Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, June 21, 2009

Perpaduan dalam Perlembagaan Persekutuan

Pak Sedaro fikir maso dah tibo untuk KITA mulo gerakan meLURUSkan pemikiran dan kefahaman spiritual dan fizikal perihal Perlembagaan Persekutuan. Sebuah karya agung yang diangkat sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan dokumen yang dimasyhur pada 1957. Pembikinan manuskrip ini telah dimulai pada 1948 hingga 1957. Namun jika dibelek dengan lebih halus, KIRA BICARA ke arah proses perhalusan ADAB dan NILAI dalamannya telah dicerap & dicerakin sejak 623 Masehi, di mana puncaNYA Melayu itu, juga bangsanya, bahasanya, keturunanNya dan keRAJAan..."RAJA & KERAJAAN".

Apakah falsafah Satu Malaysia segerak dengan Perlembagaan Persekutuan? Jawabnya Perlembagaan Persekutuan telah menDAHULUi zaman... Dalam hal ini, Pak Sedaro akan sunting sikit-sikit, pasal kisah Satu Malaysia dalam Saripati dan Kandungan Perundangan Mengikut Kata-kata Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Satu Malaysia-Satu Negara, Satu Malaysia-Satu Bangsa, Satu Malaysia-Satu Bahasa, Satu Malaysia-Pelbagai Agama, Satu Malaysia-Pelbagai Budaya, Satu Malaysia-Hidup Aman dan Damai dengan SELESA.

Kepada pembaco budiman dan berhemah tinggi, bukalah Perlembagaan Persekutuan dan kaji semula kefahaman kalian. Rujuk Perkara 1, perkara 160, perkara 153, perkara 152, perkara 11&12, perkara 3, perkara 4, perkara 118, perkara 161. Insyaallah semuanya akan TERJAWAB secara hurufiah.

Perlembagaan Persekutuan terTINTA atas MAKNA jiwa, roh dan pembacaanNYA ke atasNYA merupakan sejarah bagaimana terWARTAnya, sebuah perlembagaan. Oleh yang demikian, kepada pembaco yang BENDUL, DENGKEL AKAL dan SONTOT NAFSU IQRAQ, kaji dulu secara mendalam...baco nak menyibuk.

Negara ini diresepi sepertiNYA supaya kita tidak menjadi sebuah REPUBLIK, seperti yang dikehendak oleh pasukan-pasukan tertentu. Negara ini sah sebagai sebuah Negara yang meletak ISLAM sebagai paling TINGGI dalam kerangka TAMADUNnya.

Negara ini telah memberi justifikasi sebenar siapa Bangsa Malaysia. Malaysia dengan komposisi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ialah tanah-tanah KEDAULATAN yang menjurus satu perundangan tertinggi iaitu PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Hak siapa, perkongsian apa, bagaimana, kuasa apa, semuaNYA terTINTA dalam bahasa yang HALUS dan TEPAT. Oleh kerana "KADUK naik JUNJUNG", "ITIK disangka AYAM" maka, hadirLAH beberapa insan MISKIN ILMU persis "MANDALIAR" yang memakan SUMPAH sendiri...dalam bercakap dan memberi tafsiran perihal negara dan bikin HURU-HARA.

Teringat Pak Sedaro akan kebobrokan B.A.B.I. maso berucap atas gelanggang UMNO sebagai Timbalan Presiden. Diolah yang paling suko bicaro pasai kisah Si Pitung dgn Raja Mandaliar, Demang Lebar Daun, dan sebagainya...Lewat masa kini, apo yang dilontar kepada masyarakat dulu, DAH MAKAN TUAN...Dia ini terima TULAH.

Baik PAS...Sejak bakar PAYUNG Biro Agama UMNO, mereka keluar wujudkan PAS. Hingga hari ini TAK AMAN-DAMAI dan SELESA (Ingatlah bahawa Allah ada menurunkan firman, jika ada yang baik di antara kamu, maka berbuatlah baik dan tegurlah yang berbuat salah)...Dalam banyak hal, orang Agama yang keluar juga diLIHAT TAMAK, tidak mahu betul haluan dari dalam...Kini PAS mengalami DILEMA yang serupa tapi tak sama dengan UMNO.

Parti-parti Melayu di Malaysia hanya ada dua, UMNO dan PAS. Percayalah...Kuat Bangsa MELAYU, maka kaum-kaum lain akan BANGGA dan HARMONI berteduh di bawah PAYUNG MELAYU yang tinggi PEKERTI dan BIJAKSANA.

Inilah TAMADUN Melayu Melaka yang diJAJAH oleh Portugis. Disebabkan Orang-orang Melayu Melaka kaya-raya waktu itu, keluarga kaya memiliki kekayaan minima 40 bahar, [1 bahar = 100 keping emas]; 1 keping emas = 1000 ringgit malaysia "zaman ini", bayangkan bagaimana tidaknya India dan China datang berdagang, sanggung BERTEDUH hingga masa kini. Rumpun Cina dan India yang di WARGANEGARA selepas 1957, seramai 1.2 juta merupakan nenek moyang, generasi semasa yang ada hari INI.

Inilah perkara yang wajar diPETIK, kerana dari sinilah dokumentasi PERLEMBAGAAN MALAYSIA dimasyhurkan.

Sedarlah, Insaflah...bahawa keTIDAK BIJAK nya kita umat Malaysia menyelesai masalah domestik kita sendiri, akan mengakibat PENJAJAHAN baru dalam skema dan medium lebih DAHSYAT.

Orang Melayu yang macam "Anon", merupakan sampel kepada Pak Sedaro...sebab ramai di luar sana berfikir, berhujah, berpesta dan berguru SEPERTI nya, yang kerana mereka inilah...NEGARA akan kucar-kacir, huru-hara...Dia Patriotik dan Nasionalis mengikut Citarasa dan Resepi Cetakan Kelompok Anon dan Guru serta Mahaguru mereka.

Mereka TIDAK ada ILMU mengupas Patriotisme, Nasionalisme, Religionisme, Negarawanisme berASASkan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Ingatlah HUKUM paling besar dari KHALIQ kepada makhluknya diWARTAkan dalam Kitab Allah iaitu Al-Quran, yang PALING AGUNG melampaui Taurat, Injil dan Zabur.

Ingatlah HUKUM kemaslahatan pemerintahan kemanusian dan tamadun pentadbiran kerajaan MALAYSIA diWARTAkan dalam Dokumen yang diangkat PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Ingat jualah bahawa Huraian berkenaan RAJA ada diwahyukan dalam Quran. Maka, yang demikian, Allah telah memberatkan sebahagian umat untuk mengurus kisah-kisah penceritaan DUNIA.

Malaysia merupakan sebuah Sinopsis Tamadun Bangsa Besar abad ke-21.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive