Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 21, 2012

Seronok melihat Najib...TAPI...

1. Data terbaru Bank Dunia meletakkan Malaysia di tangga ke-18 daripada 135 di tahap kebersaingan perniagaan ekonomi dunia. Botul ko ayat den nih? Hehehe...

2. Secara tak langsung, transformasi ekonomi di bawah Model Ekonomi Baru (NEM) yang diperkenalkan Najib pada 2010 mula menampakkan hasilnya dalam tempoh 2 tahun. Mungkin ia boleh diwar-warkan sebagai satu kejayaan peribadi buat Najib.

3. Sembang rakyat kelas bawahan dan pertengahan, rata-ratanya seronok melihat cara bekerja Najib. Beliau seakan tidak peduli apa saja isu atau serangan fitnah yang dilakukan pembangkang terhadap dirinya; sebaliknya Najib berterusan memperkenal serta melaksanakan agenda yang dirancangnya satu persatu. Sehinggakan ramai beranggapan Najib cuba mengatasi rekod bapanya yang pernah terbukti berjaya melakukan perubahan dalam tempoh yang singkat.

4. Paneh Miang agak sukar memuji Najib kerana ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat, sama seperti pendirian kami semasa Tun Mahathir mula mentadbir dulu. Namun, jika Najib benar ikhlas sama seperti almarhum ayahandanya, kami pasti akan menyokong agenda transformasi beliau andai ia mampu menguntungkan rakyat dari segenap ruang kehidupan mereka.

5. Sokong...sokong jugak...tapi kritik tetap kritik...heh!

6. Cakap-cakap orang politik, terutama akar umbi UMNO, walaupun memuji program transformasi ekonomi dan sosial yang cuba dilakukan Najib (kecuali transformasi pendidikan kerana dasar pendidikan kerajaan hari ini semakin mengundur ke belakang), namun masih ramai yang menanti Najib melakukan satu lagi transformasi, iaitu transformasi politik.

7. Majoriti rakyat sudah muak dengan berita dan isu Bro Anwar Bin Ibrahim, muak dengan Azmin Aiskrim, muak dengan Hadi, Pok Nik, Mahfuz Bean, Pas, Karpal Siang Guan, DAP etc. kerana semuanya tahu pemimpin pembangkang di Malaysia hari ini tidak matang berpolitik; senang cerita langsung tak boleh pakai.

8. Apa yang rakyat ingin lihat ialah sama ada Najib berani atau tidak mengotakan janjinya melakukan transformasi politik melalui senarai calon BN yang bakal bertanding di PRU-13.

9. Sama ada Najib cukup jantan untuk menyenaraikan lebih 70% muka baru sebagai calon BN di PRU-13, atau Najib akan tunduk pada wakil rakyat sedia ada yang 90% daripadanya termasuk dikalangan yang menjadi kebencian rakyat.

10. Mungkin juga dilema pemilihan calon BN untuk PRU-13 ini telah menyebabkan Najib terpaksa melengahkan pembubaran parlimen untuk memberinya lebih ruang dan masa bagi menyakinkan diri akan keputusan yang bakal diambilnya.

11. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi UMNO/BN akan kekal di situ. Muka-muka lama yang menjadi kemeluatan rakyat eloklah dinyahkan segera, sama ada dia memegang jawatan tertinggi dalam UMNO, atau sepupu kepada Perdana Menteri sendiri. Kalau rakyat dah menyampah, buat apa dikekalkan, atau sengaja ingin menguji kesabaran rakyat? Tidak mahu belajar dari kesilapan PRU-12?!

12. Majoriti rakyat hari ini akan mengundi berdasarkan calon dan bukan lagi parti. Walaupun kita bersusah payah berkempen kononnya siapa calon tidak penting tetapi parti yang diwakilinya lebih penting, namun siapa yang berani menjamin pola undian dan pemikiran rakyat terutamanya generasi muda? Jika calon yang diletakkan itu tidak berkenan di hati, pasti bungkuslah jawabnya.

13. Penyokong BN atas pagar sebenarnya ramai yang rasional dan tidak taksub membabi buta terhadap pemimpin. Ia berbeza dengan mentaliti penyokong pembangkang yang akan menyokong apa saja cakap serta tindakan pemimpin mereka walaupun sangat jelas dan nyata pemimpin mereka berbuat salah.

14. Walaupun penyokong BN rasional, but let's not take for granted that victory is in our hands. Ramai yang sedang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada Najib punya tahap keberanian luar biasa untuk melakukan transformasi politik besar-besaran; membuang warlord lama dalam UMNO/BN, dan menggantikannya dengan panglima baru.

15. Jika lebih 70% calon BN di PRU-13 adalah muka baru, maka sokongan rakyat seperti PRU-11 pasti akan berulang. Jika sebaliknya...ado ahli UMNO nak jawab?

16. Either "party candidate" or "rakyat candidate"...the choice is yours.

23 comments:

  1. Apa yang seronok tengok Najib ?
    Nak berdebat dengar Anwar pun takut ?
    Dengan bini pun takut. Teloq Najib di pegang olih Rosmah.
    Dah banyak keputusan yang Najib buat asyik Flip-Flop ?
    Mas-Air Asia ?
    Rumah mampu milik ?
    FGVH ?
    Takkan UMNO nak bersandar pemimpin seperti ni. Malu ah....

    ReplyDelete
  2. Tobaiklah Paneh.. kito tengok capo yang kono lopeh ni..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Memang benar kata2 tuan..tepat sekali..dulu saya mengundi YB Adnan sebab dia muda..tapi kali ni kono mengundi dokat parlimen seremban and adun sikamat..saya tetap akan mengundi yang muda walaupun saya dah umur 50thn ..50thn kebawah kira ok..harap2 YBg Tok Mad n YB Shaziman bijaksana buat penilaian calun..saya pasti ramai muka2 muda UMNO yang berpendidikan tinggi kat luar sana tu..beri lah mereka peluang untuk berbakti kepada agama,negara dan generasi anak2 saya..wasallam..P/S tak pernah mengundi parti lain kecuali UMNO..hidup UMNO

    ReplyDelete
  4. Aku suka tul ayat kau pasal sepupu pm tu memang ramai yang menyampah. Walaupun dia bertanding kat sembrong tapi sebab orang fedup jika najib masih lagi letak sepupu kesayangan dia sebagai calon..silap2 boleh kalah bn kat tempat lain sebab undi protes. Pru13 ni jgn main2. Rakyat makin bijak. Lagi satu rais yatim tu elok la buang terus. Dahlah tua..tak kreatif plak tu. Buat menyakitkan mata dan hati jer.

    ReplyDelete
  5. buek apo berdebat ngan anwar????

    apo nak didebatkan...berdebat ngan pompuan nak sumbek dio dalam jail pun takut...

    buang masi debat2 nih...baik duk pikir tadbir negara...

    umno tak bersandar ngan sesapo...umno bersandar dengan rakyat dia...pemimpin tu wakil jo...sok wakil tak botul undi lah lain..asalkan normal bukan main belakang orang....pantang jumpo jubor ....

    ReplyDelete
  6. Najib mesti berani, usah takut, gantikan dengan muka baru, baru rakyat akan balik mengundi BN

    ReplyDelete
  7. PM Santa Klaus......kah kah .....
    PM Flip Flop........Kah kah.....
    PM Malaysia dari UMNO...kah kah...
    PM takut bini.....kah kah....
    PM yang takut berdebat ..kah kah..
    Orang UMNO kata tak payah berdebat......kah kah memang semua orang UMNO tak ada telog kecuali Khairi dan Saifuddin....Kah kah...
    Obama sanggup berdebat, Najib takut berdebat....Kah kah.....
    Kasihan orang UMNO......dapat pemimpin No 1 yang takut berdebat ...kah kah. Ornag UMNO kata tak payah, tapi rakyat dah tahu Najib memang tak bolih lawan Anwar dalam bab berdebat....
    Orang yang kata tak payah berdebat adalah orang yang patut beri telognya kepada anjing kah kah ....

