Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 16, 2009

Ustaz D'Riyadh Belum Pas

Tentu ada yang masih ingat akan kumpulan D’Riyadh. Bagi mereka yang tak ingat atau tak pernah dengar, D'Riyadh ni dahulunya adalah sebuah band rock yang dibentuk atau diasah bakatnya oleh Ito daripada kumpulan Blues Gang. Tak kenal Ito?...yang nyanyi lagu "Apo nak dikato" tu. Tak ingat jugak?...alah...yang lirik dia.."Poie pokan...naik basika...". Dah ingat? Baguih.

Berbalik kepada kisah D'Riyadh...kumpulan ni dahulunya popular di hujung tahun 80an sebagai band rock "kapak". Kenapa kapak? Kerana kebanyakan lagunya dalam bahasa rocker disebut - "tangkap leleh" @ "jiwang karat". Antara lagu popular kumpulan ini ialah 'Dunia Perhitungan', 'Melodi Cinta Lama', 'Bicara Juwitaku' serta 'Dugaan'.

Di zaman gemilangnya, kumpulan D'Riyadh dianggotai oleh 4 orang anak muda dan penyanyi utamanya pada masa itu...tak lain dan tak bukan - Akhil Hayy Rawa. Aik...awat tak kenal ka? Cafe Akhil Hayy tau?...yang selalu dok nasihat remaja rosak akhlak kat Astro tu. Tak tau jugak? Alah...ustaz Pas yang selalu ceramah mengutuk BN dan UMNO tu. Haaa...tau pun. Ingatkan masih dok kalut lagi.

Nasib baik la Akhil Hayy ni tak kena banned dek Rais Yatim walaupun dia menentang BN...masih dapatlah dia mencari rezeki di Astro nun. Taklah macam kawan Akhil Hayy kat Perak tu...ada kuasa sikit, terus dok gantung tugas orang sana sini.

Kami cerita pasal Akhil Hayy ni bukannya apa...kan dia orang Pas...digelar ustaz pulak tu. Orang Pas kan suci daripada dosa...lebih alim daripada orang lain...penuh dengan pahala. Orang lain kan tak faham Islam...hanya orang Pas saja yang faham Islam. Mana boleh sentuh ustaz-ustaz Pas ni...mereka bukan ke 'kompom' masuk syurga. Ahli parti lain boleh 'melopong' jelah tengok orang Pas berduyun-duyun masuk syurga nanti...

Baru-baru ni ada sikit kecoh kisah Akhil Hayy bersama seorang artis wanita bercanda bersama teman-teman di tepi pantai waktu malam. Kami ingin bersangka baik...maklumlah, Akhil Hayy tu kan ustaz...penceramah Pas pulak tu. Walaupun dia bersiar-siar di tepi pantai bersama teman bukan muhrim, serta ada dikalangan mereka yang berpakaian agak menggiurkan...namun kami tetap beranggapan bahawa itu mungkin salah satu kaedah 'dakwah' Akhil Hayy. Lagipun sesebuah gambar itu boleh memberikan pelbagai makna...

Kami sentiasa percaya bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang...maka semakin besar pula cabarannya dan semakin hebat iman seseorang...akan hebat juga godaan ke atasnya. Mungkin insan seperti kami ni hanya layak digoda oleh setan bertaraf 'prebet'...TETAPI agak berlainan bagi ustaz Pas...di mana 'Jeneral Iblis' sendiri yang mungkin turun untuk menghasut. Wallahualam.

11 comments:

  1. Ramai yang diuji dengan kesukaran berjaya melepasinya. Namun apabila diuji dengan kesenangan dan kuasa, lihat sajalah di Perak tu. Dulu Nizar berjuang dengan ikhlas bagi mendapatkan kuasa untuk menegakkan Islam. Sekarang Nizar berjuang kerana sayangkan kuasanya. Malangnya perjuangan Nizar merugikan orang Islam. Maklumlah, Nizar dan PAS cuma ada 6 kerusi di Perak berbanding DAP yang ada 17 kerusi.

    ReplyDelete
  2. Ada seorang lagi penyanyi rock yang seangkatan dengan ustaz Akhil kini menjadi pendakwah dan penceramah bebas iaitu Radzi-Melissa. Antara lagu popular mereka ialah 'Cinta Untuk Nabila'.

    ReplyDelete
  3. fyi masuk syurga/neraka tu x ditentukan melalui parti yg kita anggotai/sokong.

    kalo hukum tetap hukum.full stop.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Iman memang patut dipelihara dan memang sukar diukur.

    Kalau setakat berjanggut,berjubah dah dikatakan penuh berIman, susahlah.

    Kalau nak dikatakan berjanggu, berjubah tak berIman pun susah.

    Hal 'hati' hanya Allah swt yang tahu, kita cuma berupaya mempupuk Iman masing masing.

    Cubaan mesti ada. Tidak kiralah orang itu Ahli PAS, PUSS atau PISS. Mesti tidak lari dari dugaan dan cubaan.

    Rasa-rasanya dugaan yang agak kuat adalah menentang RIAK dan TAKJUB pada Ilmu pemberian Illahi pada diri masing masing.

    Tentu terasa HEBAT dipuji digelar Ustaz Tertinggi. Bukan calang-calang, umat Muhammad saw tetapi dikalangan mereka yang terpilik mewarisi baginda saw, pendakwah-pendakwah yang mengajak orang lain ke Jalan Allah swt.

    Pada yang telah mendapat Hidayah, bersyukurlah, peliharalah. Pada yang masih belum, berikhtiarlah. Memang Hidayah HAK MUTLAK Allah swt tetapi kita kena juga berusaha, dekatkan diri pada Majlis Ilmu, berkawan dengan orang yang alim-alim, rajin ke Masjid dsb.

    Pasal Ustaz Akil ini belum pernah pulak Mak Cik dengar syarahannya walau pun sekali. Belum berkesempatan. InsyaAllah lain kali.

    Tapi Mak Cik ini phobia sikit pada Ustaz Ustazah Politik ini. Kalau setakat pergi ke Majlis Ilmu nak dengar hentaman demi hentaman entah betul ke tidak pada pemimpin Negara, Terima Kasih sahajalah.

    Kalau Ustaz jadilah Ustaz, ajarlah kami Agama yang sebenarnya.

    Kalau nak jadi ahli Politik jadilah Ahli Politik, silakan. Janganlah kelirukan kami. Lagi pun nampak riak, secara tak sedar menganggap diri sendiri amat suci dan menghina pula orang lain.Memperlekehkan 'iman' orang lain berbanding dengan mereka sogolongan.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  5. Korang ni takde kerje ke asyik nak memfitnah org jer la....pakar sgl fitnah memfitnah ialah org UMNO krn bos dia msh ada (tentu tau kan...)rentikanlah....tp UMNO mmg org suci....tiada dosa....dia buat apa sahaja pun boleh, terlepas semuanya....kan...kan..kan...

    ReplyDelete
  6. Anon 1:47

    Perbuatan fitnah orang ni bukan kerja umno atau sapa-sapa saja, malah teruk orang pas yang berlagak pandai agama, bercakap berdegar-degar pasal Islam, mengkafirkan orang lain,tapi diri sendiri penuh sifat mazmumah dan munafik.Masihkah kau ingat, umno dulu ditudh kafir kerana bekerjasama dengan mac dan mic ? Hari ini pas berpeluk bercium dengan dap kafir harbi dan ratu bogel! Jilatlah kencing kamu balik.

    Islam seseorang bukan ditentukan oleh parti tetapi sejauhman ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  7. AHLI SYURGA. HALAL. PG

    ReplyDelete
  8. Tuan Paneh Miang,
    Nak bercakap hal politik, nak pertikai sesiapa pun, jangan bermain2 dengan hal2 akidah. Soal syurga, neraka, dosa dan pahala adalah soal akidah. Bukan keahlian parti yg menentukan iman kita. Baik PAS, baik UMNO, semuanya akan dihisab di mahsyar nanti.

    Tuan, janganlah mempersenda kebijaksanaan Allah menilai hamba2Nya.

    Sama ada tuan sedar atau tidak, kata2 tuan ttg akhil hayy sudah mempersendakan Allah.

    Kalau akhil hayy buat x betul, tegur dia. Saya bukan peminat dia pun, cuma tak suka dengan fitnah dan sindiran yg tak membina.

    Anyway, title USTAZ bukanlah kerana penampilan diri, pakaian ataupun kemampuan membaca ayat Quran dan hadis dengan baik semata2.

    Ustaz adalah panggilan untuk golongan yang LULUS pelajaran AGAMA dari INSTITUSI AGAMA yg DIIKTIRAF. Akhil hayy lulus institusi mana?

    Masalah org kita ni, asal nampak orang boleh baca quran sedap sikit, pandai cakap hal2 agama sikit, dah panggil ustaz..sampai bomoh2 karut pun dipanggil ustaz. Sedih...

    ReplyDelete
  9. diorang je betul! cakap tak serupa bikin la 'ustaz-ustaz'ni. emm...ape nak kisah..mereka kan 'pas'! comfirm masuk 'syurga'!!!!biarkan....

    ReplyDelete
  10. Dunia Perhittungaaaaannnnn...dashat Mat D'Riyadh ni. Gopeng Golden Boy.

    ReplyDelete
  11. ukan nak memburukan tapi lagi kenal rapat dengan dia ...kerana seangkatan dulu, memang benar yang teman tak faham sekarang dalam ceramah dia asyik mengutuk orang, merendah-rendah kan orang, menyalahkan orang lain,

    tapi sebaliknya terima hakiktlah walau pun dia sudah sedar dan menjadi ustad, akil juga jgn menghina orang kerana apa kata kalau orang lain juga boleh pergunakan sejarah lampau dia yang memang kaki stim, khayal ni jadi kemestian dia dulu, tak da orang nak buat spekulasi nak jadikan tajuk ceramah termasuk aku sendiri yg menyaksikan.

    ustad pada nama! jgn pesongkan akidah ummah, maklum orang tau bila ustad cakap semuanya betul sampai utk kepentingan diri sendiripun guna agama sebagai landasan

    ReplyDelete

Blog Archive