Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, November 8, 2009

Apabila Orang Kelantan Bercakap Loghat N9


1. Semasa menyaksikan kepulan asap mercun yang memenuhi ruang Stadium Bukit Jalil, ditambah pula dengan limpahan botol yang dibaling ke tengah padang sehingga mencederakan petugas dan wartawan, beserta kerusi dan tong sampah yang dibakar; perkara yang terlintas difikiran kami ketika itu ialah "Membangun Bersama Isle" serta slogan "Pembangunan Kerohanian" sepertimana yang sering diwar-warkan kerajaan negeri Kelantan.

2. Walaupun kami tidak sepatutnya bersikap prejudis terhadap penyokong pasukan Kelantan yang mungkin tersalah asuhan keluarga, sebagaimana prejudisnya segelintir pembaca yang gagal menafsir maksud tersirat dalam artikel-artikel kami sebelum ini; namun kami tidak boleh mengelak untuk mempersoalkan "Jenis pembangunan rohani dan Islam yang bagaimanakah cuba diterapkan oleh kerajaan Pas Kelantan kepada rakyatnya?"

3. Tambahan pula, bendera Pas yang dikibarkan oleh penyokong pasukan Kelantan sebelum bermulanya perlawanan akhir Piala Malaysia semalam yang bukannya bendera negeri sebagaimana lazim dilakukan penyokong pasukan lain; secara tidak langsung telah menambahkan lagi kemusykilan di benak kami.

4. Pihak mana yang sebenarnya Asobiyyah?

5. Namun apa yang mencuit hati kami sebaik selesai pertandingan akhir Piala Malaysia semalam, kedengaran sekumpulan penyokong pasukan Kelantan secara berseloroh telah bercakap loghat Negeri Sembilan.

6. Antara ayat yang dituturkan, "Eden puah ati monang" sambil disambut hilai tawa rakan-rakan mereka. Tiba-tiba dah tak mengaku orang Kelantan?

7. Walaupun agak kelakar bunyinya apabila loghat Negeri Sembilan dituturkan dengan slang Kelantan, namun pada kami ia merupakan isyarat kepada agenda perpaduan yang ditolak oleh kepimpinan Pas.

8. Tahniah kepada PBNS kerana telah berjaya menjulang Piala Malaysia edisi ke-84.

9. Janganlah pulak lepas ni kena tunggu lagi 61 tahun untuk menjulang kembali Piala Malaysia.

16 comments:

  1. salam..

    jangan kaitkan sukan dengan politik..
    nik aziz sendiri tidak berpuas hati apabila ada penyokong kelantan yang mengibarkan bendera pas..tak timbul asobiah atau tidak kerana bola melangkaui sempadan politik dan kenegerian..sebagai orang johor, saya menyokong kelantan meskipun terkilan dengan tindakan beberapa( daripada 60 ribu)penyokong yang bertindak diluar batasan..

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Encik Fazli,
    Apa kata, saudara nasihatkan penyokong-penyokong Kelantan supaya JANGAN MEMPOLITIKKAN sukan bola sepak ini dengan membawa bendera parti PAS. Kibarkanlah bendera negeri.. BUKAN BENDERA PARTI.

    Sebelum kita nasihatkan orang lain, lebih baik nasihatkan orang yang paling hampir dengan saudara..iaitu sesetengah penyokong Kelantan yang TERSANGATLAH ASSABIYAHNYA.

    Amacam, boleh?

    ReplyDelete
  3. En fazli saleh esey raso tuan ni asal kelantan dan menetap di Johor..dari ayat2 tu nampak sangat simpati saudara kepada keganasan kelantan samada dalam padang atau luar padang...pemain dengan penonton sama sahaja....ini yang kita katakan salah asuhan....Pas( parti Asuhan Salah).....jahanam punyai Hampas

    ReplyDelete
  4. rasa nak tergelak pun ada bila tengok gelagat penyokong kelantan ni...

    agaknya kalu kelantan menang, maka bertambah riak lagi mereka.....

    hish hish bola bola,... aku tgk penyokong N9 cool aje....

    bagi penyokong kelantan....tepuk dada tanya lah iman....

    ReplyDelete
  5. penyokong kelantan tidak setia.

    ReplyDelete
  6. Dah nampak dan dah tahu pemain kelantan tertekan, berikan semangat dengan balingan suara dan tepukan gemuruh BUKANNYA balingan mercun dan meninggalkan stadiaum. Amat memalukan tingkahlaku penyokong kelantan. Contoh lain, keputusan mahkamah memihak kepada mereka, mahkamah bagus tetapi jika keputusan tidak memihak kepada mereka, mahkamah tak baik bagus dan macam-macam lagi. Siapa mereka dalam petikan ini, fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  7. Salam Ziarah...

    Sudah terang lagi bersuluh.Ni lah yang diajar oleh pemimpin PAS terhadap sebahagian rakyat Kelantan yang terlalu biadap dan suka merosakkan harta benda awam.Lepas ni FAM kena buat sesuatu kalau Kelantan masuk final lagi penonton depa jangan bagi masuk stadium tengok dalam tv cukup.Biaq la depa nak bakaq tv ka nak bakaq rumah depa ka nak baling batu bata ka nak buat pa saja ka kat rumah sendiri tak dak sapa nak kacau .

    ReplyDelete
  8. Inilah ajaran PAS supaya membenci sesiapa yg tidak sealiran dengan mereka.Biarlah kamu bijak pandai, alim ulamak mesti kena kalau tak sokong mereka.Inilah ajaran berpuluhan tahun di Kelantan supaya benci kepada sesama manusia kerana politik.Ambo oghe pasir mas.Ambo tahu gapo ambo ghoyat.

    ReplyDelete
  9. Dah mulo dah PM ni mengarut....apo cito ni pak sedaro...org cito bola, buek lah cito bola, ini tak momanjang yo kona sinun, kona sini...kadang2 tu sajo yo nak ambil kesempatan buat mcm provoke sendiri spt pasang bendera PAS, lps kutuk lah...ini kojo tak elok lah...cito bola, usah sampai masuk politik...

    Tapi presiden KAFA sapo jang??? Annuar Musa kan?...Annuar Musa pulak sapo jang...?dio kan salah seorg pemimpin UMNO Kelantan kan?

    Jadi eh...bilo bola kelantan dipimpin olh org UMNO (UMNO cukup dikenali sbg kaki brutal dan samseng)maka kito pun dah agak lah ini kojo sapo kan...ini semua kojo UMNO lah...Annuar Musa yg tak reti nak disiplin kan penyokong dio kerana dio pun sama gedebe gak....2x5 lah...

    ReplyDelete
  10. sian pak pok. smua benda pun dia nak konar gak kat umno. pas buat baiah bongok pun umno gak salah ke pak pok? hehehe. kesian org mcm ni. nnt kalo anak kau perangai mcm setan, umno gak ke yg salah pak pok?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  11. Pak Bak...
    nnt kalo anak kau perangai mcm setan, umno gak ke yg salah pak pok?

    Den kato plak...

    Memang lah nijam dah ramai bona anak2 berparangai macam setan hatta lbh jahat dari iblis, kerana apo? kerano selagi UMNO ini hidup selagi itulah semua ummat melayu islam akan menghala menjadi setan (lu tgk lah sendiri)....sobab itulah kalau nak jadi setan, sokong lah UMNO...den pun agak anak ekau kok memang dah lamo jd mcm setan kerano ekau pun dah lamo mendukung perangai UMNO yg mcm setan tu kan...sian Pak Bak dan anak2nya...he..he.

    ReplyDelete
  12. bangang hompuk ni. bukan ko Allah firman bahawo setiap manusia tu menanggung dosanya sendiri. bodoh piang. smua bondo nak salahkan orang lain. anak kau perangai iblis laknat lagi mau salahkan umno. ada akai ka tarak? PTUIH. sapo corak anak2 kau? bukan kau sendiri ko?

    ReplyDelete
  13. hehehe
    jangan emosi la..
    biaq pi la dgn diaorang..
    kita jaga diri hiasi peribadi..
    ajaq anak anak buat perangai elok..

    ReplyDelete
  14. Salam PM,
    Den raso tak payah la nak politikkan final piala malaysia tu.. yang monang tahniah..
    bg kelantan cubo laie.. N9 ponah kalah final 2000 & 2006.. walaupun kalah kitorang balik dari stediem totap buek lawak dongan golak-golak..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  15. rallistik la skit...
    pado den apo salahnya mempolitikkan sukan...suma prkara dlm dunia pun kena berpolitik kecuali agama allah...politik satu subjek yg baik.yg jd hancus bila org politik mmpergunkan politik utk kepentingan perut dan bawah perut...

    klu nak bandingkan antara nik aziz,anwar musa.brahim ali...sapa nampak brutal?hahaha mesti la anwar musa ngan brahim ali,so...yg ganas tu geng2 depa laa...

    tapi den raso klu byk bndera Bn ameno brkibar grnti isu ni tak kuar...

    ReplyDelete
  16. puak2 assobiah PAS jah hok dok kibar bendera parti PAS dlm stadium!!
    x dok org N9 kibar bendera UMNO!!
    realistik???
    kena btg hidung sendiri br nk pikir pasal realistik!!
    nik aziz nampak je baik(x ganas),gi haji pun pakai duit rasuah!!

    ReplyDelete

Blog Archive