Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 24, 2009

Generasi muda bakal beralih arah

Berikut antara petikan Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia, Mohd. Najib Tun Razak;

Memajukan Sektor Pertanian

1. Bak kata orang tua-tua, berbudi pada tanah akan tentu membawa hasilnya. Ternyata, lapangan pertanian merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting pendapatan rakyat di luar bandar dan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan yakin sektor ini berupaya dipertingkatkan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menjana ekonomi rakyat. Oleh itu, transformasi sektor ini perlu dipergiatkan bermula daripada peringkat tanaman hingga ke pemasaran hasil pertanian. Proses ini membabitkan program menarik lebih ramai usahawan tani muda, menggalakkan amalan pertanian terbaik dan menaik taraf prasarana pertanian. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa satu peruntukan besar sejumlah 6 bilion ringgit akan digunakan untuk sektor ini seperti berikut:

Pertama: Menaik taraf dan membaik pulih sistem infrastruktur pengairan dan saliran di dalam dan luar jelapang padi. Nikmatnya akan melimpah ruah kepada seramai 180 ribu petani dengan peruntukan sejumlah 137 juta ringgit;

Kedua: Tahun depan, sejumlah 70 juta ringgit telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan projek Empangan Paya Peda di Terengganu. Ini pastinya akan membawa kemudahan kepada ramai pesawah apabila keupayaan bekalan air Skim Pengairan Padi daerah Besut ditingkatkan;

Ketiga: Berita baik kepada industri akuakultur. Sejumlah 82 juta ringgit akan diagihkan manfaatnya kepada lebih 1,150 peserta dalam memodenkan industri akuakultur serta melaksanakan skim latihan pengusaha dan penternak akuakultur. Penumpuan akan diberikan kepada pembenihan perikanan dan pembangunan ikan hiasan;

Keempat: Tidak lupa kepada industri tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung walit, Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak 149 juta ringgit;

Kelima: Untuk membangunkan prasarana keperluan asas ladang ternakan dan mewujudkan rantaian bekalan dalam industri pengeluaran daging lembu dan kambing, peruntukan sejumlah 58 juta ringgit telah dikhaskan; dan

Keenam: Kita akan melaksanakan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia serta graduan menjadi usahawan tani berjaya. Program ini akan dijalankan secara kerjasama di antara Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Putra Malaysia, AgroBank dan Wilayah Pembangunan Koridor.

2. Sejajar dengan matlamat ini, saya gembira dengan agenda FELDA untuk menjadi gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan hasil tanaman berskala besar. Kawasan tanah lapang di penempatan FELDA akan ditanam dengan tanaman seperti cili, terung, bunga kantan dan pisang. FAMA akan membantu memasarkan hasil tanaman tersebut. Selain itu, pada 23 Ogos yang lalu, saya telah menyarankan FELDA, FELCRA dan RISDA bekerjasama mewujudkan satu konsortium bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran dan huluan berimpak tinggi.

3. Sukacita ingin saya umumkan, bahawa konsortium usaha sama ini akan ditubuhkan pada akhir tahun 2009 dengan modal berbayar sebanyak 300 juta ringgit, iaitu 100 juta ringgit daripada setiap agensi tersebut. Konsortium ini akan terbabit dalam perkongsian teknologi, pengurusan perladangan, kerjasama perniagaan termasuk aktiviti pembekalan dan pemprosesan keluaran pertanian.

4. Manakala, bagi memastikan hasil pertanian negara dapat dipasarkan ke luar negara dengan lebih cekap dan cepat, usaha penambahbaikan kemudahan kargo perlu dipertingkatkan. Untuk ini, MASkargo akan meningkatkan kapasiti kemudahan kargo udara bagi pengedaran hasil pertanian yang mudah rosak untuk dieksport. Langkah ini akan dapat membantu pengusaha untuk mengeksport lebih banyak hasil pertanian.

Menjaga Kebajikan Golongan Pelajar

5. Selain itu sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan:

Pertama: Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau crème de la crème berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;

Kedua: Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010;

Ketiga: Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah. Untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan

Keempat: Menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh 2 tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioriti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah.

Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Menggilap Kemahiran Tenaga Kerja

6. Usaha berterusan akan diambil untuk melatih dan menggilap tenaga kerja supaya menepati keperluan pasaran. Kualiti tenaga kerja akan dipertingkatkan dengan pendidikan dan latihan yang bersesuaian. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan:

Pertama: Menyediakan 1.3 bilion ringgit bagi membiayai pengurusan dan menaik taraf politeknik dan kolej komuniti serta menyediakan peruntukan kepada tabung pinjaman pelajaran untuk 32 ribu pelajarnya;

Kedua: Memperuntukkan 504 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf serta menyelenggarakan peralatan di Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi;

Ketiga: Menyediakan 438 juta ringgit kepada Institut Kemahiran MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA serta Institut Kemahiran Belia Negara

juga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara untuk tujuan pengurusan latihan termasuklah menaik taraf institusi;

Keempat: Menyediakan 110 juta ringgit kepada pusat latihan kemahiran negeri dan institusi latihan terpilih bagi menjalankan program latihan industri, terutamanya dalam bidang teknikal, hospitaliti, kulinari serta perabot; dan

Kelima: Mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 4 dan ke atas supaya setaraf dengan aliran akademik. Dengan pengiktirafan ini, pemegang SKM tahap 4 layak memohon untuk berkhidmat di sektor awam, manakala bagi mereka yang berkhidmat di sektor swasta dapat menikmati gaji setaraf dengan pemegang sijil diploma.

Memerangi Rasuah

7. Ke arah masyarakat yang bersih dan dihormati, Kerajaan menjadikan salah satu NKRA yang utama untuk memerangi rasuah. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan persepsi masyarakat dalam membanteras rasuah di kalangan anggota penguat kuasa dan pentadbiran awam serta memastikan proses juga prosedur Perolehan Kerajaan dipatuhi. Langkah ini akan dapat memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa. Untuk melaksanakan NKRA ini, Kerajaan akan:

Pertama: Menggubal Whistle Blower Act bagi menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salah laku yang lain. Akta ini akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. Akta ini akan diperkenalkan pada tahun 2010;

Kedua: Menubuhkan 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan 4 buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah. Pada masa ini, hanya terdapat 2 buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan 2 lagi di Shah Alam; dan

Ketiga: Meningkatkan usaha memperbaiki imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk, mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

Menstruktur Semula Skim Subsidi Minyak

8. Minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing. Keadaan ini membebankan Kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi. Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi, Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010. Sistem yang mesra rakyat ini akan mengguna pakai MyKad dan infrastruktur sedia ada. Pendekatan untuk memberi subsidi bagi kumpulan sasar sahaja akan juga digunakan untuk komoditi lain.

Cukai Pendapatan Individu

9. Kerajaan sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat. Dalam Bajet 2009, Kerajaan telah mengurangkan kadar cukai individu maksimum daripada 28 peratus kepada 27 peratus. Bagi memastikan kadar cukai pendapatan individu kekal kompetitif serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan lagi daripada 27 peratus kepada 26 peratus, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010. Berikutan dengan ini juga, kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus, manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin dikurangkan kepada 26 peratus.

10. Di samping itu, untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan mencadangkan pelepasan diri dinaikkan daripada 8 ribu ringgit kepada 9 ribu ringgit. Ini bermakna, setiap pembayar cukai akan menikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak 1 ribu ringgit. Pelepasan ini juga berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010.

11. Untuk menarik lebih ramai bakat dari dalam dan luar negara dan bagi merancakkan lagi pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia, Kerajaan mencadangkan satu insentif cukai yang amat inovatif dan radikal. Dengan ini, Kerajaan mencadangkan cukai ke atas pendapatan penggajian bagi pekerja berpengetahuan rakyat Malaysia serta asing yang bermastautin dan bekerja di Iskandar Malaysia, dikenakan cukai pada kadar 15 peratus, berbanding dengan kadar maksimum 26 peratus untuk seluruh negara.

12. Mereka yang akan menikmati layanan cukai ini adalah dalam aktiviti yang layak seperti teknologi hijau, bioteknologi, perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, industri kreatif, khidmat nasihat kewangan dan konsultasi serta perkhidmatan logistik dan pelancongan. Mereka juga mestilah menambah nilai dalam aktiviti yang diceburi. Galakan ini ditawarkan kepada mereka yang memohon dan mula bekerja di Iskandar Malaysia sebelum akhir tahun 2015, dan akan menikmati insentif ini secara berterusan.

p/s: Sekiranya cadangan di atas mampu direalisasikan dengan jayanya oleh Kerajaan, maka tidak mustahil sokongan rakyat terutamanya golongan muda akan kembali kepada BN.

Namun, jika Pemuda UMNO bertindak sebagai pemangkin untuk memperjuangkan PTPTN sebagai biasiswa untuk Bumiputera, sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan; maka bukan sahaja mahasiswa universiti yang akan kembali menyokong BN, malahan berjuta golongan profesional dan eksekutif muda yang pernah meminjam PTPTN, PASTI akan berterusan mempertahankan BN. Tak percaya? Cubalah...

6 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Alhamdulillah, Mak Cik rasa budget kali ini yang terbaik. Semoga sama-sama kita dapat menjayakannya dan anak muda kita mengambil peluang daripadanya. WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Selamat datang saudara Hafszach, Den amat pueh hati terbaca komen2 yg sgt berneh dari saudara. Bagus la jugak sedikit sebanyak dapat saudara ajar sejarah terhadap anak cucu warga UMNO yg semuanya kena tipu oleh Barat. Saudara boleh bagi sedikit faham saja terhadap mereka ini tapi tak banyak gunanya sbb mereka ini fanatik UMNO. Mereka ini amat percayai Mantan PM Puaka Pencen. Apo yg mahamamak tu ckp semua mereka cayo. Mereka ini Kubang pasu pubn tak pernah sampai, kalau dah sampai baru dia orang tahu siapa itu mamak kutty, sampai kalah nak jadi perwakilan. Den nasihat kau jaga terhadap meereka pak Bingai2 spt Pak sedero@Cicit Komut, Paneh@ pantet Miang, sojuk@ sengal, Gedoyok@ Poyo, Parti jahat UMNO kato eh dan yg ateh melayuangkut@ melayutongkat.

    ReplyDelete
  3. Waalaikummussalam ibu melayuangkat.

    Buruknya bahasa kapal layour. Kau cakap dengan siapa jang oii? Berbelit lidah mencarut menjadi zikir perbualan harian, sudah tahu jenis manusia apakah kamu ini, terhempap bata dek bapak sendiri.

    Seperti kata hukama, "Hendaklah kamu hukumkan kerongkongan kamu di dalam majlis dan hukumkan mata kamu tatkala melihat perempuan dan teguhkan lidahmu daripada banyak perkataan yang sia-sia dan tulikan telingamu daripada perkataan yang keji-keji".

    Demikianlah kata "Anak yang Majlis" lagi arif budiman kepada kapal layour yang dhaif ini.

    ReplyDelete
  4. Just nak komen tentang kesediaan agensi terlibat dalam melatih belia untuk berjaya dan bersedia menjadi usahawan tani.. Saya amat setuju dengan kesediaan dan kesedaran kerajaan dalam aspek ini kerana kita masih tidak mengupayakan sepenuhnya ruang dan tanah yang ada..

    Pegawai2 dan kakitangan diagensi2 berkaitan harus dilengkapi dengan knowledge dan JIWA usahawan terlebih dahulu sebelum melatih belia-belia ini..

    Moga tidak gagal semasa proses perlaksanaan nanti.

    ReplyDelete
  5. ekau ingat org muda zaman merdeka ni macam ayam ditabur beras terus beralih sokong kau.

    ReplyDelete
  6. Macam mano cantik eh lah budget 2010 ni, rakyat cam tu gak!!!! org2 bosa mulo lah menadah tangan nak projek gilo bosa, dan rakyat kebanyakan mulo lah monadah tgn itu ini, tp yg dapek eh ciput yo.....tak cayo...sampai tahun dopan pun, tak do bezo eh...air momanjang yo putuih...jalan kg plak sompit dan berlubang2...itu perkaro kocik tu...rasuah, hmmm usah cakap lah...

    ReplyDelete

Blog Archive