Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 27, 2011

Najib perlu umum kabinet bayangan BN sebelum PRU-13

1. Di zaman Paklah sebagai Perdana Menteri, setiap level pasukan Paklah akan bersuara dalam hampir ke semua isu-isu utama negara. Tak kiralah menteri ke, timbalan menteri ke, setiausaha parlimen ke, jusa ke, ketua pengarah ke, pengarah ke, etc. akan beri ulasan atas apa jua isu, dan komen mereka itu turut mendapat liputan meluas media.

2. Selepas 7 hari, barulah Paklah akan buat rumusan (macam fasilitator). Itupun apabila isu tersebut sudah tidak relevan dan basi. Itulah model kebebasan bersuara yang menjadi teras pentadbiran Paklah suatu ketika dulu. Musibahnya dipikul oleh kita semua hari ini terutamanya bangsa Melayu yang menjadi sasaran serangan dari segenap penjuru.

3. Kini di zaman Najib, trend yang sama masih lagi berlaku. Cuma bezanya hanya diperingkat menteri sahaja yang dibenarkan bersuara.

4. Namun malang pula apabila menteri yang bersuara itu agak paloi dan bingai. Mungkin ada yang akan mempertikaikan kami kerana menggunaan perkataan paloi atau bingai bagi menggambarkan tahap kecerdikan menteri warisan Paklah dalam kabinet Najib hari ini. Tapi nak buat macamana, dah ramai rakyat yang jauh lebih bijak daripada sang menteri.

5. Sebagai contoh kita ambil Ismail Sabri sebagai rujukan kes. Ismail Sabri sebelum ini telah mewar-warkan kononnya harga minyak akan dinaikkan. Kemudian rakyat jadi resah. Pelbagai spekulasi dimainkan rakyat dan sudah tentulah kerajaan BN yang menjadi mangsa serangan. Ditambah lagi perasa kononnya minyak akan naik sebanyak 20sen. Tetapi apabila terlalu banyak bantahan dikemukakan, tiba-tiba Ismail Sabri mengumumkan harga minyak kekal, dan kononnya keputusan itu bukan untuk mileage politik, tetapi kerana kerajaan faham kehendak rakyat. Bukankah ini strategi yang paloi dan bingai seorang menteri?

6. Mengapa isu subsidi dan kenaikan harga minyak ini tidak diselesaikan di peringkat kabinet saja. Apa perlunya bola tanggung diberikan kepada pembangkang dengan pengumuman awal kononnya harga minyak akan dinaikkkan? Adakah sang menteri sengaja nak test market untuk melihat reaksi rakyat, tetapi bila tengok rakyat marah, maka cepat-cepat ditarik balik keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak?

7. Inilah yang dikatakan 'Raja Kelakar'. Konon nak cari publisiti murahan melalui spekulasi kenaikan harga minyak dan kemudian sendiri pula umumkan harga minyak kekal. Nampak na paloi. Disebabkan keputusan bingai sang menteri, kerajaan dihujani peluru tidak henti-henti. Naikkan harga kena lepuk, kekalkan harga pun kena sepak. Hari ini pun masih lagi sang menteri nak berspekulasi berkenaan tarif elektrik. Kemon la brader...kemon!

8. Disebabkan ramai sangat menteri belawok dalam kabinet Najib hari ini, maka kami menyarankan agar BN menyenarai pendek setiap bulan, mana-mana menteri yang sering buat statement kelakar kepada rakyat di mana statement itu akhirnya menyusahkan kembali kerajaan.

9. Kami sudah ada senarai beberapa calon menteri, timbalan menteri serta ahli parlimen yang bakal ke peringkat akhir pertandingan 'Menteri Maharaja Kelakar' iaitu Hishammudin Hussein, Nazri Aziz, Ismail Sabri, Saifuddin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Idris Jala, Koh Tsu Koon, Wee Ka Siong etc.

10. Mungkin juga BN boleh beri anugerah khas kepada para menteri ini dengan gelaran 'Menteri Kelakar of the Month' dengan pelbagai pakej hadiah sampingan seperti 'Percutian di Rumah Buat Selama-Lamanya'.

11. Jika seseorang menteri itu telah beberapa kali menerima anugerah 'Menteri Kelakar of the Month', barulah beliau layak dinobatkan sebagai 'Menteri Maharaja Kelakar' beserta pakej hadiah 'Ditanam Hidup-Hidup di Jirat Cina'.

12. Dan mana-mana menteri atau ahli parlimen Melayu yang setiap bulan berhempas pulas menjawab dan mempertahankan bangsa Melayu daripada serangan bertali arus pembangkang termasuk dari dalam parti komponen BN sendiri, maka mereka juga wajar diberi pengiktirafan serta penghargaan tertinggi sebagai "Adiwira Melayu", sekaligus layak dipertimbangkan sebagai calon baru Perdana Menteri Malaysia.

13. Najib perlu menjadi trend setter dengan mengumumkan barisan kabinetnya sebelum PRU-13 bagi meraih semula kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti menteri dan timbalan menteri BN yang kelihatannya sering tidak senada sebagai satu pasukan. Lagipun rakyat terutamanya Melayu, sangat meluat dengan barisan kabinet Najib dengan pelbagai sikap lembik, bacul, lemah, paloi, bungko, bangang, bingai, kurang ajar, racist etc. sepertimana yang dipamerkan selama ini.

14. Kembalikan semula penghormatan dan kepercayaan rakyat melalui pengumuman kabinet bayangan BN sebelum PRU-13 agar rakyat lebih yakin untuk menterjemahkan keputusan mereka memilih BN melalui kertas undi.

15. Ada bran ka Najib?

4 comments:

  1. 'maharaja kelakar dan pembohong malaysia' sesuai diberikan kepada bapak anwar bin ibrahim kerana setiap kali dia bercakap rakyat akan gelak. muahahahahaha!

    ReplyDelete
  2. kalo najib umum awal barisan kabinet ramai pula yang akan kecil hati. silap-silap lagi teruk bn dan umno kena sabotaj. orang yang kecewa ni bukan bulih pecaya sangat. hilang jawatan terus boikot. demi agama bangsa dan negara konon. ptui.

    tapi aku setuju dengan nama nama menteri yang kamu sebut tu elok dibuang cepat. kalau mereka tu semua tak jadi calon bn akan datang lagiiiiiiiiiii laa bagus. buat menyakitkan mata dan hati je.

    ReplyDelete
  3. koi rasa najib ni takut hilang sokongan bahagian. mustahil la najib ni nak buang sepupu dia hisham tu. silap silap boleh gaduh besar satu family walaupun semua tahu betapa bangangnya hisham. banyak orang paklah najib kekalkan dalam kabinet semata-mata nak jaga hati paklah? atau najib dah tak tau nak pilih siapa dah sebab kebanyakan ahli parlimen yang paklah pilih takda otak belaka. soal yng dtanya ramai orang berani ke najib nak ketepikan ketua ketua bahagian umno dari di calonkan masa pru nanti.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik Najib lantik Khairy jadi timbalan dia....mesti SUUURRRR BN
    Menang besar PRU13

    ReplyDelete

Blog Archive