Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, October 29, 2008

Jejak Andalusia - Pengakhiran Sebuah Empayar

Apabila anda membicarakan tentang kegemilangan bangsa Eropah, mungkin antara perkara pertama yang bermain di fikiran anda ialah renaissance. Kegemilangan bangsa Eropah pada hari ini bermula daripada kehebatan sains, perdagangan dan seni bina di tahun-tahun awal 1000 masihi. Tetapi tidak ramai yang tahu sebelum bermulanya renaissance, sudah wujud humanistic beauty di kalangan masyarakat Islam di Andalusia (Sepanyol) yang hampir 800 tahun usianya. Masyarakat Islam pada masa itu dikenali dengan artistik senibina, ilmu saintifik, kehebatan perdagangan, kekuatan armada tentera, aktiviti kesenian serta corak pentadbiran yang sistematik dengan toleransi yang sangat luar biasa. Jika anda melawat Eropah pada masa kini, anda akan dapati kesan tinggalan budaya dan ilmu Islam yang masih kekal wujud di sana.

Selepas tampuk pemerintahan Andalusia diserahkan oleh Abu Abdullah kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, maka bermulalah proses evolusi dikalangan bangsa Eropah. Kejatuhan Granada, iaitu pusat pemerintahan Islam yang terakhir di Andalusia pada 1492 adalah bersamaan dengan tahun Columbus menemui ‘New World’ atau benua Amerika. Rancangan penjajahan untuk menakluk seluruh Sepanyol telah diteruskan oleh Kristian Eropah. Pelan penjajahan ini meliputi terjemahan dan kajian tinggalan manuskrip ilmu yang telahpun diterokai lebih awal oleh sarjana Islam.

Agak menarik untuk diketahui tentang banyaknya ilmu yang telah dipelajari oleh bangsa Eropah daripada tinggalan umat Islam Sepanyol serta bagaimana ilmu-ilmu tersebut dikembangkan. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini tentang bagaimana mundurnya bangsa Eropah sebelum renaissance sehinggakan mereka masih tidak mengenali apa itu kertas; sedangkan semua manuskrip ilmuan Islam telahpun ditulis di atas kertas di Andalusia. Sistem feudal yang dikuasai oleh geraja Katolik sebelum rainassance lebih menyukarkan bangsa Eropah untuk berkembang. Namun kejayaan mereka menguasai ilmu orang Islam telah menjadikan Eropah sebagai satu bangsa yang maju di dunia pada hari ini.

Akibat cemburu dengan kehebatan budaya dan ilmu umat Islam, bangsa Eropah telah melancarkan program terjemahan secara besar-besaran ke atas semua ilmu yang telah diterokai oleh umat Islam Sepanyol. Program terjemahan (giant translating program) ini bermula di perpustakaan dan arkib yang terdapat di Taledo dan seterusnya ke negeri-negeri lain di seluruh Sepanyol. Kaum Yahudi yang tinggal di Sepanyol dikerah untuk menterjemahkan semua manuskrip dan buku dari bahasa Arab ke bahasa Latin serta bahasa Inggeris. Bahkan, sarjana-sarjana Islam juga seperti Allama Qurtubi telah dipaksa untuk mengajar para penuntut Eropah. Ilmu umat Islam yang diterjemahkan itu merangkumi medicine, astrology, astronomy, pharmacology, psychology, physiology, zoology, biology, botany, mineralogy, optics, chemistry, physics, mathematics, algebra, geometry, trigonometry, mucis, meteorology, geography, mechanics, hydrostatics, navigation dan history.

Begitulah asalnya tamadun Eropah berkembang terutamanya dalam ilmu sains falsafah Greek dan Rom. Semuanya berpunca daripada program terjemahan yang dijalankan oleh pemerintah Eropah terhadap ilmu-ilmu sains, matematik dan falsafah yang asalnya dikuasai oleh umat Islam Sepanyol. Sebaik selesai program terjemahan secara besar-besaran, semua perpustakaan dan arkib yang mengandungi khazanah sarjana-sarjana Islam telah dirobohkan. Semua manuskrip dan buku dalam bahasa Arab telah dibakar serta dicampakkan ke dalam sungai yang terdapat di sekeliling Sepanyol, sehinggakan air sungai berubah menjadi hitam akibat dakwat dan abu yang dibuang itu.

Akibat kebanjiran ilmu yang diperolehi daripada umat Islam, bangsa Eropah mula membina kolej, univerisiti dan perpustakaan baru. Sarjana barat semakin bertambah dan berkembang pesat ke seluruh Eropah. Walaupun peranan gereja Katolik dalam pentadbiran dikurangkan, namun semua bangunan masjid yang terdapat di Sepanyol telah diberikan kepada pihak gereja dan seterusnya diubahsuai menjadi rumah ibadat mereka. Bangsa Eropah mula mencipta ketamadunan baru berdasarkan ilmu yang dimiliki dan kita boleh melihat kesannya kini terutama dalam konsep senibina yang terdapat di seluruh Eropah.

Selain sikap umat Islam sendiri yang sering berpecah belah, kemusnahan tamadun Islam Andalusia sebenarnya disebabkan tumpuan hanya diberikan kepada ajaran agama semata-mata. Terpinggirnya ilmu-ilmu lain terutamanya sains telah menyebabkan umat Islam menjadi semakin lemah. Akibat kelalaian dalam membuat keputusan oleh pemimpin Islam Andalusia pada masa itu, telah menyebabkan umat Islam turut menerima kesannya hingga ke hari ini. Sekali umat Islam Sepanyol kehilangan kuasa, mereka turut hilang segalanya. Maruah agama dan diri tidak lagi berupaya dipertahankan sehinggakan masjid juga telah berubah menjadi gereja. Dalam artikel terakhir Jejak Andalusia, akan dibincangkan mengenai kejatuhan Melaka yang sebenarnya adalah rentetan daripada kemusnahan empayar Islam di Andalusia.

2 comments:

  1. Bagus artikel Jejak Andalusia ni..harap Paneh dapat compilekan dan pelajar-pelajar memang patut mrmbacanya

    ReplyDelete
  2. tq bro. sontoloyo cakap nak buat buku. ontah cakap je lebey. heh..

    ReplyDelete

Blog Archive