Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, March 13, 2012

Bencana Besar Tanah Melayu

Tampak keriangan pasukan Min Chong Yuen Thong melalui pelbagai organisasi parti siasah dan pertubuhan bukan kerajaan serta pertubuhan belia yang berselindung di sebalik tabir Agenda Neo-Liberalis Komunisme.

Malaysiakini secara literal telah mencetus polemik paling "bungkur" kerana berhujah di luar konteks apabila secara sembrono melampias perbahasan bahawa soalan sejarah berkenaan kuasa Melayu semasa penentangan umat Melayu dalam Malayan Union diberikan tafsiran yang salah oleh Malaysiakini.

Anwar Ibrahim sejak dilepaskan oleh "mangkuk dan tempayan Freemason" nampaknya berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau mungkin bakal Perdana Menteri Freemasonary Malaysia pertama. Agenda yang hendak dicanang oleh Parti Kencing Rakyat dan Parti Keluar Ramai-Ramai ialah perjuangan mutlak LBGT, Plural dan Liberal berpaksi kepada Protokol Ke-11 hingga Protokol Ke-24 Zionisme.

DAP melalui Pengerusi Sampai Matinya dan Presiden Sampai Matinya sedang gelak besar dan berguling-guling melihat politiking Melayu berantakan yang berjaya dijarah Komunis ke dalam Parti Ajaran Sesat pimpinan Abdul Hadi Awang. Ternyata, kumpulan Syiah, Wahabi dan Khawarij dalam PAS sudah semakin gelap mati dan hilang punca.

DAP nampaknya sedang menyusun langkah untuk mengadakan Muktamar PAS-DAP-PKR sebagai proses menghalalkan perkara Pilihanraya Dewan Undang Negeri terasing daripada skema lazim pemerintahan Beraja Demokrasi Berperlembagaan. DAP dilihat memakmur jentera pilihanraya dengan Agenda Sulit Deklarasi Setapak 1967, khusus dalam memikat dan membeli "petualang" Melayu untuk dijadikan BARUA dan KELDAI Komunisme DAP yang akhirnya disokong dan diberi undi oleh anak-anak Merdeka Melayu yang alpa SEJARAH Malaysia.

UMNO masih belum selesai urusan housekeeping yang makin kecamuk. UMNO NSDK masih belum siap rumahnya. UMNO NSDK dilihat rapuh dalam skala Urusan Perang Pilihanraya Kritikal. UMNO NSDK masih mencari-cari Sirna dan Ilham. Nampaknya DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan bakal campurtangan jika memanda Bendahara Menteri Besar dilihat kelabu dan kelam dalam Negara dan Negeri Melayu.

Idealisme komunis makin mencanak dan melata. Ideologi Freemason makin membarah dalam pemikiran dan pandangan rakyat jelata. Isme Syiah, Wahabi, Khawarij dan Muktazilah hampir sempurna bertakhta dalam kamar-kamar rakyat.

Bencana besar Tanah Melayu!

2 comments:

  1. Insya Allah tanahair ini dirahmati Allah. Hidup Melayu! Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Blog Archive