Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, June 24, 2008

Ramalan Masa Depan

Berita hari ini yang menarik perhatian aku.

1. SHAH ALAM 23 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui wang sumbangan syarikat- syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pakatan pembangkang mentadbir Selangor, dimasukkan ke akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukan kepada kerajaan negeri seperti yang sepatutnya.

2. SHAH ALAM 23 Jun – Terlalu taksub dengan ideologi parti dipercayai menjadi punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan daripada DAP, Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok yang merupakan etika pakaian bagi majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Khamis lalu. Pada pembukaan sidang DUN Johor di Bukit Timbalan, Johor Bahru yang disempurnakan oleh Sultan Johor Khamis lalu, Tong Hiang dihalau keluar oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan sebelum majlis bermula kerana tidak memakai pakaian rasmi.

Inilah contoh perkara yang akan berlaku pada masa hadapan jika PKR dan DAP diberi peluang memerintah negara ini. Satu parti tak dapat bezakan wang kerajaan dengan wang parti. Maka akan habislah harta kerajaan untuk dijadikan harta parti kemudian hari. Satu pihak lagi menunjukkan sikap kurang ajar pada Sultan dan jelas perkara ini bertentangan dengan Perkara 32 dan Perkara 38 dalam Perlembagaan Persekutuan serta perkara kedua dalam Rukun Negara. Sebelum ni Karpal mempersoalkan hak Sultan Perak yang menjalankan fungsinya selaku Ketua Agama Islam Negeri. Sedangkan British sebelum inipun tidak campur tangan dalam hal ehwal Islam, tapi kini ada pula rakyat Malaysia yang kurang ajar mempersoalkannya. Secara tidak langsung DAP telah mencabar orang Melayu dan Islam yang mana Raja-Raja adalah simbol kedaulatan Melayu dan Ketua Agama Islam di negara Malaysia yang tercinta ini. PAS akur pada PKR dan PKR pula akur pada DAP. Masihkah kita mahu butakan mata dan pekakkan telinga?

1 comment:

  1. kalau zaman tun takde nye berani kafir2 ni nak mainkan agama islam dan para penganutnya...Si dolah reti buat apa? Buat bodo!!! Macam takde apa berlaku...Da tu reti plak nak citer pasal Islam Hadhari...Lenkali jgn nak tunjuk pandai nak jadi ulama'...tak reti2 nak belaja dari kebodohan ulama'2 PAS tu ke?

    Hampeh semua nye....Bingai pemimpin2 yg ader skang ni...Sakit betol hati aku...Cakap tak serupa bikin...Yang pemimpin PAS lak, dok bersekongkol ngan kapiaq2 laknat tu apahal? Ntah fatwa mana plak yang dia pakai...sejak bila plak pemimpin islam ikut telunjuk kafir ni????? Ulama' mana yg ajar mereka ni??? Aku rasa kalau tanya ulama'2 kat al-azhar yang ajar mereka dulu, konpem tak nak ngaku depa ni pernah jadi anak murid...sesat lagi menyesatkan!!!

    ReplyDelete

Blog Archive