Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, August 16, 2008

Api Sudah Dinyalakan

Semasa melayari blog sahabat di thirdlane.blogspot, aku tertarik dengan statistik yang dikemukakan beliau daripada undian serta tinjauan yang dibuat oleh Malaysia Bar Council yang terang-terangan mencabar orang Melayu. Setelah melayari blog/forum Bar Council dan membaca komen2 yang terdapat di situ, hati mula rasa 'membahang'. Di sini aku paparkan 'api' yang telah dinyalakan oleh Bar Council:-

1. Seramai lebih 68.7% menyokong tindakan rally Hindraf tanpa permit polis dan tanpa perintah halangan daripada Mahkamah manakala hanya 25.48% sahaja yang menentang.

2. Tinjauan juga mendapati 64.25% tidak menyokong tindakan diambil terhadap Wee Meng Chee iaitu pembuat klip 'Negarakuku' dan hanya 33.33% yang mahukan penciptanya dikenakan tindakan undang2 sedangkan klip tersebut terang-terangan mempersendakan laungan azan dan wanita bertudung.

3. 58.22% pengundi mengatakan Malaysia bukan negara Islam manakala hanya 36.25% yang menyokong Malaysia sebuah negara Islam.

4. Dalam kes memeluk Islam, 68.56% menyokong agar pindaan dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan dan hanya 29.38% yang menentang.

5. Tinjauan mengenai DEB menunjukkan 62.36% bukan bumiputera mengatakan dasar ini tidak wajar diteruskan berbanding 14.89% bumiputera menyokong. Namun terdapat juga bumiputera 'mangkuk hayun' yang tidak menyokong DEB diteruskan iaitu sebanyak 11.24%.

6. Mengenai memorandum yang pernah dihantar oleh 9 menteri bukan Islam kepada PM, tinjauan Bar Council mendapati bahawa 49.83% merasakan memo tersebut tidak wajar di tarik semula dan 62.58% mengatakan tindakan menghantar memo kepada PM itu merupakan tindakan yang wajar dan tiada salahnya.

Nampaknya Bar Council sudah lama menyalakan 'api'. Orang Melayu/Bumiputera dan kerajaan nak tunggu sehingga 'api' semakin marak ke?

3 comments:

  1. Bila agaknye gomen nak amek tindakan terhadap Bar Council? Tak nampak2 lg betapa serius diorang dh mainkan isu bangsa & agama di tanahair kita sendiri? Mana Zaid Ibrahim? Dh bagi ex-gratia kpd bekas2 Hakim tarus senyap je...

    ReplyDelete
  2. itu la pasal....aku pun membara je ni...sakit hati betol...badak air punya zaid ibrahim...mesti dok pergi mabuk ngan artis2 ni...eeeee...yang dolah pun satu jugak....lembap tak sudah2....

    ReplyDelete
  3. Kenapa TAK KECAM dan TANGKAP PEMIMPIN DAN AHLI PERKASA DULU .....

    Memang UMNO akan menjadikan orang Melayu yang tidak berdosa korban nafsu mereka untuk kekal memegang kuasa di Tanah Melayu.

    Drama skrip UMNO sudah tersedia, pelakun-pelakun utama dari gerakan Melayu kuarang ajar, yang memakai nama PERKASA, telah siap sedia untuk menjadi agen-agen pencetus keganasan dengan SENGAJA melakukan tindakan-tindakan kurang ajar seperti melempar cat, melempar batu dan melemapr kasut kedalam masjid dengan niat untuk menaikkan kemarahan orang Melayu yang tidak berdosa yang berada ditempat-tempat tersebut.

    Ini skrip UMNO-PERKASA supaya berlaku pergaduhan sesama Melayu, bertujuan untuk memberi peluang KERAJAAN SYAITAN BN-UMNO, menjadi penyelamat situasi yang akan dilaporkan semakin "berbahaya kepada kententeraman awam".

    PERKASA dengan mengambil anak-anak buah gangster Melayu, akan "menjadi event trigger", sebagai pencetus keganasan semata-mata untuk menaikkan kemarahan orang Melayu yang sudah lama sabar dengan kereanah kejahatan UMNO.

    Tidak hairan UMNO menjadikan nyawa-nyawa orang Melayu tidak berdosa sebagai collateral damage demi untuk mengerakan beribu anggota keselamatan untuk mengekalkan pemerintahan UMNO yang setiap hari menampakkan kehancuran.

    UMNO tidak pernah takut membunuh jiwa-jiwa Melayu tidak berdosa, bukti-bukti keganasan UMNO terhadap orang Melayu dapat kita lihat hingga kini apabila kepala syaitan UMNO, MAHATHIR MOHAMAD dan MUSA HITAM memerintahkan pembunuhan BERAMAI-RAMAI ORANG MELAYU ISLAM di MEMALI pada 19Nov 1985.

    UMNO dibawah gerak kerja Zainudin Maidin telah memainkan api kemarahan orang Melayu dengan mengarahkan RTM untuk memainkan rakaman Memali yang telh mereka suntung untuk menunjukan penyokong parti pembangakan adalah ganas.

    Tidak hairan sedikit waktu lagi sebelum pilihanraya diumumkan, PERKASA akan mendapat arahan untuk memulakan kekecohan antara orang Melayu .....

    PERKASA - UMNO - NGO UMNO sudah siap sedia untuk melakukan agenda kajahatan untuk mengekalkan AGENDA KETUANAN MELAYU UMNO ... hati-hati, ramai jiwa tidak berdosa akan menjadi korban KEJAHATAN PARTI BANGSAT UMNO

    ReplyDelete

Blog Archive