Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, October 6, 2008

Masih Nak Pertikai Usaha Kerajaan?

1. 344 juta (37%) umat Islam yang tinggal di negara anggota OIC masih berada dalam tahap kemiskinan.

2. 27 daripada 57 negara anggota OIC dikategorikan sebagai negara miskin.

3. Pendapatan perkapita bagi negara-negara Islam ialah USD1,100 berbanding USD5,133 bagi negara bukan Islam.

4. Ancaman utama umat Islam kini bukannya kumpulan militan tetapi kejahilan, kemiskinan dan kekurangan pendidikan.

5. Kebanyakan negara Islam cenderung menjalinkan hubungan dagangan dengan negara bukan Islam berbanding sesama negara Islam.

Contoh 1: Lebanon dan Turki ialah pengeksport utama keju ke Belgium, Amerika Syarikat dan Britain. Manakala Pakistan, Iran dan Syria merupakan pengimport utama keju dari negara-negara Eropah.

Contoh 2: Mesir merupakan antara pengeluar tekstil terbesar dunia tetapi tidak dimanfaatkan oleh negara-negara Islam seperti Algeria, Indonesia dan Iran yang mengimport tekstil dari negara-negara Eropah.

6. Sebahagian besar daripada 21 juta umat Islam di China hidup dalam keadaan terpisah dan melarat, termasuklah komuniti Islam di Nepal, Romania serta Kemboja.

7. Negara-negara Islam yang kaya dengan sumber minyak seperti Kuwait dan Arab Saudi menggunakan khidmat nasihat negara barat terutama Amerika Syarikat untuk membangunkan projek perindustrian di negara mereka. Mereka turut memberi bantuan modal untuk membiayai negara-negara barat yang sedang membangun berbanding membantu negara-negara miskin Islam yang lain.

8. Jumlah perdagangan dua hala antara negara-negara anggota OIC hanyalah sekadar 12% berbanding negara ASEAN yang telah mencapai paras 23%.

9. Dewan Perdagangan Pertubuhan Persidangan Islam (MOITC) yang dianjurkan Malaysia telah berjaya menubuhkan Pusat Pelancongan OIC di Port Dickson Negeri Sembilan bagi tujuan membantu negara-negara Islam yang miskin serta tidak mampu mempromosikan industri pelancongan masing-masing.

10. Malaysia telah memainkan peranan yang besar sehingga tertubuhnya Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) yang bertujuan untuk meningkatkan pasaran dagangan dua hala antara negara-negara Islam dalam usaha untuk membantu 27 negara Islam yang masih dalam kategori miskin.

3 comments:

  1. Salam anakku,

    AstagfirullahAlAzim, Insaf Mak Cik Paneh.

    Bilalah Negara negara Islam hendak betul betul besatu demi Islam itu sendiri. Tolong menolong, bantu membantu dengan erti kata yang sebenarnya. Tidak tamak dan takut berkongsi segala Limpahan Rezeki dari Illahi.

    Kita akur betapa ramai askar askar US di bumi Saudi sekarang dan yang bertugas pula menjaga sempadan sempadannya.

    Tiga tahun Dulu Mak Cik pernah ke Abu Dhabi ikut suami atas urusan perniagaan.

    SubhanaAllah! Ditengah tengah padang pasir kira kira satu jam setengah perjalanan dari Dubai, muncul satu kota raya tersergam indah dengan bangunan bangunan besar besar dan tinggi tinggi, canggih dan kosong!

    Banyak wang dibazirkan dan mengalir kepada firma firma Amerika,German, Jepun, Korea, British dan kita ni yang kerdil memang tidak akan dapat peluang.

    Bukan kita tidak mahir IT macam orang Amerika atau Jepun contohnya, tetapi Pak Arab itu memang tidak percayakan kita yang 'bersaudara' dengan mereka.

    Pak Arab lebih selesa berurus niaga dengan Mat Salleh bermata biru. Inilah hakikatnya.

    ReplyDelete
  2. btul tu. arab saudi dan jordan utamanya semua tali barut amerika. malaysia pun akan ikut jejak tali barut usa gak tapi kalo anwar jadi pm la.

    pembangkang ni sibuk hal dalam negara sendiri je. bukan depa prihatin dgn nasib dan masalah umat Islam ni di luar negara. masih tak tau bersyukur. cakap je lebey.

    ReplyDelete

Blog Archive