Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 14, 2011

HBN 2011

Pak Sedaro ambil kesempatan mengucapkan Salam 1 Belia 1 Malaysia kepada semua anak Malaysia yang ditakrif sebagai belia mengikut Seksyen 2 Akta 668, Tafsiran Belia ialah mana-mana individu berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun ialah belia.

Hari Belia Negara 2011 peringkat Kebangsaan dan Negeri akan dirayakan pada 15 Mei setiap tahun. Iaitu 2 hari selepas 13 Mei, diikuti dengan 16 Mei, Hari Guru.

Tahun ini Hari Belia Negara 2011 peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus akan berlangsung di KOMBES, Paroi. Model KOMBES sebagai ikon transformasi nasional dapat memberi teladan kepada seberapa ramai anak belia Negeri Sembilan untuk berhimpun, pada pagi bersejarah 15 Mei 2011.

Tahniah "in advance" kepada para belia yang akan menerima Anugerah Belia Negara 2011 seterusnya menempat diri dalam kalangan 14 anak belia Malaysia yang dicalonkan ke peringkat Kebangsaan dalam kategori masing-masing. Syabas BELIA MALAYSIA.

Syabas Negeri Sembilan Darul Khusus.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive