Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, February 6, 2009

MAIN TIKAM-TIKAM

Perak oh Perak

Sebuah Negeri Darul Ridzuan, Indah semerbak dan harum gamatan nama negeri ini. Kalu Pak Sedaro politikus semaso, memang Pak Sedaro numpang poning-poning lalat, macam orang konan/bawaan mengandung. Pak Sedaro nak senduk sikit, pasal kisah Main Tikam-Tikam di Kerajaan selepas 8 Mac 2008, Negeri Perak Darul Ridzuan.

Andai hidup laie, Dato' Panglima Bukit Gantang seorang Nasionalis Melayu dan Pemimpin Islam yang disegani oleh alam Negeri Perak, sudah barang pasti beliau akan menangis hingga berkocak kedamaian Hutan Di Raja Belum.

Andai hidup laie, Almarhum Ghazali Jawi iaitu ayahanda DS Tajol Rosli, beliau turut akan memenuhi kolah air mata, umat Melayu Perak.

Heran-heran, sobonar eh, sapo yang Main Tikam-Tikam?

Kerajaan PR ke?

Pasukan Pembangkang DUN Perak BN ke?

Atau Rakyat Perak yang gemar main Tikam-Tikam?

Apo slogan memangkah maso PRU-12 dan NIAT rakyat Perak ialah untuk Main Tikam-Tikam?

Apo kerangka berfikir maso PRU-12 dan NIAT nak mentadbir dan memerintah Perak juga untuk Main Tikam-Tikan?

Apo politikus Perak dalam BN yang kalah dan menang juga seronok dalam bakul dan tilam empuk dan secara Monte-Carlo juga Main Tikam-Tikam?

Inilah BAHANA bila rakyat tak BIJAK memilih kepemimpinan dan pemimpin? Rakyat tak warning pemimpin? Rakyat kena INGAT, bahawa Kuasa dan Daulat Raja-raja Melayu punyai imuniti yang tertentu kerana Institusi BERAJA ialah institusi yang dinukil secara terang dalam banyak sejarah Islam, apalagi diwarta sebagai fakulti kepemimpinan tertua dalam sejarah DUNIA KUNO dan MODEN. Maka, Rakyat harus guna AKAL bil-hikmah. Jangan sibuk bersepanduk, berpiket dan berarak MELAWAN RAJA-RAJA MELAYU ISLAM.

Dalami ILMU kepemimpinan ISLAM, baru nak lawan RAJA MELAYU ISLAM.

Kisah Main Tikam-Tikam. Ramai pelakon terlibat dalam teater di Perak ini. Main actor yang jelas ialah DS Nizar Jamaluddin. Filem Director ialah ADUN DAP dan sekutunya. Si Pitung pula ADUN Bota, Si Kitul pula ADUN PKR yang berdua tu. Tun Teja nya, Timbalan Speaker ADUN DAP.

Tukang karut dan pelakon tambahan yang cukup ramai, kerana belanja besar untuk teater ini ialah manusia berdaftar yang mengundi dan memangkah mereka ini.

Bila nak diterbalik dan dikenakan sumpah Sang Kelembai, nak harapkan BN wakil UMNO, ramai pula kalangan yang tak puas hati. Sebab, masa sibuk dulu tak nak fikir soal BANGSA dan AGAMA.

Pemilihan peringkat Bahagian UMNO pun dah selesai. Kaji le sendiri.

Kepada yang memanas punggung dalam UMNO, jangan LUPA bahawa Melayu terbanyak perlu diberikan lilin PANDAI dan BIJAKSANA, bukan kelompok yang sokong dan ampu pemanas kerusi UMNO sahaja, diberikan LAMPU SULUH.

Melayu terbanyak di Perak, mesti diberi akses kepada aset-aset tertentu yang disusun tentu sendiri oleh Pemesyuaratan Kerajaan Perak yang BIJAKSANA.

Cukuplah melihat BENCANA "pelacuran ilmu politik" dilaksana secara terancang dengan mekanisme MAIN TIKAM-TIKAM. Cukuplah menjadi SAKSI "kebejatan ilmu politik" diurus secara lintang-pukang tetapi strategik dengan mekanisme MAIN TIKAM-TIKAM.

Beruntunglah Perak, kerana DYMM Sultan Perak mantan Ketua Hakim Negara yang punya sifat tawadduk dan tawakkal yang cukup tinggi dan terpuji.

MOGA ALLAH s.w.t selamat rakyat PERAK daripada leka dengan MAIN TIKAM-TIKAM. "Anak Kecil Main Api, Terbakar Hatinya Yang Sepi, Air Mata Darah Bercampur Keringat, Bumi DiPijak Milik Orang"

Jangan MAIN TIKAM-TIKAM.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Inilah apa yang sedang berlaku sekarang. Ianya mengajar kita semua betapa bukan mudah untuk manusia itu ridho akan ketentuan Illahi pada dirinya. Ini termasuk kita kita semua.

    Berita terbaru yang Pakatan Pakatan mahu menyaman Sultan Perak bagi diri ini agak keterlaluan.
    Kalau di Thailand dah lama kena hukum bunuh dan kalau di Saudi Arabia tengahari tadi lepas solat Jumaat dah kena pancung kepala.

    Tapi di Malaysia semuanya lemah lembut. Semuanya boleh. Inilah jadinya.

    ReplyDelete

Blog Archive