Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, March 15, 2009

Jika takut diberukkan, janganlah belajar melompat

Ini adalah iktibar untuk kita semua, tengok bagaimana mereka 'memberukkan' orang mereka sendiri hanya kerana BERUK ini sudah 'memberukkan' parti mereka... Lalu tanpa belas kasihan DUA beruk ini DIBERUKKAN sepuas hati oleh golongan yang suka MEMBERUKKAN orang lain ...

Begitulah iktibar yang sama-sama kita perlu lihat, PERANGAI BURUK DAN BUSUK HATI Orang yang MEMBERUKKAN orang lain ini.

If you are against me, you are BERUK, but if you are with me you ARE KINGGGG...

Kita simpati juga dengan Jamaluddin dan Osman yang teruk DIBERUKKAN oleh rakan-rakan mereka di PKR.

Saya berkesempatan makan tengahari dengan seorang kawan baik kepada Jamaluddin dan Osman Jailu, dua bekas ADUN PKR yang melompat ke UMNO di Perak. Saya telah cuba mengorek cerita mengapa mereka ini telah sanggup membelot parti mereka sendiri dan amanah rakyat.

Dari cerita beliau, saya dapat membuat beberapa analisa:

a. Sikap tidak puas hati Jamaluddin ini bermula sejak dari masa penubuhan kerajaan negeri lagi. Kita jangan lupa bahawa majlis angkat sumpah di Istana Kuala Kangsar pernah ditangguh. Pengangguhan adalah kerana Jamaluddin telah memberitahu Raja Nazrin bahawa beliaulah sebenarnya calon MB yang layak dan bukannya Nizar

b. Sikap tidak puas hati ini terbawa-bawa sepanjang pemerintahan Kerajaan PR di Perak.

c. Oleh kerana "background" Osman dan Jamaluddin hanyalah tokeh bundle dan tokeh kantin, setiap kali mesyuarat exco mereka sering gagal untuk mempertahankan idea mereka.

d. Berbanding dengan pimpinan PAS yang mempunyai latar belakang professional dan DAP yang rata-ratanya peguam, maka Osman dan Jamaluddin sering mendapati idea-idea mereka tidak bernas dan cetek.

e. Untuk membalas dendam, Osman dan Jamaluddin telah menyebarkan fitnah kononnya Nizar lebih tunduk kepada DAP berbanding dengan mereka. Hakikatnya, tiada siapa yang mahu mendengar idea dari orang-orang yang cetek seperti Osman dan Jamaluddin.

f. Dan, dari Osman dan Jamaluddin lah cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP didengari ramai.

Oleh kerana populariti Nizar di Perak semakin lama semakin besar, mereka melihat harapan Jamaluddin untuk menjadi MB menjadi semakin malap. Malahan, fitnah yang mereka taja juga tidak mampu menggugat popularity YB Nizar di Perak.

Akhir sekali, mereka mengambil keputusan untuk menerima pelawaan/pembelian dari UMNO yang menjamin laba kewangan yang sangat besar.

Kalau kita perhatikan, portfolio yang mereka pegang juga amat malap dan tidak berfungsi sama sekali. Mereka adalah seperti kayu mati yang terapung di atas Sungai Perak.

Ertinya, semua krisis di Perak berpunca dari sikap Jamaluddin yang tidak puas hati kerana tidak dilantik sebagai MB Perak. Itu sahaja. Cerita-cerita lain adalah fitnah semata-mata.

Semua cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP juga datang dari dua ekor beruk ini kerana kegagalan mereka untuk mengutarakan idea mereka angkara kebodohan dan kerendahan tahap berfikir dua ekor beruk ini.

Sumber malaysiawaves@Tulang Besi.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive