Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 1, 2009

Krisis: Perlu Tindakan Segera

1. Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan.

2. Pasaran pekerjaan dijangka terus merosot di Malaysia dengan kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun 2009 berbanding 3.7 peratus pada tahun lalu.

3. Pasaran saham tempatan kerugian hampir RM300 bilion sejak bulan Januari tahun lalu ekoran kesan daripada masalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bermula awal 2008 dan seterusnya merebak menjadi krisis kewangan global.

4. Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Majid berkata, kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) di bawah paras 900 mata kini adalah antara penunjuk utama yang pertama ketika itu menandakan Malaysia mula menerima tempias daripada kemelut kewangan kuasa ekonomi dunia itu.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive