Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 29, 2011

PAU 2011: Perwakilan UMNO dah lama hilang tolo!

1. Perwakilan UMNO seluruh negara sudah mula berkumpul sejak semalam sempena Perhimpunan Agong UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula hari ini.

2. Setiap tahun, para perwakilan akan ditempatkan di beberapa buah hotel sekitar Kuala Lumpur, dan tak lupa juga dibekalkan pelbagai goodies serta elaun...maaacam biasalah. Ada juga spesis perwakilan yang datang perhimpunan bukan nak bersidang sangat pun, tapi lebih kepada berkehendakan elaun...kerana itu lebih penting gamaknya.

3. Dan setiap tahun juga akan kedengaranlah perwakilan berucap 'menjunjung kasih', membahas ucapan dasar Presiden, Timbalan Presiden, mahupun ucapan Ketua-Ketua sayap parti. Huarghhhh...mengantuk gila dengar. Bombastik dan retorik sungguh.

4. Segala jenis bodekan, pujian, bodek lagi, up sikit, lambung tinggi sikit...ni nak dekat PRU ni...ada harapan jadi calon ni...hah...last sekali...semua ucapan dasar kepimpinan UMNO tersangaaaaatlah baik, tiada yang tidak baik melainkan baik-baik belaka. Podah chit..

5. Apa yang gagal disedari perwakilan; hakikatnya rakyat dan ahli UMNO akar umbi yang sedang dok perati kat bawah ni dah sampai tahap gaban muntah terbelahak mendengar segala tok nenek ucapan pujian melangit para perwakilan pada kepimpinan UMNO.

6. Sampai bila tak nak berubah brader?

7. Zaman Tun Dr Ismail, Saadon Jubir, Tun Ghaffar etc. dulu bukan main takut pemimpin ini setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO. Kerana perwakilan di zaman itu menjadikan perhimpunan UMNO sebagai medan untuk selambanya mengkritik, mencadang, menghentam kepimpinan UMNO yang buat silap. Tun Dr Ismail sampai berpeluh takut di setiap Perhimpunan Agong UMNO dek sikap tegas dan lantangnya perwakilan yang menghadiri perhimpunan. Spesis perwakilan hari ini? Pakat-pakat amik elaun sajalah...

8. Zaman sudah berubah. Rakyat terutamanya generasi muda lebih bersikap terbuka dan ingin melihat ketelusan drastik dalam corak pentadbiran kepimpinan UMNO. Perwakilan UMNO seharusnya LEBIH BERANI MENEGUR SEGALA KEPINCANGAN DAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN PEMIMPIN mereka. Barulah terbuka sikit mata rakyat. Barulah boleh kata yang generasi muda dah menyokong BN; dan bukan sekadar beretorik syok dengan kata-kata sendiri.

9. Tak payahlah dengar cakap-cakap bahalol yang menasihat kononnya perwakilan perlu berhati-hati agar tidak mengguris hati bukan Melayu semasa berucap. Apa...ingat bukan Melayu peduli sangat ka pasal Melayu? Mereka lagi teruk hentam Melayu, bukan setakat dalam perhimpunan parti mereka saja, bahkan segala instrumen media mereka gunakan untuk hasut kaum mereka membenci Melayu. Presiden parti komponen BN pun tersangatlah terbukanya mengkritik Melayu. Lagi kita nak bagi muka ka? Bangang sungguh la si pemberi nasihat yang suruh jaga hati bukan Melayu tu. Hati bangsa sendiri tak nak jaga, sibuk nak jaga hati kaum lain.

10. Kepimpinan UMNO juga harus belajar mengakui kesilapan sendiri. Tidak jatuh darjat seseorang itu jika mengakui kesilapan. Malah orang akan semakin hormat dengan sikap merendah kita itu. Merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.

11. Sebut pasal mengakui kesilapan ni, teringat pulak pada Kak Ijat. Pasti Kak Ijat masih ingat bagaimana bekas bosnya pernah dihentam perwakilan dalam isu AP sebelum ini. Adakah Kak Ijat akan mengalami nasib yang sama dalam isu NFC? Kak Ijat cakap, "Isu ini tak ada kena-mengena dengan saya." Really? Hahaha...rakyat pakat-pakat gelak dalam hati sajalah. Salah jawab...padah akibatnya!

12. Kepada perwakilan UMNO, selamat bersidang di PAU 2011. Harapan kami, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda, jadilah jantan yang bona-bona betolo!

Monday, November 28, 2011

Saturday, November 26, 2011

Kalau dah 'kaki kencing' tu...

Macau Scam

Modus Operandi - Ahli sindiket menyamar sebagai pegawai polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank tempatan dan memperdaya mangsa kononnya akaun bank/akaun kad kredit mereka telah disalahguna oleh orang lain dan menasihatkan mangsa untuk memindahkan wang mereka ke dalam akaun yang diberikan kononnya untuk tindakan Bank Negara. Sindiket dipercayai dari negara Macau/Hong Kong. Sebanyak 247 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM61 juta.

African Scam

Modus Operandi - Mengaburi mangsa dengan menjadi kenalan di laman sosial. Saspek kemudiannya menghantar e-mail memperdaya mangsa kononnya telah menghantar bungkusan berupa barangan berharga tetapi telah ditahan oleh pihak kastam, seterus meminta mangsa menghantar sejumlah wang kononnya bagi mendapatkan pelepasan kastam. Saspek terdiri daripada warganegara asing dari negara Afrika. Sebanyak 774 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM24 juta.

Penipuan Internet/E-Dagang

Modus Operandi - Saspek akan mengiklan/menawarkan barangan murah di laman web seperti lelong.com atau mudah.com. Produk seperti telefon bimbit, komputer, peralatan eletrik etc. yang telah dipesan dan dibayar tidak diperolehi dan saspek akhirnya gagal dikesan. Sebanyak 629 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM13 juta.

Penipuan melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

Modus Operandi - Saspek mengirim sms kepada mangsa dengan menyatakan mangsa telah memenangi cabutan/hadiah bertuah daripada syarikat-syarikat ternama seperti Petronas, Celcom atau daripada pertandingan Akademi Fantasia. Mangsa akan diminta terlebih dahulu membayar sejumlah wang bagi mendapatkan hadiah tersebut dengan cara memasukkan wang ke akaun bank yang diberikan oleh saspek. Sebanyak 215 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM13 juta.

Penipuan Pelaburan

Modus Operandi - Memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan yang tinggi untuk membuat pelaburan dalam pelbagai perniagaan seperti projek pertanian, perikanan, penternakan lembu, perniagaan jualan langsung dan perniagaan jual-beli emas. Pelaburan dalam perniagaan tersebut dijanjikan dengan pulangan lumayan dalam masa singkat. Sebanyak 174 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM5 juta.

Tiket Toto

Modus Operandi - Saspek memperdaya mangsa dengan menunjukkan tiket toto palsu yang dimenangi dan meminta mangsa menuntut wang bagi pihak saspek. Mangsa kemudiannya dirayu dengan pelbagai cara seperti kononnya saspek ada kematian/kemalangan ahli keluarga dan meminta mangsa mendahulukan wang dengan balasan menyerahkan tiket toto palsu tersebut kepada mangsa sebagai ganti. Apabila tiket tersebut hendak dituntut oleh mangsa, pihak toto dapati tiket tersebut adalah palsu dan saspek telah menghilangkan diri. Sebanyak 1,300 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM3 juta.

Barang Lelongan/Harga Murah

Modus Operandi - Saspek mengaku boleh mendapatkan barangan seperti peralatan letrik, laptop dan telefon bimbit dengan harga murah hasil lelongan dari rampasan kastam. kerugian: Sebanyak 178 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM1.2 juta.

Bomoh

Modus Operandi - Saspek mengaku sebagai bomoh perubatan atau bomoh nombor ramalan dan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang tunai atau barangan berharga bagi merealisasikan pemujaan atau membuang sial atau sebagai syarat perubatan. Sebanyak 354 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM0.95 juta.

Gores & Menang

Modus Operandi - Mangsa diberikan tiket/kupon untuk digores dan mereka kononnya telah memenangi hadiah lumayan seperti perlatan kesihatan, peralatan eletrik, kereta etc. Mangsa kemudiannya diminta untuk membayar sejumlah wang jika ingin menuntut hadiah yang dimenangi atau diminta untuk membeli beberapa barangan lain yang ditawarkan sebelum hadiah dapat diberikan. Hanya sebanyak 89 kes saja yang pernah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM0.8 juta.

Cek Pintas

Modus Operandi - Sindiket mencuri cek yang dikirim oleh pelanggan/syarikat melalui pos. Cek tersebut kemudiannya dipinda untuk dibayar kepada nama saspek dengan jumlah cek juga diubah kepada nilai yang lebih tinggi. Pindaan dibuat menggunakan bahan kimia dan sukar dikesan dengan mata kasar. Sebanyak 8 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM0.05 juta.

Sumber: Statistik PDRM bagi kes penipuan/kerugian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011

Friday, November 25, 2011

Jangan lupa baca tau...

Sama ada sedar atau tidak, Ahad ini kita akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Sebelum terlupa, warga Paneh Miang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1433 kepada semua rakan-rakan dan pembaca kami di mana sahaja berada. Tema bagi Sambutan Ma'al Hijrah Tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana kita terlalu selesa menyambut tahun baru masihi. Apapun, marilah bersama kita ingat-mengingati sesama muslim atas dasar keimanan dan ketaqwaan. Antara amalan utama dalam menyambut tahun baru hijrah ini ialah membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua."


Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

Thursday, November 24, 2011

Kegiatan Menghasut Pelajar

1. Pada 28 Mei 2011, telah berlangsungnya program yang dinamakan "Kem Menara Gading" di sebuah kawasan berhampiran ladang ternakan kambing, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Progam tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS) yang didaftar di bawah Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan, Seremban.

2. Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh ahli panel dalam program berkenaan menjurus kepada unsur-unsur berjihad bagi menumbangkan kerajaan memerintah dengan alasan perjuangan Islam.

3. Barisan panel memuji beberapa pergerakan revolusi di beberapa negara Arab yang berjaya menumbangkan kerajaan dan pemerintah mereka seperti Tunisia dan Mesir, serta disarankan peserta program untuk bersiap sedia sekiranya revolusi sedemikian turut berlaku di Malaysia.

4. Peserta program yang terdiri dikalangan pelajar ini turut diminta untuk berbai’ah serta berikrar taat setia kepada kumpulan berkenaan. Majlis melafaz ikrar serta bai'ah ini dilakukan di hadapan beberapa orang "ustaz" dan fasilitator dari beberapa IPTA tempatan.

5. Peserta turut didesak untuk merahsiakan aktiviti kumpulan daripada diketahui pihak lain sambil memberi amaran bahawa mereka akan ditimpa musibah sekiranya membocorkan rahsia.


6. Para pelajar yang menyertai program ini juga dilatih menghadapi situasi apabila berhadapan dengan pihak berkuasa seperti polis; dan peserta seterusnya diajar simulasi demonstrasi.

7. Aktiviti atau program seumpama ini dipercayai bermula sejak 2009 yang turut melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan pihak berkuasa memperoleh maklumat bahawa ianya didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang. Pengaruh dan gerakan SPINS ini dipercayai berjaya menyusup ke sekolah-sekolah melalui beberapa individu serta guru di sekolah berkenaan.

8. Program indoktrinasi pelajar yang bermula sejak tadika hinggalah ke peringkat IPT sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama, dan rasanya ramai maklum parti manakah yang menjadi dalang disebaliknya.

9. Minda anak-anak dirosakkan sedari kecil semata-mata untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan memerintah. Inilah 'ciri-ciri Islam' yang diagongkan oleh juak-juak itu selama ini. Anak-anak yang tidak mengerti apa-apa telah ditanam dengan sifat benci dan dendam kesumat terhadap saudara seagama yang tidak sealiran.

10. Ibu bapa disarankan agar sentiasa memantau content program di setiap aktiviti perkhemahan, kem menara gading, kursus motivasi etc. yang melibatkan anak-anak anda terutama di musim cuti persekolahan agar anak-anak ini tidak diindoktrinasi dengan dakyah politik extremist sejak kecil.

11. Semoga kumpulan yang sentiasa 'berusaha' memecah-belahkan kesatuan umat Islam di negara ini diberi hidayah dan taufik oleh Allah swt sebelum mereka sendiri diperhamba dan diperlembukan oleh puak chauvinist.

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Hulu Langat

Kawasan Parlimen Hulu Langat ialah satu fenomena MESTI MENANG untuk UMNO-BN. Parlimen Hulu Langat kini dikuasai oleh PAS, Dr. Che Uda Che Rosli, pakar nuklear keluaran UMNO hasil daripada projek Dasar Ekonomi Baru, bekas Profesor di UKM. Inilah ahli ilmu kerana dia seorang sahaja dalam PAS yang berani dan petah berpandangan bahawa Lynas PERLU diteruskan tanpa halangan dan sekatan daripada mana-mana pihak, waima daripada PKR-PAS-DAP (yang ternyata begitu naif ilmu kemanusiaan survival ummat- kerana mengikuti kata-kata Ustaz Azhar Youtube PAS bahawa Matematik dan Sains ialah ilmu Sekular).

DUN Dusun Tua diteraju oleh Ismail, UMNO. Dulu Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hulu Langat, yang agak sinikal dengan kemasukan dan pertolongan orang luar dalam pengurusan saf 4B Hulu Langat. Dia tak belajar daripada Dato' Badrul Hisham yang kini penulis tetap Agenda Daily, dan bermastautin Di Mutiara Bangi sebelah rumah Othman Desa. Ismail dalam istilah "winnable candidate", dia sudah terkeluar daripada skrin calon paling berpotensi menang dan terbaik di Dusun Tua. Kena tukarlah.

DUN Semenyih dipasung oleh Johan Abd Aziz, kini bergelar Dato Johan Abdul Aziz, DMSM, AMS, JP, dulu tauke anak didik Ahmad Kuris. Johan kini, Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat. Seorang yang dilihat berani tapi sebenarnya tiada kekuatan parti. Johan sering ditipu hidup-hidup oleh Jalil, Jalil ini sifatnya Talam Dua Muka. Sanggup menikam Johan dan Markiman Kobiran, tu pasal Markiman Setiausaha Politik YB KDN sering keluar masuk wad kardio. Markiman yang senior Timbalan Ketua Bahagian. Satu fenomena luar biasa di Hulu Langat. Johan pun sebab nak PRU-13, baru ingat rangkaian pemidato dan penceramah politik dia, kalau tidak HARAM tak diapik pun. Inilah ragam politiking ADUN SEMENYIH dan KETUA BAHAGIAN proksi Khairy Jamaluddin. Dia juga sudah terkeluar daripada carter Calon Terbaik dan Berpotensi Boleh Menang. Kena Tukarlah.

DUN Kajang dipayung oleh Freemasonary melalui Cikgu Lee, seorang guru bahasa Inggeris High School Kajang. Lee ini ahli biasa PKR, yang dinobat pula sebagai Ketua Cabang Hulu Langat, sebab menang DUN Kajang berlaga dengan MCA. Hari ini, bangunan dan bilik tadbir DUN Kajang PKR ialah bilik ADUN MCA PRU-11. Apakah Cina Freemasonary PKR berpakat dengan Cina MCA-BN? Ternyata DUN Kajang kali ini, bukan boleh diberi muka kepada MCA. MCA sudah hilang kuasa dan kepercayaan pengundi, kerana di sebalik fenomena PRU-13, mereka sudah berpoligami. Tahniah.

Ketua Perhubungan Negeri Selangor ialah YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib, Timbalan Ketua Perhubungan ialah Noh Omar. Kalian berdua kena pastikan DUN Kajang didukung oleh UMNO-BN, calon UMNO paling sesuai dan kritikal. Pusat Daerah Mengundi dan Peti Undi untuk Melayu ialah 67.8% di DUN Kajang, apakah jadahnya diberi kepada MCA lagi? MCA ternyata di Selangor sebagai Musuh Dalam Selimut.

Rumusan Kajian Kes Hulu Langat ialah Parlimen Hulu Langat perlu muka baru, bukan Markiman Kobiran, atau cara mudah "pujuk Dr. Che Uda sebagai calon BN", DUN Dusun Tua, Semenyih - WAJIB TUKAR ORANG BARU, lebih karisma dan wibawa tinggi, DUN Kajang langsung milik UMNO.

Tuesday, November 22, 2011

myKMS1M: Blogger nak jadi calon?!

ANTARA RESOLUSI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 2011 YANG BERLANGSUNG PADA 20 NOVEMBER LALU DI PWTC ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

1. Menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasikan dengan baik supaya maklumat dan isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan (CADANGAN YANG BAGUS. CUMA PERLU DIPERINCIKAN KAEDAH & TATACARA)

2. Mencadangkan agar sebuah bank informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas seterusnya membolehkan ia disebarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan lapisan demi mempertahankan kebenaran (BAB NI PUN BAGUS. TAPI BILA SEBUT "BANK", TAK KIRALAH BANK INFORMASI KA...BANK TRANSFORMASI KA...BLA..BLA..BLA..YANG MENGURUSKAN BANK TU NANTI MESTI UNTUNG BESAR! HAHAHA...)

3. Menubuhkan satu sekretariat bagi menguruskan bank informasi ini secara efisien dan efektif. (KAN DAH CAKAP...SEKRETARIAT BANK JUGAK YANG UNTUNG. HAHAHA!)

4. Menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi Kerajaan dipertingkatkan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjelaskan transformasi yang sedang dilaksanakan ini di media sosial (BANYAK DAH PROGRAM GOLONGAN MUDA DILAKUKAN KERAJAAN SEBELUM NI, TAPI END RESULT MACAM TU JUGAK. TIADA PERUBAHAN. BANYAK PROGRAM SYOK SENDIRI)

5. Menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh Negara sebagai satu lagi langkah bagi mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan. (TAK PAYAH SIRI JELAJAH LA. MEMBAZIR DUIT JE. TUMPUKAN UNTUK GEMBLENG KEKUATAN PADA PENGGIAT MEDIA SOSIAL SEDIA ADA PUN DAH CUKUP. SETAKAT NAK DEKATKAN DIRI DENGAN PENGGIAT MEDIA SOSIAL, TAPI BILA DAH HABIS JELAJAH TIADA FOLLOW UP APA GUNA? BANYAK DAH TERJADI SEBELUM NI. PENGGIAT MEDIA SOSIAL JUGAK YANG MELOPONG. LAGIPUN PRU DAH DEKAT DAN MASA TIDAK MENYEBELAHI KITA. KALO NAK BUAT JUGAK, IA PERLU DILAKUKAN BERTERUSAN SUPAYA MOMENTUM SEBELUM PRU TIDAK HILANG. BUKAN BUAT SEMATA-MATA NAK BODEK NAJIB JE)

6. Mendesak agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuhnya media ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan secara pro aktif menyebarkan maklumat, memperjelas isu dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan. (HAAA...BAB NI DEN SOKONG. PEMIMPIN BN MALAS NAK GUNA MEDIA BARU. MAKLUMLAH KEBANYAKANNYA ORANG LAMA YANG BUTA IT. KALO GUNA MEDIA BARU PUN, MEREKA HANYA UPDATE STATUS JADUAL KERJA, BUKANNYA NAK 'BERBUAL' ATAU BERKOMUNIKASI SECARA LANGSUNG DENGAN RAKYAT. BERBEZA PENDEKATAN BERBANDING PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG PRO AKTIF)

7. Menyarankan agar Perdana Menteri menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial sebagai salah satu kriteria untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya. (KAH..KAH..KAH! NAMPAK SANGAT BLOGGER KINI DAH ADA AGENDA PERIBADI NAK JADI CALON. KAH..KAH..KAH! MEMANG PERASAN SYOK SENDIRI. KAH..KAH..KAH! NAMPAK 'SANGAT IKHLAS' CADANGAN NI. KAH..KAH..KAH!

8. Berikrar akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan menyebarkan maklumat, memperjelas isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan (NO MONEY NO HELP...RIGHT?)

9. Menyeru agar semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan kepada agenda bersama dan mengetepikan segala perbezaan serta perbalahan peribadi dan kumpulan. (SELALU BERGADUH PUN PASAL DUIT, KAN...KAN...KAN? KETEPIKAN PERBEZAAN? HAHAHA...CAKAP MEMANG MURAH!)

10. Berjanji untuk menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi memastikan hasrat Gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya! (YA..BETUL. JANGAN BERGADUH, JANGAN MEMBURUKKAN SESAMA SENDIRI, JANGAN NAK MEMBODEK 24/7)

APABILA KEIKHLASAN SUDAH HILANG DI HATI, SEGALA PENGORBANAN JADI SIA-SIA...DAN PASTI MENGUNDANG RASA KECEWA. WALLAHUALAM!

Monday, November 21, 2011

Sesumpah dalam Jabatan Kerajaan

Ramainya Ketua Jabatan populis yang simpati kepada Anwar Ibrahim walaupun belum lagi tersingkir daripada arena pengurusan pentadbiran Negara. Apabila seorang Ketua Jabatan tersebut, pernah berkawan rapat, kenal benar dengan Anwar Ibrahim, maka tindakan fikir mereka ialah "berdiam diri".

Sudah masanya, Call A Spade A Spade menjadi pendekatan "Blue Ocean Strategy" YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib. Rakyat sudah matang mendengar hujah Ketua Penerangan UMNO yang diminta berdagang dalam gelanggang 1 Malaysia. Namun, setiausaha Politik 1 kepada YAB Perdana Menteri, Tuan Shahlan Nasution Ismail masih mengambil pendekatan berdiam diri tanpa berita untuk menyatakan pendiriannya tentang Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang. Abang kepada Saifuddin Nasution ini dilihat sebagai sympathizer Anwar, dan adalah menghairankan dia yang kini SETPOL Perdana Menteri tidak pernah bicara mengkritik Anwar atau pembangkang. Adakah Shahlan Nasution adalah musuh dalam diam, api dalam sekam terhadap kebocoran maklumat tanpa kawalan kepada komplot pembangkang di Pejabat Perdana Menteri Malaysia selama ini?

Fenomena yang hampir serupa kepada Raja Arif Raja Ali yang baru beberapa bulan berpayung di BTN, JPM yang dilihat tidak cocok mengetuai sebuah jabatan yang sangat digeruni oleh pembangkang. BTN kini tampak kelam kabut, dari segi pengurusan yang tidak menepati ISO-nya, logo umpama kepala takuk, & penentangan secara senyap oleh hampir keseluruhan jentera operasi tetap jabatan itu..bla..bla..bla! RARA perlu diminta dengan tegas dan sekerasnya untuk menyatakan pendiriannya terhadap gejolak usaha pluralisme yang dibawa Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang kerana beliau dahulunya dikhabarkan sangat akrab dengan Atuk Peliwat Negara itu. Mungkinkah ada agenda untuk merosakkan BTN dari dalam?

Ada beberapa orang lagi, namun mereka ini tidak qadin benar seperti mereka berdua ini.

Saifuddin Nasution Ismail, Mustafa Kamil Ayub, Kamaruddin Jaafar, Roslan Kassim, Mohd Ezam Mohd Noor, Azmin Ali (guru MRSM Terendak-guru matematik Razali Ibrahim (MP Terendak), Annuar Shaari, dan ramai lagi dulunya protege Anwar. Ada yang kekal dengan Anwar, ramai yang telah keluar diri jiwa dan raga daripada kepompong Anwar.

Bagaimana ANDA?

Saturday, November 19, 2011

Politik Melayu Baru

Kamus politik Melayu semakin meruncing dengan pelbagai retorik dan falasi. Falasi paling dominan ialah falasi yang dimuntah oleh Anwar Ibrahim.

Kenyataan berfalasi Anwar paling tinggi frekuensi yang menjarah otak fikir pengikut PKR ialah UMNO dalang konspirasi, Bapa pendajal kepada impian rakus Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Oleh kerana bidang kepakaran Anwar sebagai penutur berfalasi penuh ambiguiti paling terbilang, dalam kamus kelahiran pemidato, maka, sekian ramailah pengikut dan pendukung PKR.

PAS pula sudah isytihar bahawa Hudud bukan Agenda utama PAS, sebenarnya sejak 1951 lagi, Hudud tidak menjadi Agenda Penyempurnaan PAS. Ini dimaklumkan sendiri oleh Dr. Burhanudin Al-Helmy kepada Almarhum Tan Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim.

Menilai secara lebih mendalam, apa pula politik Melayu Baru yang dibawa oleh PEKEMBAR, parti siasah awal Melayu selepas 1 April 1946:-

1. Menjana kemakmuran fizikal berteraskan batu dan besi selama 54 tahun, paling lama didewasa oleh PM ke-4 selama 22 tahun.

2. Mendirikan sekolah dan memakmur program pengajian, pembelajaran dan pendidikan sejak 1957.

3. Meningkat Syiar Islam dan Usaha Dakwah Islam melata ke setiap inci Tanah Melayu, mendirikan surau dan masjid, membina titi dan jambatan perhubungan dari rumah ke destinasi ilmu Agama Islam, menambah peruntukan khas pembangunan Islam berasaskan Artikel 10(4).

UMNO yang makin lama dicop oleh rakyat "terlebih syukur" bahawa UMNO bukan pilihan lagi kepada rakyat teramai. Apakah UMNO terpaksa akur dan menikus dengan rakyat yang sentiasa dibelenggu dengan fikiran "Aku Kaya, Aku Boleh Buat Apa Saja, Aku Lebih Outstanding, Negara Lain lebih baik daripada Tanah Melayu"?

Apakah insan yang lahir atas kayangan, beridentiti kelahiran luar negara, tidak berguru dalam negara sejak umur 4 tahun hinggalah 23 tahun, tidak berkiblat kepada taat setia kepada pemerintahan atau khalifah Islam atas Bumi Jajahan Takluk Melayu, boleh membantu resepi pentadbiran eksekutif Negara Melayu ini?

Terjawabkah tulisan Mohamad bin Mohamad Taib dalam buku birunya Melayu Baru, atau apakah pemikiran Mike Tyson ini "gelaran yang diarak kepadanya" sudah dibenarkan oleh umat Melayu sendiri, baik yang terkongkong dalam UMNO, PAS mahu pun PKR!

Thursday, November 17, 2011

Sama je alasan dengan KJ...

GEMAS: Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu."

"Masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan."

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini pembangkang mendakwa, syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta. - BH Online.

*********

Bosan pulak nak komen lebih-lebih. Mungkin keputusan meletak jawatan Kak Ijat adalah pilihan terbaik demi SUAMI, PARTI & NEGARA!

APEK DARI HAWAii

East-West Center menjadi saksi perakuan bahawa Yayasan Gerakan Kesederhaan Global atau bahasa Jawinya Yayasan Halaqah Wasotiyyah Adijagat akan berpangkalan di Kuala Lumpur atau lebih cantik di Putrajaya. Namun, jika dikaji daripada aspek keselamatan Negara, amat cantik dijamak Yayasan ini di Pusat Perdagangan Dunia Asia Baru di Bandaraya Kuala Lumpur.

Persoalan paling ironinya, mengapa Alumni UIAM? Apakah Akademi Kepemimpinan Perdana di Salak Tinggi, tiada tokoh "world-class" yang boleh diangkat!

Apakah insan yang dinobat sebagai Profesor Ulung, Profesor Di Raja. Profesor Agung, Tokoh Melayu Ulung tidak berswadaya menerus tsunami Halaqah Wasotiyyah Dunia?

Dulu, ISTAC yang dipandu oleh Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas, pencanai panji-panji PEKEMBAR ialah insan pilihan dan harapan, hinggalah Gerakan Songsang Anwar Ibrahim berjaya menerajang insan ilmuan ini. Begitu juga, sepupu Naquib, Prof. Di Raja Ungku Aziz Ungku Ismail, begitu sohor dengan Universiti Malaya, hari ini, tidak terlibat dalam "Sidang The Eldest and Elderly Malaysia".

Apakah Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global ini, ialah acuan dan mercu pra-persediaan pengunduran Haji Mohd Najib Haji Abdul Razak Haji Hussein?

Apakah East-West Center meneropong, kaedah berbeza untuk menembusi perisai dan tembok kebal Islamisasi di Malaysia? Apakah East-West Center akan menjadi pusat ilmu Tamadun Tinggi, seperti yang dibahas dan dirungkai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 November 2012 di The Mines, Serdang?

Apakah Yayasan ini akan ditaja sebanyak RM 10 billion oleh "tauke-tauke besar Arab" dan "cartel-cartel Yahudi"? Apakah Yayasan ini akan ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan melantik seorang pemimpin ulung seperti Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden berstatus sama taraf dengan seorang Setiausaha Agung PBB, iaitu Diplomat Antarabangsa dan punya imuniti Kuasa-kuasa khas PBB?

Apakah Yayasan Wasotiyyah ini boleh memberi faedah besar kepada Negara, khususnya kepada 3000 orang mahasof iswa Pengajian Antarabangsa, baik dalam bidang Perniagaan, Politik sebagainya? Atau Foundation of Global Movement of Moderates ini merupakan "tapak kepada Penjajahan Baru" secara Min Chong Yuen Thong oleh Freemasonary dan Orientalis Zion.

APEC atau APEK yang dibawa balik? Justeru secara mikronya, ramai akan terlibat dalam menjaya inisiatif mulia YAB Perdana Menteri.

Wednesday, November 16, 2011

EKSKLUSIF: Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri desak Shahrizat

1. Maklumat yang baru diterima, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri di kediaman Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebentar tadi.

2. Pihak NFC juga dilapor akan mengadakan sidang media pada esok, bagi menerangkan pelbagai persoalan dan kemelut yang melanda "Projek Lembu" yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini.

3. Mungkin juga NFC akur untuk mengadakan sidang media disebabkan Muhyiddin dah sound semalam!

4. Kami juga difahamkan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri turut mendesak Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil agar TIDAK MELETAK JAWATAN, dan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri dijangka akan turut mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian di negeri masing-masing esok.

5. Namun perkara yang tak berapa seronok kami dengar, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail tetap akan memberi alasan sama sebagaimana alasan KJ berkenaan keputusan pembelian Kondo One Menerung.



6. Nasihat kami, NFC carilah hujah lain yang lebih solid dan kukuh; juga JANGAN SESEKALI CUBA MEREMEHKAN TAHAP INTELEK RAKYAT!

7. NFC perlu guna ayat yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat dalam sidang media, dan jangan sesekali berniat mengeluarkan kenyataan mengelirukan semata-mata untuk menyelamatkan diri.

8. Kepada Wanita UMNO Malaysia...kami doakan yang terbaik!

IKS vs JAKIM

Mejar Jeneral Jamil Khir Baharom (B), Senator lantikan UMNO sebagai Menteri menjaga Hal ehwal Agama Islam. Saudara kini sedang dijadikan bola lisut oleh Persatuan IKS yang sibuk mendesak supaya JAKIM tidak monopoli piawaian Sijil HALAL.

Kumpulan ini, daripada Presiden hinggalah juak-juaknya, semuanya didukung oleh anak-anak Cina warga Malaysia beragama Buddha, Kristian dan Hindu. Takde sekor pun Muslim, apalagi Ahli Jawatankuasa seorang rakyat Raja beragama Islam.

Kenyataan paling cilako, jika JAKIM sahaja kuasai persijilan HALAL ini, maka peluang untuk monopoli, salah guna kuasa dan unsur rasuah akan bermaharajalela. Nampaknya sungguh dalam renungan mereka kepada virus dan apademik Rasuah hingga Jabatan Agama Islam Malaysia juga tersabit jua. Maknanya, dituduh pegawai dan kakitangan JAKIM dalam Bahagian yang bertanggungjawab dalam persijilan HALAL juga kaki rasuah etc.

Sudah tiba masanya, Jamil Khir Baharom, orang Yan Kedah, untuk gunakan kelebihan sebagai mantan Ketua Pengarah KAGAT, ATM supaya indoktrin semua urusan HALAL dalam satu halaqah sahaja dengan mewujudkan Majlis Muktabar Persijilan Halal Malaysia. Majlis atau Lembaga ini perlu beroperasi seperti Lembaga Urusan Tabung Haji, punya kekuatan barisan hadapan yang ramai dan berilmu. Merekrut pegawai analisa dan teknologi analisis makanan, barangan serta produk yang cukup berteknologi tinggi di dunia.

Maknanya, Kerajaan Malaysia akan melabur sejumlah RM2 billion untuk naik taraf kualiti kerja, infrasturktur makmal kajian, tambahan pegawai dan kakitangan daripada 150 orang hari ini, kepada 2500 orang. Wajib dibarisi pengkaji Teknologi Makanan seramai 500 orang, yang mana setiap hari boleh menerima permohonan piawaian dan sijil HALAL sebanyak 100 subjek kes.

Proses siap dan penerimaan sijil bukan lagi 3 bulan, tetapi 15 hari daripada tarikh dipohon, andai pasukan ini bekerja 24/7, kecuali cuti-cuti umum WAJIB dan KHAS. Inilah inovasi yang mesti diambil oleh JAKIM.

Seandainya JAKIM tetap juga mahu berkompromi dengan puak-puak yang menguasai IKS, maka sekali lagi Kerajaan Barisan Nasional akan dinilai gagal dalam Agenda Islamisasi Negara Bangsa. Bab persijilan dan piawaian ialah Kuasa Autonomi dan wajar diMONOPOLI supaya tidak sewenang-wenangnya kelompok Namrud dan Firaun yang sedang terpedaya dalam dadah Freemasonary dan Komunis, MEMBABI BUTA dalam urusan Halal negara ini.

Namun jika Haji Mohd Najib menikus setelah balik haji dan berkompromi dengan isu ini, maka Selamat Tinggallah 1 Kerusi dan 10 Kerusi Parlimen di Kedah.

Tuesday, November 15, 2011

Amaran kepada "Penggabung Suara" & blog yang terlibat...


PERINGATAN kepada blog yang menyenaraikan http://nasionalis1946.blogspot.com di link list, blog anda tidak dapat dibuka kerana mendapat amaran Google - appears to host malware. Perkara ini sudah berlarutan agak lama.

Justeru admin PENGGABUNG SUARA yang menggunakan add http://nasionalis1946.blogspot.com diharap dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah malware di blog anda.

Sementara itu, blog yang menyenaraikan http://nasionalis1946.blogspot.com, diharapkan dapat membuang seketika add link berkenaan dari blog masing-masing sehinggalah admin PENGGABUNG SUARA berjaya mengatasi masalah malware tersebut.

Amaran Malware ini dikesan sekiranya anda menggunakan Google Chrome.

EKSKLUSIF: Isu Harga Produk KR1M & Carrefour


MEDIA RELEASE 14th November 2011

"NO MORE PERCEPTIONS, JUST THE WHOLE TRUTH"

The low-income earners especially in the urban areas are faced with a host of different challenges. Feeding, clothing, sheltering and schooling children can be very difficult on a small or non-existent budget. Changes in economic climate caused by the higher oil prices have pushed the commodity prices substantially. This factor will give great impacts on domestic food production that may lead to inflation.

In view of this factor, the Government has come up with an initiative to set up a convenience shop that carries basic necessities items and priced affordably for the low income earners. This is to ensure that the low-income earners can still buy necessity items especially food, with enough nutrition to feed themselves and their families so they will stay healthy. At the same time, this will also help to curb unnecessary price increase in the Malaysian market caused by irresponsible traders. This is how Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) came into picture.

How do we materialise KR1M?

First, a location is being identified which must be strategically located within the needful families. A shop is then being erected, followed by infrastructure works and set up works. 250 items are being identified for KR1M branding and placed in the shop within a short span of time. It is important to note here that due to this nature of business that is non-profitable, no hypermarkets are willing to offer their involvement. MYDIN is willing to come in as part of their Corporate Social Responsibility Program (CSR) to help lessen the burden of the poor by sacrificing their margin to provide low price items at good standard quality so that the basic needs of the poor people are being taken care of.

To date, there are 6 KR1M outlets operating in the Klang Valley and Tengkera, Melaka. Its existence has received tremendous response and the low income earners and daily salary earners have expressed their appreciations and gratitude as this has achieved its objective in lessening their burdens. Consumers can enjoy savings of between 30% - 50% when buying KR1M products compared to popular international brands. By the end of this year, the country is expected to have 25 KR1M shops to serve the Rakyat.

Dato’ (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, is the spokesperson today representing the IKS / PKS entrepreneurs, local manufacturers and local suppliers whom are supplying the 1Malaysia products for Kedai Rakyat 1Malaysia outlets. Non-Governmental Organizations (NGOs) and other Associations are also here to express their views and concerns constructively.

Recently, certain parties raised an issue of prices of KR1M products found to be more expensive than other hypermarkets.

What are their motives? Are the comparisons made compatible? Are their allegations true?

The Press Conference today is to clarify issues brought up by the certain parties on the 9th November 2011 and 11th November 2011.

Their allegations on 9th November 2011 that KR1M products are more expensive for 23 products bought in Carrefour have met with a dead end when KR1M managed to clarify that the comparisons were unjustifiable as it was not made “apple to apple”. (please see the attached powerpoint presentation)

As for their allegations on the 11th November 2011, it has stirred the local manufacturers and suppliers whom have approached Kedai Rakyat 1 Malaysia to call for this Press Conference and be the spokesperson on behalf of the local suppliers.

“IKS and local manufacturers / suppliers are very concerned with the misinformation given out by the certain parties and had approached us to hold a Press Conference to explain the truth. As a Malaysian company, we hold IKS and local entrepreneurs close to our heart, therefore we feel oblige to do so” says Dato’ (Dr) Hj Ameer Ali bin Mydin, the Managing Director of Mydin Mohamed Holdings Bhd.

For improvement purposes, KR1M has taken immediate action in conducting checks on its products although certificates are already provided by the manufacturers / suppliers or their perspective products.

On an ending note, KR1M has no hesitation in answering all enquiries raised by certain parties in a most diligent and transparent manner to ensure public would not be misled by unjustified source of information. Thank you.

*********

Kenyataan penuh sidang media versi Bahasa Melayu klik sini.

Credit to:

Rafidah Mohd Salleh
Nor Syariza Mohd Tahir

News & Media Department
For Kedai Rakyat 1Malaysia.

Monday, November 14, 2011

Konvensyen Transformasi Belia

Agenda Transformasi ialah subjek kebangsaan yang digamat dan dinobat di seluruh inci tanahair ini. Kerajaan BN pimpinan Haji Najib sudah melolong pasal ETP, PTP, GTP, NTP, STP (Society Transformation Plan) kalau ada?, dan yang sedang sambut Agenda Transformasi ialah Youth Transformation Plan?

Perlukan sebuah negara yang mengidam dalam gelanggang Tamadun Tinggi mengadakan Pelan Transformasi Belia? Bagaimana cabang dan ranting Pelan Transformasi Belia ini? Apakah tindakan KBS dalam Makmal Transformasi Belia yang menggaris 5 teras boleh menyumbang kepada makna dan erti Pelan Transformasi Belia?

Angin tsunami transformasi yang bertiup meletus obor kepada sebuah persidangan yang diilham atas asas-asas Konvensyen Transformasi Belia 1 Malaysia. Andai ini suatu kenyataan, maka Negeri Sembilan ialah negeri pertama yang mengambil langkah proaktif dan serius kepada pembangunan, pengkayaan dan penmantapan institusi belia dan warga belia Negerinya.

Pak Sedaro rakamkan tahniah kepada panitia dan pemikir Konvensyen ini. Yang pasti, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah antara insan-insan yang berfikir lebih lateral, lebih analitikal, kritikal dan kritis dalam meneroka gelombang penuh onar dan merintis perjalanan survival warga belia zaman android hari ini.

Bagaimana pentingnya sebuah Konvensyen Transformasi Belia di Negeri Sembilan? Apakah ini rentetan kepad pelbagai mauduk fikir selepas Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan Pertama 2005-2010 yang gagal memberi kesan dan pulangan yang baik dek kerana Sekretariat Belia YNS yang lesu dan syok dalam kerangka cak lempong dan dondang sayang? Mungkin juga selepas ledakan-ledakan pemikiran yang lebih tajam, lebih sadis rejaman mereka dalam merungkai mauduk dan uslub Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan Kedua 2011-2016 yang perlu dilaksana menjelang 1 Januari 2012 atau Konvensyen ini sebagai Langkah Pertama yang lebih bijak daripada Langkah Seribu seterusnya?

Daripada capaian dan cetusan pemikir, penggerak, pendukung, pemimpin dan pemakmur Konvensyen Transformasi Belia 1 Malaysia NSDK ini, apakah beberapa resolusi mulia dapat dirungkai dan disantuni secara tekal dan telus:

1. Tubuh secara langsung Sekretariat Belia 1 Malaysia di bawah YAB Menteri Besar seperti difahamkan wujud cadangan tersebut semasa Zakaria Nordin (Exco Belia dan Sukan masa zaman Tok Isa), kerana Sekretariat langsung di bawah awasan YAB Menteri Besar akan bertindak lebih proaktif dan objektif. Nampaknya mungkin terbubarlah Sekretariat Belia YNS.

2. Program transformasi pemimpin belia Negeri Sembilan boleh dilaksana secara berkala dan bertahap, atau sebutan paling mudah Program Pengkaderan dan Indoktrinasi Pemimpin Belia yang mana Agenda ini akan melangkaui Program Pemimpin Belia Berkaliber 5585 (KPi Shabeery Chik) dan Program Pemimpin Perdana (yang dianjurkan untuk KPi Menteri juga, kobarnya diurus oleh Bahagian Kepimpinan JBSN), juga melampaui Program Transformasi Belia di bawah MBM yang berlangsung di seluruh negara pada April-Jun 2011 lalu.

3. Program Pengkaderan dan Indoktrinasi Pemimpin Belia NSDK ini akan khusus seperti Program Kepimpinan Belia Tun Abdul Razak yang dikendali selia oleh Malaysian Institute of Management dan Kolej Kepimpinan KD Pelandok dengan penglibatan KD Panglima Hitam. Maka, barulah tsunami transformasi belia akan dirasai hingga ke pintu dapur setiap rumah rakyat dalam Negeri Sembilan.

Cukuplah, tak payah bebanyak. Biasanya ramai yang suka cilok idea tanpa beri kredit kepada pemikir pun. Namun, apa yang penting ialah Konvensyen Transformasi Belia 1 Malaysia Negeri Sembilan ialah cokmar pemakmur dan penyantun untuk RPBNS 2.

Tahniah Setiausaha MBNS, Saudara Kahar Kamaruddin. Ingatlah pesanan Almarhum Pendeta Za'aba "Bersuluhlah dalam terang, Berpayunglah dalam siang, Berteduhlah di Pohon Merendang, Berumahlah di Tanah Terbentang, Berkaryalah di Lapang Tersayang."

Saturday, November 12, 2011

Buat anak-anak mukmin...

Kepada anak-anak yang bakal menghadapi SPM 2 hari lagi dan STPM 9 hari lagi, peperiksaan tidak perlu ditakuti. Ia hanyalah satu proses untuk menguji kefahaman kita terhadap sesuatu set ilmu yang telah dipelajari dan mengeluarkannya kembali di atas kertas. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan telah dibuat, tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Jangan panik dan mengelabah. Berserah kepada Allah, yakin dan tawakkal. Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan. Berikut adalah beberapa doa yang boleh diamalkan ketika menghadapi peperiksaan. Semoga berjaya!

Mulakan setiap usaha dengan Basmallah

بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa penerang hati yang perlu diamalkan setiap kali belajar dan ketika berada di dewan peperiksaan.

أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat ke atas Nabi saw dan baca doa ini ketika terlupa.

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

Doa minta tambah ilmu atau untuk memohon ilham bagi menjawab soalan.

آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau kurniakan kepadaku, Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan.

Doa mendapat petunjuk

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Doa mudahkan hafalan

آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Moga panduan yang diberikan ini dapat memberi pedoman semasa menghadapi peperiksaan nanti. InsyaAllah, kita datang dengan harapan, kita pulang dengan kejayaan.

Friday, November 11, 2011

Mad Hasan tak pueh hati...

1. Kami sebenarnya malas betul nak sentuh sebarang isu berkenaan sesiapa saja dalam Wanita UMNO. Sayap UMNO yang satu ini sangat kami hormati atas dedikasi, pengorbanan, keikhlasan, komitmen, etc. yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaan UMNO hingga parti itu mampu mengekalkan pengaruh serta kuasa dan dapat kekal memerintah sehingga kini. Malah kami pernah mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Wanita UMNO yang jarang diberi penghargaan dan pengiktirafan yang selayaknya di sini.

2. Namun sejak Laporan Audit Negara 2010, Wanita UMNO, khusus Ketuanya telah dikecam hebat rentetan keluarganya dikaitkan secara langsung dengan projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) di Gemas Negeri Sembilan. Rasanya ramai yang dah maklum apa cer berkenaan NFC ni. Lagipun dah ramai sangat yang keluar kenyataan, sama ada di pihak kabinet mahupun awam. Macam-macam pendapat, bukti, fakta, cabaran, ugutan etc. yang kedengaran dari pelbagai pihak, tetapi isu ini masih diperdebatkan dan entah bilalah nak berhenti.

3. Kami lihat pihak kerajaan tampak begitu defensif dalam kemelut yang melanda NFC. Apabila ramai sangat pemimpin yang gila glamour keluar kenyataan, maka semuanya jadi bercelaru dan semakin mengelirukan rakyat.

4. Dalam sibuk mempertahankan NFC, kerajaan sebenarnya dah terlepas pandang. Rakyat pada dasarnya bukan nak dengar sama ada projek ini sampai sasaran atau tidak, tempoh masa operasi, masalah kekangan bajet, masalah tanah, masalah rumput, birokrasi bla...bla..bla...

5. Yang rakyat nak tahu, bagaimana keluarga seorang pemimpin yang berkedudukan nombor 2 dalam hirarki kepimpinan Wanita UMNO ketika 2008, dikurniakan projek kerajaan dengan modal yang begitu besar? Tolak tepilah sama ada keluarganya layak atau tidak, berpengetahuan atau tidak; tapi rakyat berhak persoalkan tidakkah ada unsur-unsur kronisme, nepotisme, pilih kasih, penggunaan KABEL etc. ketika kerajaan membuat keputusan mengurniakan projek kepada keluarga seseorang yang berpengaruh dalam parti dan kerajaan? Mengapa kerajaan ketika itu tidak menyedari kesan daripada tindakan pengurniaan projek tersebut mampu mendatangkan persepsi buruk?!

6. Atau dalam bahasa mudahnya, kenapa keluarga pemimpin tersebut diberikan projek ini in the first place?

7. Kita sering menempelak pembangkang mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa, TAPI pada masa sama kita juga melakukan perkara serupa? Dan bila terkena batang hidung sendiri, kita enggan pula mengakui kesilapan, malah menjadi lebih defensif daripada pembangkang?!

8. Secara peribadi kami tiada masalah dengan Shahrizat, malah kami kagum akan usahanya menyempurnakan amanah melalui pergerakan Wanita UMNO yang sangat bermanfaat kepada masyarakat umumnya. Tetapi Shahrizat juga harus sedar, persepsi memainkan peranan penting dalam percaturan politik di negara ini, sehinggakan persepsi yang terlampau mampu memusnahkan reputasi sesebuah parti politik sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.

9. Difahamkan Mohamad Hasan (MBNS) turut meluahkan rasa tidak puas hati (off record) kepada wartawan berkenaan pengurusan NFC ini sejak ianya dimulakan lagi. Malah beberapa idea dan cadangan kerajaan negeri berkenaan projek tersebut khabarnya tidak diendahkan kerana campurtangan keterlaluan daripada pihak Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

10. Kami teringin mendengar kenyataan rasmi pihak Kerajaan Negeri Sembilan beserta ADUN Gemas yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tampin, merangkap Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan isu NFC yang sedang hangat diperdebatkan. Mungkin inilah masanya untuk Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan pendapat dan pandangan mereka dalam menyelesaikan kemelut lembu ini.

11. Isu NFC ini perlu diselesaikan segera oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ianya menjadi polemik berpanjangan hingga sukar dikawal dan kelak bakal merugikan Barisan Nasional selaku parti yang menerajui Kerajaan Persekutuan.

DOA Haji Mohd Najib

Berikut ialah Doa daripada hati fikir seorang insan bernama Mohd Najib di Raudah. Kedudukan Raudah ialah ruang antara maqam Rasulullah SAW dan mimbar Masjid Nabawi, Madinah. Mohd Najib bin Abdul Razak berdoa:

"Ya Allah, Tuhan Maha Penakluk dan Maha Penguasa Seluruh Alam. Tuhan Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang. Ya Allah, ku pohon ampun sepenuh jiwa raga, zahir dan batin ku, Ya Allah. ku pohon perlindungan sepenuh roh, jasmani dan zuk daripadaMu, wahai Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Pemakbul Segala Hajat."

"Ya Allah anugerah dan kurniakanlah petunjuk dan hidayah kepadaku, untuk memimpin keluargaku dan kerabat keluargaku. Untuk memimpin Kerajaan Melayu Islam yang kau takdirkan kepada aku sebagai Perdana Menteri mengurus kuasa eksekutif Negara Malaysia."

"Ya Allah limpahkan rahmah dan magfirah kepada isteriku Rosmah Mansor dengan petunjuk dan hidayah, menjadi isteri mithali yang baik kepada keluargaku, keluarga-keluarga kerabatku, anak menantu yang solehah kepada bondaku, anak yang solehah kepada almarhum ibu bapa mertuaku yang telah kau sahut lebih dahulu, ibu yang solehah kepada anak-anakku, anak-anak tiriku. Ya Allah perturunkan hidayah dan petunjuk kepada isteriku untuk insaf, taubat dan terbimbing fikrahnya sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia. Ya Allah dilimpahkan kepadanya lautan kasih sayang dan gunungan sifat mulia agar menjadi contoh kepada para isteri di Malaysia."

"Buangkan sifat tamak, haloba, gelojoh, rakus, riak, ujub, bongkak, takbur dan segala sifat mazmumah persis iblis laknatullah daripada isteriku, anak-anakku, kaum kerabatku dan diriku sendiri jua, Ya Allah."

"Ya Allah limpahkan keampunan, petunjuk dan hidayah kepada seluruh rakyat Raja di Malaysia agar mencintai keamanan dan kedamaian, kasih kepada Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia, sayang kepada kesatuan ummah, kesantunan Bangsa Malaysia yang majmuk dan pelbagai wadah."

"Ya Allah limpahkan keampunan, petunjuk dan hidayah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Hishammudin Hussien, Mohd Safie Afdal, Ahmad Zahid Hamidi, Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin, Sharizat Abdul Jalil dan Rosnah Sirlin serta sekalian insan yang menjadi pemimpin kepada pertubuhan politik Islam, pertubuhan sosial Islam dan pergerakan Islam di Malaysia khasnya agar BERSATU DEMI SEBUAH MALAYSIA RAYA YANG BERDAULAT DAN MERDEKA."

"Ya Allah kurniakanlah, anugerahkanlah kekuatan, ilham, pandangan, fikiran yang tajam dan ilmu seperti yang dikau hadiahkan zuqnya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Al-Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Supaya boleh aku mempimpin dan mengurus kuasa eksekutif Negara Malaysia dalam kerangka Islam penuh daulat, maruah dan bertamadun tinggi."

"Ya Allah, perkenankan lah hajat hambamu yang banyak berdosa dan hina dina ini, Ya Allah, perkenanlah doa dan makbulkanlah doa hambamu ini yang banyak tidak mengetahui, tidak menepati impian 29 juta rakyat Malaysia dan masih banyak tidak berkemampuan. Aku berserah diri, bertawasul dan bermunajat kepadaMu jua Ya Allah, kerana aku yakin akan sifat Maha Esamu, Maha Penerima Taubat, Maha Pemakbul Segala Hajat baik di dunia mahu pun di akhirat."

"Ya Allah, andai aku mati atas janji-janjiMu, matikanlah aku dalam keadaan baik, sempurna dan bersih daripada segala dosa besar dan dosa kecil, segala fitnah dunia mahu pun fitnah akhirat, bersih dan suci meninggalkan rakyat Malaysia dalam keadaan merdeka, aman dan damai."

"Ya Allah jadikanlah Islam sebagai pegangan, pandangan dan perjalanan kehidupan 29 juta rakyat Malaysia. Islamlah Agama Syumul dan Menjamin Perjalanan ke Syurga atas Janji-janji jua."

"Ya Allah, kepada engkaulah aku berserah kepada engkaulah aku mohon pertolongan. Amin-amin-Ya Rabbala'lamin..."

Wednesday, November 9, 2011

Woi LEMBU!!!

WOI NFC...kenapa kau tak bentangkan saja laporan kewangan syarikat dan tataurus projek lembu Gemas kepada umum. Jangan kau main lawyer untuk sorok kegiatan keparat kau. Rakyat berhak tahu sebab korang guna duit rakyat! Itu projek lembu untuk rakyat...bukan untuk KEPARAT!

WOI SHAHRIZAT...kenapa kerabat kau tak bagi wartawan, media dan orang ramai masuk ke ladang lembu keluarga kau? Apa yang kau takut? Tunjukkan kepada rakyat bahawa projek yang kau kata (atau Noh yang kata) kononnya berjaya. Kasi BUKTI la jika benar tiada unsur KONSPIRASI (liwat lembu)!!

WOI PERDANA MENTERI (Paklah sebenarnya) DAN MENTERI PERTANIAN...macamana projek besar kerajaan boleh bagi pada kaum kerabat MENTERI KABINET in the first place?? Bukankah ini yang dinamakan conflict of interest??? Bukankah ini yang dipanggil Kronisme & Nepotisme tahap tertinggi (pinjam ayat Al-Juburi)????

WOI BARISAN NASIONAL...KORANG SEMUA NAK MENANG PILIHANRAYA KA ATAU MEMANG DAH NIAT NAK JADI PEMBANGKANG LEPAS PRU-13???

WOI PEMIMPIN MALAYSIA...ADAKAH KORANG MEMANG SPESIS BUTA, TULI, KAYU, BAHLOL?

KASI JAWAB LA...

Antara harapan masyarakat, 'kecerdikan' mahasiswa dan manipulasi politik

1. Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan telah memutus serta mengisytiharkan bahawa Seksyen 15 Akta Universti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai tidak sah dan melanggarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan memutuskan sedemikian setelah mendengar rayuan 4 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabar keputusan Lembaga Disiplin Pelajar yang mengenakan hukuman disiplin ke atas mereka. Hukuman disiplin ini dikenakan kerana pelajar-pelajar ini ditahan pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor lalu.

2. Mahkamah Rayuan yang bersidang dengan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan majoriti 2-1 di mana Yang Amat Arif Hakim (YAA) Datuk Wira Low Hop Bing tidak bersetuju dengan keputusan dengan YAA Hakim yang lain. Rayuan tersebut turut didengar oleh YAA Mohd Hishamudin dan YAA Datuk Linton Albert.

3. YAA Mohd Hishamudin dalam keputusannya mengatakan bahawa Seksyen 15 AUKU tidak munasabah kerana ia menyekat kebebasan bersuara mahasiswa. YAA Datuk Linton bersetuju dan menambah bahawa Seksyen tersebut melarang pembabitan mahasiswa dalam politik sedangkan ia adalah aspek yang penting dalam demokrasi. Justeru, Seksyen tersebut tidak wajar dikategorikan sebagai munasabah. Walau bagaimanapun, YAA Datuk Wira Low Hop Bing pula mengatakan sekatan melalui Seksyen tersebut adalah sah kerana ia termasuk di bawah skop Perkara 10 (1) (a) dan Perkara 10(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. Tambahnya lagi, sekatan sedemikian adalah penting bagi menyekat penerapan idelogi politik termasuk yang bersifat melampau di kalangan mahasiswa yang mudah terpengaruh.

4. Bagi kelompok pengamal undang-undang, ini adalah suatu kes tumpuan (landmark case) kerana ia melibatkan persoalan tentang hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan. Sejak AUKU diluluskan pada tahun 1971, hanya pada tahun 2011 suatu bahagian darinya (iaitu Seksyen 15) diisytiharkan tidak sah kerana melanggar peruntukan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Walaubagaimanapun pihak UKM dan Kerajaan masih boleh merayu kes ini ke Mahkamah Persekutuan.

5. Apakah kandungan Seksyen yang di anggap menyekat kebebasan bersuara mahasiswa ini? Seksyen 15 antara lain menyatakan bahawa mahasiswa dilarang untuk menjadi mana-mana ahli persatuan, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan atau badan berkecuali seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan Universiti atau kecuali seperti yang diluluskan oleh Naib Canselor (klik). Menurut undang-undang, Perlembagaan mengiktiraf hak individu untuk bersuara melalui platform persatuan/parti politik dan sebagainya. Kesan daripada keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, (jika tidak diketepikan oleh keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan) mahasiswa kini boleh menganggotai mana-mana parti politik/persatuan/kesatuan sekerja/pertubuhan atau mana-mana badan tanpa sekatan. Ini termasuk menjawat apa-apa jawatan dalam persatuan/parti/badan tersebut dan juga boleh menjalankan aktiviti persatuan/parti/badan tersebut seperti berkempen untuk mempromosikan atau melebarkan pengaruh, samada di dalam dan di luar universiti.

6. Jika keputusan Mahkamah Rayuan ini kekal, tidak hairan jika kita semua dapat melihat semula perhimpunan dan demonstrasi pelajar seperti tahun 60’an dahulu yang melaungkan tentang kemiskinan di Baling, Kedah walhal perkara tersebut langsung tidak benar. Kemungkinan bahawa pelajar/mahasiswa dipergunakan oleh golongan tertentu untuk sesuatu kepentingan akan berlaku semula. Kerajaan memperkenalkan AUKU pada 1971 antara lain adalah untuk membendung perkara sebegini berlaku kerana kepentingan pelajar yang utama (khususnya pelajar Melayu) adalah untuk mendapat pendidikan dan bukannya untuk terjebak ke kancah politik atau permainan politik pihak tertentu.

7. Mahasiswa adalah "stakeholder" di mana ramai pihak yang meletakkan harapan ke atas mereka. Pertama, ibu dan bapa mereka yang mengharapkan anak mereka mendapat pendidikan dan kejayaan dan akan berupaya untuk membantu dan menaikkan taraf kesejahteraan diri mereka sendiri dan keluarga. Kedua, Pihak Penaja seperti MARA, JPA dan sebagainya yang berharap mereka ini mendapat pendidikan yang baik dan apabila keluar dari Universiti kelak akan memberi tenaga dan khidmat serta kemahiran kepada egensi tersebut, bahkan kepada Negara. Ketiga, masyarakat juga berharap agar mahasiswa hari ini kelak dapat memberi sumbangan intelek dan kemahiran dalam meningkatkan kesejahteraan semua. Begitu juga pihak Kerajaan yang mahukan golongan generasi berilmu yang mempunyai modal insan terbaik yang boleh dan berupaya memimpin Negara di masa akan datang. Aku yakin dan percaya tidak ada sama sekali gambaran dalam harapan pihak–pihak ini, agar golongan mahasiswa ini menjadi ahli politik atau aktivis politik, semasa mereka masih menuntut di Universiti!

8. Sesiapa yang terlibat dalam politik sentiasa sedar bahawa kerja-kerja politik ini bukan mengikut masa pejabat atau mengikut had waktu tertentu. Kadangkala lewat sehingga dinihari barulah balik ke rumah. Kalau mahasiswa kita jadi begini, bila agaknya masa untuk mereka ke kuliah? Bila masanya nak siapkan tugasan atau kerja kursus? Bila pula nak ke perpustakaan dan bila pula mahu menelaah nota kuliah? (Atau yang lebih advance lagi mengkaji secara mendalam kursus yang mereka ambil di Universiti). Walaupun kita boleh kata kita mampu mengurus masa tapi hakikatnya akan berlaku perkara-perkara seperti ponteng (tuang) kuliah, tugasan atau kerja kursus yang dibuat sambil lewa serta lambat di hantar, mengundang tabiat meniru tugasan pelajar lain, tidak membuat persiapan untuk ujian atau peperiksaan dan terpaksa mengulangi kertas yang sama (punca disekat untuk menghadiri peperiksaan kertas tersebut kerana tidak hadir kuliah atau gagal kertas tersebut); serta mendapat CGPA (Cumulative Grade Point Average) yang rendah. Adakah ini yang kita mahukan terjadi kepada mahasiswa kita? Untuk rekod, antara pemimpin Pembangkang kini yang dahulunya merupakan pemimpin pelajar yang aktif tahun 60'an dahulu hanya menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Am (General Degree) Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Adakah contoh sebegini yang kita mahu (berlaku) kepada mahasiswa kita?

9. Apa yang lebih menakutkan jika ada golongan tertentu akan memanipulasi golongan mahasiswa, (terutamanya) mahasiswa Melayu. Pernah beberapa kali berlaku dalam pilihanraya kecil, dapat dilihat ada pihak yang menggunakan mahasiswa sebagai perayu undi. Hairannya, (yang buat kerja ni) semuanya mahasiswa Melayu. Terbaru, demonstrasi pelajar di UIA kerana penggantungan kerja Professor Aziz Bari, majoritinya pelajar Melayu. Amat jarang dapat dilihat mahasiswa Cina atau India (sibuk) menyertai kempen mahupun demonstrasi. Dalam kes Mahkamah Rayuan baru-baru ini pun pelajar yang terbabit adalah Melayu. Persoalannya kenapa? Adakah persoalan ini akan terjawab apabila kita melihat statistik pencapaian akademik mengikut kaum dengan pencapaian tinggi mahasiswa Cina dan India berbanding pencapaian rendah mahasiswa Melayu di Universiti?

Selanjutnya baca...

Baca juga di sini, sana, sinun dan sinua.

Tuesday, November 8, 2011

Demam Kok?!

Adakah anda peminat minuman berkarbonat Coca Cola atau Coke? Kereta peronda lebuhraya di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat kebiasaannya akan dimuatkan dengan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu!! Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka juga guna kaedah yang sama? Anda diharap dapat mencuba penyelidikan yang dicadangkan seperti ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa untuk sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta: Tuang saja setin Coke, pasti kesan hakisan hilang serta-merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian: Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi yang confirm berperisa Coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lapkan. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH2.8 yang boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa Sirap Coke dalam lori tangki (bukan Coke dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Berbahaya" atau "Bahan Penghakis: Bahaya". Lori tangki itu pasti diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelakkan lori tersebut daripada terhakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu sebab silap-silap, tengah syok pandu kereta, tiba-tiba kereta terputus dua disebabkan hakisan/karat dari lori tangki Sirap Coke.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun lalu. Kompom kono buek overhaul ni!

10. Kandungan gula untuk 1 tin Coke bersamaan 18 sudu cawan teh. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum; anda pasti termuntah.

Kesimpulannya, Coke bukan hanya sekadar air miuman bagi menghilangkan dahaga, tetapi pengeluarnya pasti mempunyai agenda yang lebih daripada itu!!!

Monday, November 7, 2011

Siapa Rosli Abdullah

Gamaknya ramai pendukung simpati B.A.B.I. seperti Rosli Abdullah, yang dikenali sebagai Bekas Pengarah BTN Terengganu dalam Debat Intelek. Bagus benar insan seperti ini bercerita tentang BTN yang sifatnya begitu dengkel dan daif.

Kupasan Rosli Abdullah ini amat sesuai dijadikan Modal Jajaan PAS dan PKR nampaknya. Soalnya, apakah benar Rosli Abdullah layak disumbat atau diberi peluang bekerja untuk Kerajaan Malaysia pada 1991-1999?

Ramai manusia seperti ini bergentayangan dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.

Hujah Rosli, UMNO ialah parti bawa ajaran sesat kerana satu-satunya parti yang boleh memerintah Negara?! PAS yang ikrar konon siapa tidak sokong dan undi PAS adalah kafir dan tidak masuk syurga, maka apakah PAS juga sebuah parti Ajaran Sesat?! Siapakah yang Muktazilah, Khawarij dan Syiah dalam ikutan dan pegangan hidup mereka?

Rosli Abdullah ini ialah manusia yang simpati dengan Anwar dan Nik Aziz. Tahniah kerana ramai manusia seperti ini ialah pengkaya simpati kepada Gerakan Freemasonary dan Komunis dalam Negara Bangsa Tanah Melayu.

Badan Tarbiyah Negara ialah Biro TataNegara. Apakah salah? Dek kerana kekuatan kumpulan inilah, Marriot menawar 2 kali untuk membeli BTN daripada Kerajaan Malaysia. Gerakan Freemasonary melalui agen-agen mereka semakin haloba dalam ketamakan menghancurkan sebuah Negara Islam Moden dan Sederhana seperti Malaysia.

Mereka sudah berjaya merasuk 30% warga Indonesia, mereka berjaya merosak Negara kelompok Republik Islam di Asia Barat dan Timur Tengah. Bumi Melayu masih terpelihara, Alhamdulillah.

Isu usang yang dijaja dan dijolok oleh Rosli Abdullah ialah perkara-perkara yang diluahkan oleh pasukan kecewa dan pasukan tersingkir daripada gelangang ilmu. Mereka belum tuntas berguru dengan Guru-guru mursyid tentang Negara Bangsa dan Keturunan Melayu itu sendiri. Rosli tidak bertatih dalam ilmu mengenal nikmat dan hikmah Batu Bersurat Terengganu 1200an, yang dihujah dan dibahas secara mendalam oleh Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib bin Ali Al-Attas di Perhimpunan Jeddah pada 1972.

Pak Sedaro ucapkan syabas kepada Rosli Abdullah kerana makan nasi basi sepanjang berkhidmat dalam BTN. Hari ini perut dan ususnya memulas dan memuntah lahar songsang dek kerana pemikiran mantiqnya yang cetek, leweh dan beweh.

BTN bukan aset wujud secara semulajadi. BTN ialah aset tercipta dek sengketa Cina-Melayu pada 10-13 Mei 1969. BTN ialah aset Rakyat Malaysia yang wajib dipimpin oleh anak-anak Melayu sebagai Bangsa Teras. BTN ialah pusat pemikiran kritikal dan kritis kepada mauduk tamadun Bangsa Teras khususnya Rakyat Raja. BTN dulu bertaring ibarat Harimau Lapar dan Raja Di Rimba. BTN kini ibarat Singa Yang Sedang Tidur. BTN dulu diperkosa rohnya oleh kalangan oportunis dan revolusinis sejak 1991-1999, akhirnya tidak termakbul usaha kudeta mereka kerana dihidu secara khasaf oleh kalangan ahli sufi dalam Kerajaan Melayu.


Sunday, November 6, 2011

MENGERAT PERPADUAN UMMAH

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Sempena Iduladha yang penuh keberkatan lagi mulia ini, marilah sama-sama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Ketakwaan yang benar-benar bertanggungjawab membawa kita mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita dikasihi Allah, mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk “IDULADHA: MENGERAT PERPADUAN UMMAH”

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Pada setiap tahun jutaan umat Islam dari pelbagai negara di dunia berhimpun dalam satu perhimpunan terbesar umat Islam iaitu ibadah haji sebagai melaksanakan perintah agama. Di samping memuji dan mengagungkan kebesaran dan keagungan Allah SWT mereka ini dapat berkenal-kenalan, mewujudkan perpaduan dan menyatukan ummah serta dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam. Apa yang mengkagumkan dan mengembirakan, pada musim haji di tanah suci ini ialah mereka bersepakat dan bersatu melafazkan kalimah talbiah mentauhidkan Allah SWT:

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Seungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu."

Seruan ini memberi makna yang besar kepada seluruh jemaah haji kerana ianya merupakan ikrar yang dilafazkan semata-mata untuk bertakwa kepada Allah SWT dengan tujuan untuk merasakan kehambaan kepada tuhan-Nya, menghindari dari segala dosa dan bersiap sedia untuk berkorban sebagai memenuhi kehendak Allah SWT. Bagi umat Islam yang belum berpeluang menunaikan ibadat haji mereka menyambut kedatangan Iduladha dengan berhimpun di masjid-masjid dan surau-surau untuk menunaikan solat Iduladha di samping berpeluang mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kaum keluarga, masyarakat setempat serta sesama kita umumnya. Pada hari ini juga umat Islam yang berkemampuan amatlah dituntut agar menunaikan amalan korban sebagai mengingati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Ibrahin AS. Islam mensyariatkan menyembelih binatang korban bemula pada hari ini dan tiga hari tasrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: "Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini (Iduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban." (Riwayat al-Bukhari)

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Iduladha yang kita rayakan ini melambangkan kesatuan umat Islam yang menerima keesaan Allah SWT sebagai tuhan, Rasulullah SAW sebagai pemimpin dan ikutan, al-Quran sebagai pedoman dan pengorbanan sebagai dorongan untuk kita berjihad di jalan Allah. Kekuatan utama sambutan Iduladha ialah sifat ketaatan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS serta anaknya Nabi Ismail AS. Keagungan peribadinya yang ditunjukkan merupakan sebagai contoh kehidupan, sebagai seorang hamba yang sanggup melakukan apa saja yang di perintahkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Mutahanah ayat 4:

Maksudnya: "Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya contoh ikutan yang baik."

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Ibadah haji yang sedang dilaksanakan pada saat ini, perlulah dihayati dengan sedalam-dalamnya, supaya kita dapat menjiwai roh atau semangat Iduladha yang kita sambut ini. Umat Islam hari ini dengan laungan kalimah yang sama, pakaian ihram yang sama serba putih, dengan niat yang satu, tidak mengira bangsa dan keturunan patuh dan tunduk kepada peraturan yang satu iaitu hukum Allah SWT. Mereka ini memupuk semangat setiakawan sesama umat Islam, menjaga hubungan persaudaraan, sanggup berkorban, bersatu hati, menghindari sikap mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Prinsip-prinsip inilah yang membentuk kesatuan yang perlu difahami dan dijunjung oleh setiap individu muslim pada ketika ini. Umat Islam yang longgar atau mengenepikan prinsip-prinsip yang membentuk kesatuan ini membuka ruang kepada musuh-musuh Islam menceroboh untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Oleh itu kesatuan dan perpaduan adalah agenda umat yang penting yang mesti diperjuangkan.

Mimbar ingin mengingatkan bahawa hari ini kita menyaksikan bagaimana umat Islam ditindas dan dianiaya di semua tempat seperti pembunuhan rakyat Palestin yang berulang-ulang kali merobek jiwa umat Islam, pencerobohan kedaulatan negara Iraq, huru-hara di Afganistan, Somalia dan Pakistan serta banyak lagi tragedi yang menimpa umat Islam diseluruh dunia. Semua ini adalah kerana kelemahan umat Islam yang tiada kesatuan dan sering berlaku perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri. Kesempatan inilah yang telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyerang, sekaligus menghancurkan Islam dan umatnya.

Cuba kita renungkan, ketika peperangan salib yang berlangsung selama dua abad telah merakamkan lebih sepuluh siri peperangan yang mana musuh-musuh Islam ditewaskan. Selepas itu, tentera kafir serta sekutu-sekutu mereka mencapai kata sepakat bahawa umat Islam tidak dapat ditewaskan dengan jalan peperangan menggunakan senjata, sebaliknya mereka mula merancang dan melancarkan perang saraf keatas umat Islam. Kesemuanya ini dirancang oleh mereka dengan teliti, dan mereka berani melancarkan serangan besar-besaran setelah mereka dapati kekuatan dan kesatuan umat Islam sudah tidak ada lagi.

Hari ini, kemusnahan umat Islam tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Rafles atau Francis Light atau Yamashita. Kemusnahan umat Islam berlaku dalam bentuk baru melalui pelanggaran hak-hak eksklusif umat Islam. Hari ini isu murtad menjadi ancaman kepada umat Islam, nama suci Allah dipelekehkan, dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam, tanpa mengira potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam dan tanpa mengira tergurisnya perasaan ummah.Toleransi umat Islam semakin dicabar, keangkuhan semakin berlaku, umat Islam semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut, yang semakin mereputkan umat Islam. Justeru, Mimbar menyeru umat Islam wajib menghayati semangat perpaduan. Umat Islam ibarat sebatang tubuh, di cubit paha kanan, paha kiri terasa. Justeru. marilah sama-sama kita mengeratkan barisan ummah bagi mengatur langkah memperkukuhkan dan memperkasakan ukhwah sebagai agenda utama dalam menentukan masa depan umat Islam itu sendiri.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Marilah kita gunakan kesempatan hari yang mulia ini, untuk membina keutuhan tali persaudaraan diantara kita dengan amalan ziarah-menziarahi dan bermaaf- maafan sesama kita. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam, maka sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan tersebut.

Ingatlah bahawa pengorbanan yang sebenarnya adalah pengorbanan yang berasaskan kesatuan dan perpaduan. Inilah pengorbanan yang mesti dilakukan oleh setiap kita, demi membela dan menyelamatkan Islam dan umatnya. Kesemua ini menuntut pengorbanan jiwa raga dan harta benda serta menuntut elemen penting iaitu ketakwaan dan keikhlasan. Tanpa dua elemen ini, maka tidak tercapai matlamat pengorbanan seperti mana yang dituntut oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37:

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya."

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru, marilah kita menghayati tuntutan-tuntutan syarak yang terkandung dalam amalan ibadah haji dan ibadah korban yang berpaksikan hubungan kita yang erat dengan Allah SWT dan hubungan kita sesama kita, demi kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Mimbar berpesan bahawa hari raya korban yang dirayakan tanpa pengorbanan, tidak mampu memberi apa-apa makna dan kesan kepada kita. Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar ayat 1-3:

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu(wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak(di dunia dan akhirat). Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diinginnya)."

KHUTBAH KEDUA IDULADHA

Sidang Jemaah yang dikasihi sekalian,

Marilah kita memperbanyakkan syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kita nikmat keamanan dan keharmonian dalam negara ini. Dengan nikmat tersebut kita dapat berhimpun di masjid-masjid dan surau seluruh negara, sama-sama melaungkan takbir Iduladha. Marilah juga kita suburkan perpaduan antara kita kerana akhir-akhir ini bibit perpecahan di kalangan masyarakat mencetuskan reaksi yang kurang menyenangkan. Renungkan sejenak tentang nasib saudara seagama kita yang kini hidup diburu ketakutan, kelaparan, sengsara di negara masing-masing. Saban hari ada sahaja nyawa yang hilang tanpa mengenal kanak-kanak atau orang tua. Hari ini kita menangis kerana kematian orang tersayang samada sakit atau kemalangan, tetapi di negara-negara lain mereka menangis disebabkan kematian yang berpunca daripada persengketaan dan kekacauan. Sesungguhnya keamanan adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahankan.

Selepas ini umat Islam akan melakukan ibadat korban bagi meninggikan syiar Islam. Binatang yang hendak di korbankan mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh agama Islam.Ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak menerima ibadat yang dilakukan sambil lewa, tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mengabaikan soal kesempurnaan ibadat yang hendak dilaksanakan, oleh itu ketelitian dan kesungguhan dalam melakukan apa jua kerja mestilah di beri perhatian oleh semua umat Islam.

Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amalan yang ikhlas. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah SWT dan sia-sialah amalan yang kita lakukan. Pengagihan daging korban dapat membantu meringankan beban, mempertingkatkan kualiti hidup dan mengeratkan perpaduan di antara umat Islam itu sendiri. Selain daging korban, umat Islam juga boleh menghantar sumbangan dalam pelbagai bentuk tanda kasih sayang sesama kita, walaupun harga sebahagian binatang korban semakin meningkat, namun ianya tidak menjadi penghalang bagi yang mampu kerana ganjaran pahalanya yang besar.

Mimbar menyambut baik usaha yang telah dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu seperti masjid-masjid, surau-surau, NGO dan pertubuhan Islam lain yang menjalankan ibadat korban di negara-negara minoriti Islam seperti Kemboja, Vietnam, Filipina bagi menyahut seruan suci ini. Paling penting adalah mereka yang mengorbankan harta dan binatang ternakan bagi tujuan suci ini dengan penuh ketakwaan dan hati yang ikhlas kepada Allah SWT. Mimbar amat menghargai sumbangan jemaah dan umat Islam sekalian yang menghidupkan ibadat korban samada di peringkat kampung, taman perumahan mahupun di luar negara.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan salawat dan salam sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

SUMBER: JAKIM.GOV.MY, 10 ZULHIJJAH 1432H, 6 NOVEMBER 2011M

Blog Archive