Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, September 2, 2010

Generasi 90an

Pak Sedaro fikir tibo masonya, untuk diorientasi anak-anak yang lahir selepas tahun 1990an. Hari ini, 85% daripada mereka "buta" Perlembagaan Persekutuan. Nurrul Izzah binti Anwar Ibrahim ialah sampel kajian yang baik.

Dia sudah menempelak perihal Perkara 153 dan Perkara 152? Ramai lagi yang bersekutu dengan Nurrul Izzah ini, nasib baik dah menikah.

Program Latihan Khidmat Negara merupakan venue yang berkesan untuk pendedahan Perlembagaan Persekutuan 1957. Sesi Orientasi Pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia, juga venue yang strategik untuk pendedahan Perlembagaan Persekutuan 1957. Sesi Orientasi untuk pelajar Tingkatan 5, di semua sekolah berasrama penuh Kerajaan, dan asrama bantuan kerajaan juga venue yang berkesan bagi program pendedahan Perlembagaan Persekutuan.

Semua kakitangan awam, baik yang baru menjawat jawatan mahu pun yang bakal pencen, selagi namanya MAKAN GAJI BULAN Kerajaan Malaysia, mesti melalui proses pendedahan Perlembagaan Persekutuan, bukan sahaja untuk PTK atau naik pangkat atau SSM, tidak kiranyalah apa jua jawatan mereka, rekod setiap batang tubuh insan yang dibayar GAJI BULANAN oleh Kerajaan Malaysia, mesti ikuti proses ini.

Perlembagaan Persekutuan 1957 masih belum disebar secara berkesan kepada 50% rakyat Malaysia. Akta Hasutan 1948, Akta Darurat 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966, dan hari ini Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007, semuanya ada pertautan antaranya.

Semua Akta ini, memberi penekanan khusus kepada Perkara 3, Perkara 32, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 160.

Hari ni, generasi 90an masih "meroyan" dan "gila batak" dalam berhujah tentang Negara Bangsa, Pakatan Melayu dan Pakatan Rakyat? Mereka lupa bahawa Malaysia itu maknanya Bumi Tanah Melayu, mereka lupa bahawa Melayu itu ialah Bangsa Teras dan Sungai Utama, ketamadunan kemerdekaan Negara ini. Mereka lupa bahawa Melayu ialah koordinator kepada kemuncak kejayaan bumi ini. Mereka lupa bangsa imigran Cina dan Keling telah bersetuju untuk menikmati kemerdekaan ini secara ukhuwah berasaskan perjanjian "Selagi ada Bulan, Bintang dan Matahari". Mereka lupa bahawa yang namanya Ketuanan Melayu itu jualah Ketuanan Rakyat. Sebab itulah namanya Negara Bangsa Malaysia, semua keturunan kaum-kaum lain merupakan kandungan kepada Ketuanan Melayu = Ketuanan Rakyat.

Kepada pasukan Kumpulan Ajaran Komunis, Kumpulan Ajaran Yahudi dan Kumpulan Ajaran Komunis & Yahudi, perwakilan kepada DAP, PKR & PAS..., yang hari ini dilihat begitu galak dan taksub dalam memperjuangkan skema-skema Komunisme dan Zionisme di Bumi Tanah Melayu ini, Pak Sedaro minta kalian andai Muslim bertaubatlah sebelum dimatikan, andai Belum Muslim bertaubatlah sebelum dikojolkan...Kita tidak mahu melihat anda sekalian dikebumikan sebagai "anak derhaka kepada bumi bertuah ini."

No comments:

Post a Comment

Blog Archive