Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, August 28, 2011

Ku Li boleh jalan...

Tengku Razaleigh Hamzah adalah seorang wakil rakyat BN yang sering menimbulkan polemik politik dalam kamar UMNO. Semasa peristiwa bakar jambatan yang diperaku oleh DS Rais Yatim, Ketua Bahagian Jelebu, Ku Li dilihat begitu dominan. Tetapi jangan silap...dia hanya dilihat dominan, sedangkan hakikinya dia sedang menjerumus kumpulan S46 ke dalam kandang PIHAK YANG BERSALAH.

Dek yang demikian, maka masuk balik puak ini dalam UMNO yang dibina semula oleh Dr.M daripada asas UMNO 11 Mei 1946, dengan beberapa pindaan dan tambahan dalam undang-undang tubuh. Ikut versi Ku Li, Dr.M konon halang dia sertai semula UMNO selepas diharamkan oleh mahkamah, maka sebab itulah TAR menyuruh Ku Li tubuh S46 bagi mengelak konon pemimpin yang berpotensi di kalangan Team B tidak masuk parti pembangkang. Tapi apa sudahnya? S46 tetap menentang UMNO sebagai pembangkang.

Jika benar Dr.M menghalang kumpulan Ku Li menyertai semula UMNO selepas diharamkan, hanya sebab kumpulan inilah yang sabotaj parti hingga UMNO diharamkan kerana tidak puas hati dengan kekalahan Ku Li kepada Dr.M untuk jawatan Presiden UMNO. Wajar Dr.M halang kumpulan ini untuk sementara bagi elak perpecahan dikalangan akar umbi berulang kembali dalam UMNO ketika itu.

AMANAH?

Zaman awal pembinaan PETRONAS seperti yang dikisah dengan panjang lebar dalam buku biografi Almarhum Tan Sri Azizan Zainal Abidin, memberi gambaran jelas latarbelakang pemikiran sebenar "Thinkers PETRONAS". Apakah peranan Ku Li penting? Ku Li penting mungkin pada peringkat awal, tapi ianya tidak lama kerana dia memilih untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Gua Musang. Namun, apakah pendedahan AMANAH yang disandiwarakan oleh Ku Li? Kelompok AMANAH masih belum sah pendaftaran pertubuhan pun. Siapa dalam AMANAH? AMANAH sangatkah mereka ini?

TSAZA adalah insan yang paling lama menyimpan khazanah yang tidak mampu dibincangkan secara panjang lebar dalam blog. Bersemuka mungkin. TSAZA bertindak sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri Ke-2, Ke-3 dan Ke-4, paling lama dalam sejarah KSS - seorang yang dikelas sebagai manusia paling tawadhuk dan penuh integriti. Tugasan akhir beliau ialah Presiden dan CEO PETRONAS hinggalah dijemput bertemu Pencipta.


Ku Li bukan seorang ahli politik yang bijak dalam mengurus dan menyelesaikan masalah rakyat. Tengok kawasan Gua Musang sajalah, bertan balak diceroboh setiap hari tanpa penyelesaian signifikan daripada Ku Li selama ini. Sudah berapa tahun Ku Li jadi Ahli Parlimen Gua Musang? Nasib baik ramai Orang Asli yang menjadi deposit tetap beliau di situ.

Che Det dalam coretan makalah di awal penulisannya, banyak menyentuh secara tersembunyi beberapa insan yang dikenalpasti boleh membantu kesinambungan kemerdekaan dan mengurus kemerdekaan, boleh rujuk artikel semasa di Universiti Malaya Singapura. Salah seorang yang cemburu dengan tulisan paneh Che Det ialah Lee Kwan Yew. Hari ini tidak ramai yang mengkaji penulisan-penulisan usang dalam mengenal sikap, telatah, gelagat dan keputusan yang diambil oleh kalangan pemimpin terdahulu.

Hansard Parlimen semasa Ku Li diberi amanah sebagai Menteri Kewangan telah menjelaskan bagaimana kaedah fikir Ku Li yang nampak 'amanah'? Hinggakan tahun-tahun semasa Perbendaharaan yang diurus Ku Li menunjukkan kedudukan yang cemas lagi mencemaskan. 'Bijaksana' sungguh Ku Li semasa itu. Anwar Ibrahim pula mengambil kesempatan mencucuk kerusi Ahli Parlimen yang dilihat longgar dan gayat di atas kerusi masing-masing.

Ku Li boleh jalan...dah tak relevan. Anwar Ibrahim sudah jalan malam. Nik Aziz memang dah lama boleh jalan. Lim Kit Siang menunggu saja siapa jalan dulu. Lim Guan Eng sentiasa jalan-jalan. Barisan Nasional suka sembang sambil berjalan. Akhirnya rakyat terlena tegak dalam berjalan.

9 comments:

  1. kesian penulis article.....tak pro lansong, berat sebelah dan buta fakta..

    ReplyDelete
  2. ayat yg sama anon boleh tuju pada aspan alias. langsung tak pro. suka sorok maklumat dalam hampir semua artikel yg dia tulis. tak cerita yg benar sampai habis. hujah mentah. buta fakta. terlalu berat sebelah. tp ramai pulak yg percaya. lagi kesian.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. susahnya nak baca,isi penting susah jumpa. ayat dan perengan berterabur...tak manage langsung.... perbaiki skil penulisan....

    ReplyDelete
  4. Salam Paneh,

    Memang TR tu boleh jalan tapi entah bila nak jalan-jalannya..

    Tentang Lomong tu, tak mengapa..asalkan dari KoPilah memang lemang yang BEST!!!

    Selamat Hari Raya buat semua warga Paneh termasuk Pak Sedaro..Maaf Zahir Batin..

    sekarang lagi senang nak ke Kuala Pilah...Jalannya best..pemandangan indah..
    Syukur Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  5. korek balik kisah bank bumiputera.

    akan terjumpa dap persoal ku li ambil loan untuk syarikat keluarga tanpa collaterual, guna chlesteraul dah cukup.

    bila orang lain, dialah paling kuat menghentam.

    korek kisah bmf, penuh dengan jari jemari ku li.

    tapi orang macam aspan akan kata mahathir yang buat. dia akan spin kata bank bumi bukan bawah pengawasan kementeriaan kewangan.

    dia dah tak sesuai untuk zaman ini.

    pemikirannya hanya institution building, setup policy dan ingat boleh jalan sendiri.

    itu zaman birokrasi gomen.

    zaman skrg memberatkan management. anak raja mana tahu mgmt. asyik disembah oleh hamba abdi macam aspan

    ReplyDelete
  6. aspan tu di blog dia boleh la nak tunjuk lagak tulis artikel putar belit fakta sana sini. bila orang komen sanggah pendapat dia trus moderate tak keluarkan komen. skrg plak dok sibuk promote dap. strategi tak boleh pakai. target nak jadi calon dap di n9 sebab konon kalo pembangkang perintah maka dia akan jadi mbns. hahaha. aspan si penjilat kuli yang suka spin cerita sana sini. kesian org yg pecayakan org tua sesat tu. org bahagian pilah tak bagi perhatian kat dia. so meroyan la melutut pada dap.

    ReplyDelete
  7. Bilo den tengok ke2-2 teringat den isu bmf, pewaja & kpz. ckp gedegar tp bilo ajak kemahkamah terkucil shit! Bilo org tekan tanya, boleh pulak ckp aku dah nyanyuk lupo. Patutlah dipangil maha auta.

    ReplyDelete
  8. den raso Aspan boleh jadi leader. Buktinya dia dah mula kena bantai.

    kalau dio kuli, apo nak bantai dio? apo takut?

    den sokong u aspan. umno ni tau maki hamun sajo. orang yg suko maki hamun ni orang yg dah nak mati.

    ReplyDelete
  9. den ghaso oghang bantai aspan bukan sobab takut ngan dio. tapi sobab dio kok menulih kek blog dio tu manjang putar bolit. tak ceghito yg bonar. spin tak habih2. pehtu oghang cam den ni komen pertikai pendapat dio toghus tak dikeluar an. yg jilek nyokong dan puji dio bleh plak siarkan komen. terutamo komen menghentam drm ngan bn smuo dio siarkan. yg menyanggah bagi pendapek, komen moderate. ghamai yg kono camtu. jadi oghang mcm aspan tu ko yg ekau kato layak nk jd an pemimpin? sok yg stuju dongan dio yo boleh lopeh, yg tak stuju sok akan dibunuh? stakat aspan tu brani dalam blog yolah. habuk tarak. elok la dio copek beghambuih masuk dap. sejarah banyak kali buktikan, mereko yg kluar umno akhir eh tak kemano.

    ReplyDelete

Blog Archive