majoriti mudah memerintah negara sekurang-kurangnya 112 kerusi; dan Pas wajib bertanding lebih separuh dari jumlah kerusi DUN di setiap negeri jika Pas benar berhajat mahu menggantikan UMNO.

Boleh???

Kalau tak boleh...sahlah Pas menipu bangsa Melayu selama ini.

Thursday, October 11, 2012

Cubaan menipu rakyat N9


Ada 12 perkara yang dijanjikan Komplot Pembangkang jika di beri kuasa memerintah Negeri Sembilan selepas PRU-13. Meh kito semak satu persatu...

*********

1. Pendidikan Percuma

Bab ni kami dah pernah ulas dalam posting Free education is not always a good thing (klik).

2. Tol Percuma

Kiro macam Lebuhraya Rakyat kat Kelantan tu la kot, buat pakai derma, pehtu konon eh tak payah nak bayar tol. Setahu kami di N9 ni cumo ado 6 simpang Tol PLUS. Antaranya exit Seremban, exit Rasah/Port Dickson, Tol ke Port Dickson, exit Senawang, exit Pedas/Linggi dan exit Simpang Ampat ke Tampin dan Alor Gajah. Kalau Tol LEKAS ada exit Seremban, exit Mantin/Lenggeng dan exit Nilai.

Soalan den, kalau oghang N9 tak perlu bayar dah tol ni semua, bagaimana pihak PLUS dan LEKAS nak cari dana untuk selenggera lebuhraya jika ada kerosakan jalan, divider jahanam sebab kemalangan, kos trak polis bantuan jika ada kenderaan rosak tepi highway, kos selenggara RnR seperti kebersihan surau, tandas, ruang makan, kos pembersihan highway yang dipenuhi sampah sarap yang dibuang pemandu yang takde sivik..bla..bla..bla..siapa nak tanggung semua tu? Adakah KERAjaan Komplot Pembangkang yang akan tanggung? Nak allocate dana dari mana? Adakah dengan menaikkan lagi cukai rakyat supaya kos itu dapat ditanggung?

Bukankah konsesi lebihraya ada tarikh luput untuk tamat kontrak? So bila kontrak dah tamat nanti, dah tentu tol akan terhapus. Sekarang ni pun ada bayaran tol tinggi telah dihapus oleh kerajaan sebab kontrak konsesi dah tamat. Hanya perlu bayar jumlah minimun bagi tujuan selenggara. Negara-negara maju seperti Amerika yang diagongkan oleh Komplot Pembangkang (termasuk Khairy Jamaluddin) pun buat perkara yang sama. So apa ada hal? Cuba jawab wahai cai pembangkang, jika tol dihapus semuanya, siapa nak tanggung kos selenggara lebuhraya? Anwar nak cuci tandas RnR? Nik Aziz nak repair jalan? Karpal nak bawak tow truck?...I don't think so!

3. Harga Kereta Lebih Murah.

Maka akan berlambaklah kereta di jalanraya. Maka akan sesaklah jalan dan pastinya statistik kadar kemalangan jalanraya akan meningkat mendadak. Jika isi rumah ada 5 orang yang ada lesen memandu, pasti semuanya akan membeli kereta kerana lebih murah. Mana nak parking kereta? Jika keluarga itu duduk di kawasan perumahan, maka akan penuh sesaklah jalan yang sempit dengan kereta. Laluan yang sedia sempit akan bertambah sesak. Harga kereta yang agak mahal sekarang ni pun, kawasan bawah rumah pangsa atau apartment di Kuala Lumpur dah cukup sesak sampai tak cukup ruang parking. Bayangkan keadaannya jika harga kereta lebih murah dan mampu milik oleh semua.

Kos selenggara kenderaan untuk setiap isi rumah akan meningkat disebabkan pemilikan kereta persendirian meningkat. Jika harga kereta semakin murah, siapa sebenarnya yang akan untung? Dah tentulah pemilik bengkel kenderaan. Kaum mana yang banyak buka bengkel selenggara kenderaan? Kaum mana yang banyak terlibat dalam business jual kereta baru dan terpakai? Sekali lagi soalan...siapa untung?

Kenapa Komplot Pembangkang tak berjanji untuk menurunkan harga rumah dan hartanah? Bukankah keperluan asas manusia itu ialah makanan, pakaian dan penginapan? Jika 3 perkara ni dipenuhi, dah tentu rakyat akan gembira. Kenapa Komplot Pembangkang tak perjuangkan kos makanan dan penginapan lebih murah? Kenapa dibiarkan mahal? Kaum mana yang untung jika harga makanan dan perumahan mahal? Siapa yang banyak supply bahan mentah makanan? Kaum mana yang mampu beli rumah dan hartanah yang mahal terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar? Nak suruh Melayu duduk kampung seperti sebelum 13 Mei ke?

4. Elaun Datuk Adat RM1,000

Sebelum ni elaun Datuk Adat RM100 sahaja, tapi Kerajaan Negeri Sembilan dah naikkan 100% menjadikannya RM200. Setiap Datuk Adat ni masing-masing ramai anak buah atau pengikut yang boleh mengundi. Sebab tu Komplot Pembangkang berani mati nak rasuah Datuk Adat dengan elaun RM1,000. Wajar ke bagi elaun Datuk Adat ni sampai RM1,000 sedangkan sebelum ni banyak je insentif dan kelebihan yang dimiliki Datuk Adat di negeri Perpatih nih. Tepuk punggung tanya Anwar!

5. Imbuhan Guru RM500 Sebulan

Komplot Pembangkang sedar kakitangan awam paling ramai di Malaysia ialah guru. Masa Anwar Pluralisme jadi Menteri Pendidikan dulu, dia memang baik dengan persatuan guru. Bodek cikgu tak ingat punya. Cikgulah yang ramai kempen untuk dia masa dia nak 'bunuh' Ghaffar Baba dulu. Budak-budak muda sekarang mana tau ini semua. Untung jadi guru ni, cuti banyak, insentif banyak...sampai berebut kerajaan dan pembangkang nak ambil hati guru.

Tapi pernah ke Komplot Pembangkang kira kos yang perlu ditanggung untuk bayar semua elaun guru tu setiap bulan? Di N9, jumlah guru ialah 17,635 iaitu guru lelaki 4,610 dan guru wanita 13,025 orang. Jika di darabkan 17,635 orang guru dengan elaun RM500, maka kerajaan terpaksa memperuntukkan RM8,817,500 sebulan atau RM105.81juta setahun hanya untuk melunaskan elaun guru seperti yang dijanjikan. Belum campur kos gaji pokok yang perlu dibayar pada setiap guru tu lagi. Kalau gaji minimum seorang guru RM1,800, kiralah sendiri kos semuanya yang terpaksa ditanggung. Itu baru N9, bagaimana pula kos yang terpaksa ditanggung untuk membayar elaun setiap bulan di negeri-negeri yang lebih besar dan ramai gurunya seperti di Sarawak, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan?

Mana nak cekau duit untuk bayar elaun? Adakah rakyat lain yang terpaksa menanggungnya dengan kenaikan kadar cukai pendapatan? Bagaimana pula dengan elaun kakitangan kerajaan yang lain? Adakah nak tengok saja guru dapat insentif sedangkan mereka telan air liur?

6. Pulihkan Sistem Kehakiman

Bab mahkamah ni payah nak cakap. Kalau dia menang, mahkamah telus. Bila dia kalah, mahkamah korup. Keadilan hanya berlaku jika kemenangan di pihak mereka. Tuhan mereka ajar macam tu agaknya. Habis tu hakim macam Lau Bee Lan dan Zabidin Mohd Diah tu macamana? Perlu dipulihkan juga ke?

7. Turunkan Harga Minyak

Bab ni kami sokong. Tapi biarlah bersandarkan realiti. Adakah Malaysia menjadi ahli OPEC? Adakah wajar minyak berkualiti tinggi yang Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia digunakan dalam negara sedangkan ianya lebih menguntungkan jika dijual? Pegangan minyak Petronas dalam negara hanya 30% sedangkan syarikat mintak luar telah memonopoli hasil minyak negara sejak sebelum kita merdeka. Realitinya, negara kita bukan tergolong dalam kartel minyak untuk mempengaruhi harga minyak dunia. Nak juga tahu berapa jumlah harga minyak yang sanggup Komplot Pembangkang turunkan jika memerintah. Berilah satu figure yang tepat...20sen? 50sen? RM1?..supaya rakyat boleh buat penilaian. Setakat sebut akan turun je...tanpa bagi exactly amount...semua orang pun boleh cakap. Atau ini hanya manifesto dan bukannya janji? Lagipun Komplot Pembangkang sendiri cakap yang manifesto tu bukannya janji! So..kalau bukan janji, maknanya tak boleh percayalah..kan?

8. Turunkan Tarif Bil Elektrik/Telefon

Yang ni pun kami sokong sebab Anwar Pluralisme mesti tau macamana nak break Power Purchase Agreement dengan IPP Co. sebab dia yang buat perjanjian tu masa jadi Menteri Kewangan dulu. Lagipun banyak syarikat kroni dia je dapat projek bekalan tenaga pada TNB tu. Mesti Bro Anwar Bin Ibrahim boleh kawtim dengan syarikat kroni dia untuk turunkan tarif elektrik. Atau Anwar Plurisme akan menambah jumlah syarikat kroni IPP lepas dia berkuasa macam dulu-dulu? Manalah tau kan? Masyuk...

Cuma janji nak turunkan tarif telefon tu yang kami agak musykil Komplot Pembangkang boleh buat. Kalau sampai terpaksa berhutang dengan IMF dan Soros hanya untuk menurunkan tarif telefon, baik rakyat Malaysia pakai skype je kot.

9. WIFI Percuma

Ni blogger dan facebooker mesti sukak gilak ni. Pi mana-mana tak payah dah bawak broadband sebab ada WIFI percuma. Pi Ulu Bendul ada WIFI percuma. Pi naik Gunung Angsi ada WIFI percuma. Lepak Kampung Bongek ada WIFI percuma. Mandi manda di Jeram Kenaboi ada WIFI percuma. Balairaya Kampung Gomotir ado WIFI percuma. Tak gitu? Ke janji ni hanya untuk kawasan bandar saja? Kawasan kampung macamana? Uwan ngan Atok nak gak tengok youtube ChinaDoll. Takkan orang bandar je yang boleh access. Kaum mana yang banyak duduk bandar? Ops...

10. Gaji Minima RM1,100 Sebulan

Majikan sanggup ke? Kakitangan kerajaan boleh la buat, tapi private sector macamana? Orang yang bukak kedai kecik jual topup macamana? Warong kedai makan macamana? Peniaga pasar malam macamana? Kedai gunting rambut macamana? Pekebun kecil macamana? Setuju tak dengan janji kadar gaji minima Komplot Pembangkang ni? Sanggup ke bayar? Mampu ke bayar? Heh...siapa rugi?

11. Pemberian Tender Yang Lebih Telus

Adakah ini bermakna tiada lagi kuota? Pribumi terpaksa bersaing dengan non-pribumi? Syarikat yang baru bertatih terpaksa bersaing dengan syarikat yang lebih kukuh dan berpengalaman? Projek billion untuk syarikat besar dan projek ratus untuk syarikat kecil? Kuat lawan lemah? Kroni Pakatan pun akan sakau jugak kan?..kan? Adakah Komplot Pembangkang boleh menjamin lebih adil dan telus daripada Kerajaan BN N9 seperti ini.

12. Lebih Banyak Subsidi Kepada Rakyat

YES! YES! YES!...Errr...subsidi apa?

*********

Berjanji itu mudah. Menunaikannya itu susah. Kaedah, perlaksanaan, kemampuan dan bagaimana nak realisasikan janji itu lebih penting untuk diberi pertimbangan. Adakah Komplot Pembangkang sudah perincikan bagaimana mahu tunaikan janji mereka kelak? Adakah hanya bersumberkan kantung Petronas semata-mata? Jika dana Petronas dah mula susut, apa pula kaedah yang nak diguna pakai untuk lunaskan janji? Naikkan cukai? Jual negara?

"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya." (Al-Isra: 34).

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya." (An-Nahal: 91).

"Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat." (HR.Muslim).

Wednesday, October 10, 2012

1Malaysia terlalu dipaksa...

1. Sejak 2009, negara ini telah banyak disogokkan dengan produk 1Malaysia. Sama ada di jabatan kerajaan, pasaraya, papan tanda, kedai runcit, padang, dewan, sekolah, IPT, kampung, bandar, penjara, baju, seluar, bla..bla..bla..pendek kata, di mana-mana pun terpampang '1'Malaysia.

2. Hinggakan nama negara ini pun turut mahu diubah dalam "Kempen Melawat 1Malaysia"! Adakah dalam Perkara 1 perlembagaan negara, maksud persekutuan itu ialah 1Malaysia atau hanya MALAYSIA?

3. Sejak 3 tahun lalu, pelbagai produk pengguna di negara ini telah dimanipulasi untuk menjayakan kempen 1Malaysia. Daripada semahal-mahal benda, sampailah ke seluar dalam, semuanya nak di '1' Malaysia-kan.

4. Agensi kerajaan di Jabatan Perdana Menteri yang selama berpuluh tahun menggunakan logo 'Bersama Menuju Kegemilangan' pun turut terjual jati diri mereka. Sangat ketara kebanyakan hanya nak mengambil kesempatan sambil mengipas...pakai aircond!







5. Dalam dunia pemasaran, fenomena 1Malaysia sebegini dinamakan 'hard sell' iaitu suatu kempen yang terlalu direct, tampak tak ikhlas, seolah memaksa serta klise. Ia akan menyebabkan khalayak merasa ianya bukan natural, terlalu berlebihan dan cepat berasa jemu serta meluat.

6. Khalayak pada kebiasaannya apabila diperkenalkan pada sesuatu perkara atau benda baru, akan wujud dalam diri mereka perasaan ingin tahu (curiosity). Jika perkara atau benda baru itu sesuai dengan jiwa dan keperluan mereka, perasaan suka itu akan meresap dalam diri tanpa disedari (soft sell). Lagipun kasih sayang itu tak bolehlah nak dipaksa...kan?!

7. Sebaliknya, jika sesuatu perkara atau benda itu selalu diomongkan, disogok atau dipromosi secara berlebihan, lambat laun pasti khalayak akan berasa jelak dan mula berprasangka (persepsi) bahawa ianya murah, klise serta tidak bermutu. Penyudahnya, ramai yang akan mula mengata serta menjarakkan diri daripadanya.

8. Sebab itulah apabila pemimpin dan cai pembangkang berterusan menuduh BN rasuah, kronisme, nepotisme, tak islamik, isu scorpene, isu Rosmah, isu Altantuya etc. secara keterlaluan (overkill), akhirnya rakyat akan menyampah, jelak serta menjauhkan diri daripada komplot pembangkang. Dan begitu juga sebaliknya, perkara yang sama boleh berlaku terhadap BN.

9. "Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!" (HR Abu Daud).

Monday, October 8, 2012

Ali Rustam patut beringat la sikit...

DS Ali Rustam ialah seorang Ketua Menteri di Tanah Bekas 4 Kuasa Penjajah. Ali Rustam sukalah Pak Sedaro posan agar lebih beragak dalam buat Majlis Resepsi Peribadi. Elok hajat itu nak beri makan ramai orang, tapi bilangan 130 ribu jemputan dalam Kenduri Kahwin, sesuatu keganjilan untuk kedudukan semasa "saudara" sebagai YAB Ketua Menteri.

Belanja paling busuk jika sekepala RM10 akan menelan kos sebanyak RM1.3 juta. Walaupun Ali Rustam boleh memberi justifikasi simpanan peribadi untuk anak-anaknya kenduri sedemikian besar untuk seorang, namun UMNO di luar Melaka yang menerima padah "persepsi" PRU-13.

Sudah tentu niat besar dan baik, namun apabila mengundang fitnah dan bahan lelucon politiking murahan, maka Agenda Suci "Bona Fide" sudah menjadi "Malar Fide". 

Kalaulah buat Majlis Walimatulurus Anak-Anak Melaka, dengan jemputan 1 juta orang pengunjung termasuk rakyat Pembangkang yang sudah habis Modal Politik, pasti mereka tak memekak-mekak. Tapi saudara Ali buat kenduri untuk anak lelaki yang seorang.

Jangan lupa saudara Ali, Melaka memang nampak mudah untuk BN menang semua, tapi lain kali pikir sikit pasal negeri lain!!!

Sunday, October 7, 2012

Al-Kisah Raja Negeri Sepuluh

Tersebutlah kisah di Negeri Sepuluh seorang pemerintah eksekutif sedang berkira-kira, siapa kalangan panglima yang boleh dipercaya.

Hatta, terjadilah sebuah peristiwa hendak mengadakan keramaian dengan undangan jangkaan 130 ribu orang di sebuah Majlis Persandingan Gadang. Seorang Tok Jonang, meniup nafiri dan melaksana pengumuman awam. Rakyat tertanya-tanya, kenapa Pemerintah Eksekutif berkata-kata merangkap Tok Jenang. Tidakkah ramai sekelian rakyat yang ada, boleh menjadi Tok Jenang membantu urusan pentadbiran Pemerintah Eksekutif. Bodoh sangatlah kelihatannya Pemerintah Eksekutif ini pada pandangan rakyat jelata yang bijak pandai belaka.

Kemudian, terlintas di fikiran Pemerintah Eksekutif untuk bermesyuarat mengada dan mengumpul kerabat kerja. Seorang Tok Gempa, berdiri dan berkata-katalah rupa-rupanya, Pemerintah Eksekutif merangkap Tok Gempa. Pegawai dan penguasa kalangan rakyat jelata tersenyum sinis melihat kebodohan melata seorang Pemerintah Eksekutif yang masih buta dan pekak rupanya.

Majlis Persandingan Gadang mesti berlangsung juga, kerana rombongan besan sudah bersedia dan hampir berjalan tiba. Hari jadi kenduri gadang berlaku jua, tapi amatlah sedih kerana Pemerintah Eksekutif masih tidak punya Tok Jenang dan Tok Gempa.

Habis Majlis nampak zahir ceria, yang sedihnya batin rakyat terus terseksa. Tahniahlah Pemerintah Eksekutif, dek tak cerdiknya dia. Ibarat kata bistari "ramai pandai tapi tidak benar, yang benar dan pandai tidak terpilih...akhirnya korban institusi Tok Jenang dan Tok Gempa, merotan rakyat, mengorbankan Pemerintah jua.

P/S: Kok tak paham, tanyo Tok Mad!

Friday, October 5, 2012

Nik Aziz, Kit Siang, Anwar pun makan juga...

Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim pasti makan Tahu.

Resepi Tahu yang sedap:
1. Tahu Sumbat
2. Tahu Bakar
3. Isi Tahu
4. Tahu Jepun
5. Tahu Reneh
6. Sup Tahu
7. Tahu BBQ
8. Tahu Kering
9. Tahu Pucuk
10. Tahu Pecal
11. Tahu Sambal
12. Tahu Tempe Minang
13. Tahu Goreng

Namun dek kerana terlalu jijik, Resepi Tahu jadi Resepi Tahi. Pasti Tidak di jamah oleh Barisan Nasional, Pakatan Pembangkang sedang mereka cipta resepi untuk Manifesto PRU-13.

Thursday, October 4, 2012

Pas WAJIB BUKTIKAN mereka bukan sekadar BALACI Pkr & DAP

Ada satu cadangan kepada Pas memandangkan pemimpin dan pencacai mereka mendakwa semakin ramai yang telah menjadi ahli serta menyokong perjuangan Pas selepas PRU-12.

Pas telahpun berjaya memerintah dua buah negeri iaitu Kelantan dan Kedah. Jadi apa kata HUKUM HUDUD dilaksanakan di negeri Kedah dan Kelantan terlebih dulu.

