Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, June 2, 2012

KENYATAAN AKHBAR KBS


"1 BELIA 1 MALAYSIA"
HIMPUNAN JUTAAN BELIA-PUTRAJAYA MEI 2012


KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN

PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program. 

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

DATO' MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
1 JUN 2012

Untuk maklumat tambahan, sila berhubung
PUAN AZIAH AHMAD
Ketua Komunikasi Korporat, KBS
019-3315577

5 comments:

  1. Berita pengkhianatan terkini Umno dalam FMT

    Ketika kita belum lagi mendengar PAS dan PKR menyerahkan kerusi dalam kawasan majoriti Melayu yang signifikan kepada DAP, hari ni dalam berita FMT bertajuk "Taiping seat dispute settled" dilaporkan:
    Gerakan will contest the seat (Taiping) while PPP would take the Grik parliamentary seat, which is now contested by Umno. Umno is expected to give way to PPP to contest Grik.
    Saya akui, DAP memang menang banyak di Perak hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang dibuat oleh Umno. Tetapi, adakah DAP bertanding di kerusi majoriti Melayu?

    Ada DAP bertanding di Gerik misalnya (73.49 peratus Melayu)?

    Dalam pilihan raya 2008, Umno bagi kerusi Gerik kepada Gerakan dan dimenangi oleh Ketua Wanita parti itu, Datuk Tan Lian Hoe.

    Kalau berkongsi kuasa sekalipun, itu tidak bermakna menyerahkan kuasa legislatif Melayu kepada kawan-kawan kita yang bukan Melayu. Itu sangat fundamental. Sebab itulah agaknya DAP tidak dipersetujui bertanding di kawasan-kawasan yang signifikan majoriti Melayu oleh parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR). DAP tidak dipersetujui bertanding di Kelantan dan Terengganu umpamanya.

    Berkawan memang berkawan dan bukannya nak bergaduh, tetapi takkanlah berkawan sampai nak serah hak yang semakin ciput dan pupus. Hanya puak celaka yang buat kerja jahat tu.

    Kerusi majoriti Melayu hakikatnya adalah kuasa legislatif Melayu yang semakin pupus akibat tindakan Umno membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 (Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini").

    Celaka beribu-ribu kali celaka, Umno yang terjerit-jerit berlakon kononnya nak jaga kepentingan Melayu hakikatnya pengkhianat durjana yang menyerahkan kuasa legislatif Melayu kepada tuan-tuannya dari Gerakan, MCA, MIC, PPP dan entah apa lagi.

    Kalau bukan pengkhianat Melayu, apa lagi nak panggil Umno?

    ReplyDelete
  2. UMNO KHIANATI ORANG MELAYU ..
    Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)? Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut: Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini Sekali lagi peneroka ‘dianjingkan’ oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi.


    Umno selalu menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi? Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi.

    Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu! Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI!


    Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda! Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!

    ReplyDelete
  3. Syukur umporno berjaya memperkenalkan kepada den dan juga anak belia 1 Msia kumpulan dedah paha la K pop. inilah sumbangan terbesar kpd agama dan negara sekular kita syukur2 kata mamakthir jgn tahu syukur pada allah sahaja syukur juga kpd barisan shit.

    ReplyDelete
  4. syukur jugak kerana anwar, azmin dan badrulamin dpt kita belajar teknik seks dgn chinadoll, cara2 mkn aiskrim dalam toilet dan kaunseling dgn bini org jam 3 pagi.

    ReplyDelete
  5. Tuan empunya blog,
    mohon di link www.dtubes.tv dengan blog tuan ini.

    Terima kasih.
    Che chu bidin

    ReplyDelete

Blog Archive