Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, February 12, 2011

GLC Aznam

Dr. Aznam tidak pernah berada dalam gelanggang penulis dan pemutar kunci Perkara 153. Dia memiliki PhD dan seorang penganalisa pasaran kewangan antarabangsa. Aznam tidak mengetahui secara tersirat apa makna Perkara 153 dan Perkara 152. Aznam jika ditemuramah sangat sukar hendak mengeluarkan sebutir patah perkataan berbau MELAYU!

Aznam sedang dicolek oleh pemberita fahaman Anwar Ibrahim sebenarnya. Dulu semasa zaman Dr.M, Aznam masih junior dan langsung tidak dipakai buah fikirnya. Hari ini dia dikelas sebagai senior dalam bidangnya di MTEN? Nampaknya makin ramai fahaman "KITA" petikan Zaid Ibrahim dalam kamus dan kalam-kalam pengurusan NEGARA.

Ingatlah wahai anak rakyat RAJA yang mengurus kepemimpinan NEGARA, bahawa janji Allah tetap benar. Andai kalian tidak diketuk ibarat pahat dengan penukul, maka Barisan Melayu akan tumbang.

Teori ISA sebagai Pengerusi FELDA, sama dengan teori Yusof Noor dulu. Teori seorang "un-performing minister" dari Pengerusi Suruhanjaya atau apa sahaja, atas baju politik merupakan "silent killer" kepada pasukan korporat yang tidak hadam ilmu Alif, Ba, Ta.

Aznam kena pergi KURSUS NAKHODA PERDANA DI RAJA MAUT dengan pasukannya untuk mengerti kisah seorang tua di gigi AIR.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive