Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, November 3, 2008

Malaysia Negara Sekular..

1. Terdapat dikalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai negara sekular.

2. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal daripada perkataan Latin iaitu seaculum yang bermakna ‘alam ini’ atau ‘dunia ini’.

3. Gerakan fahaman sekularisme bermula pada pertengahan abad ke-19 di England yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1871-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat.

4. Sekularisme telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut iaitu; Menolak kepercayaan adanya Tuhan dan segalanya berpusat pada alam ini; Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati; Agama dan dunia terpisah secara total.

5. Amalan Malaysia hari ini ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam khususnya Melayu (majoriti Islam) dan memartabatkan Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam kerana ia sebahagian daripada tuntutan Islam.

6. Malaysia juga berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan mempertinggikan akhlak umat.

7. Berdasarkan usaha yang telah dilaksanakan, maka keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini berkenaan Malaysia negara sekular adalah tidak berasas sama sekali.

8. Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh dipertikaikan dan seharusnya umat Islam di negara ini menerima realiti ini dan berusaha membaiki segala kelemahan dan kekurangan jika ada.

2 comments:

  1. sememangnya Malaysia boleh dikategorikan sebagai negara ISLAM...namun rakyat terkeliru apabila PAS memberikan pandangan sempit mereka bahawa tertegaknya negara ISLAM hanya apabila HUDUD dilaksanakan...

    tidak dinafikan, hukum asas dalam pembentukan sesebuah negara iSLAM ialah dengan mengaplikasi dan melaksanakan perintah Allah dan Rasulnya. Namun, jika dikaji dengan lebih mendalam, hukum HUDUD bukanlah paksi utama dalam hukum kanun Islam.

    Malah, seawal pembantukan negara islam pertama Madinah Al-Munawwarah, hukum yang paling diberikan keutamaan ialah hukum aqidah dan ibadat...Hudud dilaksanakan hanya SELEPAS umat Islam memahami dan manghayati dengan baik segala prinsip2 asas Islam, iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman...

    Harus kita ingat, hukum HUDUD, QISAS mahupun TA'ZIR adalah pecahan kepada salah satu cabang hukum dalam Islam iaitu Hukum Jinayaat (atau juga undang2 jenayah). Di dalam Islam, hukuman2 yang ditetapkan terutamanya hukuman2 bagi kesalahn HUDUD (yakni mencuri, berzina, murtad, minum arak, qazaf, rompakan jalanan@hirabah) sifatnya lebih kepada menimbulkan penyesalan si pesalah dan pengajaran buat yang lain. Roh kepada hukuman2 di dalam Islam bukanlah tertumpu kepada menghukum tetapi lebih kepada memberi pengajaran dan penyesalan terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

    Malangnya, sesetengah ahli politik yang merasakan diri mereka Ulama' telah membuat interpretasi yang salah terhadap kedudukan hukum HUDUD...dan kesalahan mereka ini disambung pula oleh pengikut2 yang ta'asub dengan pemimpin mereka tanpa mempelajari tentang ilmu2 itu terlebih dahulu...sungguh malang sekali...

    ReplyDelete
  2. mano si edie ni. bacul ko? jgn hanya berani komen artikel tertentu je. tak nak komen ke apa neracakeadilan tulis tu?

    ReplyDelete

Blog Archive