Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 10, 2010

KABESA sesi 2010-2013

Pak Sedaro berminat untuk tulis kisah Alumni Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun Malaysia ini sobab tidak ramai yang sodar kewujudan program ini di Malaysia, dan kewujudan persatuan Alumni bekas pesertanya.

Program kapal belia mula belayar di muka bumi ini pada 7 Oktober 1974. Sejak tahun 1974 hingga 2009, seramai 1337 anak Malaysia pelbagai keturunan telah menyertai program berprestij ini.

Program ini diangkat oleh Divisyen Belia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai program termahal dan terbaik di dunia dengan kos perbelanjaan tahunan mencecah USD10 juta. Nama khas program ini ialah "The Ship of Southeast Asian Youth Programme" (SSEAYP) yang ditaja dan dikepalai oleh Negara Nippon-Go "Jepun" sejak 1974. Negara Jepun juga mewarta program yang hampir sama, dengan dinamakan "The Ship for World Youth" (SWY) [east bound & west bound] menggunakan vessel pelayaran yang sama, iaitu MS Nippon Maru, milik Mitsui OSK Liner. Nippon Maru atau Kapal Jepun ialah sebuah kapal persiaran yang boleh memuatkan 385 orang meliputi crew dan penumpang.

SSEAYP International Malaysia atau KABESA ialah sebuah NPO/NGO yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan, dan sewajarnya diiktiraf sebagai pertubuhan Alumni belia yang berwibawa dan berkarisma.

Sejarah penyertaan peserta ialah para pemimpin belia yang mengikuti pelbagai proses tapisan keselamatan dan saringan kelayakan, kerana beban dan amanah yang akan dipikul oleh setiap batang tubuh peserta sewaktu mengikuti cruise muhibbah SSEAYP amat getir, mencabar dan menduga kredibiliti bernegara, semangat patriotik dan nasionalisme. Namun, demikian saban tahun mutu yang ditonjolkan oleh sebilangan anak muda yang namanya belia, mengikut pendefinisian Akta PBPB 2007 amat kurang menyinar. Apakah belum terbit BULAN PERNAMA? Atau kita masih kelam KESIANGAN?

Semalam, Pak Sedaro difahamkan KABESA telah bermesyuarat agung kali ke 31 sebagai sebuah oraganisai yang wujud. Nampaknya umur KABESA juga sudah senior belia. Dimaklum juga rejim kabinet baru telah terbit untuk menakhoda zaman mencabar sesi 2010 hingga 2013. Inilah cabaran yang makin menyengat jiwa raga...khasnya bila kebanyakan persatuan kena berdikari. Apo lagi KABESA, kerana walaupun ditempat pada maqam yang tinggi di Kementerian Belia dan Sukan, KABESA bukanlah sebuah organisasi di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia, walaupun 50% ahli masih berumur di bawah 40 tahun. Kito tengok apo reaksi Ahmad Shabery Cheek dalam isu ini? Apo ko jadah jadi montori, prerogatif dan kuasa autonomi meminta GERAN BANTUAN KHAS untuk KABESA pun tak boleh buat...?

Ini perkara YAB PM, DS Najib sebagai bekas menteri belia dan sukan, juga YAB TPM, TS Muhyiddin sebagai bekas menteri belia dan sukan kena SEMAK semula, dan beri levi tertentu. Kerana 1337 manusia yang pernah ikut SSEAYP ialah "hardcore" dan die-hard Barisan Kita. Semua 1337 ialah motor dan jentera berat RAKYAT di peringkat akar umbi, mereka patriot dan pejuang BN yang tidak kenal penat lelah.

Hari ini, KABESA sesi 2010-2013 nampaknya akan memulakan tugasan "GILA-GILA" dan PUKULAN MAUT kepada YB Menteri Belia dan Sukan. Hari ini, KABESA sesi 2010-2013 sedang mendayungi bahtera MERDEKA yang sedang diperbaiki dan ditambah baik, maknanya, kelompangan akan wujud sekali-sekala.

Siapa antara mereka dalam KABESA? Hebat sangatkah bekas-bekas peserta ini? Berasaskan rekod, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Menteri, Ketua Pengarah JBSN, Pegawai PTD, Usahawan, Setiausaha Politik, Budayawan, Pemimpin masyarakat Orang Asli, dan pemegang-pemegang Anugerah Belia Negara dan ramai lagi merupakan graduan kepada program SSEAYP. Mereka ini ahli KABESA secara automatis.

Pak Sedaro cumo dodahkan selak kain yo...tak payah dedalam bonar. Kito nak nengok apo reaksi Montori orang Kemaman ini? Apo responds PM dan TPM? Ini penting kerana dalam rekod di Malaysia, inilah tag-team bekas Menteri-menteri Belia dan Sukan menjawat kerusi paling pentadbiran eksekutif tertinggi untuk Malaysia. Kita kena tunggu maklum balas mereka...

Ini kerja SuSK, SUS dan SuPoL depa untuk approach KABESA nampaknya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive