Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, September 16, 2009

16 September 2009

Persekutuan Tanah Melayu + Sarawak + Sabah = Persekutuan Malaysia

31 Ogos 1957 Sambutan Kemerdekaan di Stadium Merdeka.

16 September 1963 Pengisytiharan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan diguna pakai untuk ketiga-tiga tanah berdaulat ini.

Apakah pengajaran MALAYSIA kepada warganegara dan Rakyat Raja?

1. Penafian kepada kuasa pengganas iaitu Partai Komunis Malaysia dan Partai Komunis Kalimantan Utara & Barat yang berleluasa di Sarawak dan Sabah.

2. Kisah Kanang anak Langkau dari Trup Rejimen Renjer Di Raja penuh mulia nilai ilmu. Hingga anak Iban ini diangkat dengan penganugerahan Seri Pahlawan Gagah Berani dan Pingat Gagah Berani [Anugerah Tertinggi Persekutuan Malaysia yang dikalungkan oleh Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung].

3. Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi tujuan keselamatan dan tertentu.

4. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan diangkat secara terancang dan tersusun.

5. Insiden 13 Mei 1969 terletus, kesan daripada ketamakan, kerakusan dan kebobrokan kelompok manusia yang mahu kononnya "indoktrinasi faham HAK SAMA RATA mengikuti KITAB Mao Zse Tung & Sun Yet Szen atau gantinama khas iaitu COMMUNIST LIBERALIZATION PARTY" berpangkalan di Wilayah Han di China.

6. Umat Melayu dan Kelompok pejuang ISLAM mula sedar dari TIDUR yang lena, akibat seronoknya MERDEKA dan MALAYSIA. Maka lahirlah Rukunegara 1970 dan Dasar Ekonomi Baru. Diberanakkan Rancangan Pembangunan Tanah Wilayah dan Desa yang dinobat FELDA, diusahakan pula selepas itu Syarikat Petrolium Nasional yang kini dikenali PETRONAS.

7. Hasil bumi Tanah Melayu ini sudah lama diteroka dan dikongsi pemilikan oleh Rakyat Raja dan Kaum-kaum lain. Namun hingga detik ini, siapa yang lebih makan buah yang masak ranum? EKUINAS tertubuh, apakah kesannya kepada Rakyat Raja? F1 1 Malaysia dijayakan, apakah pengakhirannya kepada sekalian Rakyat Raja? Apakah nanti kisah Bagan Pinang memberi erti WIBAWA, Barisan Nasional dan Rakyat Raja?

8. Apakah selepas Presiden Indonesia, SBY turun untuk berunding isu-isu bilateral dengan YAB PM DsNj, maka Rakyat Raja peroleh pulangan berlipat ganda? Apakah rancangan MCA dan MIC yang menguasai MEDAN Polemik nasional masa kini, akan memberi faedah kemakmuran dan keharmonian kepada Rakyat Raja?

9. Apakah selepas Pembentangan Bajet 2010 kelak, maka RM 270 billion mencukupi membina semula Negara ini? Apakah wajar pembukaan pintu ekonomi kepada Kuasa Negara China dengan kehadiran yang boleh mencecah RM 10 trillion untuk kemakmoran EKONOMI, negara...apakah kesannya kepada Rakyat Raja?

10. Malaysia kini di ambang kehausan MINDA POLITIK BERFIKIR TAMADUN BANGSA dan RAKYAT RAJA, apakah Rakyat Raja sedar akan sindrom "APA AKU PEDULI?" atau "APA HAL AKU NAK FIKIR PASAL NEGARA INI?"

11. Terfikirkah saudara-saudari pembaca bahawa Malaysia ibarat sebutir telur puyuh yang rapuh dan mudah pecah? Terfikirkah saudara-saudari pembaca bahawa Rakyat Raja masih tercicir daripada penguasaan Jual-Beli, kuasa penawaran wang dan pasaran wang, pendidikan tertiari, pendidikan vokasional, pendidikan teknikal, miskin dalam Bandaraya, miskin dalam Bandar, miskin tegar?

12. Terkenangkah akan saudara-saudari, bahawa Rakyat Raja menguasai Pusat Serenti, PENJARA MALAYSIA, Kelab-kelab Malam, Pusat Hiburan Larut Malam, Penghuni Statistik Kemalangan Motor Lumba Haram, Masalah Disiplin di Sekolah-sekolah?

13. Terbayangkah akan saudara-saudari akan ruang-ruang Masjid seindah Masjid Kristal atau Masjid Putra atau Masjid Sultan Mizan di Putrajaya yang sunyi-sepi? Kuliah-kuliah agama yang didatangi oleh pelakon-pelakon TUA demi mencukupi syarat ke kubur? Apakah Rakyat Raja masih alpa dan khayal dalam ALAM PENIPUAN DUNIA...ALAM PENIPUAN DUNIA PAS-PKR-DAP-UMNO-MCA-MIC-PPP-GERAKAN-PBS-PSM-PDS dan sebagainya....?

14. Tidak sedarkah kalian bahawa Nasrani dan Yahudi semakin menguasai akal dan kotak fikir Rakyat Raja...? Selagi Rakyat Raja miskin, papa, fakir dan merempat...selagi itulah kita akan dilanggar dan dilentung dengan BADAI GELOMBANG Atlantis, yang terbit dari celah-celah belahan masyarakat Rakyat Raja sendiri.

Ingatlah bahawa PELANDUK sering lupa akan jerat, tetapi JERAT tidak pernah lupa akan PELANDUK.

7 comments:

  1. Bro Faizal,

    Ada beza antara warganegara dengan rakyat raja. Orang Melayu, Asli, Bumiputera dianggap sbg rakyat raja semasa penjajah menakluk negara ini manakala kaum cina dan india dianggap sebagai rakyat british. Itulah asalnya bagaimana hak istimewa itu wujud dalam perlembagaan. Pengiktirafan dan penghormatan yang diberi penjajah kpd peribumi sbg menghormati mereka sbg penduduk asal negara ini. Rasanya bro cicit kamat nanti boleh terang lanjut.

    ReplyDelete
  2. Ooo ok terima kasih utk penjelasan

    ReplyDelete
  3. Saudara Faizal Rahman yang dikasihi oleh KERABAT PANEH...

    Rakyat Raja bermaksud Populasi Keturunan Melayu yang mana salah seorang daripada induknya berketurunan Melayu {sama ada BAPA atau IBU} maka didefinisi Melayu, rujuk Perkara 160 (2)+ Orang Asli atau diistilah Inggeris ialah Aboriginal Tribe + Pribumi Sabah + Pribumi Sarawak [tidak kurang daripada 26 suku kaum : Jika di Sawarak dan Sabah, mereka diklasifikasi sebagai Orang Asal], Kata nama khas Orang Asli hanya BENAR dan TERPAKAI di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

    Kaum-kaum lain merujuk kepada Keturunan Tiong Hua, Hakka, Hokkien, Baba, Tamil, Telegu, Hindu, Sikh, Portugis, Inggeris dan sebagainya yang mana mereka diterima sebagai Rakyat menurut Perkara 14, perihal Kewarganegaraan. Dulu, sebelum merdeka kita dikhabarkan isu JUS-SOLI iaitu tentang kebenaran izin diambil sebagai rakyat sah atau kependekkannya KEWARGANEGARAAN. Semasa perundingan menentang Malayan Union 1948, isu kewarganegaraan merupakan salah satu perkara PALING UTAMA yang dibahas dan dirunding.
    Berasaskan sejarah bilangan yang sebenarnya ingin menjadi Rakyat Tanah Melayu ketika itu ialah 3.2 juta orang terdiri daripada 70% kaum Cina dan 30% kaum India, yang kemasukan mereka dibenteng oleh Inggeris dan kepentingan Inggeris. Mereka memegang Surat Kebenaran Inggeris bermukim dan bermastautin di Tanah Melayu atau Malaya ketika itu.
    Pak Sedaro, cadangkan jiko Saudara Faizal Rahman dan ramai pembaca CELIK ILMU yang hendak mengetahui kisah penerimaan Imigran Cina dan India sebagai WARGANEGARA SAH Tanah Melayu, pergilah ke Arkib Negara dan juga bahan rujukan khas Jabatan Pendaftaran Persekutuan Malaysia bertarikh 1950 hingga 1960. Banyak kisah sejarah yang tidak tersingkap kepada AWAM.
    Sebenarnya sahabat Rakyat RAJA sekalian, sedarlah bahawa AMAN dan DAMAI yang dinikmati hari ini, merupakan PINJAMAN masa depan. Kita telah diwariskan 52 tahun MERDEKA. Kohort 10 tahun iaitu 1950-1960, banyak membawa kesan kepada DUNIA MALAYSIA hari ini.
    Tuntutlah ILMU demi Anakmu,Cucumu, Cicitmu dan Piutmu...hingga akhir zaman.

    ALLAH HU AKBAR.

    ReplyDelete
  4. salam,

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..
    DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS..
    MAAF ZAHIR DAN BATIN!

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Blog Archive