Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 17, 2012

Menu 1Malaysia

Menu Utama Hidangan Seri Perdana:

1. Petai, Kerdas dan Jering (ubat politik Melayu)

2. Nasi basi (hidangan kepada sosial Melayu)

3. Susu segar basi (minuman kepada Komunis Melayu)

4. Cendawan beracun (dessert kepada Freemason Melayu)


Menu Utama Hidangan Restoran 1Malaysia:

1. Nasi Kerabu (sesuai untuk rakyat yang makin keliru dan cacamarba dengan status politiking UMNO-BN)

2. Nasi Ulam (sesuai untuk ahli politik UMNO-BN yang kaki temberang dan berkonsep YES BOSS, salah pun YES BOSS!)


Menu Rakyat 1Malaysia:

1. Subsidi-subsidi, bantuan-bantuan. Sudah habis berbilion ringgit. Namun kesan ekonomi masih keharuan.

2. Janji dan lawatan kepada janji manis PRU. Sejak PRU-10 pun masih ada yang belum terlunas. Ramai terlupa bahawa banyak projek tertangguh sedang dilaksana oleh Kerajaan Persekutuan ialah janji PRU-10. Dalam PRU-10 antara menu rakyat yang dighaibkan ialah bantuan pengurusan persatuan belia yang konsisten selama 12 bulan sebanyak RM3,000 sebulan. Bantuan kepada NGO dan NPO bersifat tidak politik diberikan geran tahunan RM 10,000 secara one-off. Bantuan kepada isirumah miskin tegar dan merempat di bandar dan desa, sebanyak RM 20,000 one-off dan disediakan rumah kos rendah, dan diberikan peluang kerjaya kali pertama atas dorongan kerajaan.

Ramai rakyat tidak cerna handsard Dewan Rakyat, sebab itu, ramai alpa bahawa begitu banyak projek Kerajaan yang gagal dan berjaya. Yang gagal wajar dikaji dan diteruskan, namun dek kerana Ahli Parlimen bukan winnable candidate dan tidak mahir berbahas di Parlimen, maka, ke lautlah program-program mulia Kerajaan Barisan Nasional.

Kini PDRM sudah memerlukan seorang YB Menteri penuh yang khusus. Jabatan Ikatan Relawan (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia perlu kuasa kerja lebih besar dan peruntukan lebih besar. PDRM perlu dibesarkan anggota, balai, logistik dan aset. Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu dibesarkan anggota, balai, logistik dan aset.

Institusi pengkaderan nasional iaitu Biro Tatanegara dan Institut Integriti Malaysia amat WAJIB diberi peruntukan yang lebih besar, ditambah pelbagai kemudahan dan aset. KP BTN dan Presiden IIM perlu buat tindakan lebih jauh dalam soal ini. Sudah tidak boleh berdiam diri dan melihat berapa peruntukan yang diluluskan sahaja. BTN dan IIM perlu minta peruntukan besar untuk menjarah kaedah pengkaderan nasional. Semua rakyat perlu faham makna 1 Malaysia, makna Perlembagaan Persekutuan, makna Integriti.

Inilah kultus dan nukleus terbaik Perdana Menteri dalam Menu 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive