Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 27, 2010

IPS: Sejarah Nama UMNO?

Youtube yang dipapar oleh IPS dalam facebooknya dengan "confident MAUT" berhujah tentang asal-usul nama UMNO. Kepada pembicara tersebut, Pak Sedaro posan kalau tak mengaji ilmu sanad PEKEMBAR jangan cuba pancing minda cacar-marba audien.

IPS juga kena saring dengan baik perkara yang benar. Nampaknya IPS seronok mensensasi kisah tersebut dalam konteks berbeza. Pak Sedaro kono betulkan bahawa UMNO bukan asal AMANU'...itu bunyi terengganu...

Tiada istilah dalam perbendaharaan kata semasa hendak dinamakan UMNO. Asal persetujuan mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru yang dihadiri hampir 523 orang, terdiri daripada pihak istana, anak-anak raja, bangsawan, pemikir, pendidik antara yang boleh disebut ialah Zainal Abidin Ahmad, Mahathir Mohamad, Abdul Razak Hussein, Tunku Abdul Rahman Putra, Onn Jaafar, Abdul Wahab Bukit Gantang, Aisyah Ghani, Ramlah Kassim, Tunku Jaafar Tunku Abdul Rahman, Pak Sako, Samsiah Fakeh, Ahmad Fuad, Abdullah Fahim, Abu Hassan Azhari yang mewakili 214 persatuan/perikatan/pertubuhan Melayu.

Mereka bersetuju untuk bersatu dalam pasukan yang dinaman Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR, yang apabila dibahasa penjajah akan Inggeris ianya United Malay National Organization.

Pak Sedaro nak posan kepada pembicara dalam Youtube ini supaya poei berguru tentang sanad dan nasab UMNO atau PEKEMBAR daripada Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, kerana inilah insan Melayu kelahiran Bogor yang mencipta reka Panji UMNO yang berkibar megah hingga hari ini.

Pak Sedaro nak posan kepada ramai pembicara/penutur/pemidato/penghujah/pencacai/pelobi/dan balaci-balaci UMNO yang tak punya pengertian mendalam tentang usul dan rukun asas PEKEMBAR@UMNO untuk mencari dan merujuk kepada Veteran yang hari ini umur mereka sekitar 85 hingga 95 tahun. Baik mereka hari ini masih UMNO, atau pun PAS. Nik Aziz Nik Mat pun tahu sejarah UMNO. Deiii tamby malu lah sikit....Usah bicara Sejarah Nama UMNO, jika pereka bendera UMNO pun tak tahu, Lagu UMNO dicipta pun tak tahu, Asas bagaimana perlembagaan UMNO dicipta pun tak tahu, apakah rahsia sebenar pakaian putih dan merah? Apakah rahsia sebenar Keris dan Dastar Dendam Tak Sudah yang menjadi wasiat serta wasilah perjuangan PEKEMBAR@UMNO dulu..kini...selamanya....Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive