Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, September 21, 2011

Mawar Berduri

Bunga mawar lebih harum daripada bunga raya. Namun demikian, bunga Raya ialah bunga kebangsaan. Bunga mawar batangnya berduri. Dikobarkan wujud kalangan penjawat tingkat kanan Kerajaan Malaysia yang berfikiran sekular ciptaan massa.

Seorang ketua pengarah dilapor mempunyai teknik fikir bahawa Islam hanya untuk orang Melayu @ Islam. Kuliah agama kalau nak diadakan hanya eksklusif untuk orang Islam. Nanti orang belum Islam akan rasa kecil hati. Apa punya biawak yang ada dalam kepala kau tu lobai?

Islam diperturunkan untuk kemakmuran alam semesta. Islam bersifat inklusif. Ketauhidan dan akidah penganut ialah hak eksklusif pengamal dan penganutnya. Jika boleh berkongsi pengalaman dan ilmu tentang Islam, kenapa tidak dilakukan? Amatlah malang jika ramai dikalangan penjawat kanan yang berjaya ditarbiyah oleh Freemasonary dan akhirnya mensekularkan diri sendiri.

Mawar berduri, bunganya harum. Cukuplah penyakit bengong dan biawak yang banyak meleleh di kalangan pendukung politik Melayu. Negara tidak memerlukan pegawai Melayu yang tidak menguasai isi makna Perkara 3, Agama Islam ialah agama bagi persekutuan.

3 comments:

  1. Bunga kebangsaan bukan ke bunga raya ?????

    ReplyDelete
  2. aik dan dan tu je tukar. lenkali pak sedaro baco dulu apo yang ditulih sobolum posting. kan dah nampak bangang.

    ReplyDelete

Blog Archive