Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 18, 2012

Mana jaguh Futsal yang handal sangat tu?!

Pertandingan Rentap Futsal sempena Hari Belia Negara 2012(Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012) ini merupakan pelaksanaan berterusan yang memasuki tahun ketiga pertandingan ini diadakan sempena Hari Belia Negara.Rentap Futsal ini telah berjaya melakar dua rekod iaitu diiktiraf sebagai acara paling besar yang pernah dianjurkan di Malaysia dan diiktiraf sebagai acara futsal terpanjang pernah diadakan di negara selama 78 jam tanpa henti. Dan dilaksanakan oleh Bahgian Pembangunan Sukan dan KOSMO. 

Pada edisi ketiga ini, program ini akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan melalui Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan dengan kerjasama Kelab Futsal Arena.

Pertandingan ini akan dilaksanakan pada 24 - 27 Mei 2012 (Khamis – Ahad). Pertandingan ini dilihat mampu menarik penyertaan ramai dari pelbagai kaum dan peringkat umur untuk diketengahkan diperingkat lebih tinggi. Ianya juga merupakan platform terbaik bagi golongan belia mempamerkan aksi,skill dan bakat mereka bagi mengenalpasti pemain untuk menaikkan taraf sukan futsal di Malaysia yang kian berkembang pada masa kini. 

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan:- 

Kategori Lelaki terbuka Jumlah wang Tunai : RM42,000.00 
Kategori Wanita terbuka Jumlah wang tunai : RM21,000.00 
Kategori Lelaki Bwh18 Jumlah wang tunai : RM21,000.00 
Kategori Lelaki Bwh12 Jumlah wang tunai : RM10,700.00

Borang penyertaan klik sini.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive