Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu Keldai Komunis

Ramai yang terlibat sebagai keldai dadah dibawa ke Peru dan Iran. Fahaman fasis Peru dan Syiah Iran kini, disambut oleh Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas. Dalam wacana terdahulu, Mohamad Sabu telah dilabel sebagai Ahli Neraka Dunia Melayu. Benar atau tidak, tanyalah Kanang anak Langkau, Persatuan Bekas Perajurit Malaysia, Kelab Veteran Komando Malaysia, Persatuan Veteran Komando 69, Lt. Jen. Zaini orang Lenggeng, DSP Mohd Nor Razak, Tun Hanif Omar, Jeneral Borhan, Rahim King, Admiral Anuwar TLDM, dan ramai lagi termasuk anak-anak, cucu dan isteri anggota polis Balai Bukit Kepong.

Gamaknya, akhbar Berita Minggu dan Mingguan Malaysia 28 Ogos 2011 memberi fokus besar kepada kandungan keceluparan Mat Sabu ini. Rupanya penulisan PM begitu relevan dengan mauduk fikir, bahawa Mat Sabu ialah Agen Komunis dan Pas simpati kepada Komunis untuk peti undikan "rakyat yang berfahaman komunis". Berapa banyak kampung Baru di bawah Briggs Plan masih kekal identiti komunismenya?

Keldai komunis ialah resepi bahan manifesto PAS untuk PRU-13. Marilah membangun bersama Komunis, Freemasonry dan Syiah ialah Doktrin Manifesto Pilihanraya Pakatan Pas+DAP+PKR.

Syabas kerana membina Negara ini daripada tangisan, titisan darah dan peluh jantan Komunis. Senyum sampai ke telinga Chin Peng dan Chin Tein. Sepupu kepada Pak Aziz Samsuddin, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh terpaksa berduka lara, kerana setelah 54 tahun merdeka, MASIH WUJUD KELDAI KOMUNIS seperti Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas.

Orang seumpama Mat Sabu sudah layak disumbat di bawah Kuatkuasa Ordinan Darurat 1960, Universiti ISA. Selepas raya lebih banyak peristiwa "gurisan jiwa rakyat Raja" akan ditaja oleh Mat Sabu & corporation. Tahniah kepada Hishamuddin kerana ambil pendekatan "tengok, senyum dan amaran keras". Hisham baru dapat 2 biji peluru hidup. Menteri Amaran telah diberi amaran oleh rakyat.

Batang tubuh seperti Mat Sabu ini perlu terima hukum di IRAN dan IRAQ, baru dia tahu "langit tinggi rendah".

LAHANAT punya MAT SABU.

2 comments:

  1. memula kau koba oghang ahli nerako. skerang keldai pulak. kau ni mana satu ni bhai? den nengok sejak dulu ekau ni cicip kemut memg suka labeling org. kau tu hebat bonar ko. ahli syurga bonar ko? pandai bona ko. kayo bona ko. thesis phd belambak ko.
    biarlah nik ajis dan pas sajo yg nak jadi tuhan tentukan sapo masuk syurgo nerako. yg geng paneh miang terikut ni kenapo? eh silap. hanyo cicip kemut yo perangai camtu. yang lain ok.
    ekau bhai lopeh menulih lain kali baco balik apo yg kau tulih. itu pertua den bagi. baru ekau tau mano botul mano silap. den nengok ekau ni mcam dah ado unsur riak byk dlm tulisan kau. dah ghaso diri hebat bonar dan oghang lain budus. insaf la bhai. toksah nak nungkat langit.
    dan mat sabu bukan keldai bhai. dio manusio yang Allah jadikan. cumo otak dia jp ado sikit samo mcm keldai. itu yo den nak cakap.

    toklong

    ReplyDelete
  2. Betul jugak ckp toklong tu tp den raso dio ni pun jonis anak 80-90an buto sejarah tentang Malaya dan Malaysia. Den cadangkan ekau cicit kamat, cik din, islah, tongekboy, Gedfoyak dan tak tertinggal Tom Jobo poei jumpa Mat Sabu tadah kitab, kitab Sejarah. Kalau takat lulus sejarah tingkatan 6 masih dikira ekau belum Mumayiz utk jd penulis upahan blogger.

    ReplyDelete

Blog Archive