Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, October 20, 2009

Sektor Kritikal dan Strategik Negara

SKSN memerlukan KPI dan NKRA yang lebih fokus dan khas. Apakah disiplin atau fakulti yang boleh dikelas sebagai SKSN? Begitu ramai yang membaco Paneh, tak nampak lagi, yang peka dan sensitif untuk pantau aspek kritikal dalam usaha meneruskan kelangsungan kemerdekaan tanah air ini... Kalu mendengar bicara dan bualan rakan PAS+PKR+DAP+PSM, tak pernah solosai isu-isu picisan dan ranting. Kalu mendalami bicara dan bualan rakan UMNO+MCA+MIC+GERAKAN+PBS+PBDS+sebagainya, tak pernah beres isu-isu sensasi dan dahan.

SKSN sebenar kepada Negara ini, apa dia? Apakah cukup dengan metodologi 1 Malaysia? Atau cukup sekadar omongan 1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan? Atau sekadar retorika Pegawai-Pegawai Kanan Atasan Kerajaan Malaysia dengan mekanisme Good Governance dan Effective Public Administration Services serta Integrity?

Atau apakah rakyat yang berbondong-bondong di Kota Metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang masih meneguk air yang keruh? Atau kepesatan bandar seperti Ipoh, Kuching, Miri, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka Bandaraya Bersejarah belum bertunas untuk rakyat majmuk? Apakah Ibu Negeri seperti Seremban, Alor Setar, Kangar, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan masih dirundung dan dipencilkan?

Ke manakah haluan NCER? ECER? Iskandar Malaysia? SCORE? Apakah semua Wilayah Pembangunan Ekonomi ini berfungsi sebagai pengkabur minda rakyat atau pengkabur kecerdikan rakyat? Apakah dengan diwar-warkan Lego Land Malaysia di Iskandar Malaysia dan sebuah lagi Taman Tema di Iskandar Malaysia boleh melelapkan mata rakyat? Sudah tentu tidak tertanding oleh kita dengan Ferrari World di Dubai ang dinobat Taman Tema Terbesar di Dunia.

SKSN jika diurut daripada lontaran kenyataan Tan Sri Nor Mohamad Yackop, Menteri jaga EPU, yang mengatakan tiada lagi projek Mega, yang ditumpukan ialah projek untuk pembangunan rakyat, berimpak besar dan meningkat kapasiti pembangunan pendalaman? Apakah ini kenyataan berasas kebenaran aau kenyataan bersandiwara supaya kisah Konsesi Bertol yang digilai oleh sekumpulan pemain yang dikatakan mampu menjimat RM114 billion wang kerajaan sehingga 2038? Atau kisah laluan Keretapi Berkembar Utara-Selatan bernilai hampir RM12.56 billion? Atau kisah Jambatan Scenic JB-Singapura bernilai sekitar RM2.7 billion? Atau kisah Pembangunan Kota Metropolitan Kuala Lumpur yang dikuasai oleh pasukan tertentu bernilai RM15 billion? Atau capaian Jambatan Melaka ke Sumatera atau melalui Terowong Laluan Bermotor Bawah Laut bernilai RM25 billion? Atau capaian pembangunan LRT ke lokasi-lokasi baru bernilai RM10 billion...dighaibkan daripada kerangka fikir rakyat..?

SKSN apa sebenarnya yang dibutuhi oleh warganegara Malaysia dan pelawat asing...? Pak Sedaro fikir sudah tibo maso Kumpulan Pemikir dan Bertindak EPU, JPM dan Pejabat Perdana Menteri baco Paneh ini secara halus dan tajam fikiran...Rakyat memerlukan:-

1. Polisi dan Dasar Negara yang khusus secara konsisten dalam hal ehwal Pelajaran peringkat Pra-Sekolah, Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas...yang mensabitkan soal Perkara 152, iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Yang tidak akan diubah dalam jangka waktu sesuai. Sistem pengajian pelajaran akademia bukan caranya menduga kepentingan bahasa. Malaysia telah terlalu kerap merubah jiwa dan watak sistem pendidikan nasional, sehingga hari ini tiada satu generasi pelajar yang boleh disifatkan memahami apa itu Pelajaran dan Pendidikan Persekolahan Malaysia. Kertas Rahman Talib, Kertas Tun Razak, Gesaan Pendeta Za'ba sudah ditelan zaman yang tidak dikenali oleh GENERASI semasa. Fikirkanlah!

2. Sistem kewangan Islam dan sistem pengurusan ekonomi Islam di Malaysia masih peringkat bayi. Perolehan menerusi kaedah Dinar Emas masih belum diterokai sewajarnya oleh negara-negara Islam Dunia melalui OIC. Malaysia yang berfikir untuk memberi kesan alternatif mesti harus bertindak secara berkesan dan cekap dalam skema, taburan ekonomi penguasaan Yahudi ini. Mulalah berfikir untuk menggalak pecahan sistem matawang dunia secara USD dan Dinar Emas.

3. Pengagihan kekayaan sebenar yang bagaimana diperlukan oleh rakyat? Apakah peluang kerjaya? Atau potensi projek-projek khas yang dimulakan secara konsisten oleh Jawatankuasa Pemantau Projek tertentu? Atau tidak sudah-sudah diberikan kepada kumpulan Tan Sri, Dato' Seri, Datuk, Dato', pi mai-pi mai orang tu jugak yang dapat? Dah kaya makin kaya...Wang Zakat tak pernah meningkat...yang PARIA makin MEREMPAT! Apakah ini wajaran yang dipertimbang oleh Kerajaan Malaysia?

4. Sudah banyak Pak Sedaro coret dalam tulisan terdahulu, berkenaan apa yang boleh dibuat dan menjana ekonomi secara fiskal dan mikro kepada rakyat pelbagai kategori dan segmen demografi kepentingan. Cuma, apakah kita punya Sumber Dana yang Cukup untuk menanggung semua pembangunan TERAS? Apakah teori Kerajaan Malaysia lebih sanggup dan bersedia BERKORBAN demi RAKYAT daripada menanggung defisit Belanjawan Pengurusan Negara? Kita sudah menjejak defisit belanjawan sebanyak 7%, kesan daripada Suntikan Kedua sebanyak RM 60 billion, jadi apakah Kerajaan boleh lagi menampung defisit sehingga mencecah 15% SEHINGGA tahun 2012? Dengan kedudukan defisit demikian, besar kemungkinan Nilai Ringgit di pasaran kewangan dunia akan menyusut daripada kedudukan hari ini. Apakah Rakyat bersedia menanggung-Nya? Atau apakah Kerajaan Malaysia perlu mencari Pemodal Luar Negara untuk merancak sektor ekonomi dan keusahawanan Nasional dengan suntikan Pelaburan sekitar RM200 billion? Jika Konsep Juragan Langit Terbuka diamali, maka Pak Sedaro fikir Kerajaan Malaysia mampu memperoleh RM300 billion dalam masa 15 bulan sebelum diunjurkan RMK-10 yang disumbang daripada luar negara. Jika Rakyat bertambah dari 26 juta kepada 29 juta, maka Pendapatan Per Kapita pada masa diumumkan RMK-10 dijangka RM36 ribu hingga RM60 ribu setahun oleh satu isirumah yang sederhana. Maknanya, seorang yang bekerja boleh menerima Upah/Gaji/Ganjaran sebanyak RM 3,000 hingga RM5,000 sebulan, berbanding pada masa kini sekitar RM 1,800 hingga RM 3,000 sebulan.

Namun demikian, segala kerakusan semasa dan masa depan MESTI diKAWAL dan terKAWAL. Jika tidak, waima banyak manapun pendapatan bulanan, nescaya ke REBAN dan ke LAUT jugalah.

5. Pokok perbahasannya ialah Dunia diasak dengan keperluan dan kehendak Teknologi. Tapi yang pasti setiap insan masih perlu MAKAN, MINUM, TIDUR, BERLARI, MEMBACA, BERIBADAT DAN BEREHLAH. Selagi namanya insan, selagi terbitnya matahari di Timur, selagi gerakan Bumi ini tidak terseleweng, maka umat Manusia masih berperanan. Apakah pandangan pembaco budiman?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive