Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 14, 2012

Rukun Islam ke-6 PAS

Nampaknya selepas pelbagai keraguan munasabah akan kesesatan Partai Ajaran Sesat dipimpin Abdul Hadi Awang dengan de-facto leadernya Nik Aziz Nik Mat, makin galak memesong fikiran Ahlul Sunnah Wal-Jamaah. Kenyataan tanpa mempedulikan implikasi 19.8 juta manusia Islam di Malaysia oleh Tuan Nik Ibrahim amat memalukan ummah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang taat mengikuti susur galur pimpinan ilmuan Imam As-Shafie di Malaysia.

Pengikut Pas tangguh kerja HAJI? Apakah Pas mula mencabar "panggilan Allah" dengan menambah Rukun Islam ke-6 iaitu, undi pilihanraya itu wajib? 

Setiap insan yang naik namanya dalam senarai pergerakan jemaah Haji ialah insan yang ditakdirkan haqnya untuk tahun hijriah demikian. Apakah telah sampai sejauh ini, Syiah memesong faham ahli Pas? Syiah Ismailiah Batiniyah! Wahabi dan Khawarij yang makin membarah dalam Pas?

Masih ramai ahli Pas yang percaya dek kerananya hinggalah kubur Ibrahim Libya di Memali diiktiraf sebagai syuhada' oleh Pas kerana bau kuburnya yang harum kasturi. Masakan tidak, mereka setiap sebelum subuh, ada kutu buat tugasan khas untuk siram dengan minyak wangi.

Kini Pas sudah berdalil baru, fatwa khas bahawa kerja haji boleh buat macam sembahyang. Maknanya perihal sembahyang pun boleh ditunda/tangguh. Andai perkara RUKUN pun Pas masih keliru, apalagi urusan membina Negara, mahupun mentadbir PUTRAJAYA?

Ternyata Pas sebuah parti paling berjaya MEMBONGAK rakyat jelata. Akhbar Harakah makin menjadi akhbar hiburan dan pelacur minda wasatiyyah. Negara ini akan terus dilema dek kerana Pas hancur dan terkubur.

UMNO makin relevan, tetapi kebanyakan Pemimpin UMNO semasa makin tidak relevan. Orang UMNO tinggal tak berapa kerat untuk menakhoda zaman. UMNO Negeri Sembilan masih samdol dan lopong untuk urusan tamadun Bangsa Melayu di Bumi Perpatih. Ketua-ketua Bahagian UMNO ada telinga pekak dan tuli, mata buto dan tokak, mulut bisu dan buruk kerana masih terkesima dek "pengampu, penyapu buruk, penyamun tarbus" keliling pinggang mereka.

Apakah akan berlaku satu lagi peperangan Muk'tah di Bumi Melayu? Selamat tinggal Syiah, Khawarij dan Wahabi. Selamat Tinggal Freemason dan Komunis. Kuburmu sedang digali, bila lagi nak didiami...

3 comments:

  1. Artikel yang membuka minda kita semua

    ReplyDelete
  2. bab lain den tak terkilan sgt nak komen tapi bilo ekau sontuh Assyahid Ibrahim Libya.. den mmg paneh skit. kok ekau tak tau jgn hino syuhada tu. Den ponah duduk sekampung dongan adik Ust Ibrahim maso kek Sg Buloh Selangor iaitu allahyarham Ust Ismail mahmud, tando syahid jelas iaitu tubuh assyahid masih berdarah panas di tempat yg luka kena tembak, dahi berpeluh dan lembut semasa dikeluarkan dari peti mayat yg kat seminggu disimpan. elok sgt Paneh Miang belajar agamo dan jgn tersasul bilo menghina ulama Allah. Allah dah beritau " sesiapa yg memusuhi ulama, Allah akan istyhar perang ke atas mereka' jadi bab-bab yg ekau kurang mahir elok jgn sebut jang oii...

    ReplyDelete
  3. TG Nik Aziz dah bagi tau dulu.. kalau UMNO pakat2 ubah perlembagaan Umno selaras dgn Alquran dan sunnah, Pas boleh bubar dan ahli2 Pas boleh sokong mana2 pemimpin Umno yg bijak pandai jadi pemimpin negara. Ulama Pas boleh jalankan kerja dakwah shj dan ahli2 Pas boleh jadi sukarelawan negara yg menyeru amal maaruf nahi mungkar. Masalahnya pemimpin dan ahli umno terus megah amalkan parti berteraskan kebangsaan dan kebendaan. Pemimpin umno dulu dan kini masih hanyut dgn kejahilan agama, rasuah, buat maksiat, sapu harta negara dll. Tak ada ke pemimpin umno yg waras dan warak?

    ReplyDelete

Blog Archive