Sekurang-kurangnya fokus rakyat terhadap kemelut politik 'balaci' dan 'parti suruhan' yang melanda Pas dapat dialihkan seketika. Dan yang PALING PENTING, pelaksanaan undang-undang hudud di dua negeri yang ditadbir Pas mampu untuk memenuhi aspirasi parti seperti yang diwar-warkan selama lebih 60 tahun sejak penubuhannya.

Pedulikan DAP dan Pkr. Pedulikan ugutan Karpal dan sindiran Lim Guan Eng. Pedulikan sikap munafik Anwar..depan Pas lain...depan DAP lain. Realitinya, Pas lebih banyak memenangi kerusi berbanding sekutu mereka di Kelantan dan Kedah.

Lagipun inilah masanya, menjelang PRU-13 tak lama lagi, untuk Pas membuktikan kepada rakyat bahawa Pas merupakan parti Islam yang benar-benar ingin merealisasikan hasrat mewujudkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di bumi Malaysia ini. Bukannya negara kebajikan, atau berbolak-balik konon masa tidak sesuai...atau bersetuju untuk tidak bersetuju dengan DAP.

Pas perlu buktikan pada rakyat yang selama ini mereka tak main-main nak laksanakan hudud. PRU-13 dah dekat dan Pas boleh buktikan melalui 2 negeri yang dikuasainya iaitu di Kelantan dan Kedah. Kalau Sultan Kedah dan Sultan Kelantan tidak memperkenankan hukum hudud dilaksanakan di negeri mereka...itu perkara mudah...mohon Sembah Derhaka sajalah. Kalau ahli Pas Kelantan dan Kedah dah mula baring atas jalanraya dan tahan kereta diRaja, CONFIRM Sultan akan akur kehendak Pas.

Yang pasti, Pas WAJIB melaksanakan HUKUM HUDUD di Kelantan dan Kedah selaras dengan apa yang mereka tipu laungkan selama ini. Pas kena bertindak cepat kerana kemelut politik 'balaci' dan 'parti suruhan' yang dicop terhadap Pas kini umpama barah sudah merebak dan membunuh ahli Pas secara perlahan-lahan.

Pas BOLEH LAKUKAN!

Pas SEPATUTNYA MENDOMINASI PAKATAN RAKYAT!

Pas PERLU MENGETUAI Pkr DAN DAP!

Pas LEBIH SENIOR DAN MANTAP DARIPADA SEKUTU MEREKA!

MARI LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN DAN KEDAH!

PEDULIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN!

PEDULIKAN Pkr DAN DAP!

MEREKA DAH TAK BOLEH BUAT APA-APA!

LAGIPUN PENYOKONG Pas KATA BN LEMAH DAN PENAKUT!

JADI INILAH MASANYA PAS MENGOTAKAN JANJI DAN AMBIL KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN BN!

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA!

HUKUM HUDUD PERLU DILAKSANAKAN DI KEDAH DAN KELANTAN SEKARANG...SEBELUM PRU-13...SUPAYA ORANG TIDAK MENGATA Pas HANYA MENIPU SELAMA INI!

HIDUP Pas!

TAKDIR...!!!

Wednesday, October 3, 2012

I know what you did last summer la Hadi...

Fakta 1

Pada tahun 1962, PAS telah mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO. UMNO dikatakan kafir kerana menubuhkan PERIKATAN dengan MCA dan MIC. Fatwa dikeluarkan oleh 3 ulama' Pas iaitu Haji Mat Nor Teliar (Setiausaha Dewan Ulama Pas), Haji Mat Nor Selising (Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas) dan Haji Umar Daud. Kesemuanya diberikan jolokan "TOK GURU". Akibat dari "Fatwa" ini, maka berlaku perpecahan antara orang Melayu. Perkara ini terhenti apabila Majlis Raja-Raja kemudiannya telah mengharamkan pengkafiran UMNO oleh parti Pas.

Fakta 2

Abdul Hadi Awang dalam ceramah politik beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 telah mengeluarkan satu amanat yang berbunyi seperti berikut:-

"Saudara-saudara sekelian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN bukan kerana nama dia BN, kita menentang dia kerana dia mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itu kita menentang mereka, oleh kerana itu kita berjuang melawan mereka.

Percayalah, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah syahid, mati kita adalah Islam.

Kita tak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku…."

Kata-kata ini dikenali sebagai amanat Hadi. Kesan dari amanat ini adalah seperti berikut:-

1. Sembahyang dua imam di masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Terengganu (Jun-Julai 1982) atas alasan sembahyang yang diimamkan oleh Imam yang dilantik oleh Kerajaan BN adalah tidak sah.

2. Mencetuskan perpecahan antara umat Islam sehinggakan ada yang berkata bersalam dengan orang UMNO perlu disamak dan jika orang UMNO masuk ke rumah, rumah juga perlu di samak. Peristiwa sebegini paling banyak berlaku di Kelantan.

3. Kes penceraian meningkat mendadak di Terengganu dan Kelantan atas alasan nikah yang dilaksanakan oleh Kadhi/Imam tidak sah kerana Kadhi/Imam digajikan oleh Kerajaan BN.

4. Peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah pada 19 November 1985 menyaksikan seramai 18 orang telah terkorban berdasarkan sangkaan bahawa mereka syahid menentang Kerajaan BN.

Amanat Hadi mengatakan bahawa UMNO layak ditentang kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah (termasuklah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut 'Islam Agama Persekutuan'), serta dikatakan kafir kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Tapi apabila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, adakah mereka juga turut kafir? Atau adakah tangan mereka yang bersalaman dengan pemimpin DAP dan Keling PKR perlu juga di samak?

Tidakkah ahli Pas sedar bahawa niat tersirat British meluluskan penubuhan serta pendaftaran parti Pas pada 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman adalah semata-mata kerana ingin melihat umat Melayu dan orang Islam di negara ini berpecah-belah sehingga kini? - Kerismuda.

Tuesday, October 2, 2012

Pas ke...Pis ke...puspuspus???

PAS: Dilancarkan pada 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
PIS: Lebih kurang samalah tarikh serta tempat pelancarannya.

PAS: Bendera bulan mengambang.
PIS: Penerangan sebenar benderanya ialah - satu bulatan putih di atas latar belakang warna hijau. Bulatan putih itu bukanlah bermaksud bulan sebenarnya.

PAS: Diasaskan oleh Ahmad Fuad, mantan Ketua Hizbul Muslimin UMNO. Nama asal Pas ialah Pas Malayan Islamic Party, yang menggunakan nama Inggeris.
PIS: Diasaskan oleh Ahmad Fuad sebab kalah bertanding dalam perebutan 3 penjuru bersama CM Yusoff untuk jawatan Presiden UMNO daripada Tunku Abdul Rahman. Disebabkan tidak puas hati, maka beliau menubuhkan PIS. Kemudiannya Ahmad Fuad tidak pula menjadi Presiden Pertama PIS tetapi sebaliknya lari ke Penang untuk bekerja sebagai Ahli Majlis Bandaran yang ditawarkan British. Nampak sangat Ahmad Fuad termakan hasutan British menubuhkan PIS semata-mata untuk memecah-belahkan Melayu yang bersatu gagah menentang Bristish melalui UMNO. PIS adalah parti duri dalam daging kepada bangsa Melayu dan merupakan kesan tinggalan penjajah yang kekal hingga kini. PIS adalah alat penjajah, dulu, kini dan selamanya.

PAS: Antara saksi yang menyokong penubuhan PAS ialah ayah Paklah sendiri iaitu Ahmad Badawi.
PIS: Antara saksi yang menyokong penubuhan PIS ialah orang British yang bencikan perpaduan Melayu dalam UMNO. Didaftarkan pula oleh seorang pegawai British keturunan India di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan yang bernama Nadarajan. Sebuah parti yang didaftarkan oleh seorang Hindu, tapi memperjuangkan Islam? Tak pelikkah?

PAS: Pernah menyertai Barisan Nasional semasa dipimpin oleh Datuk Asri.
PIS: Kebanyakan ahli PIS tidak sepenuh hati merestui penyertaan parti ke dalam Barisan Nasional kerana menganggap merekalah yang lebih 'istimewa' berbanding parti lain. Siapa dalang yang menghasut PIS keluar dari BN dan menyebabkan Kelantan diisytiharkan darurat ketika itu? Tanyalah Pok Nik...

PAS: Memiliki bangunan Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) yang dibiayai oleh Kuwait.
PIS: Juga memiliki bangunan PUTIK yang sebenarnya dibiayai oleh Amerika Syarikat melalui Kuwait.

PAS: Pemimpin tertinggi parti akan disambut kepulangannya apabila pulang dari luar negara.
PIS: Pemimpin tertinggi parti sering disambut kepulangannya oleh Duta Amerika Syarikat serta Duta British di PUTIK terutamanya apabila pulang dari USA dan Britain. Kenapalah agaknya ya?

PAS: Mengharamkan makan sembelihan orang UMNO, mengharamkan bersalaman dengan orang UMNO. mengharamkan solat berimamkan orang UMNO, menggelar orang UMNO kafir dan tidak masuk syurga.
PIS: Meng'halal'kan berpeluk dengan DAP, meng'halal'kan ternakan babi secara besar-besaran, meng'halal'kan penambahan premis arak (tak tutup pun), mengurniakan tanah kepada harbi, membiarkan DAP menghentam hudud sesuka hati, menjadi balaci seumur hidup DAP.

PAS: Mempunyai sejarah pemimpin parti yang bermaruah serta tidak akan tunduk kepada sesiapa.
PIS: Mempunyai sejarah pemimpin parti yang tunduk kepada DAP serta sering mengadu kepada pihak barat sebagaimana mantan Presidennya berjumpa Menteri Luar Australia dan Amerika Syarikat untuk mengadu berkenaan keadaan semasa Malaysia pada 1998/1999. Paling 'afdal' apabila semua kepimpinan PIS hari ini begtu takut kepada Mursyidul Am Pakatan aka Karpal Singh. Siapa berani langkah mayat lor?

PAS: Memperolehi dana kewangan yang banyak daripada PKR sebelum PRU-12.
PIS: Memperolehi dana kewangan yang banyak daripada Amerika Syarikat melalui PKR (lihat sini) sebelum PRU-12 sehingga terpaksa mengikut telunjuk Pkr dan DAP. Tak termasuk songlap duit derma ceramah, duit kohilal, duit ladang rakyat, duit balak, duit lesen judi dan arak (termasuk di Kelantan), duit tabung Memali, duit dinar emas, duit BRIM ahli,...semuanya disonglap. Pok Nik pegi mekah ditaja, duduk star...star hotel wa cakap lu...

PAS: Undi Pas dapat pahala.
PIS: Undi Pkr dan DAP dapat pahala jugak ke?

PAS: Berjuang menegakkan syiar Islam dan Hudud.
PIS: Gagal mengekang sepenuhnya masalah arak, maksiat, rogol, judi, pelacur, gay, pondan, perompak dan jenayah-jenayah lain di negeri yang diperintahnya lebih 22 tahun. Paling sadis terpaksa tunduk pada mursyidul am pakatan dan timbalan mursyidul am pakatan aka Lim Guan Eng.

PAS: Mengatakan Tuhan juga mencarut dan membenarkan mencarut.
PIS: Sering menghentam pemimpin UMNO yang mencarut.

PAS: Mengatakan UMNO adalah pembuat fitnah.
PIS: Membenarkan pemimpin dan penyokong mereka membuat fitnah secara berleluasa di alam maya.

PAS: Mempertikaikan pemimpin UMNO rasuah, kronisme dan nepotisme.
PIS: Memberi beras, barang keperluan rumah, duit, kain pelikat dan sebagainya kepada bakal pengundi semasa pilihanraya. Memberikan jawatan sama ada di perbadanan atau agensi kerajaan negeri kepada anak serta saudara mara sendiri. Menerima tajaan daripada syarikat yang dianugerahkan kontrak kerajaan negeri. Sewa bas, sewa jet...ops silap...itu parti lain. Tapi PIS tetap sokong parti menipu tu.

PAS: Bersahabat dengan DAP.
PIS: Kecut gila dengan DAP.

PAS: Menghentam Brader Anwar Bin Ibrahim semasa beliau dalam UMNO.
PIS: Melupakan dosa Brader Anwar Bin Ibrahim apabila beliau menyertai pembangkang. Malahan mengiktiraf Brader Anwar Bin Ibrahim sebagai Ketua Bishop Pakatan.

PAS: Memiliki ramai barisan pemimpin pelapis.
PIS: Memiliki ramai barisan pemimpin pelapis yang direject oleh UMNO kerana bermasalah. Erdogan menguasai PIS. Bye-bye ularmak.

PAS: Parti Islam SeMalaysia
PIS: Parti Ikut Suka

Ada lagi nak tambah?

Monday, October 1, 2012

TAATI PEMERINTAH ADALAH AQIDAH

Dewasa ini telah muncul dalam masyarakat kita golongan-golongan yang pada zahirnya dilihat sebagai Ahli Ilmu dan Ulama’ namun pada hakikatnya mereka adalah perompak yang menyekat laluan para penuntut ilmu daripada memperoleh ilmu yang benar, menyesatkan Umat daripada jalan ALLAH yang lurus.

Mereka ini terpengaruh dengan agenda pemikiran Barat yang berusaha menyesatkan Umat Islam dan memesongkan mereka daripada landasan Aqidah yang benar lalu sama ada secara sedar atau tidak, golongan ahli ilmu agama ini menjadi agen barat untuk merosakkan Umat.

Antara seruan yang memesongkan hati dan meranapkan aqidah yang diserukan oleh golongan ini adalah dakwaan mereka urusan mentaati pemerintah muslim yang ALLAH s.w.t telah fardukan dalam kitabNya al-Quran bukanlah urusan aqidah, pada mereka ia hanyalah isu politik dan cabang(furu’) yang tiada kaitan dengan kepercayaan(aqidah) seorang muslim.

Kenyataan ini berlawanan dengan fakta yang sebenar kerana mentaati pemerintah muslim itu telah difardukan ALLAH s.w.t dalam al-Quran, surah al-Nisaa ayat 59 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taat juga kepada Rasul dan mereka yang berkuasa dalam kalangan kamu …”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahih beliau yang maksudnya: “Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH, barangsiapa yang menderhaka kepadaku maka dia telah menderhaka kepada ALLAH; barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku, barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka kepadaku”.

Daripada Ibnu Abbas radiallahu ‘anhuma daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: “Barangsiapa yang membenci sesuatu perkara pada pemerintahnya maka hendaklah dia bersabar kerana sesungguhnya barangsiapa yang memberontak terhadap penguasa lalu dia mati maka matinya itu seumpama mati orang jahiliah” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Kedua-dua hadis ini menunjukkan betapa kuatnya kaitan antara urusan mentaati pemerintah dengan aqidah sehingga Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan dalam hadis yang kedua mereka yang mati dalam keadaan memberontak kepada pemerintah adalah mati dalam keadaan Jahiliah. Dalam hadis yang pertama pula amat jelas Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengaitkan ketaatan pada pemerintah itu dengan ketaatan pada baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri yang mana ketaatan kepada baginda adalah ketaatan kepada ALLAH. Apakah ini masih lagi bukan urusan Aqidah?!

Dalam hadis yang lain Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa yang diperintah oleh seorang pemerintah lalu dia melihat pemerintahnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci perbuatannya yang maksiat kepada ALLAH itu namun jangan pula dia mencabut tangannya daripada ketaatan (terhadap pemerintah itu)”. [HR Muslim].

IJMAK PARA ULAMA

Benar di dalam Islam dilarang kita mentaati pemerintah dalam perintahnya yang mengandungi maksiat kepada ALLAH s.w.t sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Dengar dan Taat (kepada pemerintah) itu adalah suatu hak selama mana tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat, maka jika diperintahkan dengan perkara maksiat maka tidak boleh dengar dan tidak boleh taat”. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Namun, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga melarang kita daripada memberontak dan menggulingkan pemerintah yang zalim dan fasiq kerana pada tindakan tersebut terdapat kerosakan dan mudarat yang lebih banyak lagi dan perkara ini juga telah menjadi kesepakatan (Ijmak) dalam kalangan Ulama’ Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan mereka memasukkan urusan mentaati pemerintah muslim dan haramnya memberontak kepada mereka walaupun melakukan kezaliman dan kefasiqan sebagai salah satu prinsip Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kata al-Imam al-Nawawi r.h (w.676 H): “Adapun memberontak kepada mereka (pemerintah muslim) maka ianya Haram dengan kesepakatan kaum Muslimin walaupun mereka itu orang-orang yang zalim dan fasiq …” [Syarah Sahih Muslim, 12/229].

Kata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h (w.324H): “dan kami (Ahli Sunnah wal Jamaah) berkeyakinan perlunya mendoakan untuk pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dengan kebaikan dan mengakui kepimpinan mereka dan MENYESATKAN sesiapa sahaja yang berpendpat perlu memberontak ke atas mereka jika mereka melakukan kezaliman” [al-Ibanah, hal. 254]

Kata Imam Abul Husin al-Barbahari r.h (w. 329 H): “Barangsiapa yang memberontak kepada pemerintah kaum muslimin maka dia adalah seorang ‘Khawarij’, memecahkan kesatuan kaum muslimin, dan menyalahi atsar serta matinya adalah mati jahiliah”. [Syarhus Sunnah]

Berkata Imam al-Muzanni r.h –salah seorang murid besar Imam al-Syafii r.h dan tokoh utama mazhab al-Syafii- (w.264 H): “dan (antara aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah itu) mentaati pemerintah dalam perkara yang diredai oleh ALLAH azza wa jalla dan menjauhi perintah yang dimurkai ALLAH serta meninggalkan perbuatan memberontak kepada pemerintah apabila mereka melakukan kezaliman dan bertaubat kepada ALLAH azza wa jalla mudah-mudahan dengan itu ALLAH akan lembutkan hati mereka terhadap rakyat”. [Syarhus Sunnah oleh al-Muzanni, hal 84]

Kata Imam Abu Ja’far al-Tahawi r.h (w.792 H) dalam kitab beliau yang masyhur; al-Aqidah al-Tahawiah yang merupakan salah satu kitab yang penting dalam menjelaskan prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah: “dan kami tidak berpandangan memberontak ke atas pemerintah kami walaupun mereka melakukan kezaliman dan kami tidak mendoakan kejahatan atas mereka dan kami tidak akan mencabut tangan dari ketaatan terhadap mereka dan kami berkeyakinan mentaati mereka adalah termasuk ketaatan kepada ALLAH azza wa jalla yang merupakan kewajipan selama mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keafiatan”.

Berkata Imam Abul Qasim al-Asbahani r.h (w.535 H) dalam kitab beliau yang masyhur dan antara rujukan utama dalam memahami prinsip Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah; al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah: “dan di antara mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah adalah: mereka tidak membolehkan memberontak ke atas pemerintah walaupun terdapat kezaliman selama mana pemerintah itu mendirikan solat seperti mana yang telah datang akannya khabar (hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam)”. [2/466].

Demikian nukilan-nukilan daripada Ulama-ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah ini yang mereka catatkan dalam kitab-kitab yang membahaskan prinsip-prinsip Aqidah bahawa mentaati pemerintah dan larangan memberontak terhadap pemimpin muslim termasuk salah satu prinsip Aqidah di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah, dan tidak ada yang menyelisihi aqidah ini melainkan dia terkeluar daripada lingkungan Ahli Sunnah wal Jamaah, sekaligus menyanggah pandangan songsang sebahagian ilmuan Islam yang terpengaruh dengan agenda barat yang cuba menghasut umat Islam untuk meninggalkan agama mereka secara halus. Barangkali ilmuan Islam yang terpengaruh dengan idealis barat ini menuduh kita dengan gelaran literalist dan jumud kerana membawa perkataan Allah, Rasul dan para ulama dalam membantah hujah sesat mereka. Wallahua’lam.

~Penulis adalah Pengerusi Sekretariat iLMU Cawangan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Siaran akhbar Sabtu, 29 September 2012.


Sumber sini.

Blog Archive