    ReplyDelete
  8. lawak la komen pencacai yang suruh najib debat nih. hehe. meroyan ke apa. takut la tu kalau najib letak ramai calon bn muka baru. mesti pembangkang dok meroyan tak tentu hala sebab calon mereka orang lama yang banyak skandal. kompom rakyat tolak. masa tu kalo nak debat sangat pi la masuk pertandingan debat. hehe.

    ReplyDelete
  9. Mahathir dah kata 'UMNO dah rosak hingga ke akar'
    Jadi orang muda ke, orang tua ke yang di calunkan nanti, semuanya telah rosak dan busuk.
    Siapa pun UMNO taruh, pasti akan kalah.
    Sama sama lah kita tunggu keputusan pilihan raya. Jangan marah, bukan saya kata, tapi Mahathir yang kata.

    ReplyDelete
  10. Pemilihan calon-calon BN daripada MIC & MCA harus diteliti semula. Ini kerana, mereka menang majoriti di kawasan Melayu dan harus diingat, Melayu dah meluat, melihat tindak tanduk mereka. So, fikir-fikirkan lah. Setakat Anuwat Al Liwati AlJuburi sebelah mata pun tak pandang...khoiittttt tuihhhhh...jijik ahhh...

    ReplyDelete
  11. Setuju!!!! Contohnya Dun Jeram Padang sampai bila bagi MIC??? Bongokkkk...Den kalau Melayu Bebas bertanding kat Jeram Padang, kompom den pangkah Melayu Bebas biarpun den ahli Umno...Den pedulik hapo...Den tak gomar amekmek la pariah ni...

    ReplyDelete
  12. Pandangan Mahathir tak selalunya betul walau tak selalu juga salah. Kalau rosak sekalipun masih ada harapan untuk baiki dan transform kepada yang lebih baik. Tapi kalo nak banding dgn parti ajaran sesat, parti liwat aiskrim dan parti penyebar kristian...itu hukumnya bunuh saja. Tak boleh repair lagi puak tu. Elok ditalkinkan terus to hell.

    ReplyDelete
  13. Mahathir kata UMNO dah rosak hingga ke akar umbi.....kah kah.....
    Penyokong penyokong UMNO pun dah rosak hingga ke akar umbi......kah kah .....,kah kesian, kasi anjing pun dia tak mahu makan, dah rosak, dah busuk.......kah kah .... kesian....eloklah mandi air masjid 44 kali....kah kah ...
    Nak kahwin pun perempuan tak nak....kah kah tak tahan bau busuk....kah kah....

    ReplyDelete
  14. setuju dgn anon 744. anon 810 tu termasuklah kategori puak yang tak boleh repair langsung tahap najis kasi flush terus mereka bersama parti liwat komunis sesat.

    ReplyDelete
  15. betul kata abah kau,kumpulan pembangkang ni semuanya penyokong LGBT. Jadi apa kita cakappun diaorang buat tak dengar, maklumlah kaum luth pencinta lubang kunyit manatau buat baik.

    ReplyDelete
  16. mmg sah sah pencacai bengong... otak letak kat kepala tutttttt ;) sama mcm pemimpin diorg... x sudah2 salahkan UMNO... anjing berak depan umah pun salah kan UMNO jugak.BONGOKKKKKK.... Dah byk dah jasa NAJIB yg jauh lebih pandai dr segi intelektualnya tu melaksanakan dasar2 yg rasional dan menaikkan martabat Malaysia di mata dunia... ketua ko ape yg pandai anon 11:45 am? pandai salahkan UMNO n pandai melingkupkan duit rakyat adela... x percaya pegi tengok balik apa yg terjadi kat Malaysia bila dia jadi Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan dulu?JAHANAM malaysia... ko mmg dah taksub dgn si tua kutuk tu... kalau ckp apapun... mmg otak ko dah x leh nak terima apa dah... so mmg buang masa nak layan permintaan ko supaya Najib g debat dgn si atok nuar.kalau dah gian sgt berdebat... pegila soh dia debat dgn Ummi hafilda... tngok boleh lawan ke takk.... klau dgn pompuan pun kecut tel*q... lupakan jela niat nak debat dgn najib tuhh...

    ReplyDelete
  17. kalau tak rosmah, sapo lagi nak pogang tolor najib. tapi, he he he puak puak lgbt tu memang suko pogang tolor orang lain.

    ReplyDelete
  18. dulu aku pangkah umno tapi undi kali ni aku undi apa saja asalkan bukan umno kerana najib telah mengkianati peneroka dengan melantik mat isa.bapak rasuah ni telah menghuharakan felda....

    ReplyDelete
  19. tranformasi politik bkn takat lotak calon muko baru yo bang oii... Kocik bonar skop 'tranformasi politik' mcm tu... Lotak muko baru tapi perangai samo yg lamo yo buek apo..!

    ReplyDelete
  20. Salam semua,

    Nak kono detailkan jugak ko skop tu en anon? Muko baru makno eh perangai pun barulah. Orang baru ni biaso eh bolum pandai laie.

    Jadi mereka akan berkhidmat bersungguh2. Bilo dah lamo dan telobih pandai sok, sebolun orang menyampah balik, nyahkan mereka dan gantikan lagi dengan yang baru. Dgn cara itu barulah kita berupaya mengekalkan hanya wakil rakyat yang berkualiti saja di Malaysia ni utk berkhidmat kpd rakyat.

    Strategi beberapa parti seluruh dunia meletak ramai calon muda dan baru terbukti membuahkan hasil, dan ini yang perlu ditiru oleh UMNO/BN. Yang baik diambil, yang buruk di leban ke dinding.

    ReplyDelete
  21. aku tengok UMNO ni tak boleh nak pi GE13 ni. Buat apa pon serba tak kena. Bagi duit depa amik. Pangkah jauh sekali. Najib mai depa pi beramai-ramai. KERANA PAKSA. Aku dok tengok lama dah. UMNO ni suka syiok sendiri. Dia suka tengok crowd bila depa bagi ceramah. Tapi depa jugak tau yg mai dengaq ceramah tu mai ntah dari mana. Aku nak tegelak tengok gelagat UMNO ni. Kesian pon ada kerana tipu & perbodohkan diri sendiri. bila aku cakap mcm ni tentu ada yang marah. Aku yakin yg marah kat aku ni pon tetap mengaku(disudut kecil hatinya)akan kebenaran yg aku suarakan.

    ReplyDelete
  22. Ntah laaa sang UMNO oiiiii. Dr.Mahathir(yg hampa dok sanjung bagai nak ghak) kata yg berada dlm UMNO semuanya bodoh-bodoh belaka (BUKAN aku kata. Mahathir yang kata).
    Jadi, kalau teringin nak jadi orang yang CERDIK & BIJAKSANA, elok laaa beralih pandangan pulak. Itu pon kalau nak jadi cerdik. Sebab itu kita perlu berhijrah seperti yg disarankan oleh Rasulullah saw. Hijrah akan membawa kita ke suatu tempat/era/semangat/nafas/pengalaman/perspektif baru. semiua nin membuatkan kita lebih matang & lebih CERDIK.

    ReplyDelete
  23. sokongan kpd parti politik yg betanggungjawab membentuk/menetukan masa depan kita sekeluarga/masyarakat/agama/negara tidak harus berlandaskan kpd emosi. Tetapi perlu kpd rasional dan objektif. Jangan kita samakan sokongan kpd parti politik dengan pasukan bola. Seteruk manapon pasukan bolasepak kita, tetap kita sokong. tetapi apabila parti politik yg menerajui kerajaan teruk kerana korupsinya, eloklah kita menganalisa semula pendirian kita.

    ReplyDelete

Blog Archive