Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, April 5, 2010

P.153: PAS nampak BODOH?

Ketua Penerangan PAS menulis dalam Harakah perihal UMNO dan P.153. Apa itu P.153? Perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu. 153(1) Adalah menjadi tanggungjawab YDA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. Maka, beranjutlah ia dari 153(1) hingga 153(10).

Pak Sedaro menilai analisa wacana Ketua Penerangan PAS ada pemberat tertentu, yang perlu diperhalusi oleh UMNO. Khasnya perihal Tanah Rezab Melayu yang makin menyusut pemilikan, yang juga banyak sangkut di Amanah Raya, khasnya tanah-tanah milik Pusaka dan Tanah Adat. Isu premis-premis perniagaan strategik dan pendekatan pemerolehan Bandar Baru yang dibina oleh Pemaju Kaum-kaum Lain mahu pun Rakyat Raja. Isu Agenda Melayu di kalangan Penjawat Awam bertaraf Turus, JUSA A, JUSA B, JUSA C yang punya bidang kuasa tugasan tertentu di semua peringkat Kementerian, Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun. Isu perolehan Tender dan kontrak Kerajaan. Isu pemberian bantuan kewangan merujuk kepada P.109 yang amat wajar diperjelas secara teknikal dan spesifik berasaskan kes demi kes.

Namun demikian, Pak Sedaro nampak wujud kebodohan PAS dalam memungut bicara P.153. PAS sewajarnya mempelawa UMNO untuk berbincang secara ilmiah dan praktikal, dalam usaha merasional pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaat oleh Rakyat Raja. PAS sebenarnya membuat "subject diversion" kerana pokok bicara mereka soal Wang Ehsan Petrolium, yang disalur kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. PAS hingga hari ini GAGAL memberi makna secara ADAB dan ADAT soal P.153 kepada Rakyat Raja di Kelantan. Juga tidak BERANI membentang kemelut P.153 khasnya untuk diperdengar oleh DYMM Al-Sultan Kelantan, kerana Raja Pemerintah Negeri-negeri Melayu mempunyai Kuasa-kuasa khas dalam usul bicara P.153.

Perginya Tok Janggut atau nama sebenar Haji Mat Hasan yang disalai kering oleh Inggeris merupakan manifestasi yang perlu dikaji mendalam oleh rakyat Raja. Arwah Tok Janggut ialah insan patriot, ilmuan agama dan seorang nasionalis yang berpaksi "ESQ 165". Sungai Kelantan jika boleh berkata-kata, akan bercakap, andai tidak kerana Tok Janggut...maka, kalian anak Kelate sudah pasti tidak menjenguk matahari hari ini. Urat nadi Almarhum Haji Mohd Hasan, ialah denyut dan degupan Rakyat Raja, hari ini.

P.153 ialah implikasi yang diwasiat oleh wasilah perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Tok Kenali, Tok Bahaman, Tun Pepatih Pinang Sebatang, Raja Ali Haji, Tun Temenggung, Tuan Tulis, Sheikh Haji Mohamad Said, Raja Banjar dan Sheikh Abdullah Fahim.

P.153 bukan dibincang di meja rakyat mahu pun Ahli Parlimen. P.153 ialah wahana ilmu Majlis Raja-Raja Melayu. Maknanya, siapa pun kalangan insan yang BENAR "bin/binti" yang ditafsir siapa itu Melayu dalam P.160, sesungguhnya TIDAK BERADAB DAN BERADAT dia membicara perihal ehwal P.153 kecuali di bawa mengadap ke hadapan DYMM Raja-Raja Melayu.

UMNO + PAS = Celiklah Akal+Celiklah Adab+Celiklah Adat = Supaya Keturunan Melayu Selagi Adanya Matahari+Bulan+Bintang menjadi Insan Penuh Ehsan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive